16 October 2012

Tagalog & Moro dah berdamai... Pas & UMNO bila ek?

Alhamdulillah... akhirnya persengketaan antara pejuang pemisah Moro dan kerajaan Filipina  berakhir selepas lebih 40 tahun berperang. Wilayah autonomi Bangsamoro akhirnya terbentuk dan selatan Filipina kini mempunyai pentadbiran sendiri. Tahniah juga buat kerajaan Malaysia yang menjadi orang tengah yang akhirnya membawa perdamaian. (Psstt.. bab ni Anwar cukup sakit hati ... tataulah kenapa!)

Perjuangan puak Moro yang majoriti beragama Islam di selatan Filipina ini ada lojiknya memandangkan mereka terpinggir dari pembangunan di bawah kerajaan Filipina di Manila yang majoritinya beragama Kristian. Selain itu, khabarnya penduduk Islam di kepulauan itu juga sering ditekan oleh pemerintah Filipina, sehingga tidak sedikit yang menjadi pendatang haram di Sabah.

Itu cerita di selatan Filipina... Cerita persengketaan Pas dengan UMNO macam mana pula? Sehingga kini belum ada tanda-tanda kedua-dua parti orang Melayu dan beragama Islam ini nak berdamai. Malahan semakin dekat dengan PRU-13, semakin parah persengketaan mereka. Apa yang dibuat UMNO semua tak molek di mata Pas, waima bina masjid sekali pun.

Kedua-dua pihak juga tidak ada tanda-tanda untuk duduk semeja bagi membincangkan persengketaan. Kalau Israel dan Palestin pun boleh duduk berbincang untuk menamatkan sengketa, Pas dan UMNO langsung tak ada rancangan pun nak laksanakan "gencatan senjata". Anjing dengan kucing pun sekarang ini dah berkawan, tapi sengketa Pas dan UMNO lebih teruk dari anjing dengan kucing.

Dulu memang adalah seorang dua pemimpin Pas yang "curi-curi" mengadakan pertemuan dengan pemimpin UMNO tapi akhirnya mereka dicap sebagai pengkhianat dan ditendang jauh-jauh oleh parti, kerana tindakan itu tidak disenangi oleh Mursyidul Am mereka.

Jadi kalau tanya aku bila agaknya Pas dan UMNO nak berdamai, sungguh aku tak tahu. Mungkin selepas Malaysia sudah diperintah oleh puak-puak kafir harbi, baru masa itu kedua-dua parti nak bersatu dan berdamai kut?

Tapi kalau dah sampai tahap tu memang dah tak ada harapan lagi lah. Jangan mimpilah orang Melayu dan Islam nak dapat balik Malaysia. Silap-silap nama Malaysia pun ditukar jadi "Cindialayusia" hu hu ...

Share this

1 Response to "Tagalog & Moro dah berdamai... Pas & UMNO bila ek?"

  1. SALAM TUAN, KAMI TELAH LINK BLOG TUAN DALAM BLOGROLL KAMI. HARAP TUAN DAPAT LINK SEMULA BLOG KAMI. TQ - http://shahalamrebels.blogspot.com/

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.