10 July 2012

Rambo "Khalil" sakit mental... Tiada motif politik? (Update)

TERKINI: 
Ketua Polis Kuala Lumpur turut sahkan lelaki dan wanita yang amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya itu menghadapi masalah mental akibat mengamal ajaran sesat dan tiada sebarang unsur politik.

 POS ASAL:
Gaya "John Rambo" (kiri) dan Rambo Malaya...
Sejak tercetus kejadian amuk oleh seorang lelaki dan seorang wanita di pekarangan JPM di Putrajaya semalam, rakan-rakan blog prokerajaan terus menerus mengaitkan lelaki itu, Khalil Afandi Hamid yang aku gelar "Rambo Malaya" dengan parti pembangkang terutama Pas.

Tapi bila aku baca luahan-luahan hati Rambo Malaya ini dalam blognya, lelaki ini tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana parti politik. Kalau korang baca tulisannya, Nik Aziz dihentamnya, sultan dibelasah, Najib pun dijentik apa lagi pihak berkuasa dianjingkannya. Tapi satu saja pemimpin yang dia puji... Tun Dr. Mahathir.

Namun secara keseluruhan aku boleh merasai ada sesuatu yang memberontak di dalam dirinya. Bacalah kesemua 17 entri yang ditulis dari 4 Jun sehingga 30 Jun dan baca juga komen-komennya dalam entri tersebut. Sebahagian besar adalah luahan perasaannya tentang Islam, tentang kehidupan dan orang paling rapat dengannya serta menjadi tempat dia meluahkan perasaan itu ialah Dhada. Siapa Dhada?

Aku pasti Dhada itulah Muhdalina Ahmad, wanita yang menemaninya menceroboh dan mengamuk di perkarangan JPM semalam. Daripada komen-komen yang bersahutan antara Jaya Negara dan Gila Manusia dan daripada entri-entri itu aku mengagak Rambo ini sebenarnya "sesat ketika mencari Imam Mahadi dan Allah" sehingga mendorong mereka bertindak sedemikian.

Aku tak boleh nak ulas satu persatu daripada apa yang ditulis oleh Khalil dalam blog tersebut tapi antara intipati menarik bahawa beliau merupakan bekas pelajar MRSM dan pegangan Islamnya agak bertentangan sehingga dia dimarahi dan disisih oleh keluarga, terutama kakaknya.

Antara tulisan yang menyebut tentang pencarian Imam Mahadi:
Dhada, faham ayat ini sungguh2 dan jangn tanya lagi isu Imam Madhi. Umur ku didunia ini ditentukan dgn munculnya Imam Mahdi kamu. Sebab itu aku akan gagal semua usaha untuk membawa Imam Mahdi kepada manusia.
Ingat tidak aku katakan baru2 ini aku ke Madinah ada tugas. Aku gagalkan usaha membawa Imam Mahdi kepada kamu. Aku belum mahu mati. Aku terlalu sayangkan Isteri dan anak-anak ku.FAHAM KAN.
Tdak kah kamu sayang kepada aku dhada. Mahukah kamu kehilangan aku jika sekadar mahukan Imam Mahdi. Jwap soalan aku ini. Berapa banyak airmata isteri dan anak ku akan gugur nanti. ~
Komen entri "Kita Sedang Diuji... Oleh Siapa?"
Kisah zaman kanak-kanaknya ditulis sebegini:
Dhada yang budiman, kamu tau tidak.... manusia memukul aku semaunya dia mahu aku mengaku sesuatu yang aku tidak buat. Gila apa manusia ini....aku cuma budak 6.
Aku sanggup hancur luluh jasad aku..... tapi tidak JIWA ku. Dikala itu aku tahu ada tempat mengadu tapi siapa. Hidup kanak-kanakku penuh keajaiban dan aku begitu halus tentang berperasaan. Zaman kanak-kanak kuhabiskan semua ilmu tentang kemanusian. Aku lulus semua ujian dengan cemerlang.
Aku dihantar ke MRSM oleh Allah Tuhanku. Dikala itu cuma ada 5 MRSM. Belum pernah dibuat selamana ini tiada pengambilan pelajar perempuan tapi 1978 ia berlaku demi cuma aku. Itu yang pertama dan terakhir... MARA mengakui ia satu kesilapan. MARA terdesak pada ketika itu.
Kini baru ku tahu Allah Tuhanku yang mendesak MARA tanpa mara sedari. Kenapa nanti aku ceritakan rahsianya. ~
Komen entri "Feme Coffin... Rahsia Sulit Bukan Rahsia Lagi"
Jadi inilah sebahagian yang boleh aku kupas dari blog Jaya Negara memandangkan aku tak punya banyak masa untuk ulas satu persatu. Tapi dari segala entri dan komen Khalil dalam blog ini, aku membuat kesimpulan Rambo Malaya yang mengamuk di pekarangan JPM semalam TIADA KAITAN dengan mana-mana parti politik, tidak dipengaruhi oleh mana-mana pemimpin politik tetapi dilakukan kerana DESAKAN DALAMAN dirinya untuk mengubah dunia dan kehidupannya.
Pastinya nanti Islam akan memerangi aku seperti kakak-kakak ku dulu. Mengutuk dan mengejek aku.
Cuma bezanya kali ini aku tidak bersendirian. Aku ada Ali Osman, Hambali dan kamu Dhada.
Pastinya kini sudah ku tahu siapa aku. Bersedialah Kita akan menawan Dunia.. ~
Komen entri "Feme Coffin... Rahsia Sulit Bukan Rahsia Lagi"

Share this

0 Comment to "Rambo "Khalil" sakit mental... Tiada motif politik? (Update)"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.