30 October 2012

PRU-13 dah hampir, blogger pro-BN masih duk kejar ranking?

Orang kita memang gemar cerita macam ni.
Apo nak buek...!
Itu bukan aku cakap... tapi itu pandangan seorang rakan aku yang jarang-jarang bertemu. Dia bekerja dengan sebuah media dan ketika menghadiri majlis korban semalam, kami bersua muka. Apa lagi sebab dah jarang bertemu, banyaklah topik yang dibualkan.

Tapi dalam banyak-banyak topik, bab dia mengomel pasal "perangai" blogger pro-BN yang menarik perhatian aku. Dia siap tanyak betul ke blogger pro-BN ni masih duk kejar ranking sampai bergaduh sesama blogger, ada yang merajuk dan tidak kurang juga yang berpaling tadah? Aku cuma diam tak berani nak cakap. Kang aku silap cakap ramai blogger hentam aku. Maklum aku pun duk tulis blog jugak....

Aku tanya juga kenapa dia cakap macam tu? Katanya, sebab sekarang dalam duk blogger propembangkang berhabis-habisan menyerang kerajaan, UMNO, BN, Najib, Rosmah untuk meraih sokongan bagi menghadapi PRU-13, blogger-blogger pro-BN pula tak habis-habis dengan cerita-cerita lucah dan gambar-gambar separuh bogel... Dush! Terdiam aku...

Dia pun ada cerita pasal blogger yang dulu duk serang pembangkang tapi sekarang berbalik duk serang Najib, UMNO gara-gara tak puas hati dengan sesuatu. Katanya, dia pun ada dengar terdapat blogger yang tak puas hati antara satu sama lain. Blogger yang rangking teratas katanya "masyuuukkk". Itu pasal masing-masing duk berebut nak jadi blogger paling "top" tu.

Huh... Aku kata bab masyuk ini memang sensitif dan aku tak berani nak cakap sebab aku memang tak kenal pun blogger-blogger pro-BN semua ni. Aku memanglah tulis blog juga, hentam pembangkang jugak tapi aku bukannya "blogger pejuang siber" macam mereka semua. Aku ni blogger one man show... Cuma adalah aku dengar-dengar ada blogger yang top rangking dapat "projek besar" dari pihak-pihak tertentu, tapi aku tak percaya sebab ia tak sahih.

Aku cuba pertahan kalau cerita-cerita lucah dan gambar seksi separuh bogel itu semua untuk meraih pengunjung. Tak ada niat apa pun. Maklum orang kita kan suka cerita-cerita dalam kain. Kalau tidak masakan surat khabar Metro boleh jadi nombor satu, kalau bukan kerana cerita sensasi dalam kain?

Aku cakap dalam duk tulis pasal cerita dalam kain dan tayang gambar lucah, depa pun duk hentam pembangkang sana sini jugak. Okeylah tu... Janji matlamat perjuangan tercapai!

Bila aku cakap macam tu lama dia diam... Akhirnya dia kata dia boleh terima. Cuma katanya janganlah melampau sangat. Kalau nak tulis pasal politik tulis saja. Jangan duk tayang gambar separuh bogel, tajuk penuh sensasi mengalahkan surat khabar Metro tapi isi duk cerita pasal politik. Macam tak kena... katanya!

Last sekali aku cakap... elok dia sendiri jadi blogger dan tulis macam mana dia nak daripada duk jaga tepi kain blogger lain.... Heee...  Sorry bro!

Share this

1 Response to "PRU-13 dah hampir, blogger pro-BN masih duk kejar ranking?"

  1. Salam,
    Posting menarik. Blogger harus ada integriti sendiri. Bahan biar ada rujukan. Kekadang ranking rendah tetapi yang melawatinya mereka yang berkualiti rather than ranking tinggi tapi tak ada substance. Tampalan-tampalan visual lucah biarlah berpadan jika tidak akan dilabelkan sebagai tidak senonoh. Blogger harus menjadi agen perubahan.Cuba lawati blog http://singaporemind.blogspot.com/ cukup tajam analisa, hujahan dan kajiannya.
    Apapun cari makan biar bersopan dan halal.
    END.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.