09 September 2012

Siapa nak bela Ammar?

Muhammad Ammar hanya mampu menangisi nasib yang bakal menimpanya....
Muhammad Ammar, remaja berusia 19 tahun yang masih lagi mentah soal politik. Dia antara beberapa ratus remaja yang ikut serta dalam demo Janji Demokrasi ketika malam ambang Merdeka 30 Ogos lepas. Pada malam itu kumpulan terbabit mengibarkan bendera baru Malaysia, Sang Saka Malaya dan ada yang membawa potret Najib dan Rosmah yang kemudian dikoyak-koyak dan dipijak-pijak.

Muhammad Ammar yang ikut-ikutan berdemo mengambil jalan tidak cerdik apabila dia melondehkan seluar dan diletakkan bontotnya di atas poster wajah Najib. Beberapa rakan merakamkan gambar dan video. Dia gembira dan merasa bangga kerana berjaya memalukan Najib di hadapan orang ramai. Para pemimpin pembangkang yang ada di situ tersenyum seronok melihat anak-anak muda meluahkan protes mereka kepada pemimpin negara.

Namun kegembiraan Muhammad Ammar tidak lama. Selang beberapa hari dia ditangkap pihak polis bagi membantu siasatan berhubung penghinaan terhadap pemimpin negara. Dia digari, dibawa ke balai polis. Tiada pemimpin pembangkang atau wakil bersama Muhammad Ammar. Selepas tidur semalaman di lokap, dia dibebaskan.Gembira hati tidak terkira...

Tapi sekali lagi kegembiraan Muhammad Ammar diragut apabila pengetua Kolej Cybernatic, tempat dia melanjutkan pelajaran mengambil tindakan membuang Muhammad Ammar dari kolej berkenaan. Punah harapan ibu bapanya mahu melihat anaknya menamatkan pengajian dan menjadi orang yang berguna. Dan sekali lagi tiada suara dari para pemimpin pembangkang mahu membelanya.

Tidak kedengaran suara Anwar Ibrahim mahu memasukkan Muhammad Ammar di kolej-kolej lain dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Pakatan Pembangkang... tidak... Tidak kedengaran Majlis Peguam akan membela Muhammad Ammar jika dia didakwa.. tidak. Tidak akan kenyataan Mohamad Sabu yang mahu mengambil Muhammad Ammar bekerja dengan Pas tidak ada...

Maka sia-sialah pengorbanan Muhammad Ammar di malam ambang Merdeka lalu. Dia bukan saja bakal dihadapkan dengan undang-undang, malahan masa depannya juga tidak menentu selepas dibuang kolej. Tidak cukup dengan itu, keluarganya menanggung malu dan kini bapanya terpaksa merayu kepada Perdana Menteri agar memaafkan perbuatan Muhammad Ammar.

Dan di ketika Muhammad Ammar berdepan dengan nasib dan masa depan yang tidak menentu, para pemimpin mereka baik Anwar, Azmin Ali, Mohamad Sabu, S.Ambiga, A. Samad Said dan lain-lain tidur lena di rumah bertilam empuk, berhawa dingin.

Itulah nasib Muhammad Ammar, remaja yang tidak mengerti apa-apa tentang politik, dipergunakan oleh mereka yang berkepentingan politik yang akhirnya dia yang menanggung nasib buruk dan masa depan kelam. Manakala para pemimpin yang mereka sanjung hanya bertepuk tangan dari kejauhan.

Malang si Muhammad Ammar... malang!

Berbeza dengan gadis Cina ini... Pantas mendapat pembelaan DAP!

Share this

0 Comment to "Siapa nak bela Ammar?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.