25 July 2012

Heboh bila ulama UMNO disolek... (Update!)

TERKINI: 

Terkini... Ostat Fathul Bari minta maaf berhubung isu solek masa debat manakala Ostat Nasrudin mohon isu solek tidak diperbesarkan. Cerita lanjut boleh baca di sini...

POS ASAL:
Fathul Bari dikasi bedak alas sebelum debat pun nak jadikan isu.... Haishh!!
Hilang cerita perdebatan antara Ostaz Nasruddin Hassan Ketua Dewan Pemuda Pas dengan ulama muda UMNO, Fathul Bari tentang isu hudud kini tersebar pula cerita belakang pentas sebelum debat itu berlangsung. Puak-puak Pas duk hentam kaw-kaw Fathul Bari sebab "rela" disolek oleh seorang wanita sebelum berlangsung perdebatan tersebut.

Puak-puak Pas (seperti biasa, orang lain buat haram depa buat halal) duk kata Fathul Bari, anak bekas Mufti Perlis itu melanggar hukum Allah kerana bersolek yang katanya haram bagi seorang lelaki itu bersolek. Tambahan pula disolek oleh seorang perempuan. Heee...

Aku tak mahu sentuh pasal hukum kat sini. Cuma aku nak bagi tahu kepada mereka yang tidak tahu bahawa mekap yang dikenakan kepada Fathul Bari itu bukan mekap untuk menampakkan kecantikan seperti seorang wanita. Bukan taruk lipstik atau eye shadow atau blussher pun. Tetapi mekap yang dikenakan itu adalah taruk bedak alas sahaja untuk tidak menampakkan muka yang berminyak dan berkilat semasa siaran langsung di TV.

Pengalaman aku "masuk TV", semua mereka yang nak masuk TV kena taruk bedak alas bagi memastikan bila keluar TV tak adalah muka macam lopak minyak, berminyak dan bertompok-tompok sana-sini. Maklum pancaran lampu kamera tu bukannya sejuk dingin, tapi panas. Jadi kalau panas, sudah pasti akan keluarlah minyak-minyak kat muka tu. Aku yakin dan percaya, Ostat Nasrudin pun dikenakan bedak alas serupa yang dikenakan pada Fathul atas alasan yang sama. Tak caya tanyalah Ostat Nasrudin (bulan puasa tak boleh berbohong Ostat! ).

Kalau nak tanya kenapa perempuan? Habis tu kan kalau lelaki jadi jurumekap kan lain pulak ceritanya nanti... Lagipun perempuan yang mekap tu tak sentuh pun sebarang kulit muka kalau dia taruk bedak tu. Cuma kasi span dan berus. Tak pasti pulak aku kalau perempuan tolong kasik bedak kat muka tanpa tersentuh akan dianggap dosa juga. Hemm...

(Nota kenyataan Fathul Bari soal mekap oleh perempuan):

Mungkin ada yang beralasan, "tidak mengapa jika tidak menyentuh kulit", tetapi Islam memerintahkan umatnya menjaga mata pandangan. Sabda Nabi SAW: "mata juga berzina". Melihat aurat wanita adalah sesuatu yang dilarang. Bahkan melihat wanita tanpa keperluan pun kita diperintah oleh Nabi SAW agar bersegera melarikan pandangan.  (Kenyataan Fathul Bari dipetik dari blog MIM)


Masya-Allah... Terima kasih ustaz...!

Jadi kepada puak-puak sebelah sana, bulan puasa yang penuh berkat ni tak usahkan duk cari keburukan orang untuk dijaja. Bukankah lebih baik menjaga keaiban sendiri. Bak kata orang, sekali kita burukkan orang, berpuluh-puluh kali orang akan memburukkan kita...

Haishhh... Mintak dijauhi Allah!

Share this

1 Response to "Heboh bila ulama UMNO disolek... (Update!)"

  1. yang aku dapat tahu,orang no 2 fathu bari yang mula2 bagitahu ust nasarudin ni kena mekap ngan pompuan sbb tu ada gambar fathu bari plak sbb dia orang mmbalas balik.
    tapi ust nasarudin dah suruh semua orang buang balik gambar tu.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.