20 September 2012

Esok Pas dan UMNO bersatu? ... yeah!

Betul ke Pas dan UMNO nak bersatu esok???
Esok akan terbit sinar "penyatuan" antara dua parti Melayu/Islam yang bertelagah sejak sekian lama... Pas dan UMNO. Sebabnya esok kedua-dua sayap pemuda parti berkenaan sudah bersatu suara untuk mengadakan perhimpunan bagi membantah puak-puak yang menghina Nabi Muhammad SAW.... Yeah!

Perhimpunan (seperti biasa) akan diadakan selepas solat Jumaat. Geng-geng Pemuda UMNO dan NGO-NGO prokerajaan akan berhimpun di perkarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur manakala puak-puak Pas akan berhimpun di hadapan bangunan Tabung Haji sebelum berarak ke bangunan Kedutaan AS di Jalan Tun Razak.

Aku tak pasti sama ada perhimpunan anjuran UMNO akan turut berarak ke kedutaan berkenaan atau tidak. Atau mungkin sekadar berhimpun di Masjid Jamek. Maklum nak berarak dar Kampung Baru tu jauh jugak tu. Hemmm....

Alangkah lebih bagus kalau kedua-dua ini bergabung dan bersama-sama berhimpun di satu tempat untuk menyuarakan bantahan terhadap penerbitan filem "Innocence of Muslim" dan penyiaran gambar bogel yang dikatakan "Nabi Muhammad" oleh majalah Barat. Ini lebih menunjukkan bagaimana bersatunya umat Melayu dan Islam di negara ini terhadap pihak-pihak yang menghina dan memperlekeh Islam - tak kiralah kat luar negara sana atau puak-puak dalam negara sendiri.

Aku yakin jika ini menjadi kenyataan, Anwar boleh terencat akal dan puak-puak DAP akan menggeletar satu badan sebab tak boleh tahan tengok orang Melayu dan Islam bersatu. Ishhh...

Cuma aku harap bila dah kedua-dua parti ini bersatu hati dalam hal kepentingan agama Islam seperti ini, ada pula puak yang membanding-bandingkan perhimpunan siapa lebih hebat, lebih Islam, lebih aman, lebih ramai dan segala kelebihan. Dan tidak kurang juga yang akan mencari kelemahan, kekurangan di pihak satu lagi.

Tolonglah... Ini bukannya pertandingan perhimpunan paling ramai, tapi nak menunjukkan dan memberi amaran kepada dunia bahawa jangan sesekali menghina Islam kerana umat Islam juga mempunyai maruah.  Ini bukan soal parti Pas atau UMNO tapi ini soal Islam... agama yang kita anuti dan percayai.

Dan kepada mereka yang menyertai perhimpunan ini tak usahlah nak kata... oh aku nak ikut perhimpunan Pas... oh aku nak ikut perhimpunan Pemuda UMNO. Tapi yang penting mana yang paling mudah itulah kita sertai. Tak kiralah Pas ke UMNO ke siapa ke...

Ayuhlah!

Share this

3 Responses to "Esok Pas dan UMNO bersatu? ... yeah!"

  1. Jangan lupa pijak-pijak gambar Ngeh, bakar bendera DAP sial!!!

    ReplyDelete
  2. Penulisan yang sangat baik dan nampak keihklasan anda. Alhamdulillah..Syukran syukran… Semoga Allah memeberkati niat baik kita semua. Cuma perhimpunan itu akan lebih besar maknanya jika dapat disertai oleh MCA, MIC dan DAP. W/p saya tahu ianya terlalu sukar untuk menjadi realiti, tetapi ianya tetap tidak mustahil jika Allah mengkehendakinya. Moga Allah lemparkan sinar cahaya kebenarannya pada mereka2 yang bukan Islam dan terbuka hati mereka2 untuk memahami dan mendalami Islam. Saya doakan yang terbaik untuk semua. Amin...Allah Huakbar! Allah Huakbar! Allah Huakbar!

    ReplyDelete
  3. @Asal usul... Insya-Allah beberapa anggota parti komponen BN (MCA, MIC, Gerakan) akan ikut sama pada perhimpunan tersebut. Tapi tidak pasti di pihak sebelah sana. Sehingga kini belum ada kenyataan dari Anwar, Hadi Awang, Mat Sabu nak sertai perhimpunan ini...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.