09 July 2012

Puan Azah Aziz kembali ke Rahmatullah (Update)

Al-Fatihah...

Puan Azah Aziz, isteri kepada Prof Diraja Ungku Aziz dan juga ibu kepada Gabenor Bank Negara, TS Zeti Aktar meninggal dunia pagi ini.
Allahyarham berusia 84 tahun.

Kenangan manis aku bertemu dengan arwah ketika aku terserempak dengan beliau di Suria KLCC beberapa tahun lalu. Dia duduk keseorangan di satu sudut melepaskan kepenatan. Aku menyapa beliau dan dia membalasnya dengan senyuman manis dan wajah yang ceria walaupun dia tidak kenal siapa aku. Dalam hati berdetik, ah alangkah mulianya wanita ini. Sungguh bertuah dapat bertemu beliau.

Kini wanita itu sudah meninggalkan kita buat selama-lamanya akibat sakit tua dan penyakit asma. Arwah merupakan budayawan negara dan pemergian beliau umpama hilangnya sebutir permata buat negara.

Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Asar petang tadi.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Share this

0 Comment to "Puan Azah Aziz kembali ke Rahmatullah (Update)"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.