09 November 2012

Wacana kembalikan Pas ke landasan asal esok!

Aku terima satu SMS petang ini berbunyi begini...
"Mesti hadir, Panas!!!! Wacana Kembalikan PAS Ke Landasan Asal akan diadakan pada hari sabtu 10 Nov bermula jam 8:30am-1:30pm di Hotel Vistana KL. Akan dihadiri ahli2 PAS dan bekas pimpinan tertinggi PAS."
Aku rasa ini bukan kali pertama wacana seperti ini diadakan oleh kumpulan penyokong Pas yang masih sayangkan parti Islam itu. Dah acap kali aku dengar mengenainya dan wacana yang akan diadakan esok tentunya lebih panas kerana ia diadakan ketika sedang meletus isu Nurul Izzah yang menyokong orang Melayu diberi kebebasan memilih agama.

Siapa yang menjadi ahli panel wacana ini? Apakah Ustaz Nasarudin Mat Isa?

Sayang sekali aku tidak dapat menghadirinya sebab ada ketentuan lain. Sesiapa yang sayangkan Pas dan Islam bolehlah hadiri wacana ini.

Share this

2 Responses to "Wacana kembalikan Pas ke landasan asal esok!"

  1. Konon berlakun mahu Pas kembali kelandasan asal, landasan asal itu apa ?

    0..0..0 landasan asal itu ialah jangan bekerjasama dng parti2 lain didlm Pakatan Rakyat atau didlm bahasa mudah, Pas perlu berjuang bersendirian, seperti sebelum bersama PR.

    Kenapa perlu begitu ? 0..0..0.. sbbnya dng bersendirian perjuangan PAS itu lebih original konon.

    Sebenarnya, apa sbb umno mahu Pas bersendirian, sbbnya mudahlah umno meratah Pas yg bersendirian sdgkan umno bersama MCA dan Mic serta parti2 lain diSabah dan Sarawak.

    Setlh berkeadaan begitu maka mudahlah pemimpin umno/BN merompak harta negara, mereka boleh sesuka hati mengagih2kan harta rakyat menjadi milik pemimpin2 BN dan mengagih2kan sesama mereka.

    Itulah sebenarnya niat mereka, tetapi ada dikalangan rakyat yg bodoh terpedaya dng helah mereka2 ini dan sanggup menjadi alat syaitan yg dikenali ini.

    ReplyDelete
  2. Hahaha... tuan ini terlalu berburuk sangka. Bertaubatlah...!!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.