08 October 2012

Apa khabar Nazmi Faiz?

Nazmi Faiz, pemain tengah Beira-Mar dengan jersi no. 8...
Lama tak dengar khabar pemain muda Nazmi Faiz yang kini bermain di liga utama Portugal bersama kelab SC Beira-Mar. Sekarang ini kempen liga-liga di seluruh Eropah sudah pun bermula dan sudah pasti Nazmi sekarang sibuk dengan aksi di liga negara itu.

Difahamkan setakat ini sudah enam perlawanan liga sudah berlangsung dan Nazmi selaku pemain termuda (18 tahun) di kelab itu masih belum diberi peluang turun beraksi. Bahkan daripada enam perlawanan liga, Beira-Mar hanya mencatat tiga keputusan seri manakala tiga lagi mengalami kekalahan, dan kini berada di tangga tercorot liga dengan tiga mata.

Perkembangan liga utama Portugal dan kelab Beira-Mar boleh diikuti di sini atau laman web rasmi kelab di sini...!

Apa pun aku harap pengurusan Beira-Mar memberi peluang kepada Nazmi untuk turun beraksi manakala Nazmi pula seboleh-bolehnya rebut peluang menunjukkan kehebatan sebagai anak Melayu pertama beraksi di liga Eropah selepas Fandi Ahmad (Singapura) yang bermain untuk Ajax Amsterdam sekitar tahun 1980-an dahulu.



Pssstt... Tak ada ke sesiapa nak tubuh Fan Club Biera-Mar kat Malaysia ni? Takkan kelab-kelab EPL saja? Err... Jersi kelab ini ada jual kat Uptown tak?

Share this

0 Comment to "Apa khabar Nazmi Faiz?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.