04 December 2012

AES lagi... Penjelasan Ketua Pengarah JPJ!

Berikut penjelasan Ketua Pengarah JPJ berhubung pemberian tender AES. Harap semua pihak termasuk rakan-rakan blogger yang tak puas hati pasal AES selama ini boleh hilang serabut sebab duk fikir pasal AES atau saman yang bakal diterima. Kalau lepas ni tak puas hati juga, elok naik basikal saja... AES gerenti tak ambil gambar!!
TENDER AES DIBUAT SECARA TELUS, KATA KETUA PENGARAH JPJ 

PUTRAJAYA, 4 Dis (Bernama) — Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan menegaskan pemilihan pembekal teknologi Sistem Penguatkuasaa Automatik (AES) dilakukan secara telus dan tidak tergesa-gesa.
Menurutnya keseluruhan proses mengambil masa hampir lapan tahun dan membabitkan banyak pihak sebelum AES dilaksana di 14 lokasi pada 23 Sept lalu.
Solah yang mengeluarkan kenyataan bagi mengulas dakwaan antaranya pelaksanaan AES dibuat secara tergesa-gesa dan tidak mengikut tender, juga berkata pihaknya dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah menghantar pegawai kanan ke beberapa negara yang menggunakan teknologi itu pada 2005.
Antara negara terbabit ialah Korea Selatan, Australia, Amerika Syarikat serta Switzerland dan hasil lawatan dimaklum kepada kerajaan pada Disember 2005, yang kemudiaannya bersetuju melaksanakan AES, katanya.
Kerajaan kemudian menubuhkan satu jawatankuasa pemandu untuk meneliti keperluan pengguna, kaedah perolehan dan pelaksanaan projek dengan dibantu lima jawatankuasa kerja, katanya.
Menurut Solah, hasil laporan lawatan itu juga kerajaan pada 2006 bersetuju mempelawa sembilan syarikat yang menjadi peneraju pelaksanaan sistem AES untuk menyertai tender berkenaan.
Syarikat terbabit ialah Commercial Circle (M) Sdn. Bhd. (ATES Sdn. Bhd.) (dengan robot dari Jerman); Beta Tegap Sdn. Bhd. (dengan Redlex dari Australia); TESS CAPITAL Sdn. Bhd (dengan Poltaich dari Australia); Tricubes Berhad (dengan SAGEM dari Perancis); Precision Hawk Eye (M) Sdn. Bhd. (dengan Sianco Traficco dari Sepanyol), Acropolis Avenue Sdn. Bhd. (dari China); Neza teguh Sdn. Bhd.
(dengan Sensys dari Sweden); Tenix Solutions Pte. Ltd. (dengan Tenix dari Australia dan Hyundai Information Technology dari Korea. - BERNAMA ONLINE 4.12.2012
Selanjutnya baca di sini...

Share this

2 Responses to "AES lagi... Penjelasan Ketua Pengarah JPJ!"

  1. Tak usah banyak sangatlah.Kalau nak JPJ ,Jpj sajalah.Ini ada kamera polis lagi,Jpj lagi.Kalau nak polis,polis sajalah.Sekarang diatas jalanraya kita ada samn polis ada saman Jpj.Dalam sehari kita kena 2 saman.Polis rm300 dan Jpj rm300=rm600,tolonglah fikir yg terbaik.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.