08 November 2012

Apa jadi kalau masjid bincang pasal agama Kristian?

Masjid yang bersebelahan dengan gereja sudah menjadi pemandangan biasa di Indonesia atas dasar toleransi beragama. Apakah keadaan ini akan berlaku di Malaysia selepas ini?
Isu kenyataan Nurul Izzah yang menyokong orang Melayu diberi kebebasan menukar agama sebetulnya aku anggap sebagai "alarm" dari Allah yang mahu menyedarkan umat Islam khususnya para penyokong tegar Pas, PKR dan DAP bahawa agama Islam di negara ini sebetulnya makin terancam.

Soal kenyataan membabi buta Nurul Izzah satu hal dan aku taklah hairan sangat memandangkang mak bapaknya pun jenis tak tentu hala tetapi bercakap pasal agama mengalahkan mufti. Balik-balik duk jual nama Yusof Al-Qardawi, balik-balik Yusof Al-Qardawi. Dah kalau mak bapak pun jenis macam tu, apalagilah anak... tak gitu?

Yang aku nak persoalkan ialah bagaimana pihak gereja semakin aktif mengadakan forum bagi membincangkan soal agam Islam, soal kebebasan agama di kalangan orang Melayu. Apakah maknanya semua ini? Selepas kita dikejutkan dengan program memurtadkan umat Islam di bulan Ramadan tahun lalu sehingga membawa pemecatan Hasan Ali dari Pas, hari ini pihak gereja semakin galak membahaskan isu-isu berkaitan Islam secara terbuka dan terang-terangan.

Apakah ini membenarkan kegusaran sesetengah pihak bahawa wujudnya gerakan Kristianiasasi secara besar-besaran di negara ini jika kerajaan BN digantikan dengan kerajaan Pakatan Rakyat apabila PM-nya adalah seorang Islam yang liberal, menyokong penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama lain serta penyokong tegar LGBT?

Aku percaya keberanian pihak gereja terus menerus menjadikan Islam sebagai agenda utama forum-forum agama di kalangan mereka adalah disebabkan oleh sokongan pemimpin Melayu dan Islam seperti Anwar Ibrahim anak-beranak. Ini ditambah pula dengan sikap ulama seperti Nik Aziz yang mengiyakan apa sahaja yang diucap dan dibuat oleh Anwar anak-beranak walaupun ia sah-sah menyimpang dari Islam dan perjuangan Pas yang kemudian didukung sepenuhnya oleh penyokong-penyokong tegar Pas dengan laungan "Takbir" mereka.

Sebenarnya Anwar anak beranak dan ulama seperti Nik Aziz inilah yang membuka jalan seluas-luasnya kepada gerakan Kristianisasi di negara ini, yang selama ini dibendung dan dihalang dengan begitu rapi oleh kerajaan kerana mempertahankan Perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama tertinggi dan tiada pihak yang boleh mempersoalkannya.

Cuma aku nak tanya puak-puak ini, apakah akan berlaku jika ada masjid yang menganjurkan forum-forum mengenai agama Kristian atau agama-agama lain selain Islam?

Aku yakin akan berlaku kekecohan besar dalam negara dan Kit Siang, Guan Eng, Karpal, Tony Phua, Anwar, Nurul Izzah, Khalid Samad dan disokong oleh Nik Aziz, Mat Sabu, Hadi Awang akan menggunakan peluang ini untuk menyerang kerajaan dari pelbagai sudut. Silap hari bulan mereka akan berarak mengadakan demonstrasi di tengah ibu kota, dengan majoriti pesertanya adalah mereka yang berkopiah putih.

Tapi puak-puak Pas ini mana nak percaya kita cakap. Depa akan kata UMNO cuba menakut-nakutkan umat Islam dengan isu-isu seperti ini sebab nakkan kemenangan pada PRU-13. Sedangkan satu persatau Allah sudah tunjukkan di depan mata mereka tapi mereka mana nak percaya.

Seperti Hadi Awang cakap, isu Nurul Izzah (yang melibatkan akidah umat Islam) tidak penting tapi lebih penting adalah PRU-13 yang bakal dihadapi dan usaha untuk merampas Putrajaya! Masya-Allah... Jika beginilah, tunggulah bala yang Allah bakal turunkan!

Tapi masalahnya bila Allah turunkan bala (banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit...) puak-puak Pas akan kata, ini semua kerana UMNO yang menentang hudud! Tapi mereka tak sedar Allah turunkan bala sebab mereka sanggup menggadaikan agama dan akidah kerana mahukan kemenangan politik, mereka mengangkat pemimpin tidak bermoral, pengamal fahaman liberal, pengamal seks songsang dan penyokong LGBT.

Subhanallah....!!

Share this

1 Response to "Apa jadi kalau masjid bincang pasal agama Kristian?"

  1. Ya Allah segala puji hanya untuk Mu. Llindungilah kami dan zuriat kami dari segala kesesatan yang membawa kepada kehancuran ini. Berilah kami mata, hati dan pikiran yang jelas semasa mengundi di PRU13 nanti. Berilah kemenangan kepada mereka yang membela dan boleh membawa keselamatan kepada kami dan agama kami. Berilah kami kesedaran yang sebebnar-benarnya bagi kesejahteraan hamba-hamba-Mu di Malaysia ini. Selamatkan lah kami ya Allah. Selawat dan salam keatas Junjungan kami Nabi Muhammad (SAW). Amin ya Rabbul Alamin.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.