28 September 2012

Bajet 2013.. bajet pilihan raya!!! (UPDATE!)

TERKINI:
Antara intipati Bajet 2013:

  • Diskaun 20% kpd mereka yang melunaskan hutang PTPN secara langsam dan 10% yang konsisten.
  • Pemberian bonus satu setengah bulan gaji bagi kakitangan awam. Setengah bulan sudah dibayar sebelum raya Aidilfitri baru-baru ini, setengah bulan pada Disember dan terakhir pada Januari 2013.
  • Bantuan baucar buku kepada mahasiswa diteruskan dan ditambah dari RM200 kepada RM250. Berkat kemenangan besar proaspirasi pada PRK lalu?
  • Bantuan sekolah RM100  kepada pelajar sekolah rendah dan menengah diteruskan dan dibayar mulai Januari 2013
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia gelombang kedua akan diberikan dan diperluas kepada individu bujang. Akan dibayar pada awal 2013
  • Tambahan 10,000 ahli Pasukan Sukarelawan Polis dan pemasangan 496 unit CCTV di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan
  • Rebat RM200 bagi setiap pembelian telefon bimbit 3G khusus untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun
  • Geran pelancaran RM10,000 kpd penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Swasta
  • RM1.2 bln untuk pendidikan prasekolah di bawah KEMAS, KPM, PERMATA & JPNIN
  • Tambahan RM1 bln kpd Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan & Penyelenggaraan Sekolah. RM400 juta utk sekolah kebangsaan, Masing-masing RM100 juta utk SJKC, SJKT, sekolah mubaligh, SAR bantuan kerajaan, sekolah berasrama penuh dan MRSM.
  • Caj bayaran pemprosesan pasport untuk tempoh sah laku selama lima tahun bagi warga emas akan dikurangkan sebanyak 50 peratus daripada RM300 kepada RM150.
  • Pencen minimum dinaikkan kpd RM820 utk pesara kerajaann yg berkhidmat sekurang-kurangnya 25 thn, melibatkan 50,371 pesara
  • Peruntukan tambahan RM500juta bg meningkatkan kemahiran guru dlm pengajaran subjek teras
  • Memperuntuk RM38.7 bln kpd Kementerian Pelajaran ataupun 15% drpd seluruh peruntukan.

POS ASAL:
Sebentar lagi kira-kira sejam dari sekarang PM merangkap Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2013 dan semua maklum bahawa bajet kali ini adalah bajet pilihan raya. Ini kerana PRU-13 akan diadakan antara sekarang sehingga April 2013.

Jadi sebagai bajet pilihan raya, sudah pasti PM akan "memberi" apa sahaja yang diinginkan oleh hampir semua golongan rakyat. Dan antara perkara yang akan menjadi perhatian rakyat dalam pembentangan bajet itu nanti ialah:

1) Bonus kakitangan awam... Memang perkara ini menjadi tumpuan utama. Najib boleh umum apa sahaja pemberian untuk rakyat tapi kalau tak beri bonus, semua orang macam hampa. Jadi, apakah Najib akan umum pemberian bonus kali ini?

2) Bantuan Rakyat 1Malaysia gelombang kedua... Banyak sudah yang bercakap sebelum ini bahawa kerajaan akan memberikan BR1M kali kedua sebelum diadakan pilihan raya. Mungkin dalam bajet petang ini Najib akan mengumumkan mengenainya.

3) Cukai rokok... Para perokok seluruh negara duk tunggu-tunggu sama ada kerajaan naikkan lagi cukai rokok. Kalau naik bermakna harga rokok akan naik lagi... Perokok pasti mengeluh, yang sudah berhenti merokok menarik nafas lega!

4) Harga rumah... Isu harga rumah melambung tinggi menjadi keluhan rakyat terutama mereka yang berpendapatan sederhana (antara RM4,000 - RM6,000). Kalau mereka berpendapatan rendah dan mereka yang baru bekerja ada insentif pasal rumah, tapi golongan ini tersepit. Apakah ada insentif untuk kurangkan harga rumah?

5) Harga kereta... Pembangkang duk main isu harga kereta yang tinggi. Depa duk pukul canang nak turunkan harga kereta. Apakah Najib juga akan umum sesuatu mengenainya?

Jadi inilah antara tumpuan rakyat dalam bajet kali ini. Jadi sama-samalah kita tunggu pembentangan Bajet 2013 oleh Najib dari Dewan Rakyat kira-kira sejam dari sekarang.

TUNGGU ULASAN BAJET AKU SELEPAS INI!

Share this

0 Comment to "Bajet 2013.. bajet pilihan raya!!! (UPDATE!)"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.