09 October 2012

Cikgu Shahnon yang aku kenal....

Aku kasihan benar dengan Cikgu Shahnon Ahmad. Walaupun dia seorang Profesor Emeritus... walaupun bergelar Sasterawan Negara namun dia acap kali terperangkap dalam permainan politik di negara ini.

Pernah semasa aku berbual dengan beliau lama dahulu, dia bercerita bagaimana dia merasakan ditipu oleh orang UMNO sehingga beliau sedia menghasilkan sebuah novel yang mengangkat perjuangan pemimpin UMNO. Aku lupa tajuk novel itu, tapi dia kata novel itu dihasilkan bukan dari dari jiwanya, tapi kerana diupah oleh orang UMNO.

Kemudian ketika  zaman kegemilangan Al-Arqam, Cikgu Shahnon juga terjebak dengan kumpulan tersebut. Beberapa bulan berada dalam pertubuhan pimpinan Ustaz Asaari itu, dia merasakan wujud "kelainan" pada kumpulan berteraskan Islam itu, terutama mengenai perkongsian suami. Lalu dituangkannya kelainan yang dirasakan di dalam Arqam menerusi novel "Ummi & Abang Syeikhul" (1992).

Ketika beliau masih berjawatan Pengarah Pusat Islam USM, Cikgu Shahnon bertentangan pandangan dengan Dr Mahathir yang pada masa itu selaku Perdana Menteri Malaysia. Rasa tidak puas hati Cikgu Shahnon mengenai kepimpinan Dr Mahathir pada masa itu diluahkan menerusi novel-novelnya, antaranya novel Patriach (1991), Sutan Baginda  (1997) dan Shit (?).

Dalam diam tak diam, akhirnya Cikgu Shahnon menceburi politik sepenuhnya. Dia menyertai Pas dan bertanding di Parlimen Sik pada 1999 dan berjaya menyingkirkan Tan Sri Abdul Hamid Othman, yang pada masa itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun beliau tidak lama menjadi Ahli Parlimen dan mengambil keputusan tidak bertanding pada 2004 kerana uzur. Akhirnya Sik dirampas semula oleh BN pada tahun tersebut.

Selepas lebih sedekad, beliau kini merasakan bahawa Pas sudah tidak lagi berada di landasan perjuangan asal parti. Pas kini hanyalah sebuah parti yang menurut kehendak DAP. Lalu apakah bermakna Cikgu Shahnon merasakan dia "terkena" lagi?

Bak jalan cerita dalam e-novelnya, Mahabbah, Cikgu Shahnon kini hanyalah "seorang tua yang sudah tidak mempunyai kuasa  tetapi masih berjuang untuk menyatupadukan orang Melayu melalui doanya kepada Allah." 

Dan aku percaya sekejap lagi akan berkumandanglah kenyataan pemimpin "profesional" Pas atau kalangan kafir harbi DAP yang mengatakan Cikgu Shahnon sudah nyanyuk!

Share this

2 Responses to "Cikgu Shahnon yang aku kenal...."

  1. Salam Saudara,

    Only those who are close to Prof address him as Cikgu, and I too had a chance to know him at USM.

    Somehow I could understand Prof's situation, he is an idealist, and he's got a vehicle to express his ideas and principles, through his writings.

    However politic is a different ball game at all, too many grey areas. I guess by now Prof has learned that politic is not about one man's struggle to hold strongly to the priciple, but it is about one man's endeavor to do whatever it takes to stay in power.

    ReplyDelete
  2. Thanks bro! I agreed with u..

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.