14 July 2012

Selamat pengantin baru Datuk Non!

Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman atau lebih dikenali sebagai Tok Non akhirnya menamatkan zaman dudanya dengan memilih pemenang Gadis Melayu musim kedua, Fiqa sebagai suri hidupnya.

Majlis akad nikah Tok Non, 52 dan Fiqa atau nama sebenarnya Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23 berlangsung di kediaman Tok Non di Nibong Tebal manakala hari ini berlangsung majlis resepsi pasangan tersebut.

Tok Non menduda sejak kematian isterinya, Datin Shazarina pada Disember 2010 akibat barah hati.

Selamat pengantin baru Tok Non dan Datin Fiqa. Harap-harap tahun ini dapat kad ucapan raya daripada Tok Non dengan gambar keluarga Tok Non bersama orang baru.
Fiqa selepas dinobat pemenang Gadis Melayu II.

Tahniah Datuk!

Share this

0 Comment to "Selamat pengantin baru Datuk Non!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.