11 October 2012

Tahniah ATM kerana mara ke final Piala Malaysia!

TERKINI:
Tahniah ATM kerana menyekat Singapura daripada mara ke perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti. ATM menang 5-4 (penalti) selepas kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 2-2.

POS ASAL:
Malam ini pertemuan hidup mati bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menentang Lions XII pada perlawanan kedua peringkat separuh akhir Piala Malaysia. Bagi aku pertemuan ATM dan Lions XII umpama pertemuan dua negara - Malaysia dan Singapura.

Lebih membuat aku berkobar-kobar bila ATM bermain di pihak Malaysia. Bayangkan pasukan tentera (walaupun pemain bukannya anggota ATM) bertemu dengan negara asing macam Singapura, perghhh... lain macam semangatnya.

Cuma aku harap semangat yang sama dapat dirasai oleh seluruh peminat bola sepak di tanah air. Tak kiralah anda penyokong setia Selangor, Kelantan, Terengganu, Kedah, Sabah atau Sarawak sekali  pun, marilah kita pakat turun ke Stadium Selayang malam ini untuk memberi sokongan padu kepada skuad ATM.

Relakah korang nak lihat pasukan Singapura menewaskan ATM dan beraksi di pentas  akhir Piala Malaysia? Mahukan kalian nak tengok sang Singa meratah anak-anak buah Sathianathan? Tidak... tidak... Aku bukan tak sanggup lihat ATM kalah, tapi aku tak sanggup nak lihat skuad Singapura merampas Piala Malaysia!

Mana maruah kita beb?

Untuk rekod pertemuan separuh akhir pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura minggu lepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Share this

0 Comment to "Tahniah ATM kerana mara ke final Piala Malaysia!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.