01 November 2012

AES ditangguh di negeri pembangkang... Tahniah RBF & Geng!

Kerja-kerja pemasangan kamera AES! Sah BN tumbang.... Hahahaha....

Ini antara sebab AES perlu dilaksanakan!

Empat beranak maut nahas kereta-lori muatan padi

POKOK SENA 1 Nov. - Empat beranak maut, manakala seorang lagi kritikal selepas kereta Perodua Viva yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori muatan padi di Jalan Tualang di sini petang ini.
Nahas berlaku pukul 2.30 petang kira-kira 7 kilometer dari rumah keluarga malang itu di Kampung Kubang Pisang, Pendang. - UTUSAN
Ini antara bukti bahawa kerajaan tidak memerlukan saman daripada AES untuk menampung "kewangan negara" dengan kadar segera!

Kutipan LHDN lebih RM98 bilion, lepasi sasaran

PUTRAJAYA 1 Nov. - Kutipan cukai tahunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sehingga Okt lepas sudah menjangkau RM98.4 bilion melepasi sasaran awal, RM97 bilion.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata perkembangan itu menunjukkan ekonomi negara berada dalam keadaan baik, walaupun ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak menentu.
Menurutnya secara keseluruhan, tahun lepas LHDN mengutip RM109.679 bilion manakala tahun ini ia menyasarkan jumlah tersebut menjangkau RM120 bilion.
Beliau berkata prestasi LHDN ketika ini amat baik, namun ditanya sekiranya jumlah kutipan hasil akan melepasi sasaran ekoran prestasinya yang mantap, beliau enggan mengesahkannya.
"Kami telah menetapkan sasaran, kami tidak akan mengubahnya, sebarang tambahan merupakan bonus kepada kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi LHDN 2012 bertemakan "Inovasi Cemerlang, Transformasi Gemilang" di Menara Hasil, ibu pejabat LHDN di sini, hari ini.
Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Tan Sri Mohd Shukor Mahfar. - BERNAMA
Dan ini tempelak Menteri Pengangkutan kepada mereka yang beriya-iya TOLAK AES! .. Like like like!!

AES: Kerajaan lebih prihatin keselamatan rakyat - Cho Ha

PELABUHAN KLANG 1 Nov. - Keputusan empat negeri yang diterajui pembangkang untuk menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menggambarkan pemimpin mereka tidak mementingkan soal keselamatan pengguna jalan raya, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.
Empat negeri terbabit ialah Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan.
"Mungkin, empat kerajaan negeri itu tidak prihatin tentang statistik (kemalangan jalan raya), namun Kerajaan Persekutuan prihatin," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Maritime Sedunia peringkat nasional yang bertemakan "100 Tahun Selepas Titanic" di Pulau Indah di sini, hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebelum dilaporkan berkata bahawa penangguhan itu akan berterusan sementara menunggu rundingan dan pertemuan selanjutnya.
Mengenai sama ada AES itu akan dikaji berikutan bangkangan orang ramai dan ahli politik, Kong berkata: “Saya tidak boleh membuat sebarang keputusan sebelah pihak." - BERNAMA
Soalan aku... Kenapalah korang cepat sangat gelabah bila tengok kamera AES terpacak kat tepi jalan. Sistem ni baru dilaksana dah tentu ada kelemahan sana-sini. Nak tunggu mantap baru nak start, alamat makin ramailah rakyat Malaysia yang hilang nyawa kat jalan raya.

Yang peliknya bila masa korang duduk buat kajian sehingga cepat menilai AES ni lemah? Adakah kamera AES ni di pasang di hadapan rumah kalian, di dalam kawasan perumahan atau taman-taman permainan? Tidak kan?? Atau adakah dengan memandang sepintas lalu kamera yang terpacak kat tepi jalan korang dah boleh tahu sistem itu lemah atau tidak? Tak kan???

Atau soalan paling simple aku nak tanya... apakah korang SUDAH MENERIMA SAMAN kerana dirakam oleh kamera AES? Belum lagi bukan.....

Jadi janganlah cepat sangat melatah bahawa sistem ini menyusahkan rakyat sedangkan kajian yang dibuat hanyalah sekadar kajian rambang. Dan lebih parah lagi belum apa-apa sudah UGUT kerajaan konon saman AES boleh menumbangkan kerajaan BN...

Aku ingat kalau ada kereta pecut lebih 140km sejam kemudian hentam kereta yang libatkan keluarga korang yang menyebabkan nyawa keluarga korang melayang baru korang akan kata... "KITA PERLU LAKSANAKAN AES!!

Teori aku senang saja... tak mahu dirakam dalam kamera AES dan tak mahu bayar saman.... pandu kereta ikut had laju yang ditetapkan dan jangan langgar lampu merah. Susah sangat ke???




Pssst...!! Aku blogger upahan Kementerian Pengangkutan & JPJ! Wakakaka.......

Share this

4 Responses to "AES ditangguh di negeri pembangkang... Tahniah RBF & Geng!"

  1. MASALAH BILA KITA KATA 'ORANG LAIN PIKIR PAKAI KEPALA LUTUT' ... WALHAL KITA YANG PAKAI KEPALA LUTUT BILA BERFIKIR.

    SUKA AYAT MAUT NI ...

    Kerja-kerja pemasangan kamera AES! Sah BN tumbang.... Hahahaha....

    ReplyDelete
  2. masalahnya JKR tak upgrade traffic light ada nombor led/lampu hijau berkelip 5 x sebelum kuning, takkan lah tengah drive tiba2 lampu kuning menyala 2/3 saat sempat tak tekan brek & berhenti, tentu tak kan.

    kalau dah upgrade kemudian letak kami pun tak heran sebab boleh agak persediaan untuk berhenti.

    dan lagi satu kalau polis boleh bagi diskaun untuk saman speedtrap kenapa kemera AES tak leh kurang kan saman nak juga 300, kalau terlajak 30KM/J dari laju tu ok gak kena saman 300.

    ReplyDelete
  3. Hehe... Perangai orang kita rupanya ramai yg macam Anwar Ibrahim. Sendiri buat salah, bila kantaoi nak salahkan orang lain... Huhu... Patutlah Anwar boleh hidup dalam negara Malaysia ni...!!

    ReplyDelete
  4. semoga berjaya kepada kerajaan BN di pilihanraya akan datang...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.