21 August 2012

Aidilfitri bagi Samir Nasri dan Zulfahmi

Semalam ketika umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri ramai pemain beragama Islam yang mewakili kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) bersaing di padang. Dan yang paling gembira sudah pasti bagi pemain Islam asal Perancis, Samir Nasri.

Samir yang berjaya menjaringkan gol buat kelabnya Manchester City ketika menumpaskan Southampton 3-2 meraikan gol kemenangan tersebut dengan menayangkang T-shirt tertulis "Eid Mubarak" yang bermaksud Aidilfitri.

Samir Nasri menayangkan T-shirt tertulis "Eid Mubarak" ketika meraikan kejayaannya menjaringkan gol kemenangan buat Manchester City bersama rakan sepasukan, Yaya Toure. Kedua-dua pemain ini beragama Islam.

Turut meraikan kejayaan sebagai hadiah Aidilfitri ialah pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin. Biarpun gagal menaiki podium di GP Indianapolis, AS pelumba berasal dari Banting itu sudah cukup membanggakana negara selepas menduduki tempat keenam setelah bermula dari petak kelima. Perlumbaan tersebut juga berlangsung pada 1 Syawal.  

Dengan kejayaan menduduki tempat keenam itu, Zulfahmi boleh mengukir senyum kerana beliau kini di kedudukan tempat keenam dunia selepas 11 perlumbaan dalam kategori 125cc dengan memungut 76 mata. Satu kejayaan terbaik bagi pelumba Asia, selain Jepun.  

Tahniah buat Zulfhami...
Eid Mubarak buat Samir Nasri dan semua pemain kelab EPL yang beragama Islam!    

Share this

0 Comment to "Aidilfitri bagi Samir Nasri dan Zulfahmi"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.