30 July 2012

Lajim Ukin bakal CM Sabah? (Update!)

Bakal Ketua Menteri Sabah?
TERKINI:
DS Lajim Ukin tidak lagi menjawat jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selepas dia jawatannya itu dibatalkan dengan perkenan YDP Agong.

Hemmm... Lajim terkedu sebab dia mengharapkan Najib umum pemecatannya tetapi PM buat keputusan lebih berhemah dengan mendapatkan perkenan Agong. Maknanya, bukan PM yang pecat Lajim sebagai Timbalan Menteri, tapi Agong yang batalkan jawatannya itu.... Bijak sungguh Najib! Hee...

POS ASAL:
Lajim Ukin bakal ditabal sebagai Ketua Menteri Sabah andai pakatan pembangkang merampas negeri itu daripada BN pada PRU-13 nanti. Kalau bukan dijanjikan jawatan itu, masakan Lajim tergamak meninggalkan UMNO dan menyertai team Anwar?

Anwar yang pada 2008 berjanji kepada penyokongnya bahawa mereka akan mengambil alih pemerintahan negara pada 16 September dengan dakwaan lebih 30 Ahli Parlimen BN akan "melompat parti" dan menyertai mereka. Itulah janji agung (meminjam kata-kata Zul Nordin) Anwar.

Jadi aku tak hairan kalau pemimpin UMNO yang berpaling tadah dan menyertai pembangkang telah dijanjikan dengan pelbagai jawatan dan habuan di samping kecewa sebab tidak memperoleh apa yang mereka inginkan.

Dan tidak mustahil Lajim, Wilfred Bumburing adalah antara 30 Ahli Parlimen BN yang menyatakan komitmen mereka untuk menyertai kerajaan Anwar pada 2008 lalu dan hari ini mereka mengotakan janji mereka selepas membayangkan kerusi empuk yang bakal mereka duduki (jika menang laaa)

Tapi aku nasihatkan kepada semua pemimpin UMNO/BN yang "lari ke kem Anwar" supaya bertanya kepada rakan-rakan Anwar yang telah meninggalkan Ketua Pembangkang itu sama ada apa yang dijanjikan Anwar itu benar atau sebaliknya.

Tanya sama Ezam Mohd Noor... Apa yang dia peroleh selama menjadi orang kanan Anwar sehingga sanggup sama-sama ditahan di Kamunting, tetapi akhirnya dilupakan begitu sahaja demi "madunya" Azmin Ali. Tanya juga sama lain-lain kawan baik Anwar yang sama-sama berreformasi dahulu

Bukan apa, aku kesihan melihat mereka yang meninggalkan perjuangan UMNO/BN semata-mata nak kejar jawatan dan habuan yang dijanjikan Anwar, kelak akhirnya hanya sekadar mengigit jari.

Semalam dalam satu ceramah di rumahnya di Beaufort, Lajim duk hentam BN sebab katanya BN mengabaikan pembangunan rakyat Sabah, khususnya di Parlimen Beaufort. Wakakaka... Aku nak gelak! Kalau BN gagal membangunkan Beaufort tu bukan salah BN-lah, tetapi salahkan Ahli Parlimennya yang tak peduli nasib rakyat kawasannya.

20 tahun jadi Ahli Parlimen Beaufort sampai jalan raya pun tak boleh nak bawak ke kawasannya, jadah apanya jadi Ahli Parlimen. Siapa Ahli Parlimen Beaufort tu? Oh... Lajim Ukin!

Wakakaka... Macam ludah ke langit tapi jatuh kat muka sendiri! Kesiannnn....

Share this

2 Responses to "Lajim Ukin bakal CM Sabah? (Update!)"

  1. Apa nak kata Lajim dah buat pilihannya sendiri, dan sejarahnya Lajim memang tidak setia dengan mana-mana parti, lalu kita boleh fikir sendiri bagaimana sikap Lajim sebenarnya...tepuk dada tanya hati..

    ReplyDelete
  2. Lajim oh Lajim... Sekilas ikan di air orang Sabah semua tahu mandul atau tidak!

    Hahaha....

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.