13 December 2012

Alahai Pas... Macam mana nak laksana hudud?

Dua isu kontroversi di Kelantan iaitu isu tangkapan pasangan gay Cina yang berkelakuan tidak senonoh dalam sebuah kereta dan isu salon rambut menunjukkan bahawa Pas tidak mampu untuk melaksanakan hukum hudud. Sebabnya, kalau kedua-dua kes ini pun Pas susah nak buat keputusan tegas, bagaimana pula bila melibatkan kes-kes yang lebih besar.

Dalam kes tangkapan khalwat pasangan gay ini, kerajaan Pas Kelantan pada mulanya menafikan laporan media berhubung tangkapan itu. Mungkin mengelak daripada terpalit dengan kontroversi lagi selepas isu salon. Tapi akhirnya mereka mengakui wujudnya tangkapan tersebut dengan bersandarkan rakaman video! Sekali lagi... RAKAMAN VIDEO sebagai bukti!

Kes salon pula, kerajaan Pas Kelantan menangguhkan peraturan larangan menggunting rambut melibatkan pelanggan berlainan jantina di salon milik orang bukan Islam. Padahal sebelum ini mereka duk kata undang-undang itu sudah lama diguna pakai. Tapi sebab dipersoalkan oleh pemimpin tertinggi DAP, maka Pas Kelantan kena akur.

Itu belum laksanakan hukum hudud. Macam manalah kerajaan Pas ... OK... kerajaan Pakatan Rakyat nak menangani isu membabitkan pesalah Islam dan bukan Islam. Sebagai contoh, dua lelaki iaitu seorang berbangsa Cina, bukan Islam dan seorang lagi berbangsa Melayu dan beragama Islam telah ditangkap kerana mencuri.

Aku memang bukan seorang yang arif dalam bab perundangan, apatah lagi perundangan Islam. Jadi aku nak tanya mereka yang pakar di luar sana, apakah hukuman ke atas kedua-dua pesalah itu berdasarkan HUKUM HUDUD PAS?

Sebabnya, bagi aku yang tak pandai ini, kalau mengikut hukum hudud yang Pas perjuangkan, hukum hudud untuk mereka yang beragama Islam. Jadi dalam kes ini, pesalah beragama Islam didakwa di mahkamah syariah (hudud) manakala bukan Islam di bawah mahkamah sivil. Kedua-dua didapati bersalah dan disebabkan pesalah beragama Islam tertakluk pada hukum hudud maka hukumannya potong tangan. Rakan sepencurinya yang bukan Islam pula didakwa di bawah undang-undang sivil dan hukumannya penjara 10 tahun.

Macam mana? Dah jumpa penyelesaiannya???

Share this

0 Comment to "Alahai Pas... Macam mana nak laksana hudud?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.