27 January 2012

PRU-13 hanya selepas April?

PRU-13 hanya akan diadakan selepas pertabalan Yang Dipertuan Agong yang baru?
Cakap-cakap orang PRU-13 akan dilangsungkan bulan depan. Cakap-cakap ini cukup kuat memandangkan menjelang bulan depan Najib dan Muhyiddin sudah selesai menjelajah ke seluruh negara dan mengadakan walk-about di negeri-negeri panas.

Tup tup khabar terbaru yang aku dapat tahun PRU-13 tidak mungkin akan dijalankan bulan depan atau Mac melainkan selepas April. Aik? Kenapa pula?

Menurut sumber yang aku terima, ini kerana Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim belum ditabalkan dan pertabalannya hanya akan diadakan April. Bagi mengelak sebarang masalah terutama permainan kotor pembangkang, maka Najib telah dinasihatkan agar membubarkan Parlimen selepas pertabalan Agong.

Sumber aku berkata, walaupun Tuanku Abdul Halim sudah dilantik secara rasmi sebagai Agong tetapi belum ditabalkan dan khabarnya bagi mengelak pihak pembangkang menggunakan "ketidakpertabalan" Agong ini untuk mempersoalkan penubuhan kerajaan Pusat apabila BN memenangi PRU-13 nanti.

Biasalah... pembangkang dikepalai penipu besar macam Anwar tu memang akan cari setiap kelemahan untuk membolehkan mereka ke Putrajaya. Nak dapatkan sokongan majoriti pengundi dah tak dapat, maka mereka akan guna isu teknikal.

Hemm... ada logiknya jugak!

20 January 2012

Tu dia.. Anwar kata berselingkuh tak pa...

Orang kata jangan banyak cakap. Kalau banyak cakap nanti tersalah cakap maka kita juga yang akan dapat malu. Itulah yang berlaku pada CIFU Anwar. Dah banyak cakap akhirnya terkantoi...

Hari tu bila diinterview dengan BBC dia mati-mati kata dia tak cakap nak sokong LGBT tapi malam tadi masa berceramah dia cakap nak pinda undang-undang berkaitan liwat...

Bukan aku kata tapi Malaysia Kini yang lapor... Baca kat sini cepat (sebelum diedit/dibuang)

Baca perenggan pertama laporan ini:

Seksyen 377 (B) dan 377(C) bukankah undang-undang berkaitan liwat?

Yang best part bila Anwar dengan terang-terang mengaku kalau "berselingkuh" (berzina) itu tidak apa kalau dibuat di dalam bilik, tanpa orang lain. Tapi kalau depan orang ramai itu baru tak boleh.

Jadi para tok wali, ulama dan ostat-ostat Pas... tolong bagi tau betul ke apa yang Anwar cakap ni? Kalau apa yang Anwar cakap tu betol, tolong bagi nas dia. Dalam al-Quran surah mana, ayat berapa atau kalau Hadis tolong bagi hadis sahih ke tak sahih.

Maklum undang-undang Malaysia ni undang-undang kafir, toghut....

Atau nak salahkan wartawan yang FITNAH! Opss.. Ini laporan MalaysiaKini bukan Utusan yeop!

19 January 2012

Anwar ada isteri kedua di Indonesia? Biar bonar?

Gambar Hiasan
Betul ke ni? betul ke ni? Aku dapat info yang Anwar Ibrahim mempunyai isteri kedua di Indonesia. Info dari seorang yang rapat dengan Ketua Pembangkang itu kata, Anwar sudah bernikah dengan seorang wanita Indonesia di negara itu.

Betul ke ni? betul ke ni? Aku sendiri tak berani nak mengiyakannya. Tapi kalau "orang itu" yang maklumkan perkara ini, betullah agaknya!

Mungkin ya juga sebab sejak akhir-akhir ini Indonesia sudah menjadi "rumah kedua" bagi Anwar. Asyik-asyik pergi seberang... asyik-asyik pergi seberang. Lepas tu bila kat sana, dah jumpa pemimpin-pemimpin parti sana, tak ada topik lain yang jadi perbualan selain isu dalam kain perempuan.

Lalu bila "orang itu" maklumkan yang Anwar dah kahwin lagi, keluarlah soalan bodoh aku.... "Mampu lagi ke Anwar kahwin lagi?"

Dan orang itu hanya tersenyum....
 

Apa salahnya Khalid pegang portfolio hal ehwal agama?

Takat Khalid jadi Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam apa ada hal? Teo Nai Ching masuk masjid pun tak ada hal punya...!
Seorang sahabat aku bertanya, apa masalah bila Khalid Ibrahim pegang portfolio hal ehwal agama Islam masa rombakan Exco negeri itu semalam? Apakah portfolio itu hanya khas untuk wakil Pas saja? Kenapa Khalid sebagai MB tidak boleh pegang portfolio itu?

Hemm... Bila sahabat aku ajukan soalan itu, cepat-cepat aku Google nak cari adakah mana-mana kerajaan negeri di bawah BN yang portfolio agama Islam di bawah Menteri Besar? Hemmm... Ada iaitu Pahang. Apakah Adnan Yaakob ni orang Pas atau mempunyai latar pendidikan Islam? Tak ada... Macam juga Khalid Ibrahim.

Jadi aku bersetuju dengan sahabat aku itu bahawa tidak salah kalau Khalid memegang portfolio hal ehwal agama Islam yang sebelum ini di bawah Hasan Ali. Lagipun wakil Pas yang dilantik untuk menggantikan Hasan Ali pun bukan berlatar belakang pendidikan agama. Dr Yunus adalah seorang doktor perubatan.

Sebab dia orang Pas maka kita susah nak bezakan mana satu ustaz yang mendapat pendidikan Islam secara formal dengan bukan. Maklum orang Pas semua yang berceramah mereka panggil "ustaz" walaupun ada di antara mereka tu baru nak belajar-belajar perbetulkan bacaan al-Fatihah.

Cuma kalau bercakap dari segi moralnya, sepatutnya portfolio agama Islam ini sebaiknya diberikan kepada wakil Pas memandangkan Pas sahaja parti paling Islam di Malaysia ini dan para pemimpin dan ahli-ahli Pas pula merupakan ahli-ahli syurga. Maka hal ehwal Islam ini sepatutnya diberikan kepada ahli-ahli syurga ini. Itu saja...

Pemimpin dan ahli PKR tidak disebut pula oleh tok-tok wali Pas bahawa mereka adalah ahli syurga melainkan hanya Anwar Ibrahim sahaja yang disetarakan dengan Imam Mahadi. Jadi kalau ikut fatwa tok-tok wali dan bijak pandai Pas ini, maka orang paling layak untuk mempengerusikan hal ehwal agama Islam ialah Anwar Ibrahim. Kalau sebelum ini Anwar jadi Penasihat Ekonomi negeri Selangor dengan gaji RM1 maka elok sangat lantik pula sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama Islam Selangor dengan tambahan gaji RM1 lagi. Bukankah lebih molek?

Jadi orang UMNO/BN tak usahlah nak kecoh-kecoh pasal portfolio hal ehwal Islam Selangor ini sebab bagi kerajaan pakatan, semuanya tak jadi kesalahan dan bukan satu masalah pun. Kalau Khalid nak lantik Teo Nie Ching jaga hal ehwal agama Islam pun mereka kata tak apa dan disokong dengan nas-nas al-Quran dan Hadis. Kalau pakatan apa pun boleh... tak gitu yeop?

17 January 2012

DAP mesin bantuan pernafasan pakatan di Selangor?

Rakyat Selangor anggap Khalid sebagai MB yang gagal dan kerajaan pakatan haram zadah Selangor juga gagal mentadbir Selangor lebih baik dari BN...
Bila Hasan Ali dipecat dari Pas ramai orang kata, habislah pakatan haram zadah kat Selangor lepas ni. Gerenti mereka kena pukul habis masa PRU-13 nanti. Sebabnya mereka kata selama ini kekuatan Pas di Selangor banyak bergantung kepada Hasan Ali.

Jadi bila Hasan disingkirkan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor, dipecat sebagai ahli Pas dan digugurkan sebagai Exco Kerajaan Negeri lalu banyak pemerhati politik membayangkan kerajaan pakatan Selangor sebetulnya sedang meniti kehancuran dan PRU-13 nanti tiada apa lagi yang boleh menghalang BN daripada merampas semula Selangor, melainkan "kekuatan" sokongan Cina kepada DAP.

Pas walaupun sebelum ini kelihatan "kukuh" di Selangor tetapi sejak pemecatan Hasan Ali, keadaan sudah berubah. Ini ditambah pula sikap pemimpin Pas negeri itu yang semakin menikus terhadap DAP berhubung isu murtad, rumah urut dan kedai arak menyebabkan ramai penyokong Pas mula kendur.

Malahan Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Rani pula khabarnya ditolak oleh Sultan Selangor untuk dilantik sebagai Exco bagi menggantikan Hasan. Khalid Samad kalau bertanding lagi di Shah Alam aku pasti bungkus habis sejak isu kedai arak dan pembinaan kuil di kawasan penempatan majoriti Melayu dahulu, serta kelantangan beliau mempertahankan pihak gereja, termasuk isu murtad.

PKR pula sejak awal lagi tiada sebarang kekuatan di Selangor. Malahan Khalid Ibrahim sendiri ditolak oleh ahli-ahli parti itu di bahagiannya sendiri sehingga berlaku kekecohan ketika mensyuarat cabang. Azmin Ali pula hanya bergantung kepada Anwar Ibrahim dan khabar "perebutan" jawatan dalam PKR termasuk rasa tidak senang Wan Azizah kepada Azmin juga melemahkan lagi PKR di negeri itu.

Nama-nama seperti Elizabeth Wong, Tian Chua dan beberapa nama lain dari PKR juga sudah lenyap ditelan pelbagai isu dan skandal manakala ada juga yang berpaling tadah dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Lalu di mana kekuatan pakatan haram zadah di negeri itu selepas ini? Tidak lain tidak bukan melainkan bergantung kepada serban Karpal Singh dan kain skirt Teresa Cock sahaja. Tanpa mereka, pakatan pembangkang di Selangor tumbang sebelum PRU-13 lagi. Pun begitu, pada masa kini DAP Selangor sendiri seolah-olah mula kendur dan tidak lagi selantang dahulu.

Dan aku percaya pada PRU-13 nanti, pakatan haram zadah sepenuhnya bergantung kepada sokongan bukan Melayu khususnya kaum Cina di bandar-bandar utama untuk mempertahankan kerajaan mereka sekarang hasil sokongan dan simpati mereka terhadap DAP. Namun jika BN "bijak" mengambil hati mereka, tidak mustahil mereka boleh menolak DAP.

Dalam hal ini, BN khususnya UMNO perlu bijak mengambil langkah untuk mengembalikan sokongan rakyat Selangor dan tindakan turun padang DS Najib ke Selangor temasuk melawat para peniaga di Kompleks PKNS di Shah Alam tempoh hari, adalah antara tidakan bijak yang perlu diteruskan oleh pemimpin peringkat negeri dan bahagian sehingga pilihan raya nanti.

UMNO Selangor juga perlu berhenti bercakap apa lagi bercakaran soal siapa yang harus menjadi Menteri Besar jika BN berjaya merampas Selangor kerana apa yang penting sekarang ialah menumbangkan kerajaan pakatan haram zadah. Soal siapa yang menjadi MB perlu diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti. Lagi pun masih terlalu awal untuk membincangkan soal itu.

Aku faham ketika BN/UMNO makin ghairah untuk merampas Selangor dan ketika nyawa kerajaan pakatan haram negeri ini kini bergantung kepada mesin bantuan pernafasan DAP, sudah pasti ada kalangan pemimpin UMNO negeri sudah mula menyusun langkah bagi memastikan mereka menjadi MB.

Siapa nama mereka? Aku rasa hampir semua orang UMNO Selangor tahu...

Beza kerajaan dengan pembangkang bila dekat-dekat PRU

Patutlah Pas makin galak berceramah keliling kampung... Rupanya nak kutip derma dana PRU-13
Ada banyak perbezaan yang dilakukan oleh pihak kerajaan (UMNO/BN) dengan pihak pembangkang pada setiap kali menjelang pilihan raya umum. Begitu juga dengan keadaan dekat-dekat PRU-13 ni. Meh kita tengok perbezaannya yang aku kaji sedikit-sebanyak.


Dekat-dekat pilihan raya....

KERAJAAN: Beri bantuan kepada rakyat untuk ringan beban mereka
PEMBANGKANG: Minta derma dari rakyat untuk dana pilihan raya mereka

KERAJAAN: Baik pulih kemudahan asas
PEMBANGKANG: Rosakkan kemudahan asas (demonsrasi sana-sini)

KERAJAAN: Pemimpinnya bertemu rakyat dan dengar kesusahan rakyat
PEMBANGKANG: Pemimpinnya ceramah kepada rakyat dan luah kesusahan mereka kepada rakyat

KERAJAAN: Kempen satu-padukan rakyat
PEMBANGKANG: Kempen pecah-belahkan rakyat

KERAJAAN: Galak mahasiswa belajar bersungguh-sungguh
PEMBANGKANG: Galak mahasiswa berpolitik bersungguh-sungguh

KERAJAAN: Pembangunan diutamakan
PEMBANGKANG: Penjahanam diutamakan

KERAJAAN: Duk tepis fitnah
PEMBANGKANG: Duk tabur fitnah

16 January 2012

Hasan Ali patut bertanding di Shah Alam...

Kisah Hasan Ali dipecat dari Pas cukup menarik perhatian. Sebabnya Pas kini dah ikut trend parti sekutunya PKR. Mana-mana pemimpin yang tegur kepimpinan parti dipecat... Silap sikit pecat... silap sikit pecat! Tapi bagus juga bila Pas pecat Hasan ni. Sebab aku tahu pengaruh Hasan Ali kat Selangor cukup kuat.

Lalu bila dia dipecat dari Pas, ramai juga penyokong Pas terutama yang menyokong Hasan Ali yang naik angin dengan pucuk pimpinan mereka. Tapi macam biasalah orang Pas. Mereka tak akan tunjuk kemarahan mereka macam dibuat dek orang UMNO atau PKR. Mereka duk diam-diam tapi dalam diam ada bara yang duk membakar.

Dan bila Hasan Ali dipecat sebab memperjuangkan agama Islam, bangsa Melayu dan mempertahankan Raja-raja Melayu maka ramai juga yang mahukan Hasan Ali masuk Perkasa kalau tak UMNO pun sebab setahu mereka hanya UMNO dan Perkasa jeh yang senada dengan perjuangan Hasan Ali. Bezanya UMNO parti politik, Perkasa pula NGO.

Dalam duk aku tengok-tengok pengaruh Hasan Ali ni, aku ingat elok juga Hasan bertanding di Perliman Shah Alam pada PRU-13 nanti atas tiket Bebas. Biar Hasan berdepan dengan Khalid Samad. Dan aku percaya kalau Hasan Ali bertanding di Shah Alam, kemenangan berada dalam tangan Hasan. Tak percaya tengoklah.

Ayuh kita kempen agar Hasan bertanding di Shah Alam nanti. Aku percaya orang Shah Alam lebih mahukan Hasan Ali berbanding Khalid Samad sebabnya Khalid tak ada apa-apa tanpa sokongan orang bukan Melayu.

Ada berani ke Hasan?



Psssttt... Calon UMNO kat Shah Alam siapa ek? Orang luar lagikah?

Masih ada yang sayang?

Aku memohon maaf kepada semua pengikut blog MTB sebab sudah lama blog ini tidak dikemaskinikan. Dan aku juga nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan para pengikut setia blog ini kerana masih mengharapkan tulisan-tulisan yang panas dan bernas dari aku. Nyata masih ada yang sayang pada Mesin Taip Buruk....

Insya-Allah blog ini kembali dikemas kini setiap masa dan ketika dengan wajah baru tetapi menampilkan pelbagai isu yang lebih panas dan pandangan yang lebih kritis tidak lama lagi...
Terima kasih kerana terus menyokong MTB!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...