10 December 2012

Negeri berkebajikan... Yuran sekolah agama RM200++

Tahniah kerajaan Selangor kerana telah melaksanakan manisfesto pilihan raya lepas iaitu mewujudkan sebuah negeri berkebajikan. Malahan janji pakatan rakyat untuk memberikan pendidikan percuma termasuk menghapuskan PTPTN jika memerintah negara pun sudah dilaksanakan.

Ini terbukti apabila kerajaan Selangor mengenakan yuran lebih RM200 untuk mendapatkan pendidikan percuma di sekolah-sekolah agama di negeri itu. Sekolah-sekolah agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu bukan sahaja cukup pemurah sehingga memberikan buku-buku teks percuma, malahan turut mengenakan yuran sebanyak RM20 sebulan.

Baru-baru ini ketika aku mahu mendaftar anak aku memasuki Tahun 1 di sebuah sekolah agama di negeri Selangor, aku diberikan sekeping kertas tertulis "Senarai Yuran Persekolahan Tahun 2013 - Yuran yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)".

Di situ tercatat bahawa yuran keseluruhan termasuk yuran pendaftaran, yuran tambahan, yuran peperiksaan, yuran amali Islam (kokurikulum) dan yuran kebajikan; buku-buku teks Jakim; buku-buku latihan dan lain-lain yang berjumlah RM163.30 bagi tahun 1.  Bagi tahun 2,  3 dan 4  mencapai RM147.00 manakala tahun 5 dan 6 mencapai RM156.00. Semua bayaran itu tidak termasuk yuran bulanan sebanyak RM20 yg kalau dicampur semuanya boleh mencecah RM200 dan ke atas.

Bayangkan anak-anak aku yang akan berada di tahun 1, tahun 3 dan tahun 6 pada 2013 dan bayangkan berapa banyak yuran yang perlu dibayar untuk menikmati pendidikan agama Islam di negeri berkebajikan seperti di negeri Selangor ini? Mencecah RM1,000.00

Bayangkan bagaimana kesusahan rakyat Selangor yang berpendapatan rendah nak menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah agama di negeri ini, tentu berfikir dua kali. Dan bayangkan juga jika semakin ramai anak-anak di negeri Selangor tidak menikmati pendidikan agama kerana bebanan yuran, apakah nasib mereka selepas ini?

Dan jika dalam tempoh 10 tahun lagi jumlah pengamal LGBT di Selangor meningkat, mereka yang mengamalkan agama pluralisme juga akan bertambah, malahan jika makin ramai remaja "berbuka puasa" di gereja-gereja juga semakin ramai, maka kita tahulah salah satu sebabnya!

Oh Selangorku!

Share this

1 Response to "Negeri berkebajikan... Yuran sekolah agama RM200++"

  1. Itu Sek Kafa. ..kafa bukan bawah negeri bro...buku jakim kan pusat...salah tembak bro...kena faham betul betul...jenis sek agama...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.