30 September 2012

Syarikat Singapore kuasai bisnes di Malaysia?

Berapa banyak lagi premis perniagaan di Mid Valley ini dipunyai oleh Singaporean?
Semalam aku bawak family jalan-jalan di Mid Valley dan terpandang satu kedai membuat kunci di aras P1 pusat membeli belah femes di KL itu. Di situ tercatat "Dimiliki oleh:  XXXXXX (Singapore) Pte. Ltd.". Aku tertanya-tanya macam mana kedai buat kunci pun "import" dari seberang tambak. Kat Malaysia ni tak ada orang nak berniaga buat kunci ke?

Patutlah sebelum ini beberapa kawan dan sahabat aku duk bercerita begitu banyak para peniaga Singapore dengan bebas dan berleluasa membuka perniagaan mereka di sini. Malahan mereka juga memiliki atau menguruskan gedung-gedung perniagaan utama di ibu negara dan beberapa bandar besar di Malaysia.

Aku diberitahu kalau Suria KLCC diuruskan oleh Singapore dan begitu juga medan selera di Suria KLCC pun diurus dan dimiliki syarikat Singapore. Bahkan beberapa bangunan pencakar langit di sekitar KLCC pun dimiliki oleh orang Singapore. Dataran Pahlawan  yang menjadi kebanggaan rakyat Melaka pun khabarnya dimiliki dan diuruskan oleh orang Singapore.

Sebelum ini aku memang tak berapa nak percaya cakap-cakap orang tapi bila tengok kedai buat kunci pun orang Singapore punya, sudah pasti mereka juga boleh dan diberi peluang untuk menjalankan perniagaan yang lebih besar di Malaysia. Agak-agak berapa banyak kedai kat Mid Valley itu dimiliki peniaga Singapore? Di KLCC, di Alamanda, di Pavillion, di Berjaya Mall, di Lot 10 dan lain-lain gedung perniagaan. Aku tak tahu dan tiada siapa pun nak ambil tahu.

Aku bukan dengki atau apa, tapi kalau mereka dah kuasai gedung perniagaan di sini, kat mana lagi orang kita nak meniaga? Tak kanlah peniaga kita hanya layak berniaga di tepi jalan sedangkan gedung-gedung perniagaan pula untuk para peniaga asing - Singapore, Taiwan, China....

Agaknya sebab itulah kut ada pengurusan gedung perniagaan "menghalau" peniaga Melayu seperti yang terjadi ke atas Sherifah Salim ini kut?

Aku harap kementerian berkaitan dapat memantau keadaan ini dan pak-pak menteri yang bijak pandai perlu buat sesuatu bagi memastikan para peniaga tempatan diutamakan untuk menjalankan perniagaan. Jangan bersifat kera di hutan disusukan, anak kat rumah mati kelaparan!

Mail Sabri... tolong beri perhatian!

Share this

0 Comment to "Syarikat Singapore kuasai bisnes di Malaysia?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.