28 September 2012

Bajet 2013... Maaf aku tak rasai apa-apa!

PM ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini.
Bila orang tanya aku macam mana dengan Bajet 2013 yang dibentang PM petang ini? Terus terang aku katakan aku "tak merasai apa-apa" daripada bajet berkenaan. Sungguh, tiada apa yang menarik bagi aku seorang kakitangan swasta, berpendapatan RM5,000 lebih sedikit, tiada pinjaman PTPTN, sudah berkeluarga dan sudah mempunyai rumah sederhana besar untuk diisi oleh kami anak-beranak.

Aku memang dari awal tidak mengharapkan apa-apa daripada Bajet 2013. BR1M aku tidak layak. Skim bantuan rumah pertama yang dinaikkan kepada mereka berpendapatan RM5,000 ke bawah aku tak layak. Bantuan rebat membeli handphone 3G aku tak tergolong belia. Baucer pembelian buku untuk mahasiswa pun tak dapat sebab belum ada anak masuk kolej.

Yang aku boleh nikmati cuma bantuan sekolah RM100 yang diberikan. Aku ada empat orang anak bersekolah, maka dapatlah RM400 tahun depan. Bila kerajaan beri insentif kepada pemilik bas sekolah pun, aku tidak jamin tambang van sekolah dengan Uncle Yeoh tahun depan kurang, sebab tahun depan 4 orang anak aku akan gunakan van yang sama. Kalau tahun ini dah cecah lebih RM300, tahun depan gerenti boleh sampai RM450. Oh tidakk...

Oh ya! Bonus satu setengah bulan gaji termasuk setengah bulan ketika sebelum raya dulu. Maaf... aku bekerja swasta dan isteri juga bukan kakitangan awam. Jadi aku tidak menikmati apa-apa pun.

Tapi itu tidak bermakna aku perlu menyalahkan kerajaan atau aku patut menyokong pembangkang pada PRU-13 akan datang supaya dapat kerajaan baru, PM baru! Maaf... walaupun aku tak dapat apa-apa daripada Bajet 2013, tapi sekurang-kurang lebih separuh daripada 28 juta rakyat Malaysia dapat manfaat daripadanya. Ramai yang bersorak riang.

Lagi pun adalah mustahil bagi mana-mana kerajaan pun untuk memenuhi kehendak setiap inci rakyat. Anwar? Lagilah... Cakap jeh degang-degang. Keperluan batin bini sendiri belum tentu dapat dipenuhi. Heee... Apa yang penting majoriti rakyat dapat manfaat daripada Bajet 2013 (dan bajet-bajet lain).

Apa pun yang pasti PRU-13 tidak akan diadakan tahun ini, dan yang pasti BAJET 2013 bermakna PILIHAN RAYA UMUM juga akan diadakan pada 2013! 

Share this

3 Responses to "Bajet 2013... Maaf aku tak rasai apa-apa!"

  1. salam,

    saya sgt bersetuju dgn pendapat anda. Saya pun bukan dapat apa2 drp belanjawan kali ni kecuali skim rumah pertama ku. X per lah, yg penting rakyat secara keseluruhannya senang + gembira. Nak harap nuar? bizi dgn jet nya je lah.

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Saya suka semangat anda. Betullah, mana ada kerajaan di dunia dapat penuhi setiap inci keperluan rakyat. Yg penting kita hidup aman damai. Hari ni x dapat mungkin tahun2 mendatang dapat. Rm400 dah kira ok tu.

    Saya ni pekerja kerajaan. Saya dapat bonus 1 1/2 bulan. Frankly speaking, saya x kisah pun kalau gov decide x mau bagi bonus. Tapi bila gov bagi of course la wallet saya tadah. Tq. Lain2, saya pun x dapat jugak. Anyway undi saya tetap pada BN.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih. Tapi ramai jugak kat luar sana duk maki hamun Najib dan kerajaan walaupun merekalah golongan yang menikmati apa yang diumumkan dalam Bajet 2013 tadi. Nak harap Bajet Alternatif pembangkang... Telan air liur jeh la...!!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.