24 September 2012

Jangan politikkan kes Ketua Pemuda UMNO Kepong ditikam!

Marilah  kita pakat doakan keselamatan ke atas Norizan!
Bila Ketua Pemuda UMNO Kepong, Datuk Norizan Ali dilaporkan ditikam diperut oleh dua lelaki di hadapan rumahnya awal pagi tadi, ada beberapa blog cuba mempolitikkan kes ini. Tanpa rasa bersalah mereka cuba kaitkan dengan pihak-pihak parti lawan. Adoii...

Pesan aku kepada kawan-kawan, jangan bermain api dengan isu seperti ini kelak buruk padahnya. Bukankah lebih baik kita serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan janganlah cuba mengapi-apikan konon ia perbuatan puak-puak di sebelah sana tanpa sebarang bukti. Kalau ada bukti pun mana boleh main taram macam tu... Bahaya!

Kalau mangsa itu seorang penggiat politik kita tidak bolehlah dengan cepat membuat kesimpulan... oh penyerangnya itu orang politik sebelah sana... Heishhh... Mana boleh macam tu. Kita tak tahu mungkin ada masalah lain yang menyebabkan orang memusuhinya.

Jadi kawan-kawan, eloklah tunggu hasil siasatan polis dan buat masa ini elok sama-sama kita mendoakan keselamatan ke atas beliau. Mari pakat solat hajat minta Allah berikan kesembuhan kepadanya.

Share this

0 Comment to "Jangan politikkan kes Ketua Pemuda UMNO Kepong ditikam!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.