09 August 2012

Witir berimamkan Tuan Ibrahim Tuan Man?

Ini Tuan Ibrahim Tuan Man yang aku kenal...
Malam tadi aku menunaikan terawih di sebuah surau dekat taman perumahan aku. Macam biasa, sepanjang sebulan berterawih aku selalu bertukar-tukar masjid  dan surau. Tapi malam tadi tergerak nak ke surau tersebut. Aku tiba di surau serentak dengan seorang lelaki. Ramai berjemaah yang bersalam dengannya dan aku yang naik tangga di belakangnya pun dihulur salam... aku menyambutnya.

Aku tunaikan solat sunat Isyak di sebelah lelaki tadi. Dan beberapa lagi datang bersalam dengan lelaki itu dan aku disebelahnya. Aku menyambut salam mereka dengan tersenyum... lelaki di sebelah aku pun. Kemudian AJK surau memaklumkan melalui pembesar suara..

Insya-Allah malam ini kita akan tunai solat terawih 8 rakaat. Tapi sebelum itu, selepas solat sunat Isyak, kita akan adakan bacaan tahlil kepada... (dibacakan satu persatu). Kemudian selepas terawih Insya-Allah kita tazkirah Ramadan yang akan disampaikan oleh DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN... sambil menunjukkan arah kepada lelaki di sebelah aku.

Aku macam ... hah? Tuan Ibrahim ke sebelah aku? Patutlah ramai yang bersalam dengannya. Tapi kenapa nampak lebih muda? Agaknya dia cukur misai kut?  Patut aku tak kenal... Sebab walaupun aku tak pernah bertemu Tuan Ibrahim, tapi selalu jugak tengok muka dia kat internet, majalah atau surat khabar. Hemmm...

Selesai solat sunat terawih, Tuan Ibrahim diminta mengimamkan solat sunat witir. Alhamdulillah... Dalam hati tertanya juga, ada ke pemimpin UMNO yang sedia jadi iman solat? Mungkin ada kut?

Bila masuk bab tazkirah Ramadan, aku duk bayangkan ia akan menjadi medan menghentam kerajaan BN, UMNO seperti mana yang aku dengar kebanyakan tazkirah oleh "orang politik + ostat". Tapi ternyata Tuan Ibrahim profesional. Dia tidak gunakan ruang yang diberi untuk berkempen politik sebaliknya hanya berkisar tentang syafaat Ramadan sepanjang 10 malam terakhir.

Selesai sampaikan tazkirah, Tuan Ibrahim sempat mempromosikan buku tentang fadhilat puasa. Tak mahal katanya, hanya RM12 sebiji. Katanya, beli buku sambil menderma. Hasil jualan buku sebahagiannya akan disumbang untuk pembinaan lebuh raya di Kelantan. Beli sambil derma. Heee... Bab-bab derma ni itu dah jadi SOP Pas.

Teringat kata-kata kawan aku pasal pembinaan lebuh raya rakyat oleh Pas ni. Dia kata, BN bina lebuh raya baru kutip duit (tol) dari rakyat, tapi Pas belum bina jambatan dah kutip duit (derma) dari rakyat. Hee... Tapi orang Pas kata lebuh raya tu tak bebankan rakyat. Tak macam lebuh raya BN. Asyik kutip tol saja....


Itulah kenangan aku bersama Tuan Ibrahim Tuan Man malam tadi... Hee!

Share this

0 Comment to "Witir berimamkan Tuan Ibrahim Tuan Man?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.