01 December 2012

Sejak bila lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) dipinda?



Aku nak tanya, sejak bila rentak dan lirik lagu Warisan ciptaan bekas Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Tan Sri Nordin Kardi ini dipinda dan digubah semula? Sejak bila pula lirik "Melayukan gagah di nusantara" ditukar? Sejak bila lagu yang penuh semangat ini akhirnya menjadi sebuah lagu melankolik? Kenapa takut sangat nak nyanyikan "MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA?"

Aku tertanya-tanya perkara ini sebab sejak aku sekolah menengah lagi lagu Warisan ini mempunyai lirik seperti ini:

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta Benda
Akibat sengkita sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lama-nya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih Kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara (3X)


Tapi sekarang lagu yang boleh membangkitkan semangat orang Melayu, menyedar orang Melayu dan boleh menyebabkan segala roma tegak berdiri jika dinyanyikan sudah diubah suai. Apakah dah jadi yeop?

Ini lirik lagu Warisan versi baru...

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia


Hemm... Entahlah!

5 comments:

surisurisuri suri said...

Yang paling pukimak anjing adalah, sejak bila pulak lagu Warisan ni dah jadi lagi sedih mendayu-dayu? Buruk bebenor ghoper pakcik makcik menangis kat PWTC tu.

Lagu ni adalah lagu semangat, lagu motivasi, untuk jangan malas dan bela bangsa. Bebudak sekolah aku tiap2 hari nyanyi lagu ni, bila sampai bait:

"Janganlah terlalai teruskan USAHA
Melayu kan gagah di Nusantara"

Kami jerit perkataan "USAHA" tu for further emphasize betapa pentingnya USAHA kalau nak bela bangsa Melayu.

Tap si bongok samdol kat PWTC tu jadi lemah lentok pulak dengan lagu Warisan. Amendeeeeee la!!

mesin taip Buruk said...

Jangan duk salahkan mereka yang nyanyi ramai2 kat PWTC tu... Aku yakin mereka semua pun tahu dan tak sedar pun lagu ni sudah digubah semula, liriknya dipinda...

Fadli Saad said...

Masalah orang melayu sekarang ni moden sangat.. tu la pasal. Kalo kita dalami lirik ni, memang sangat bermakna isu yang cuba diutarakan. mmg tanah kita dah banyak tergadai, tapi sampai bila? tapi saya yakin satu hari nanti melayu (malaysia-indonesia-singapura-brunei-selatan thai-selatan filipina) kan gagah di nusantara jua akhirnya.

radzi said...

Diorang nangis sbb paham bangsa kite ni sedang berpecah dan dikuatiri kita akan jadi bangsa asing di bumi sendiri.

botak said...

Saudara/dari suri,diorang smua menangis sbb melayu skrg y dh bpecah belah,gaduh antra 1 sme len krn kuasa..harta..hayati lagu tu,dan 1 lg,x perlu la nk memaki hamun bagai..budi bahasa tu mnunjukan bangsa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...