18 December 2012

AirAsia oh AirAsia....

Banyak kos tersembunyi disebalik tawaran seperti ini!
AirAsia kena denda oleh mahkamah Australia sebab tidak memasukkan cukai, caj dalam laman webnya. Ahahaa... Ini namanya penipuan secara halus.

AirAsia ni memang banyak isu "hidden cost" yang tidak kita sedari. Khabarnya dulu kalau bagasi kurang daripada 15 kilo tiada bayaran, tapi sekarang semua kena caj. Ada kawan aku terlewat 5 minit dah dibatalkan tiket walhal penumpang belum masuk dalam kapal terbang lagi dan pintu belum ditutup.

Banyak lagi komplen-komplen berkaitan AirAsia sebetulnya. Tapi entahlah... aku pun tak pernah naik AirAsia... bahkan naik kapal terbang pun sekali dua je setakat ini...
AirAsia didenda A$200,000 kerana tidak memasukkan cukai, caj dalam laman web

MELBOURNE, 18 Dis (Bernama) — Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia telah dikenakan denda kerana tidak memasukkan cukai dan lain-lain caj dalam laman sesawangnya.
Syarikat penerbangan itu didenda A$200,000 di Mahkamah Persekutuan Melbourne hari ini kerana melanggar peruntukan peletakan harga tunggal Undang-Undang Pengguna Australia, kata Australian Associated Press.
Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia berkata kes itu berkaitan dengan tempoh 10 bulan ketika laman sesawang www.airasia.com tidak menunjukkan beberapa harga tambang penerbangan termasuk semua cukai, duti, yuran dan lain-lain caj mandatori “dalam cara yang jelas dan sebagai angka tunggal”.
Denda itu membabitkan penerbangan antara Melbourne dan Macau, London, Ho Chi Minh City, New Delhi, Hangzhou dan Chengdu, serta, dari Perth ke Taipei, Phuket, Osaka, London, Ho Chi Minh City dan Hangzhou dan dari Gold Coast ke Ho Chi Minh City..

Selanjutnya baca dalam Bernama Online
Tak ada ke pengguna AirAsia di Malaysia ni nak komplen pasal hidden-hidden cost AirAsia ni? Atau sememangnya kita tidak ada undang-undang untuk menghukum pihak-pihak yang berbohong secara halus macam ni? Macam mana dengan Tribunal Tuntutan Pengguna?

Entahlah... Ramai yang mengakui bahawai AirAsia adalah penerbangan paling murah. Campur tolak dengan  kos-kos tersembunyi itu, ia tetap masih murah. Cuma biasalah kalau murah tu. Ada saja yang tak memuaskan...

Share this

0 Comment to "AirAsia oh AirAsia...."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.