30 November 2012

Duk bayang Najib buat kejutan esok, umum bubar Parlimen

TERKINI (1 Dis 2012 / 7.30pm)
Apa yang duk dibayangkan tu tak menjadi. PM tak ada cakap nak bubar Parlimen cuma dia cakap nak kaji Akta Bangkrap, naikkan pinjaman AIM dan tubuh institut kepimpinan UMNO....!

POS ASAL:
Bayangkan tiba-tiba Najib umum bubar Parlimen esok... Wow!
Tadi duk sembang-sembang dengan kawan-kawan kat riverside tepi sungai sebelah PWTC pasal ucapan penggulungan oleh Najib esok. Seorang sahabat tiba-tiba kata, bagaimana kalau Najib buat kejutan masa gulung perbahasan esok. Najib umum nak bubar Parlimen hari Isnin.

Pergh... memang terangkatlah kalau betul esok Najib umum nak bubar Parlimen. Sudah pasti akan menjadi sejarah besar dalam politik negara. Bukan sebab cerita nak bubar Parlimen sudah diketahui media dinafikan PM, tapi alih-alih mengadap Agong macam 2008 lepas. Tapi sejarah tercipta sebab inilah kali pertama pengumuman pembubaran Parlimen di buat ketika Perhimpunan Agung UMNO.

Aku pasti kalau Najib buat "kerja gila" - umum bubar Parlimen masa PAU - sudah pasti sejarah Tun Dr. Mahathir yang umum nak berhenti jadi PM dan Presiden UMNO dulu akan terpadam seketika. Memang terangkat habis.

Mana tidaknya, selama lima hari para pemimpin UMNO seluruh negara dah diberasap dan ditanam semangat perjuangan sedalam-dalamnya, semangat sebahagian besar orang UMNO dalam mod siap siaga dengan semangat menyala dan berkobar-kobar, alih-alih Najib umum PRU akan bermula dalam tempoh 60 hari mulai Isnin ini. Tak ke gila tu?

Tapi kawan aku tu cuma membayangkan saja. Katanya, kalau Najib betul-betul nak buat kejutan, inilah masanya. Bayangkan sedang dia sudah war-war akan bercuti mulai pertengahan bulan ini, dan kemudian ramai juga para pemimpin UMNO/BN pun dah tempah penerbangan nak berehat, alih-alih PM pusing 180 darjah dan umum bubar Parlimen.

Mesti terangkat habis dan puak-puak pembangkang sudah pasti terkangkang sebab tak jangka Najib buat kejutan sebesar itu. Anwar pun akan terkincit-kincit sebab tak jangka...

Mungkinkah kejutan ini berlaku? Kita pakat tunggu esok!


Pssstt... Lebih terkejut kalau esok semua perwakilan UMNO termasuk Presiden UMNO pakai jersi "Harimau Malaya" sebagai tanda sokongan terhadap skuad Malaysia menghadapi Indonesia pada perlawanan hidup mati, malam esok... Ada berani?

Share this

0 Comment to "Duk bayang Najib buat kejutan esok, umum bubar Parlimen"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.