13 December 2012

Harimau Malaya perlukan sentuhan baru!

Dua tahun lalu, percaturan Rajagobal menjadi sehingga mampu menjulang Piala Suzuki AFF.
Misi gagal!

Itulah yang boleh disimpulkan dengan perjuangan anak-anak buah K.Rajagaobal dalam mempertahankan Piala Suzuki AFF apabila disingkirkan Thailand dengan agregat 3-1 selepas tewas 0-2 di Bangkok malam ini.

Skuad Harimau Malaya yang pada awalnya mencetuskan keraguan untuk menjayakan misi tersebut selepas melihat persembahan mereka ketika beraksi pada siri persahabatan bertemu Vietnam, Thailand, (tewas) Hong Kong dan Bangladesh (seri)  sebelum turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Keresahan para penyokong dan peminat bola sepak negara menjadi kenyataan apabila Malaysia dijinakkan Singapura 3-0 pada aksi pertama. Bagaimanapun, Safee Sali dan rakan-rakan berjaya mengembalikan keyakinan penyokong dan peminat apabila berjaya membenam Laos 4-1 dan Indonesia 2-0 untuk mara ke separuh akhir.

Walaupun sekadar seri 1-1 di peringkat separuh akhir pertama, namun strategi Rajagobal  mempertaruhkan formasi 4-5-1 ternyata berjaya mengekang Thailand. Cuma sedikit kesilapan membolehkan skuad Gajah Perang itu berjaya memperoleh gol ketika beraksi di gelanggang lawan, sekali gus memberi sedikit kesukaran kepada Harimau Malaya beraksi di Bangkok.

Apa yang aku nak katakan, persembahan Harimau Malaya menentang Thailand malam ini jelas menunjukkan bahawa Thailand mempunyai kelas tersendiri dengan hantaran-hantaran tepat, penguasaan bola serta serangan-serangan berbisa.

Manakala Malaysia pula,  berbeza sekali permainan mereka malam ini berbanding Ahad lalu di Kuala Lumpur. Mungkin keputusan-keputusan pengadil memberi sedikit rasa tidak puas hati di pihak kita, khususnya tindakan melayangkan kad kuning kedua kepada Fadhli Sas sehingga menyebabkan Malaysia terpaksa beraksi dengan 10 pemain dalam tempoh 50 minit terakhir.

Bagaimanapun secara keseluruhannya skuad Harimau Malaya di Piala Suzuki AFF 2012 dapat aku simpulkan bahawa:
  1. Corak permainan Harimau Malaya tidak konsisten. Sekejap baik, sekejap hancur.
  2. Teknik dan tektik yang diterap kepada pemain mudah dibaca pihak lawan, tidak variasi dan kreatif untuk mencari peluang gol.
  3. Rata-rata pemain kita lembik dan acap kali "tersungkur" di kaki lawan. Mungkin teknik merebut bola dari kaki lawan dan berhadapan dengan lawan perlu diperbaharui. Bukan sekadar menyondol atau menguis.
  4. Para pemain masih lemah dalam membuat hantaran-hantaran terutama hantaran jauh dan silang. Teknik hantaran masih lemah di sana sini. Sering kali menghantar ke belakang atau ke kaki lawan. Hantaran juga mudah dibaca pihak lawan
  5. Yang paling ketara ialah istilah yang sering aku guna - terkentut di tahiyyat akhir. Acap kali di hujung-hujung perlawanan kita sering longlai, bermain sambil lewa terutama ketika mendahului lawan.
Itulah antara kesimpulan yang dapat aku "kutuk" pasal Harimau Malaya di Piala Suzuki AFF tahun ini. Oleh sebab itu, aku mencadangkan agar FAM mencari seorang jurulatih baru untuk membimbing skuad nasional. Bukan kata Rajagobal tidak bagus, tapi adalah lebih baik mencari jurulatih baru. Sekurang-kurangnya dapatlah menerapkan teknik dan teknik bola sepak lebih moden dan terkini di kalangan pemain kita.

Ketika seluruh negara ASEAN menggunakan jurulatih asing, apa salahnya jika Malaysia juga mencuba pula mendapatkan sentuhan jurulatih luar negara tetapi jurulatih itu biarlah yang baru dan bukannya recycle jurulatih asing yang sebelum ini.

Kalau pasukan negeri berani melabur berjuta-juta ringgit untuk membawa masuk pemain ternama dunia memeriahkan Liga Super tahun depan, atas alasan apa pula FAM begitu kedekut untuk keluarkan peruntukan yang lebih besar untuk membawa masuk jurulatih berkaliber dari luar.  Bukankah meningkatkan prestasi skuad negara itu misi utama FAM?

Dah tiba masa kita berubah!

Share this

1 Response to "Harimau Malaya perlukan sentuhan baru!"

  1. Salam,

    K.Rajagobal patut letak jawatan. Pemain tengah tak bergerak. Amar Rohidan main macam cilako. Patutnya dia tak layak main. Matyo dah jadi yoyo, selalu lembik bila dapat bola. Safee Sali lambat diturunkan walaupun pemain Malaysia dah tinggal 10 org. Sebab tu juruletih jgn takbur dan bongkak bila kena tegur. Yg paling aku menyampah, man bola macam budak sekolah, passing pun tak reti, byk yg tak sampai kepada pemain. Back to basic, belajar passing dulu dari belajar taktikal. Good nite

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.