21 October 2012

Dua anak Melayu cipta sejarah negara....

Zulfahmi julang nama negara dalam sukan permotoran...
Bangga.. cukup bangga apabila anak-anak muda Melayu mencipta nama dalam sukan permotoran dunia. Zulfahmi Khairuddin, pelumba Moto3 negara meriah podium buat kali pertama sepanjang kariernya dan lebih manis ia dicipta di tanah air sendiri pada Grand Prix Malaysia di Litar Sepang.

Inilah kali pertama anak Malaysia menaiki podium dalam sukan perlumbaan motosikal terulung dunia itu selepas beberapa kali hampir menciptanya pada perlumbaan sebelum ini. Dengan kejayaan itu, Zulfahmi, anak muda dari Banting kini mengutip 112 mata untuk menduduki tangga ketujuh keseluruhan pelumba Moto3 musim ini.

Seorang lagi ialah Hafizh Syahrin. Walaupun berlumba atas tiket wildcard, dia mampu mencipta kejutan apabila menduduki tempat keempat pada perlumbaan Moto2 pada perlumbaan sama. Malahan Hafizh yang baru berusia 18 tahun mendahului perlumbaan pada pusingan ketujuh hingga ke-10 daripada 19 pusingan itu walaupun bermula dari petak 27.

Juara dalam pembikinan... Hafizh Syahrin!

Perghh... memang mendebarkan dan aku tengok Hafizh berlumba penuh yakin menyaingi pelumba-pelumba negara lain yang jauh lebih berpengalaman. Malahan tengok gaya dia "cilok" di selekoh-selekoh untuk memintas seorang demi seorang pelumba dunia membuatkan aku cukup kagum dengan anak muda ini.

Apakah ini hasil "lumba haram" anak-anak muda kita? Kalau beginilah hasilnya Kementerian Belia dan Sukan kena galakkan anak-anak muda kita merempit. Hee.... Tapi bukan di jalan raya, nun di litar-litar yang disediakan.

Aku tahu sekarang ini begitu ramai pelumba motosikal berbakat yang masih muda dan sedang dibentuk untuk menjadi pelumba profesional dan menakluki dunia sepertimana dilakukan Zulfahmi dan (akan datang) Hafizh.

Tahniah buat Zulfahmi dan Hafizh! Jadilah anak-anak muda yang mengharumkan negara di pentas dunia dan jangan jadi pemimpin-pemimpin tua yang tak henti-henti nak busukkan nama negara di mata dunia!

Hee...

Share this

0 Comment to "Dua anak Melayu cipta sejarah negara...."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.