09 July 2012

Rambo yang mati katak "serang" JPM rupanya blogger jugak!

Jaya Negara cedera selepas ditembak di peha dan tangan oleh pihak polis selepas dia dan rakan wanitanya enggan menyerah diri.

Rambo yang mati katak kerana menyerbu pejabat JPM dan cuba menyerang orang ramai dengan pedang samurai di pejabat itu tengah hari tadi rupanya seorang blogger yang menggelarkan dirinya Jaya Negara. Korang bacalah blognya yang entri pertamanya 1 Jun dan terakhir 30 Jun. Entri terakhir dia menulis tentang hidup dan mati. (Baca di sini...)  Tapi terus terang aku tak faham apa yang dia nak sampaikan. Pelik benar bunyinya.

Ikut kenyataan polis, lelaki Rambo ini mengangkat dirinya sebagai Imam Mahadi (adeh... ramai yang mengaku jadi Imam Mahadi). Namanya aku sudah peroleh tapi tak perlu aku sebutkan di sini. Tak dapat dipastikan sama ada dia ni penyokong mana-mana parti sebab dari blognya itu tidak digambarkan ideologi politiknya. Pas pun dia bantai, Najib pun dia bedal. Tapi dia banyak bercakap mengenai ketuhanan,

Biodata Jaya Negara dalam blognya.
Jadi aku tak beranilah nak kata dia ni orang Pas ke apa ke. Mana ada orang Pas yang pakai lilit kain gambar tengkorak, tak berbaju sehingga nampak aurat dan pusat, Lepas tu bawak perempuan lagi tu yang statusnya tidak diketahui sama ada isterinya atau teman wanitanya atau siapa.

Apa pun aku anggap tindakan Jaya Negara mengamok di JPM adalah sangat bodoh. Dibodohkan dengan tujuan serangan itu untuk menggulingkan kerajaan, Tak tahulah aku sama ada mamat ni terlebih tengok movie Rambo atau sebab ambil semangat Bersih 3.0. Yang pasti dengan kebodohannya itu dia akhirnya mati katak!

Share this

1 Response to "Rambo yang mati katak "serang" JPM rupanya blogger jugak!"

  1. kesian...dia nak menawan malaysia..pas tu nak menawan dunia guna pedang samurai.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.