23 August 2012

Raya dan pilihan raya...

Bila mengunjungi rumah saudara-mara pada hari raya, ramai yang bertanya aku "bila pilihan raya?"... Aku kata semua orang tak boleh jawab soalan itu... kecuali Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Kalau nak tau sangat cuba-cuba tanya Datin Seri Rosmah Mansor. Heee...

Tapi kalau masih juga nak tahu ramalan aku tentang tarikh pilihan raya sebenar aku kata "kalau tak September... tahun depanlah. Sebelum April 2013..."  Mereka hanya tersengeh dan tutup cerita pasal tarikh pilihan raya.

Hemmm nampaknya walaupun sibuk beraya ramai yang ternanti-nanti tarikh pilihan raya umum ke-13. Mana tidaknya "suasana pilihan raya" dah mula terasa bahangnya sejak April lagi. Sekarang dah nak habis Ogos tapi tarikh sebenar hari membuang undi masih jadi teka-teki.

Kalau kita round satu negara sekarang kat mana sahaja baik di bandar mahupun di ceruk kampung, di penuhi bendera-bendera parti baik pihak kerajaan mahupun pembangkang. Bahkan jumlah bendera parti yang terpacak di seluruh pelosok negara sekarang mengatasi kibaran bendera Jalur Gemilang walaupun kita nak celebrate merdeka beberapa hari lagi.

Maknanya kemeriahan nak pilihan raya mengatasi sambutan kemerdekaan negara ke-55. Hemm... patutlah logo sambutan merdeka tahun ini pun cincai-cincai dan ala kadar saja.... Rupanya masing-masing lebih teruja nak pilihan raya daripada nak sambut merdeka. Tak gitu Pak Rais?

Hari raya kedua hari tu aku berkunjung ke rumah sepupu aku kat satu kampung di Melaka. Kat rumah dia sudah terpasang bendera BN sekeliling rumah. Dan di bahagian luar pula ada papan-papan kenyataan mengenai kawasan pembuangan undi bagi DUN kawasan tersebut. Rupa-rupanya banglo sederhana besar milik sepupu aku sudah jadi pusat peti undi BN DUN tersebut.

Habis... macam mana saudara-mara yang sokong Pas dan PKR... ada datang tak ke rumah? Tanya aku kepada sepupu. Katanya, mereka datang tapi masuk ikut pintu belakang. Tak berani nak masuk melalui "pintu gerbang BN" di bahagian depan... Agaknya kepanasan kot? Heee...

Apa pun sebelum pilihan raya sampai, eloklah kita meraikan bulan raya Syawal ini dengan sebaiknya. Gunakanlah bulan ini sebagai bulan-bulan bermaafan sesama kita, bulan penyatuan umat Islam tanpa mengira parti dan bukannya "menyambung balik" kerja-kerja fitnah, hasutan dan memecah-belahkan umat sebagai melepaskan gian selepas "sebulan" berpuasa daripada kerja-kerja sedemikian.

Heee....

Share this

0 Comment to "Raya dan pilihan raya..."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.