05 July 2012

Strategi ampuh rampas Selangor

Seorang orang kuat UMNO Gombak (winnable candidate? hehe..) bertanya aku apa strategi terbaik BN untuk rampas kembali Selangor daripada pembangkang pada PRU-13? Aku cuma senyum dan jawab... syabas! Dia garuk kepala dengan jawapan aku. Aih belum menang lagi takan kau dah cakap syabas? Gerutu mamat ni.... Tapi sekali lagi aku cakap syabas!

Aku cakap Hosni Mubarak tumbang kerana rakyatnya bertahun-tahun hidup dalam kelaparan, pengangguran berleluasa, kemiskinan sana-sini sehingga rakyat bangkit dan memberontak. Kat Libya pun sama. Rakyat negara itu hidup dalam kemiskinan, pengangguran tinggi dan tiada pembelaan dari kerajaan selama bertahun-tahun sehingga rakyat bangkit dan tumbangkan Muammar Gaddafi walaupun pemimpin ini digelar hero umat Islam dan "singa padang pasir".

Tapi apa hubungannya dengan Selangor? Tanya mamat ni lagi macam tak faham. (Aih...winnable candidate ke ni?) Aku cuma jawab syabas... syabas.... Lama dia berfikir. Dah hisap rokok dah nak tiga batang, teh tarik atas meja dah nak habis... baru dia cakap! Ohhh... Baru aku faham!

Bila dia cakap macam tu aku tanyalah pulak dia betul tak apa yang aku cakapkan tu? Dia mengangguk. Ya... betul... betul... Kalau kerajaan PKR Selangor masih nak politikkan isu air, BN dah boleh ucap syabas pada PRU-13 nanti. Syabas... syabas... Kami pakat gelak sama-sama...!!

Kalau nak uji sejauh mana kemarahan rakyat Selangor terhadap kerajaan Khalid Ibrahim, cubalah Syabas tutup satu atau dua loji air mereka. Cakap saja ada pencemaran ammonia ke, aku pasti jutaan rakyat Selangor akan mengamok kat Khalid. Weih... tak ada air jangan main-main weih. Biar tak ada elektrik, jangan tak ada air... Nak cebok susah, nak ambik wuduk susah, nak mandi hadas susah... Weeiiii....

Notis bekalan air terputus...!
Orang nak blame Syabas? Hehe... Syabas boleh kata, kan aku dah cakap bekalan air untuk Lembah Klang tak cukup dan kena laksanakan projek Langat 2 dengan segera, tapi kerajaan negeri duk nak jadikan benda ni modal politik dan ingat perkara ni main-main. Nah kau! Amik kau.... Tengok macam mana tak menyinga seluruh rakyat Selangor. Tak caya cuba tengok kegelabahan awek ni bila tak ada air. (Baca sini...!) Hehe.. Tu baru sikit tu.

Ahahaa... Tapi aku percaya BN tidak sekejam itu walaupun pembangkang duk pukul canang setiap hari setiap masa konon BN tak adil, kejam terhadap rakyat selama dah dekat 55 tahun memerintah. Itulah baiknya kerajaan Pusat. Tak sampai hati nak susahkan rakyat walaupun kerajaan Selangor memang tak ada hati nak bantu rakyat.

Tapi kalau orang tanya apa strategi terbaik BN nak rampas Selangor... Itulah jawapannya. Gunakan "kuasa" Syabas...!! 

Share this

0 Comment to "Strategi ampuh rampas Selangor"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.