01 December 2012

Najib... Sediakan satu kerusi untuk Fathul Bari!

Kalau aku boleh memberi cadangan dan kalau Najib seorang pendengar suara akar umbi, kat sini aku nak cadangkan agar satu kerusi diberikan kepada Ustaz Fathul Bari untuk bertanding pada PRU-13 nanti, tak kiralah kerusi DUN atau sebaik-baiknya Parlimen.

Bukan sebab aku ada kepentingan dengan Ulama Muda UMNO ini tetapi sebab aku yakin kalau namanya diletakkan di mana-mana kawasan di Perlis, aku yakin dan percaya Fathul Bari mampu memberi kemenangan besar kepada UMNO/BN.

Auranya cukup kuat dan suaranya sangat didengari oleh rakyat dan pengundi. Malahan dia juga dihormati oleh lawan sebab keilmuannya yang tinggi dalam bidang Islaman.

Buktinya masa dia menjadi pembahas usul pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini, seluruh PWTC baik di Dewan Merdeka, ruang legar di Aras 2 atau di Riverside menjadi sunyi sepi. Sebahagian besar mereka yang ada di sekitar itu memberi tumpuan terhadap pidatonya. Cukup lantang, bernas tetapi dalam maknanya.

Dalam dia duk hentam pembangkang, sempat juga dia menjentik orang-orang UMNO. Hebat... Malahan masa Pengerusi Tetap minta Fathul menamatkan hujannya kerana masa sudah habis, hadirin di Aras 2 yang mengikuti pidatonya di skrin besar menjerit-jerit membantah kerana belum puas mendengar hujahannya.

Masya-Allah...

Najib, berilah ruang dan peluang kepada ulama-ulama muda dalam UMNO ini untuk sekurang-kurangnya bertanding di satu kerusi Parlimen di setiap negeri. Insya-Allah, jika ulama-ulama muda ini bertanding, aku yakin dan percaya kemenangan besar berada di pihak BN.

Ulama-ulama muda ini boleh menjadi tentera untuk menentang fatwa-fatwa sesat Pas sebab selagi fatwa sesat ini tidak diperbetulkan, semakin ramai umat Islam di negara ini sesat dan menyesatkan oleh parti sesat macam Pas!

Share this

1 Response to "Najib... Sediakan satu kerusi untuk Fathul Bari!"

  1. selagi ada orang yang berkiblatkan duniawi didalam umno, susah ulama nak mendapat tempat..

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.