15 December 2012

Antara Adam Lanza dan Israel, siapa lebih kejam?


Hari ini satu dunia berduka apabila 20 kanak-kanak berusi antara 5 hingga 10 di sebuah sekolah rendah di Connecticut, AS terbunuh selepas seorang remaja 20 tahun melepaskan tembakan rambang di kelas mereka. CNN dan media-media AS duk siarkan cerita mengenai tragedi ini seharian. Malahan Barack Obama juga menangis di hadapan wartawan, sedih dengan apa yang berlaku.

Tapi  apakah dunia juga berdukacita apabila rejim zionis Israel dengan sewenang-wenang melepaskan peluru berpandu ke rumah-rumah awam di Gaza sehingga mengorbankan ratusan (bahkan sudah ribuan) nyawa tidak berdosa, yang antaranya adalah kanak-kanak?

Apakah Barack Obama menangis apabila menyaksikan mayat anak-anak Palestin ini bergelimpangan dibedil peluru berpandu Israel? Tidak... tiada siapa pun peduli. Obama sendiri menyokong serangan tersebut dengan alasan Israel mempertahankan diri daripada serangan Palestin. Malahan pemimpin Melayu/Islam yang konon begitu alim dan bersih seperti Anwar Ibrahim sendiri turut menyokong Israel (Rujuk kenyataan: “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,”).

Bagi aku, amukan Adam Lanza ke atas kanak-kanak itu adalah sekelumit sahaja berbanding mangsa serangan membabi buta Israel dan penderitaan keluarga kanak-kanak itu juga adalah secuit sahaja berbanding penderitaan rakyat Palestin di Gaza.

Bukan aku menyokong tindakan Lanza tetapi sikap double-standard para pemimpin dunia (terutama Barat), rakyat AS, rakyat seluruh dunia terhadap nasib kanak-kanak Palestin. Mereka menggambarkan kematian 20 kanak-kanak seolah-olah satu tragedi maha dahsyat yang sukar untuk dimaafkan tetapi apabila Israel menyerang dan membunuh kanak-kanak Palestin, mereka semua tersenyum tanda kepuasan!

Oh...Kejamnya dunia!

Share this

0 Comment to "Antara Adam Lanza dan Israel, siapa lebih kejam?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.