20 July 2012

Puasa... Boleh ke pak-pak ostat jaga mulut?

Esok seluruh umat Islam di Malaysia akan berpuasa. Tak kiralah mereka tu orang Pas, orang UMNO, orang PKR, mualaf DAP, MIC, MCA atau Gerakan sekali pun. Asalkan mereka orang Islam maka taat bagi mereka untuk berpuasa. Jangan pula ada ulama selipar kata puasa orang Pas lain, orang UMNO lain sebab kerana UMNO parti "kebangsaan" berbanding Pas, parti "Isle". Berpuasa bukan setakat tidak makan dan minum di siang hari, tapi juga menjaga perlakuan, mulut, mata dan telinga. Mulut tidak berkata-kata yang buruk dan keji, fitnah dan hasutan, mata pula tidak melihat perkara-perkara maksiat dan telingan pula tidak mendengar perkara-perkara yang mendatangkan dosa. Itu bukan aku kata, tapi dalam Quran dan Hadis banyak menyebutnya. Lalu aku tertanya-tanya juga, sepanjang bulan puasa ini ramai ostat-ostat termasuk kalangan artis yang baru kenal sejadah duk susun jadual ceramah sekeliling negara. Tapi bolehkah mulut mereka tidak menyampaikan hal-hal berbau fitnah, fakta tidak jelas, persepsi dalam ceramah-ceramah mereka. Yelah... Selama ini mereka selalu duk pulun fitnah dan mengata orang itu ini yang tidak sehaluan parti politik dengan mereka. Baru baca ayat Quran atau Hadis sepatah, tu diaaa berjela-jela depa duk hurai ayat dan kenen-kenen kerajaan yang konon tidak amal ajaran Islam, tidak berjuang untuk Islam, penuh dengan rasuah, bla bla bla... walhal ayat yang depa duk baca tak ada kaitan pun dengan apa yang dia hurai. Oleh sebab dalam ceramah agama tak ada sesi soal jawab, maka sedaplah depa duk hentam. Jadi sempena bulan Ramadan bermula esok (sebetulnya bila masuk Maghrib petang ini), eloklah kita semua pakat muhasabah diri, termasuk pak-pak ostat. Janganlah mulut masing-masing. Dan aku juga Insya-Allah hanya menyampaikan perkara yang baik-baik saja.... Salam Ramadan Al-Mubaraq

Share this

0 Comment to "Puasa... Boleh ke pak-pak ostat jaga mulut?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.