05 August 2012

Road To London dah jadi Road To Longkang... (Update)

Lee Chong Wei penyelamat maruah negara di Olimpik London 2012...
TERKINI:
(1.20 am - 6.8.2012) Azizulhasni gagal ke separuh akhir basikal pecut lelaki selepas tewas kepada jaguh tuan rumah. Dia sekadar menduduki tempat kelapan.

(9.15 pm) Lee Chong Wei gagal membawa pulang pingat emas pertama Olimpik buat negara apabila kecundang di tangan musuh ketatnya, Lin Dan 21-15, 10-21, 21-19.

(6.30 pm) Pasangan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong gagal meraih pingat gangsa selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Chung Jae-Sung/Lee Yong-Dae 21-23, 10-21 sebentar tadi.

POS ASAL: 
Program "Road To London" Kementerian Belia dan Sukan serta agensi-agensi di bawahnya nampaknya sudah jadi "Road To Longkang". Sebabnya atlet-atlet negara yang sebelum ke temasya Olimpik London digembar-gembur begitu hebat untuk meraih pingat.

Atlet-atlet dalam acara terjun, menembak, memanah, kapal layar, lumba basikal yang digembar-gembur mempunyai prospek pingat, longlai di London. Nak kata sebab bulan puasa, tak kan atlet bukan Islam pun boleh longlai. Lalu di mana silapnya?

Nasib baik badminton menyelamatkan maruah negara. Kalau tidak memang malu besarlah pegawai-pegawai KBS, MOM dan MSN. Apa tidaknya sebelum ini mereka bukan main lagi memberikan harapan menggunung untuk rakyat Malaysia. Konon atlet-atlet mereka boleh mengutip pingat, kalau tak emas sekurang-kurang perak atau gangsa.

Bukan aku nak kutuklah. Tapi kalau nak bercakap besar pun tengoklah sekeliling. Ini tidak. Mereka tak tahu pun tahap persiapan atlet negara lain, alih-alih konon atlet ini, atlet itu boleh raih pingat. Tapi bila bertanding semua longlai. Lepas tu macam-macam alasan bodoh diberikan. Atlet penat, kurang persediaan, nourves sebab bersaing dengan atlet dunia, bla... bla... bla...

Weih... Nak adakan sukan Olimpik bukannya baru semalam cakap, hari ini buat. Sukan Olimpik diadakan setiap empat tahun. Dan lepas Olimpik Beijing 2008, Malaysia dah kerah buat persiapan rapi menyediakan atlet yang mampu bersaing di London atau dipanggil mereka "Road To London". Tapi takkan ini je hasil berjuta-juta wang yang dibelanjakan untuk persiapan itu?

Kalau bukan kerana Lee Chong Wei, beregu badminton Koo Kien Keat/Tan Boon Heong dan pelumba basikal Azizulhasni Awang, aku ingat Malaysia balik dengan telor tembelang 0-0-0 (0 emas, 0 perak, 0 gangsa).

Bagi aku Road To London sudah gagal dan para pegawai di KBS, MOM dan MSN yang bertanggungjawab terhadap projek ini lebih baik letak jawatan! Simpan lama-lama pun buat menyemak saja. Lagi pun lama benar mereka dalam agensi ini. Berilah peluang orang muda yang lebih banyak idea daripada simpan pegawai-pegawai lapok ini...

Ada berani?






Nota: Ketika entri ini ditulis, Kien Kea/Boong Hong belum turun gelanggang untuk merebut pingat gangsa badminton, Chong Wei belum bertemu Lin Dan untuk pingat emas dan Azizulhasni belum berlumba di peringkat suku akhir acara pecut, dan belum bertanding acara keirin.

Share this

1 Response to "Road To London dah jadi Road To Longkang... (Update)"

  1. Quote:
    Simpan lama-lama pun buat menyemak saja.

    simpan lagi lah .... abg !!
    bukannya semua org bleh pegi sana sini... atas tiket Olimpik free...
    Atlet kalah semua acara..
    sapa peduli.. janji aku bleh ikut serta.. bukanya apa sgt pun..
    pegi makan minum/tido baring je..
    hahahah !!!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.