09 July 2012

Uwekk.... Jamban Carrefour Ampang menjijikkan...!

Gambar hiasan jeh. Tak sanggup nak ambik gambar sebenar... Uweekkk!!
Uweeekkk... Mau termuntah aku bila masuk jamban kat Carrefour Ampang. Sudahlah air kotor berlompak-lopak atas simen, sekali bukak pintu jamba... tudia tergolek najis kat sebelah mangkuk tandas. Cisss... siapalah yang berak kat luar toilet bowl ni oih? Tak sekolah ke? Bukak pintu jamban sebelah lagi, mak aih berlonggok najis tak dipam! Adoiii...

Perkara ni bukan sekali berlaku. Pernah beberapa bulan dulu aku pergi Carrefour yang sama pada sebelah pagi, tetiba anak aku nak buang air. Masuk tandas sebelah kanan (sebelah food court) tudia... semua mangkuk jamban dipenuhi najis... Uweeeeekkk... Pergi tandas sebelah lagi satu (sebelah surau) pun keadaan yang sama!

Oik pengurusan Carrefour! Apahal ni? Macam mana nak suruh orang datang berbelanja kat pasar raya besar kau kalau bab jamban pun tak boleh nak settle? Nama saja "international hypermarket" tapi pengurusan jamban kelas kambing punya. Uweekkkkk... Ini macam hypermarket baik aku pergi Keramat Supermarket lagi baguslah!

Bagi Carrefour satu hal... bab yang menggunakan jamban ni satu hal lagi. Weihhh... tahu berak tahu pam lah weih. Takan nak biarkan tahi kau orang tu untuk tatapan dan hiduan pengguna lain? Ingat apa... jamban tu muzium tahi ke?

Eeeee... Carrefour Ampang... Tolonglah ambik tindakan segera. Letakkan pencuci tandas dan bersihkanlah ia setiap masa. Bayangkan jamban sebegini kotor berada di sebelah surau. Lepas masuk tandas, nak pergi solat kat sebelah pun ragu-ragu takut terbawak najis dari sebelah.

Ish... ish... ish... Inikah international hypermarket dan inilah fikiran rakyat Malaysia yang bertamadun? Kalau Carrefour ni duk kat nun di hutan Kuala Tembeling tak apalah juga, ini kat Ampang, Selangor...weih! Jangan malukan Zuraida Mak Lampir weih!!

Share this

0 Comment to "Uwekk.... Jamban Carrefour Ampang menjijikkan...!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.