12 October 2012

Sukarnya nak mendidik pemandu kita....! Setuju!!!

Bila kita tengok kemalangan macam ini, kita akan kata "itulah bawak laju-laju..." tanpa kita sedar, kita pun bawak kereta pun laju jugak!
Pagi ini aku terbaca artikel ini....
SEMALAM Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sepakat mendesak kerajaan mengkaji semula pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi tujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Malahan sejak sistem itu dilaksanakan bulan lalu, banyak blog yang telah menyuarakan bantahan berhubung pelaksanaan sistem tersebut dengan alasan ia membebankan pengguna dan rakyat.

Saya tidak faham di mana "penganiayaan" kerajaan terhadap rakyat ekoran penggunaan AES ini. Mungkin mereka (termasuk wakil-wakil rakyat) hanya melihat jumlah saman yang dikutip hasil sistem tersebut, tanpa melihat sudut positifnya.

Kita semua maklum kadar kemalangan dan kematian di jalan raya di Malaysia antara yang tertinggi di dunia. Menurut kajian oleh Forum Pengangkutan Antarabangsa Paris, dicatatkan bahawa 30 negara mencatatkan penurunan kadar kematian jalan raya dari tahun 2000 hingga 2009, kecuali tiga negara iaitu Argentina, Kemboja dan Malaysia.

Daripada kajian melibatkan semua negara, Malaysia berada di kedudukan paling atas dengan kadar kematian tertinggi iaitu seorang bagi 100,000 penduduk.

Berdasarkan 23.8 kematian bagi setiap 100,000 penduduk tahun lalu, kadar kematian akibat kemalangan di Malaysia adalah 6.3 kali lebih tinggi berbanding dengan United Kingdom, Sweden dan Belanda.

Ini bermakna bahawa 6.3 kematian di Malaysia bagi setiap satu nyawa penduduk UK pada tahun lalu.

Malahan kalau dilihat secara rambang, jumlah kemalangan dan kematian meningkat setiap kali sambutan perayaan saban tahun. Pelaksanaan Ops Sikap sebeklum ini ternyata gagal mendidik dan mendisiplinkan para pemandu kita dan semua pihak bimbang dengan keadaan tersebut.

Anehnya ketika mereka bimbang dengan kadar kematian yang tinggi di jalan raya, mereka juga menolak usaha mengurangkan statistik tersebut. Pelaksanaan AES sudah terbukti berjaya mengurangkan masalah tersebut di negara-negara maju seperti Singapura, Australia dan Amerika Syarikat tetapi kenapa ia ditentang?  ......
Selanjutnya baca di sini...!

Aku pun pelik dengan rakan-rakan blogger yang duk hentam dan menentang pelaksanaan AES sedangkan benda ini adalah perkara baik untuk mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia, nak pastikan rakyat Malaysia termasuk kita dan keluarga kita selamat ketika berada di atas jalan raya.

Okeylah... kalau korang tak setuju sangat dengan AES, korang senaraikan apa yang JPJ atau kerajaan perlu lakukan untuk mengurangkan kadar kemalangan ini? Cuba berikan? Kalau tak boleh berikan cadangan jangan duk perlekeh dengan AES sebab aku rasa inilah cara terbaik untuk mendidik pemandu termasuk aku dan korang semua memandu dengan cermat dan mengikut kelajuan yang ditetapkan.

Bagi aku mudah saja kalau tak mahu kena saman... pandu kereta masing-masing ikut kelajuan yang ditetapkan, bukannya had maksimum kelajuan 10km/j tapi sampai 110km/j. Itu pun polis selalunya kasi "ekstra" sampai 120km/j. 120km/j tak laju lagi ke? Cuba bawak 120km/j kemudian rempuh dinding highway tu, than tengok macam mana kesannya?

Selain pandu ikut kelajuan yang ditetapkan, cubalah ikut peraturan. Jangan duk pandu ikut suka hati mak bapak kita. Jangan langgar lampu merah, jangan memotong di garisan kuning, jangan itu dan jangan ini... Ah letihlah nak mengajar orang kita memandu ni.

Betul kawan aku seorang profesor cakap, orang kita memang paling bersopan santun. Jumpa orang tua cium tangan, tapi masuk je kereta segala perangai syaitan semua keluar dan dia menjadi orang paling tidak sopan di dunia. Kenapa ya?

Ingat.... bila kita memandu, anak-anak kita yang duk belakang akan memerhati kita dan bila dia boleh memandu esok-esok, mereka akan memandu ikut cara kita. Kalau kita jenis memandu gila-gila, lebih gila lagi depa memandu. Masa tu kita tak boleh marahkan anak kita sebab kita dulu pun memandu macam tu.

Faktor kemalangan jalan raya yang aku ambik dari nota Karangan BM untuk pelajar tingkatan 5 (SPM)...!

Share this

0 Comment to "Sukarnya nak mendidik pemandu kita....! Setuju!!!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.