15 July 2012

Kenapa veteran UMNO ni tak yakin?

Terkejut aku bila seorang veteran UMNO di KL ini tidak yakin kawasan Parlimen beliau mampu menang PRU-13. Mana tidaknya, cara ucapannya jelas beliau sangat pesimis. Begitu juga apabila ditanya mengenai Parlimen Gombak, dengan pantas dia cakap "memang tak ada harapan."

Persoalannya, kenapa beliau bersikap sedemikian? Apakah kerana kepimpinan beliau di peringkat bahagian sudah "tidak laku" dan peluang beliau untuk dicalonkan semula di Parlimen yang pernah beliau duduki itu tiada harapan maka beliau bersikap pesimis sedemikian.

Seharusnya sebagai seorang yang pernah menduduki Kabinet kerajaan, AMT dalam UMNO dan ketua bahagian selama bertahun-tahun, beliau perlu mempunyai sikap optimis bagi menghadapi PRU-13 akan datang. Optimis di sini bukan bermaksud over confident. Kita juga tidak mahu BN terlalu yakin menang tetapi sekurang-kurangnya apabila ditanya macam mana peluang, beliau seharusnya menjawab "Insya-Allah... Kalau kena calonnya, usaha lebih gigih tanpa henti, tidak mustahil boleh menang." Tapi kalau awal-awal lagi kata tak ada harapan... memang mematikan langsung semangat!

Dengan semangat "lembek" sebelum berjuang macam ni mana UMNO/BN nak menang? UMNO sepatutnya mencontohi sikap pembangkang yang berterus-terusan menyatakan keyakinan mereka untuk merampas Putrajaya walaupun kita tahu ia umpama angan-angan Mat Jenin tetapi dengan keyakinan itu, orang mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk mengiyakannya.

Entahlah... berapa ramai orang UMNO, bekas-bekas ketua bahagian, bekas-bekas Ahli Parlimen, ADUN yang bersikap seperti veteran tadi. Lojiklah kalau ada veteran UMNO yang berpaling tadah melompat menyertai pembangkang termasuk DAP. Kalau bukan kerana mahu mencari padang rumput yang lebih hijau mereka mungkin kecewa kerana tidak memperoleh sesuatu yang diinginkan.

Itulah semangat orang UMNO...!! Hemmm.....

Share this

0 Comment to "Kenapa veteran UMNO ni tak yakin?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.