06 August 2012

Chong Wei kalah di Olimpik, menang di hati rakyat

Lee Chong Wei tetap menang di hati rakyat Malaysia
Betul Lee Chong Wei tewas lagi di tangan Lin Dan dan gagal membawa pulang pingat emas Olimpik buat negara tetapi biar pun beliau kalah di gelanggang, namun Chong Wei akan tetap menang di hati seluruh rakyat Malaysia, kecuali M.Manoharam! Heee...

Malam tadi aku percaya hampir seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum berdoa agar kemenangan berpihak kepada Chong Wei. Malah adik aku yang menyaksikan perlawanan tersebut dengan penuh emosi menerusi skrin TV pun turut berdoa... "Ya Allah... Kalau benar Lee Chong Wei boleh menyatukan rakyat Malaysia, Kau berikanlah kemenangan kepadanya..."

Malangnya rezeki tidak berpihak kepada Chong Wei dan beliau tewas selepas bersaing sengit dengan musuh ketatnya itu 21-15, 10-21, 19-21.

Namun kekalahan Chong Wei tidak dipersoalkan oleh rakyat Malaysia kecuali Manoharam. Sebab itulah ketika Chong Wei memohon maaf menerusi Twitternya, ribuan rakyat memberi maklum balas agar beliau tidak perlu memohon maaf kerana gagal membawa pulang pingat emas dan memenuhi harapan 28 juta rakyat Malaysia.

Inilah wira sebenar negara, dan bukannya orang duk selongkar akaun bank orang lain kemudian dedahkan kepada awam... itu bukan hero tapi "koro". 

Kepada Datuk Lee Chong Wei... Kaulah wira sebenar negara!
Kepada Manoharam... please go away!


Share this

0 Comment to "Chong Wei kalah di Olimpik, menang di hati rakyat"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.