07 October 2012

Sultan yang akan pilih MB, bukan lagi Najib?

Najib belajar sesuatu hasil daripada krisis pelantikan MB Terengganu yang berpunca dari kelemahan Pak Lah selaku PM masa itu.
Semua menteri besar (MB) negeri-negeri yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 akan ditentukan oleh sultan negeri masing-masing dan bukan lagi di bawah kuasa Perdana Menteri. Wow... Itu laporan yang baru aku terima.

Seorang sahabat yang juga orang kuat politik di Terengganu memaklumkan aku bahawa Najib tidak mahu mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Pak Lah Badawi sehingga berlaku kekecohan pelantikan MB di Terengganu dan Perlis dengan mengambil langkah menyerahkan kepada istana untuk memutuskan siapa yang akan mengetuai pentadbiran negeri masing-masing.

Sepengetahuannya, Najib sudah pun bertemu dengan semua sultan di negeri-negeri untuk mendapatkan nama-nama calon MB yang sudah dipilih. Sama ada mereka ini MB sedia ada, calon baru dari kalangan wakil rakyat sedia ada atau calon baru yang fresh dan belum bertanding sebelum ini tidaklah dapat dipastikan. Itu semua bergantung kepada kehendak sultan.

Lalu aku cuba korek rahsia tentang nasib Ahmad Said di Terengganu sama ada menjadi "pilihan" Sultan Mizan lagi kali ini selepas pada 2008 dia mendakwa mendapat perkenan tuanku untuk mengambil alih pentadbiran negeri yang kaya dengan petrolium itu daripada Idris Jusoh.

Sahabat aku enggan mengulas. Dia tidak mengiyakan, tidak juga menafikan.

Tapi bila aku tanya macam mana hubungan Ahmad Said dengan Idris, dia kata... "macam itu jugaklah..." Bila aku kata elok dua-duanya Najib spike, dan lantik orang baru sebagai MB, sahabat aku menyokong. "Itulah jalan terbaik!" katanya heee...

Itulah yang tuanku mahukan, bukan? Heee... sahabat aku tersengih!

Dan berdasarkan maklumat, pemerhatian dan ramalan aku, antara negeri yang bakal mendapat MB yang baru pada PRU-13 nanti ialah Terengganu, Johor, Perlis, Kedah (sama ada Pas menang atau kalah, Azizan Razak kemungkinan besar diganti), Selangor (sama ada PKR menang atau kalah, Khalid Ibrahim bakal diganti), Kelantan (dengan ramalan BN dapat rampas Kelantan, kalau tidak Nik Aziz kekal jadi MB dan bakal mencatatkan rekod MB paling lama berkuasa di Malaysia!).

Jadi sesiapa yang bercita-cita besar nak jadi MB tu, himpit-himpitlah sultan di negeri masing-masing, termasuk juga kalangan pemimpin UMNO Selangor! Hee....

Share this

0 Comment to "Sultan yang akan pilih MB, bukan lagi Najib?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.