10 July 2012

Cerita pasal Rani Mukerjee dan Rani Osman

Ni Rani Mukerjee bukan Rani Osman...
Aku terbaca cerita pasal heroin Hindustan, Rani Mukerjee kat Utusan pagi ini (page Luar Negara) yang terkenal dengan sikap suka berahsia tentang kisah cintanya. Tapi akhirnya terkantoi apabila dia dilihat sedang menikmati makan malam penuh romantik bersama pengarah Bollywood terkenal, Aditya Copra di sebuah restoran mewah baru-baru ini.

Dilaporkan beliau akan berkahwin dengan pengarah tersebut yang juga seorang duda tidak lama lagi. Maknanya kalau berahsia sekali pun akan terkantoi juga bak kata pepatah buah durian walaupun ditutup bawah guni akan berbau juga he..he...

Itu kisah di Bollywood sana nun...! Tapi di Selangor lain pulak ceritanya.

Seorang lelaki bernama Dr Rani Osman tiba-tiba perasan hebat apabila menolak untuk berdebat dengan Dr Hassan Ali dengan alasan jemputan yang diterima terlalu dekat waktunya. Agaknya sebab terlalu singkat masa, jadi dia tak sempat nak study, buka buku atau nak tanya Pakcik Google. Sebab itu dia tolak kot?

Tapi kata Hassan Ali, dia tak ada cabar pun Pesuruhjaya Pas Selangor itu berdebat. Dia cuma terima jemputan sebuah pertubuhan untuk menjadi ahli panel program tersebut. Selain Hassan Ali, Dr Rani juga diundang sama. Alih-alih Dr Rani perasan Hassan Ali ajak berdebat! Wakakaka...

Inilah perangai ostaz-ostaz Pas yang jenis baca kitab separuh-separuh. Itu baru baca kad jemputan majlis, kalau baca kitab tu lagi lah tak berapa nak faham. Itu pasal orang Pas ni melalut meraban tak tentu hala sebab ostaz-ostaznya baca kitab separuh-separuh.

Erk... Apa hubungan Rani Mukerjee dengan Rani Osman? Tak ada hubungan apa-apa pun. Cuma kebetulan namanya sama.... Tu jeh!

Share this

0 Comment to "Cerita pasal Rani Mukerjee dan Rani Osman"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.