23 September 2012

Jalan Gelang "Patpong" Malaysia?

Jalan Gelang dah jadi pusat pelacuran terbuka terbesar di Malaysia?
Malam tadi seorang kawan aku bawak aku tunjuk satu tempat panas di Kuala Lumpur. Dia kata elok aku tengok sendiri keadaan dan kalau boleh minta aku suruh pihak berkuasa buat sesuatu. Katanya, dah teruk benarlah.

Aku ingatkan apalah... Rupa-rupanya dia bawak aku ke Jalan Gelang. Wow... Terperanjat beruk aku apabila aku lihat berpuluh-puluh pelacur Cina sedang menawarkan khidmat seks di sepanjang jalan tersebut. Dengan berpakaian menjolok mata, mereka tanpa rasa takut sedikit pun melambai-lambai ke arah kami. Masa kami melalui kawasan itu baru sekitar pukul 8.30 malam.

Kawan aku kata itulah keadaan di Jalan Gelang. Memang dah parah dan pihak berkuasa macam buat pejam mata sahaja dengan keadaan ini. Kawan aku kata mereka menjalankan perniagaan haram itu sampai ke Subuh hari. Bebas tak ada siapa peduli... Malah kalau makin tengah malam, katanya jumlah mereka makin ramai. Silap-silap boleh sampai ratusan orang.

Dia kata dulu para pelacur Cina ini hanya menawarkan perkhidmatan mereka kepada para pelanggan  sebuah food court di situ tetapi kini sudah merebak sampai sepanjang Jalan Gelang dan Jalan Chin Chin (sebelah Jalan Gelang).

Aku tanya kat mana pelanggan mereka lepaskan hajat? Kawan aku tunjuk rumah-rumah flat di kawasan itu yang juga tempat tinggal mereka. Dia kata adalah beberapa polis buat serbuan di kawasan itu tapi mereka macam sekejap jeh hilang, selang beberapa jam ramai balik keluar mencari pelanggan.

Kawan aku kata, dah tahu rumah-rumah flat tersebut menjadi sarang pelacuran, sepatutnya pihak berkuasa kenalah ambil tindakan. Memanglah kat situ pun ada penghuni lain tetapi mereka macam dah tak ambil peduli kalau jiran-jiran mereka itu sebenarnya pelacur asing dan menggunakan kediaman mereka sebagai tempat memberikan perkhidmatan.

Hemm... Dulu aku ingat Bukit Bintang sahaja jadi port pelacur, rupanya Jalan Gelang lagi hebat dari Bukit Bintang. Malah kawan aku kata dah jadi macam Patpong Street kat Bangkok!

Kalau macam nilah rupanya aku nak cadang kepada DBKL tukarkan nama Jalan Gelang kepada JALAN GERAM!! Heee...


*Nota: Patpong adalah kawasan pelacuran jalanan terbesar di Bangkok, Thailand.

Share this

0 Comment to "Jalan Gelang "Patpong" Malaysia?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.