30 March 2012

Yang pelik-pelik III... Batu "keramat" Gunung Ledang?

Aku buka laman Utusan Online semalam dan tengok gambar ini dipapar pada bahagian Gambar Terkini. Lama aku duk fikir kenapa jalan yang baru siap dibina ini seperti ini? Kenapa ada lencongan sedemikian? 

Kalau ikutkan keterangan gambar, ia adalah jalan baru menghubungkan pekan Sagil dengan Taman Hutan Legenda di Gunung Ledang, di Johor. Hemmm... Apakah batu (kalau betul ia batu) di tengah-tengah jalan itu ada kaitan dengan Puteri Gunung Ledang sehingga ia tidak boleh dipecahkan atau dialihkan?

Haiii... pelik... pelik...!

Ops... Jangan pulak lepas ni berduyun-duyun pakat pergi minta nombor ekor kat tengah jalan ini sudahlah. Bukan apa, takutlah nanti kena langgar dik lori... lagi haru!

29 March 2012

Kontroversi lagu Bawaku Pergi...

Zizan aku kenal tapi Kaka... Maaf! Ini kali pertama dengar namanya!
Aku pernah berdebat dengan seorang pejuang bahasa apabila aku mempersoalkan tindakan RTM mengharamkan lagu Seksis Anita Sarawak hanya kerana ada lirik berbahasa Inggeris dalam lagu Melayu tersebut. Dia kata lagu itu merosakkan bahasa Melayu sebab merojakkan bahasa kebangsaan itu. Tapi bagi aku penggunaan satu dua perkataan asing dalam lagu itu masih di peringkat wajar dan tidak perlulah sampai kena gam.

Aku juga mempertahankan penulis lirik lagu itu, Edry KRU bukan sebab aku minat kat adik-beradik KRU ni tapi kerana bagi aku kita tidak perlu rijit sehingga menyekat kreativiti anak-anak muda kita dalam berkarya.

Tapi bila baca lirik lagu "Bawaku Pergi" nyanyian Kaka dan dirapkan oleh Zizan Raja Lawak, aku bersama-sama mereka di luar sana  yang mahu lagu ini diharamkan kerana jelas lirik lagu ini boleh membawa kesan negatif terutama kepada remaja. Bait-bait lagu itu jelas mengajak remaja untuk lari dari rumah.

Tengoklah sendiri liriknya di bawah ini. Walau pun aku belum dengar pun lagu ini. Macam mana rentak dan iramanya aku pun tak pasti tapi susunan lirik lagu ini sudah cukup memadai untuk kerajaan mengambil langkah perlu. Kalau Seksis diharamkan kerana ada lirik "lady driver" aku yakin bait-bait lirik Bawaku Pergi jauh lebih merosakkan... bukan rosak bahasa tapi boleh rosak fikiran anak-anak kita.
BAWAKU PERGI -Kaka feat Zizan

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau  bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Aku percaya budak darjah 6 pun faham lirik-lirik dalam lagu ini. Tang mana Zizan kata ia tidak bawa sebarang unsur negatif aku pun tak tahu. Mungkin masa dia rakam lagu ini dia tak menghayati liriknya. Sebab itu dia tidak dapat kesan di mana silapnya. Mungkin juga sebab dia pandang dari sudut lain tapi kalau dari sudut normal ia memang berbau negatif.

Bolehkah lagi Bawaku Pergi memberi maksud jangan bawa aku pergi? Aku tak nampak di mana kewajarannya. Apakah aku yang tersilap menafsirkannya?

28 March 2012

AJK Pemuda UMNO Hulu Langat maut dalam nahas

Keadaan kereta Toyota Estima yang dinaiki mangsa selepas terbabas dan merempuh tiang lampu di Desa Pinggiran Siber, Putrajaya.
Berita yang baru aku terima....

Dua AJK Pemuda UMNO Hulu Langat terbunuh dalam nahas ngeri dekat Desa Pinggiran Putra, Putrajaya petang ini. Tiga lagi cedera. Mereka dalam perjalanan pulang ke Kajang selepas menghantar seorang rakan ke KLIA untuk menunaikan umrah.

Mereka yang terbunuh ialah Khairul Hisham  Janarudin dan Saifuddin Kanda.  Manakala yang cedera ialah Ahmad Zarani Mat Zan, Yazid Ghazali dan Razid Rashid.

Al-Fatihah!

Baca laporan Ondescene di sini!

MTB: Sesiapa ada maklumat lengkap mengenai kemalangan ini, sila maklumkan kepada aku... Terima kasih!

Penyokong Singapork gelar pemain import Terengganu "monyet"?

Francis Forkey Doe
Damn you kiasu! Geram betul bila aku dapat tahu pemain import Terengganu, Francis Forkey Doe digelar "monyet" dan "orang hitam" oleh para penyokong Singapork ketika pasukan Pantai Timur itu bertanding ke Stadium Jalan Besar malam tadi dalam saingan suku akhir kedua Piala FA.

Memang patut pun pemain Liberia itu kasi "fu**" kepada segelintir penyokong terbabit yang jelas-jelas bersikap rasis hanya kerana Doe berkulit hitam. Kalau aku berada di pihak Doe pun akan bertindak sedemikian. Apa hebat sangat ke para kiasu ni sampai panggil orang macam tu? Apa ingat Doe tak faham bahasa Melayu ke?

Aku harap FAM dan Persatuan Bolasepak Singapura memandang serius sikap penyokong Singapork ni yang jelas-jelas tak hormati pemain lain. Mereka juga kena ingat kalau tak belas ihsan Malaysia tak ada harapan skuad Lions XII tu dapat bermain kat Liga Super. Ini ke balasan penyokong Singapork atas belas ihsan FAM yang benarkan pasukan mereka bersaing di Liga Super dan Piala FA secara terus tanpa melalui perlawanan kelayakan?

Dan aku lihat Astro Arena pun beri keutamaan kepada skuad Singapork dengan hampir semua perlawanan libatkan Lions XII disiarkan secara langsung menerusi Channel 801. Kalau tak siaran langsung, mesti siaran tertunda? Kenapa... Hanya pasukan Singapork je ke yang penting sampai tak pernah miss nak tayang kat Channel 801? Hishh... Astro Arena memang pilih kasih!

Dah kalau sayang sangat dengan skuad Lions XII ni Astro tak payahlah terhegeh-hegeh nak minta naikkan yuran dari rakyat Malaysia. Pergilah minta tambahan bayaran dari orang seberang Tambak sana. Biar mereka bayar tinggi. Lepas tu kalau Arena nak siar semua siaran langsung babitkan skuad Lions XII pergi jahanamlah!!

Tahniah kepada Terengganu kerana berjaya tendang keluar Lions XII dari Piala FA. Lepas ni gerenti tak ada lagi siaran langsung Piala FA kat Channel 801 sebab pasukan "anak emas" mereka dah terkeluar. Padan muka!!

27 March 2012

Ayoyo! Nalla sudah kena ugut... Utusan sudah bengkrap!

Ayoyo... Macha! Apa sudah jadi? Itu Nallakaruppan cakap dia sudah kena ugut supaya tidak cakap pasal itu Anwar sama press. Itu mesej cakap kalau Nalla tarak dengar cakap, kasi tahu sama press juga, nanti dia kena pukul... Ayoyo banyak ganas macam cerita Tamil-lah!

Aku tarak tahulah siapa punya angkara tapi kalau betul itu Nalla sudah kena warning pasal cakap-cakap pasal Anwar juga, aku ingat ini sudah kerja politik samseng. Mana ada politikus samseng kat Malaysia sini kalau bukan kumpulan itu punya worang. Itu kemarin dalam mesyuarat kasi gaduh-gaduh baling kerusi, pukul sama menteri, itu ugut sana sini siapa punya cerita?

Ayoyo... Itu Nalla sudah tarak hairan punya worang. Kasi hantam ka, kasi sontot ka aku ingat Nalla tarak hal punya. Sebab itu semua rahsia Anwar dia ada simpan. Siapa kasi ambik Shamsidar kat Bangsar Shopping Complex kasi hantar ke Tivolli Villa kalau bukan ini macha? Hehe... Sekarang jam Anwar ada banyak takut. Shamsidar juga ada takut, itu Azmin pun ada takut.

Lagi satu, itu saman RM100 juta Anwar punya pasal, aku dengar Utusan sudah jadi bengkrap. Esok pagi surat khabar tarak boleh keluar sebab Utusan sudah tarak wang. Apa mau bikin lagi? Hehe... Tapi aku cakap orang Utusan jangan takut, itu saman kasi hari ini aku ingat lepas PRU-14 pun tarak settle punya.

Lagilah itu Anwar sudah pasti kasi tangguh-tangguh ini kes. Kalau kasi cepat-cepat nanti semua rahsia kasi keluar sama Nalla, boleh kalah itu Anwar, itu pakatan haram!

Hehe....

Bila Azmin jolok sarang tebuan...

Banyak duit Azmin sampai mampu pakai Ferrari.... Mana dapat tu?
Aku nak gelak dengan Azmin yang konon-konon nak belasah Hasan Ali gara-gara ubah suai pejabat Exconya sampai berhabis setengah juta, alih-alih dia pulak kena serang dik Hasan dengan peluru penabur yang aku yakin tak mampu ditepis dik Azmin.

Dari pasal saham-saham yang dimiliki Azmin, isteri dan sedara-maranya yang berjuta-juta sampailah isu skandal Keluarga 69 dengan Anwar yang boleh membuatkan Azmin menyorok dalam kain selimut. Hee... Itulah pesan orang tua "jangan dijolok sarang tebuan"... kan dah menyengat diri sendiri!

Lagi satu kalau nak fire orang pastikan ia tak jadi back-fire kepada kita. Cermin diri dulu sebelum nak tembak orang. Kan dah kena... Ingat orang boleh lupa ke apa dia kaut masa dia dan Anwar masih dalam kerajaan BN dulu? Silaplah! Puak-puak Pas yang duduk bawah tempurung tu bolehlah depa duk kelentong siang malam.

Tu pasal ubah suai pejabat... Khalid sendiri mengaku ia diluluskan dalam mesyuarat Exco tapi sebab tak ada modal nak jatuhkan Hasan Ali, dia guna juga modal tu. Kan dah terpercik ke muka sendiri. Taulah gerakan Hasan boleh gugat DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak serta seluruh negeri Selangor pada pilihan raya nanti tapi janganlah duk cari "modal" bodoh dan bangang nak jatuhkan Hasan.

Jadi pesan aku pada Azmin cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar!

26 March 2012

Anwar nak tolong bebaskan Hana Al-Shalabi? Mimpilah...

Anwar ke AS untuk bincang usaha bebaskan Hana Al-Shalabi.... Wahahaha... Mimpi siang harilah bro!
Anwar Ibrahim kata tak pa... Depa akan tolong bebaskan wanita Palestine bernama Hana Al-Shalabi ini. Anwar akan guna semua saluran yang ada untuk menyelamatkan gadis Palestine ini daripada dipenjarakan oleh puak-puak Zionis Israel.

Anwar akan buat wawancara bersama CNN, BBC dan semua stesen TV milik Murdock dan merayu kerajaan Israel bebaskan Hana Al-Shalabi. Anwar kata dia sanggup sokong penubuhan negara Israel asalkan Al-Shalabi dibebaskan.

Wahahaha... Tak boleh blah! Itu semua hanyalah mimpi di siang hari. Kenyataannya Anwar mana nak sokong pejuang Palestine... depa sokong Israel!

Nak ke Anwar terbang ke Amerika untuk bincang masalah tahanan wanita berumur 29 tahun ini? Kerat jari akulah dia tak akan berani punya. Asalkan nak bincang pasal Al-Shalabi, nak sebut pasal Palestine pun dah terkancing gigi Anwar di depan kawan-kawan Yahudinya... Erk siapa nama-nama tu? Korang baca sendirilah. Dah banyak dah pendedahan yang dah dibuat dan tak satupun Anwar nafi. Betullah tu!

Tambah pulak dekat-dekat pilihan raya ini. Mana Anwar berani. Takut pulak nanti depa tak dapat dana bantuan kewangan dari sahabat-sahabat Yahudinya. Maklum kalau tadak dana dari mereka, siapa nak bantu masa pilihan raya nanti? Harap sumbangan orang ramai yang datang ceramah berapa sen sangat. Lagi pun itu style Pas, tak mainlah! Koman spanar...

PKR lain punya style. Cari penaja.... Tak apa Yahudi pun tak apa. Nik Aziz dan Hadi Awang dah keluar fatwa berkerjasama atau berniaga dengan orang Yahudi tak apa asalkan bukan puak-puak Zionis tapi berkawan dengan UMNO tak boleh sebab sesama Islam!

Jadi... marilah pakat berurus niaga dengan orang Yahudi!

PAS FOR ALL... YAHUDI PUN OK... ASAL BUKAN UMNO!

23 March 2012

Shahrizat kekal Ketua Wanita UMNO... Ada bantahan lagi?

Shahrizat dapat sokongan padu dari ahli-ahli untuk kekal sebagai ketua mereka!
Najib mengumumkan bahawa Shahrizat Jalil kekal sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO sehingga pemilihan akan datang. Semua pihak tidak boleh mendesak beliau melepaskan jawatan itu kerana jawatan yang didudukinya sekarang dipilih oleh ahli-ahli pergerakan.

So? Masih ada ahli-ahli Wanita UMNO atau pihak-pihak luar yang masih nak bantah dan terus mendesak Shahrizat lepaskan jawatannya? Macam mana Rafidah Aziz? Kamilia? Nak bantah keputusan Presiden UMNO? Hemmm...

Tapi beberapa rakan aku tadi macam tak puas hati jika Shahrizat kekal menerajui Wanita sebab katanya baik jawatan menteri atau dalam parti, ia sedikit sebanyak akan membawa kesan yang tidak begitu baik bagi UMNO untuk menghadapi PRU-13 selepas Shahrizat terpalit dengan isu NFC.  Mereka kata, isu NFC akan terus jadi modal pembangkang dalam kempen pilihan raya nanti dan Shahrizat akan terus ditembak kiri kanan... Najib dan Rosmah pun boleh kena tempias. Itu komen kawan-kawan aku.

Bagi aku Shahrizat letak jawatan ke kekal ke sama je di mata pembangkang. Tak ada efek apa-apa. Itu memang dah perangai pembangkang di Malaysia. Ada isu (betul tak betul belakang kira) yang berkaitan UMNO/BN depa akan main habis-habisan, hari-hari sampai rakyat yang dengar akan muak dan muntah, sampailah mereka percaya. Tengoklah isu Altantunya.... sampai hari ini mereka masih nak kaitkan dengan Najib dan Rosmah walaupun mahkamah dah jatuhkan hukuman kepada pelakunya.

Isu Lynas... Pun akan terus menjadi bahan kempen mereka walaupun dah dijelaskan panjang lebar oleh industri, pakar tempatan dan antarabangsa malahan pakar-pakar dari dalam Pas sendiri tapi depa tak peduli semua tu. Spin tetap spin. Nak tubuh jawatankuasa peringkat Parlimen? hehe sorry... Itu tak boleh! Nanti rakyat nampak mereka berbohong! Itu kena tolak...

Tapi isu-isu yang membelenggu mereka.. pasal video seks Anwar, tangkap basah Badrul Amin, isu pasir di Selangor, isu air di Kelantan, isu lantikan Exco di Kedah, isu Melayu dihalau dari Pulau Pinang akan ditutup rapat-rapat, dipateri keliling supaya tak bocor dan diketahui rakyat. Kalau ada rakyat tanya, mereka akan salahkan UMNO/BN. Apa isu membelenggu pihaknya salahkan UMNO, Najib. Sampaikan remaja perempuan lari rumah kerana ikut boyfriend pun depa salahkan UMNO.

 Itulah perangai pembangkang! Wanita UMNO jangan ikut perangai pembangkang ya?

Liputan langsung Grand Prix Malaysia di sini!

Sesiapa yang tidak berpeluang menyaksikan perlumbaan Formula Satu Grand Prix Malaysia 2012 di Litar Sepang boleh ikutan liputan langsung dari sana di sini!

JADUAL:

Jumaat 23 Mac 2012:
10 - 11.30 pagi - Sesi latihan bebas pertama
2 - 3.30 ptg - Sesi latihan bebas kedua

Sabtu 24 Mac 2012:
1 - 2 ptg - Sesi latihan bebas ketiga
4 - 5 ptg - Sesi kelayakan

Ahad 25 Mac 2012:
4 ptg - Perlumbaan

21 March 2012

Jerat mengena! Anwar saman Nalla....

Anwar saman Nalla sebab kata dia biseksual...
Yippiii... jerat sudah kena! Gitulah gamaknya keseronokan KS Nallakaruppan apabila disaman Anwar Ibrahim gara-gara secara terang-terangan mendakwa bekas rakan sepermainan tenisnya itu adalah seorang biseksual dan tidak layak pun menjadi Ketua Pembangkang.

Nalla memang menanti saat-saat ini dan sangat berharap Anwar akan saman beliau kerana apabila saman dikeluarkan, kes itu akan dirujuk ke mahkamah dan jika ada perbicaraan sudah pasti segala bukti yang berkaitan aktiviti Anwar yang selama ini dirahsiakan oleh Nalla akan dikeluarkan satu persatu.

Ahaha.. jangan pula lepas ni Anwar kata dia tak kenal Nalla sepertimana dia mendakwa tidak kenal Datuk Eskay, rakan baiknya yang mendedahkan aktiviti seksnya menerusi rakaman video.

Maklum... Anwar cukup licik dan sudah pasti kenyataan Nalla akan dikaitkan pula dengan konspirasi untuk menjatuhkan beliau yang ditaja oleh UMNO dan Najib atau Rosmah. Tak hairan selepas ini akan ada roadshow tentang "konspirasi" ini dan akhirnya Anwar tetap manusia suci di mata rakyat terutama penyokong Pas dan yang busuk dan hapraknya adalah UMNO dan Najib.

Tapi nak tanya juga peguam Anwar... Kenapa saman Utusan saja? Bukankah kenyataan Nalla bahawa Anwar itu biseksual turut disiarkan dalam media lain baik di surat khabar, TV mahupun Internet? Hemmm... Hebat pengaruh Utusan! Nampak sangat Anwar lebih takutkan Utusan dari Tuhan.

Aku ingat lepas ni Azmin tolong korek lubang terowong kat Bukit Damansara supaya mudah madunya itu menyorok. Maklum sekarang ni dah tak ada ruang lagi baginya mengelak. Kiri kena... kanan kena... maju kena... undur kena...! Dan yang mengenakan beliau adalah rakan-rakan karib beliau, bukan orang lain...


20 March 2012

Tu dia papan iklan promosi daging babi terbesar di KL.... (Update)

TERKINI (24.3.2012):
Aku baru saja melalui bulatan Billion hari ini dan aku dapati papan iklan daging babi ini sudah diturunkan. Terima kasih DBKL!  

POS ASAL:
Macam mana DBKL boleh luluskan iklan ini?
Tu dia iklan promosi kedai jual daging babi terbesar yNG ku nampak setakat ini di Kuala Lumpur. Tepatnya di Bulatan Billion dekat Cheras (Jalan Cheras-Kajang) berhampiran Taman Billion. Tu dia... "Nikmati Daging Pearl Tanpa Keraguan"... Pergh! Dahsyat.... Nasib baik tak kata nikmati daging babi tanpa was-was!!

Dahsyat Malaysia sekarang! Dulu memang tak ada yang berani nak iklankan daging babi panggang kat tepi jalan tapi sekarang bukan takat kat dalam surat khabar, billboard pun mereka boleh taruk iklan. Bukan kecik-kecik anak... 3km pun dah boleh nampak! Wow....

Ini belum lagi pakatan haram perintah negara dan Anwar jadi PM... Kalau Malaysia ni bawah pemerintahan mereka aku ingat KL boleh jadi macam Hongkong... Wow!

Aku tak tahu sama ada wujud peraturan melarang iklan-iklan sensitif seperti ini dipajang di papan-papan iklan di pinggir jalan tapi setahu aku sebelum ini memang tak pernah nampak kelibat iklan sedemikian di Malaysia ini. Kalau ada pun kat kedai-kedai yang menjualnya.

Apa pun aku lihat puak-puak mereka kini semakin berani nak pajang iklan sedemikian termasuk di surat-surat khabar. Agaknya mereka ingat Malaysia dah jadi mereka punya. Jadi mereka boleh buat apa sahaja. Mereka peduli apa? Siapa yang berani bantah? DBKL pun dah luluskan, apa susah? Orang Melayu pun diam saja...

Ops lupa... Nanti hilang undi dari kaum Cina! 

19 March 2012

Pelacur remaja Bangla pakai steroit... RM1.80 satu sesi...

Uik! Aku baru terbaca satu laporan ini.

Pelacur-pelacur remaja di Bangladesh yang berusia antara 12 hingga 17 tahun sanggup mengambil steroit untuk memastikan mereka terus kuat untuk melayan pelanggan mereka. Steroit yang diambil oleh remaja ini sebenarnya banyak digunakan untuk menyuntik lembu. Mereka tawar perkhidmatan dengan bayaran sebanyak 5 taka (RM1.80) sahaja...Ish ish ish...

Baca laporan penuhnya di sini  dan di sini!

Hemm... Lepas ni adalah mamat tu beralih arah ke Bangladesh pulak untuk melanggan pelacur. Maklum port biasa kat Bangkok dah dipasang dengan kamera. Jadi kenalah cari port lain. Khabarnya rakaman dia bersama Siam Doll bakal didedahkan tak lama lagi... Bila tu??

Jadi kalau mamat ni lepas ni duk asyik ulang-alik Kuala Lumpur-Dakka tu kita semua tahulah ya apa tujuannya?

Kadir tinggalkan UMNO... Siapa menangis, siapa bersorak?

Betul ke Kadir nak jadi ahli Melayu Roket?
Kadir Sheikh Fadzir tinggalkan UMNO.... Hemm! Orang UMNO mana yang meratap pemergian beliau meninggalkan parti yang diperjuangkan selama lebih 50 tahun itu? Tiada siapa pun... Cuma yang terkinja-kinja bersorang girang ialah puak-puak sebelah sana. Apa hubungan aku pun tak tahu.

Pemergian Kadir dari UMNO hari ini tidak membawa kesan apa-apa kepada parti baik di peringkat bahagian apalagi Pusat. Sebabnya nama Kadir dalam UMNO dah lama tinggal sejarah walaupun beliau masih sebagai ahli aktif dan menjadi Bendahari UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baru. Sebabnya zaman beliau sebagai AMT UMNO dan menteri Kabinet pun dah lama berlalu.

Bukan beliau seorang yang mengalami "kemuraman" dalam politik UMNO malahan  ramai lagi baik mereka yang seangkatan dengan beliau, mahupun generasi lebih muda. Itulah asam garam politik, ada pasang dan surut, ada siang dan malam serta ada gelap dan cerah.

Apa pun aku nak ucap selamat tinggal buat Kadir. Semoga dia memilih jalan yang betul untuk meneruskan perjuangannya....


Psssstt... DAP dah siap borang keahlian... Calon DAP di Kulim-Bandar Baru ke?

18 March 2012

Penentang APCO... Hadi kata berniaga dengan Yahudi bolehlah!

Demo anti-APCO silap... Hj Hadi kata boleh berniaga dengan Yahudi!
Laa... Dulu gegak gempita negara apabila pembangkang duk main isu kerajaan guna perunding dari APCO yang konon-konon sebuah syarikat milik Yahudi. Pas duk ceramah seluruh pelosok negara duk bantai UMNO sebab guna khidmat syarikat itu walaupun tak ada bukti langsung nak kaitkan APCO dengan orang Yahudi, jauh sekali dengan negara Israel.

Tapi Pas peduli apa... Ada point nak gasak UMNO depa gasak habis-habisan. Betul tak betul belakang kira. Maka mereka gelarlah UMNO sebagai UMPCO. Macam-macam fatwalah dikeluarkan oleh ulamak-ulamak Pas. Anwar pun duk tumpang sekaki belasah Yahudi pasal APCO tapi lepas tu diam-diam pergi AS jumpa kawan-kawan Yahudinya cover balik apa yang dia cakap.

Tup-tup semalam Hadi Awang kata umat Islam boleh bekerjasama dan berniaga dengan orang Yahudi asal bukan berfahaman Zionis. Erk... Macam mana tu? Sekekap tak boleh, sekejap boleh. Samalah dulu UMNO dicop kafir sebab berkawan dengan orang kafir (MCA, Gerakan dan MIC) sekarang dibolehkan sebab Pas pun berkawan dengan kafir juga... kafir harbi lagi!

Hmm... Tapi memang betul. Tak adalah kesalahan pun kalau nak bekerjasama atau berniaga dengan orang Yahudi. Yang kata salah sebelum ini pun orang Pas sendiri... Hadi sendiri. Kalau tak boleh berniaga dengan orang kafir termasuk Yahudi, macam mana orang Islam nak maju. Arab Saudi sebuah negara Islam pun berjual-beli minyak pun dengan syarikat orang Yahudi.

Yang jadi persoalannya, boleh ke kita kenal pasti orang Yahudi mana yang tak sokong Zionis? Aku ingat sebelum ini ada pertubuhan Islam dunia senaraikan produk-produk milik syarikat-syarikat Yahudi. Panjang jugak list tu aku tengokdan hampir semuanya berada di pasaran negara ini.

Tapi aku nak tanya jugak Hadi... macam mana pula pemimpin Islam macam Anwar yang terang-terang sokong penubuhan negara Israel? Macam mana pula parti politik yang dapat dana dari pertubuhan Yahudi yang juga pengikut Zionis? Tak haram ke bekerjasama dengan orang macam ini?

Ops... Lupa! Pembangkang buat boleh, UMNO buat tak boleh!

17 March 2012

Bibik pro? What the hell Indon ni??? (Updated!)

TERKINI:
Tu dia gaya bibik profesional masak!
Terima kasih kerajaan Malaysia kerana tidak layan kehendak Indon. Diorang nak kita layan bibik macam raja, tapi rakyat mereka sendiri layan bibik macam hamba. Tak caya tengoklah dalam drama-drama sinetron yang bersepah ditayang kat TV kita tu! 

POS ASAL:
Indon nampaknya makin demand dan mula mintak macam-macam bila kita duk merayu-rayu kat depa supaya hantar balik para bibik ke Malaysia. Macam-macam mereka mintak dari gaji permulaan RM700 sampailah nak guna bibik profesional - satu bibik satu kerja...! Tudia...

Mereka kata mereka akan latih bibik-bibik pro ini buat kerja termasuk memasak, jaga bayi, kemas rumah dan mereka tidak dibenarkan buat kerja lain selain bidang masing-masing. Perghhh.... hebat! Kalau betullah tuntutan Indon terhadap majikan Malaysia, aku nampak Indon dah makin melampau dan demand habis...!

Aku tak pasti apa tindakan Malaysia jika ia benar-benar mahu dilaksanakan. Batalkan perjanjian sebelum ini dan tangguh lagi penghantaran bibik yang membuatkan rakyat Malaysia "menderita" kerana tiada bibik? Atau terima saja kehendak Indon asalkan bibik-bibik ini masuk.

Yang peliknya hanya bibik-bibik yang nak dihantar ke Malaysia sahaja yang bertaraf pro sebaliknya yang dihantar ke Hongkong dan Arab Saudi tak ada pun yang sedemikian rupa?

Satu lagi mereka tuntut gaji minimum RM700. Maknanya kalau ditukar ke Rupiah lebih kurang Rp 2 juta. Wow... Kalau macam ni gaji bibik dan kerjanya sekadar satu tugas, aku ingat ramai kakitangan awam Indon yang berhenti kerja sebab gaji jadi bibik kat Malaysia jauh lebih tinggi daripada jadi pegawai kerajaan di sana. Kerja pun senang...

Apa pun aku harap Malaysia tidak bersikap bodoh dengan memenuhi kemahuan Indon ini. Kalau Malaysia tolak permintaan mereka apa mereka  boleh buat? Demo depan kedutaan Malaysia? Nak ganyang Malaysia??? Itu sajalah mereka mampu...


Pssttt.... Bibik aku jugak kekal sebagai "Bibik Of The Year" untuk 11 tahun berturut-turut! Memang pro....

16 March 2012

Bila simbol seks jadi duta sepak takraw....

Camna kalau Julai Perez main takraw...
Wow...!! Persatuan sepak takraw Indonesia lantik penyanyi dangdut dan simbol seks negara itu, Julia Perez sebagai dutanya bagi menarik lebih ramai masyarakat meminati sukan sepak takraw. Apa hubungan Julia Perez atau dikenali dengan panggilan "Jupe" ni dengan sepak takraw pun aku tak tahu.... Kau orang tahu?

Pun begitu aku respek kat pengurusan persatuan sepak takraw Indon yang kreatif. Sekurang-kurang kalau ada games takraw nanti penuhlah stadium. Bukan nak tengok orang main takraw tapi sebab nak tengok Jupe! Tak apalah... janji ada usaha!

Taklah macam  Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) ni macam dah buntu nak cari pemain takraw yang terbaik untuk wakil negara. Yang ada sekarang dengan Vietnam pun tak lepas apa lagi dengan Thailand. Prestasi takraw kebangsaan makin suram. Kat mana silap aku pun tak tahu. Takkan sebab banyak sangat berpolitik dalam PSM kut?

Hemm... Mungkin PSM boleh duk fikir-fikir tiru cara Indon yang guna artis popular untuk menggalakkan masyarakat bersepak takraw.. Yelah selain tarik penonton ke stadium sekurang-kurang tarik juga anak-anak muda nak main takraw.

Tapi kalau PSM nak cari artis sebagai duta takraw, aku cadang nama Zarina Ann Joulie. Yalah... Nak jadi duta takraw sekurang-kurangnya aset yang dimiliki setanding bolanya. Haha... Lepas ni bolehlah tengok aksi Zarina lawan takraw dengan Julia Perez... Boleh pecah stadium beb!

Heee....

15 March 2012

Pemandu Pas... Pemandu BN!


PEMANDU BN = Performance Management and Delivery Unit

PEMANDU PAS = Jawatankuasa khas yang ditubuhkan Pas di Kedah untuk bertindak sebagai penasihat dan memastikan pelaksanaan janji manifesto Kedah PRU-12 ditunaikan.

PEMANDU BAS = Orang yang bawak bas!

12 March 2012

Terkini: Chong Wei cedera di final All England!

Lee Chong Wei terpaksa menarik diri ketika beraksi menentang Lin Dan pada perlawanan akhir badminton All England tengah malam ini akibat kecederaan pada bahu kanannya. Chong Wei yang tewas set pertama 19-21 tidak mampu lagi menahan kesakitan ketika kedudukan 2-6 di set kedua.

Chong Wei yang berplaster di bahu kanan kelihatan beberapa kali mendapatkan rawatan di luar gelanggang sejak set pertama lagi. Walaupun cedera, beliau masih lagi mampu memberi saingan kepada Lin Dan di set pertama.

Kemuncak kesakitannya ialah apabila beliau membuat smash berganda pada kedudukan 1-6 bagi mengutip mata kedua yang kemudian dibayar mahal dengan menarik diri.

Apa pun aku nak ucap tahniah kepada Chong Wei yang tinggi semangatnya sebab walaupun mengalami kecederaan tetapi masih lagi berusaha untuk memberi saingan kepada seteru utamanya. Tahniah!!

Berita selanjutnya dan keputusan-keputusan lain boleh baca di sini!

Psst... Tahniah juga buat Manchester United yang membenam West Brom 2-0 di Old Trafford malam ini bagi membolehkannya menerajui puncak EPL. Terima kasih Swansea sebab tewaskan Manchester City...

Shahrizat berhenti sebelum diberhentikan?

Heboh satu negara apabila DS Shahrizat Jalil mengumumkan akan melepaskan jawatannya sebagai menteri Kabinet mulai 8 April ini iaitu apabila khidmatnya sebagai Senator berakhir walaupun desas-desus bahawa beliau akan melepaskan jawatan sudah kedengaran sejak sebulan lalu.

Maknanya Shahrizat akan berhenti sebagai menteri Kabinet sebelum beliau diberhentikan iaitu tempoh perkhidmatannya sebagai Senator tidak lagi disambung. Yelah... kalau dah tak disambung macam mana nak jadi menteri lagi. Sedangkan jawatan sebagai menteri adalah atas pelantikan selepas beliau tewas pada PRU-12 lalu di Lembah Pantai.

Kenyataan Najib yang menyambut baik peletakan jawatan Shahrizat memperkukuhkan lagi bahawa kedudukannya sebagai senator sudah tidak selamat. Jadi sebelum dia diberhentikan bukankah lebih baik awal-awal dia melepaskan jawatan? Bijak... memang bijak!

Ramai yang melihat peletakan jawatan Shahrizat ini akan membersihkan kerajaan pimpinan Najib selepas dia terpalit dengan isu NFC yang dipengerusikan oleh suaminya sendiri. Hemm... Senyum Rafizi Ramli sebab dialah yang duk kecoh-kecoh pasal NFC sebelum ini. Bersemangat depa nak selongkar macam-macam lagi isu lain. Betul tak betul belakang kira... janji bongkar dulu! Tak gitu?

Apa pun aku respek kat Shahrizat sebab ambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Tak macam Anwar yang terpalit dengan pelbagai skandal dari kes liwat, kes langgan pelacur Cina, bersekongkol dengan Yahudi, sokong keselamatan Yahudi dan macam-macam lagi tapi masih lagi berangan-angan nak jadi Perdana Menteri.

Itulah bezanya pemimpin UMNO/BN dengan pembangkang!

10 March 2012

Foto Nurul Syuhada buat Badrul Amin angau...

Penat sembang politik jom kita rehat minda sekejap. Meh kita pakat cuci mata dengan peha gebu Nurul Syuhada, pengacara Majalah 3 yang membuatkan Ostat Badrul Amin naik angau setengah mati.

Awas... Hanya boleh dilihat tapi tak boleh dipegang apa lagi untuk dimiliki...

Hehe...

Bila SBPA batal semua pakat mengaku depa duk perjuang!

Keratan akhbar Sinchew Daily 1 November 2011 berhubung kenyataan Tony Phua yang mahu mengurangkan jumlah kakitangan awam jika Pakatan Rakyat berkuasa.
Har... har... har... Tergelak besar aku bila baca blog-blog sebelah sana yang mainkan isu konon hasil perjuangan parti mereka maka kerajaan terpaksa tunduk dan membatalkan pelaksanaan SBPA (Sistem Baru Pecah Amanah?). Depa duk mengaku kalau bukan depa dan orang-orang depa dalam CUEPACS sah-sah SBPA dah dilaksanakan dan penjawat awam duk menderita.

Aku gelak besar bukan apa, sebab bila masa depan duk berdemonstrasi bantah pelaksanaan SBPA? Ada demo kat Putrajaya ke? Tak ada... Ada demo depan Masjid Negara ke? Tak ada... Ada demo depan Sogo ke? Pun tak ada? Habis macam mana depa duk kata perjuangan depa? Dan bila masa pula depa duk berjuang secara diam-diam sebab selama ini mereka memang suka duk demo-demo ini. Apa saja mahu demo!

Bantah Lynas depa demo...
Bantah Interlok depa demo...
Bantah PPSMI depa demo...
Bantah ISA depa demo...
Bantah SBPA....???

Dan aku gelak besar lagi bukankah parti tiga suku-sakat depa juga yang duk pukul canang nak kurangkan jumlah kakitangan awam kat Malaysia ni kalau depa memerintah. Ramai sangat sampai rugikan negara, tak efisyen. Tapi bila Najib umum batalkan SBPA, laraskan gaji, naikkan elaun COLA dan dan tu juga depa duk teriak mengaku ...itu hasil perjuangan Pakatan Rakyat !!!Ciss....

Kesian sungguh aku tengok pemimpin-pemimpin depa duk tompang kasih dengan perjuangan CUEPACS semata-mata nak dapatkan undi rakyat dan mempopularkan penasihat parti mereka. Maklum ikut kajian rating Najib selaku PM la ni semakin melonjak walaupun macam-macam fitnah dah ditabur. Tambah pula laporan duk kata Malaysia negara paling selamat kat Asia Tenggara, lagi la mereka naik hantu.

Nak harapkan apa yang mereka duk buat untuk rakyat tadak. Urus sampah kat Selangor pun tak pandai, urus air kat Kelantan pun tak selesai-selesai. Nak urus pelantikan Exco kat Kedah pun susah. Jadi apa lagi yang depa boleh harap untuk raih undi melainkan menumpanglah kejayaan orang lain... Hik hik hik...

Tapi yang pasti rating Najib terus melonjak di mata penjawat awam sebab batalkan SBPA dan teruskan SSM dengan penambahbaikan. Dah lah tu kasi selaras pulak gaji, naikkan elaun COLA... Heee... Anwar Ibrahim apa boleh buat, boleh bantu? Jual air liur sajalah....


Pssstt... Nak popular punya pasal Nik Aziz pun mau jadi artis!

09 March 2012

Sorry-lah Anwar... Najib lagi popularlah!


Minta maaflah wahai pencacai Pas, PKR dan DAP...  populariti Najib kini melonjak dari 59 peratus kepada 69 peratus sejak Ogos tahun lalu hingga bulan lepas. Itu bukan aku kata tetapi agensi yang sering buat kajian tentang politik Malaysia, Merdeka Center.

Aku percaya laporan Merdeka Center terbaru ini membuatkan Anwar Ibrahim semakin sakit hati dengan Najib kerana peluang untuk beliau menduduki PM tak ada harapan langsung. Ibarat kata kalaulah PRU-13 diadakan dalam masa terdekat, pembangkang memang payah nak mengulangi pencapai 2008.

Baca laporan Merdeka Center ini...

BANGI, 9 March 2012 – A recently concluded survey among voters in Peninsular Malaysia found that the prime minister's approval rating had climbed to 69% from 59% in August 2011. This figure comes on the back of improving public mood over the general economy and disbursement of funding (Bantuan Rakyat 1Malaysia) to alleviate the economic burden of low income households.

Support for the prime minister was highest among households with income lower than RM1500 per month at 78%, Indian respondents at 80% and Malay respondents at 74%. The survey also found that satisfaction with the prime minister was higher among respondents above 50 years old, at over 73% as compared to younger respondents, for example, 64% among respondents aged 21 to 30 years old. The findings also show that as many of one-third of respondents who were inclined towards Pakatan Rakyat, reported satisfaction with the prime minister – indicating that such expression of approval may not all translate into votes for the ruling coalition. - Merdeka Center
Kalau diikutkan laporan ini, sokongan orang Cina terhadap Najib (BN) masih rendah berbanding orang Melayu dan India tetapi menunjukkan peningkatan (sekali gus memeningkan Lim Kit Siang) sebab walaupun DAP dah bermati-matian berkempen dengan membawa isu perkauman, orang Cina tetap beri sokongan kepada Najib.


Tapi biasalah... pembangkang memang panjang akal untuk mematahkan laporan-laporan seperti ini dan sudah pasti isu rasuah menjadi senjata utama mereka nak menafikan populariti Najib. Tak gitu???

Gambar lucah... Pengarah akhbar di Tunisia didenda

Gara-gara gambar ini, pengarah akhbar Ettounsia didenda!
Pengarah akhbar Ettounsia di Tunisia didenda kerana menyiarkan gambar pemain bola sepak Jerman/Real Madrid, Sami Khedira bersama teman wanita, Lena Gercke yang dalam keadaan berbogel. Dia didenda 1,000 dinar atas kesalahan melanggar undang-undang tatasusila.

Gambar tersebut asalnya adalah cover majalah GQ yang kemudian disiarkan semula oleh akhbar berkenaan.

(Berita penuh baca di sini...)

Di Malaysia, pengarah akhbar yang siar gambar menghina Islam tidak dikenakan sebarang tindakan, melainkan amaran demi amaran serta surat tunjuk sebab. Kalau suruh buat surat tunjuk sebab apa masalah. Berjela-jela sebab boleh direka.

Selepas siarkan gambar hidangan babi untuk juadah berbuka puasa di bulan Ramadan, tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas pengarah akhbar terbabit melainkan sekadar permohonan maaf. Tidak sampai setahun, akhbar sama siarkan pula wajah penyanyi Barat dengan bertatu kalimah Allah... pun tiada sebarang tindakan dikenakan, jauh sekali nak denda.

Itulah bezanya Tunisia dan Malaysia. Agak-agak apa akan jadi kalau akhbar yang siar gambar hidangan babi untuk juadah berbuka puasa dan Erykah Badu dengan tatu kalimah Allah itu adalah terbitan di Tunisia? Hemm... sendiri jawablah bro!

Harap menteri yang jaga KDN contohi tindakan tegas kerajaan Tunisia dan bukan setakat keluarkan amaran demi amaran demi amaran.... Akhirnya hal sama berulang lagi dan lagi dan lagi.... Silap-silap lagi teruk!!

08 March 2012

Hati-hati apabila tabur fitnah...!

Beberapa rakan bloggers menyiarkan surat edaran MPKB ini di dalam blog mereka sambil menyerang kerajaan Kelantan kerana mengeluarkan "fatwa dengar CD ceramah Pas masuk syurga". Lama aku menilik surat ini yang akhirnya aku dapati ia adalah PALSU.

Ternyata kenyataan "Mendengar CD ceramah PAS sahaja akan menjamin tuan masuk syurga. Pemilik pasaraya berbangsa cina juga tidak terkecuali. jika didapati ingkar dan degil dengan arahan ini tindakan tegas akan diambil tanpa sebarang notis" nyata telah ditokok tambah pada edaran asal. Tujuannya sudah pasti untuk membuat tuduhan ke atas Pas dan kerajaan Kelantan.

Kenapa aku kata ia ditokok tambah? Sebab kalau kita tengok mana ada surat rasmi yang tulis sampai berhimpit-himpit sedemikian sampai bertembung dengan ruangan untuk tanda tangan. Orang rabun pun boleh tahu ini adalah palsu. Dahlah jenis fontnya berbeza dengan asal, tulisannya pun sampai terbabas ke tepi tak selari (justify) dengan di atas.

Satu lagi tuduhan palsu ke atas pembangkang ialah mengenai billboard di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan yang didakwa menghina umat Islam apabila "kalimah Allah" pada logo negeri Selangor dihilangkan.


Penulis ini mendakwa dia melihat billboard ini pada 1 Mac dan aku terima laporan ini dua hari kemudian menerusi Facebook seorang sahabat. Sejurus mendapat laporan ini  pada hari yang sama aku bergegas ke Taman Universiti Indah dan mencari billboard berkenaan.

Ternyata ia palsu dan logo Selangor pada billboard tersebut tiada sebarang pindaan ke atas kalimah Allah tersebut. Siapa yang tabur fitnah seperti ini? Bayangkan kalau ramai orang Melayu/Islam percaya dengan tohmahan ini tanpa usul periksa sudah pasti ia boleh membawa kesan buruk kepada kita semua.

Hemmm... Aku pun penyokong kerajaan BN juga tapi tak adalah sampai nak buruk-burukkan lawan dengan cara sedemikian. Tak eloklah... Biarlah puak-puak mereka nak tabur fitnah tapi kita sebelah sini biarlah beradu dengan cara betul, jujur dan ikhlas.

Kepada rakan-rakan bloggers, apa saja maklumat yang diterima harap ditapis dahulu sebelum diterbitkan. Buatlah siasatan. Takut nanti boleh membawa kesan tak baik untuk agama, bangsa, negara, parti dan diri sendiri.

Kalau nak kencing pun kena hati-hatilah bro!

Penjawat awam bersorak, peniaga senyum, Mail Sabri pening!

Pengumuman oleh Perdana Menteri berhubung kenaikan gaji kakitangan awam bagi kumpulan pengurusan dan profesional sehingga 13 peratus, kenaikan elaun COLA dan beberapa lagi sudah pasti akan membuatkan jutaan penjawat awam bersorak girang.

Tak hairan hari ini semua urusan kerajaan begitu lancar sekali, tak ada lagi masalah queue panjang... Semuanya kerana pengumuman oleh PM pagi ini. Horreeeee..... Sorak mereka terutama kumpulan yang menikmati kenaikan tersebut.

Pengumuman oleh PM itu bukan sahaja membuatkan penjawat awam seluruh negara bersorak girang tetapi ia juga disambut senyum sempol oleh pemborong, pembekal dan peniaga sebab dapatlah mereka menaikkan harga barang selepas ini. Kalau gaji dah naik 13 peratus, apalah sangat kalau harga barang dinaikkan sedikit. Itulah kata mereka.

Lepas ini kalau pergi ke pasar atau kedai runcit, tiba-tiba beli barangan harian lebih mahal berbanding biasa tolong, jangan salahkan mereka tetapi salahkanlah Najib dan BN sebab beri kenaikan gaji kepada kakitangan awam.

Tapi bila Najib umum gaji naik, yang pening ialah Ismail Sabri. Sudah pasti pembekal akan mendesak beliau benarkan kenaikan harga ayam, telur, susu, beras, gula, tepung dan semua barangan kawalan lain. Dan akhirnya mahu tidak mahu akan keluar kenyataan oleh Pak Menteri.... "Kenaikan harga barang tidak dapat dielakkan...!! Dusshhh....

Yang tanggung beban ialah rakyat marhain, para petani dan nelayan, buruh kasar, pekerja kilang, kakitangan swasta dan mereka yang sekian lama kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu dapat makan petang.

Jadi kepada semua rakyat Malaysia.... bersiap sedialah dengan lonjakan harga barang!!

07 March 2012

Anwar naik angin bila Malaysia jadi negara paling selamat!

Pembangkang tak selamat jika Malaysia jadi negara paling selamat!!
Apa? Malaysia negara paling selamat di Asia Tenggara? Biar bonar??? Tak boleh jadi... tak boleh jadi...!! Sudah pasti laporan Global Peace Index (GPI) akan menyakitkan hati Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Mat Sabu. (Laporan penuh di sini!)

Mana boleh jadi. Kalau Malaysia menjadi negara yang selamat, maka susahlah pembangkang nak ambil alih pentadbiran Putrajaya. Sebabnya mana ada rakyat yang memberontak, membuat reformasi terhadap kerajaan yang berjaya melahirkan sebuah negara selamat seperti Malaysia?

Adoiii... Ini mesti Vision of Humanity sudah dibeli oleh Najib dan UMNgOk... ! Itu pasal rangking Malaysia tiba-tiba naik dari kedudukan ke-26 dunia tahun 2010 melonjak ke tempat 19  tahun lepas. Adoii... Tak boleh jadi. Tak boleh jadi... Memang UMNgOk parti rasuah. Pasal GPI pun nak dirasuah! Adoiiii....

Anwar dan kepala pemimpin pembangkang kena buat sesuatu supaya rangking Malaysia kembali jatuh, kalau boleh paling teruk di dunia. Kalau negara dah tak selamat, senanglah nak bawak askar-askar bersekutu - AS atau NATO ke negara ini. Tak boleh jadi...

Lepas ini satu gerakan menghuru-harakan negara perlu digerak bagi memastikan negaras kembali tidak selamat. Kita pakat kerah para penjenayah lebih agresif menjalankan aktiviti mereka. Para mafia Kopeng, Jinjang atau Banting perlu dikerah untuk meningkatkan kadar jenayah negara.

Tak boleh jadi... tak boleh jadi. Kalau macam ini kedudukan Malaysia, Singapork pun tak boleh senang hati. Mana mungkin negara yang penuh dengan kes rompak, samun, rogol, culik malah ramai rakyat Singapork jadi mangsa jenayah di Johor boleh berkedudukan lebih tinggi daripada Singapork yang sentiasa aman sentosa.

Ayuh gerakkan kempen Malaysia Tak Selamat, Pakatan Rakyat Selamat!!

Hehe...

04 March 2012

Chelsea pecat Villas-Boas... Pas pecat Azizan?

Chelsea pecat pengurusnya Andre Villaa-Boas! Itu berita sukan tergempar malam ini yang aku baca. Pemecatan Villas-Boas kerana beliau gagal membawa aspirasi pengurusan kelab tersebut. Kelab itu gagal bersaing dengan ehem... ehem... Manchester United dan Manchester City yang kini menguasai puncak EPL.

Minta maaflah ya Chelsea... Carilah pengurus lain yang lebih baik dan cuba lagi musim depan ya!

Di Kedah pulak khabarnya Pas gagal menyelesaikan "perang" antara Azizan dan Phahlolrazi and the geng. Pas yang cuba mencari jalan penyelesaian dengan mengadakan pertemuan dengan pihak terbabit buntu menyelesaikan masalah itu.

Hemm... Macam mana nak uruskan negara kalau uruskan negeri sebesar Kedah pun macam begitu sukar sekali. Aku cadangkan elok Pas pecat saja Azizan selaku MB Kedah dan lantik Phahlulrazi. Habis cerita.... Buat macam Chelsea... Agak-agak menyusahkan pecat saja. Habis cerita!

Tak gitu?

02 March 2012

Ekspo seks dan rumah urut kat Shah Alam? Wow....

Antara "produk" yang dipamerkan ketika Ekspo Seks dan Hiburan di Mexico City baru-baru ini. Lepas ini ekspo seperti ini buat kat Shah Alam City pulak ya!
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bercadang untuk mengadakan Ekspo Seks dan Rumah Urut Antarabangsa Pertama bagi menarik lebih ramai pelacur asing datang ke negeri itu bagi menjana ekonomi baru selepas jumlah kewangan negeri semakin menyusut sejak 2008.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong yang juga "ratu bogel" negeri itu berkata, idea mengadakan ekspo berkenaan dibuat selepas beliau melihat kejayaan Mexico menganjurkan ekspo sedemikian di Mexico City beberapa hari lalu.

"Ini satu idea yang baik memandangkan Selangor memang kaya dengan pemimpin kaki seks di samping terkenal sebagai syurga rumah-rumah urut. Jadi menerusi ekspo seperti ini mereka dapat mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing.

"Matlamat kami ialah untuk menarik lebih ramai pelacur asing khususnya dari China bagi memenuhi bandar-bandar utama di negeri Selangor. Akhirnya kita dapat menjana ekonomi negeri selain memberikan kerakyatan kepada mereka, sekali gus membantu meningkatkan jumlah undi bagi Pakatan Rakyat pada PRU nanti," katanya. - Selangor Konon

Ops... Ahaha...

Sabar... sabar ya! Itu hanya bayangan MTB saja. Tapi kalau kerajaan Selangor yang kini semakin muflis nak laksanakan juga acara ini, aku memang langsung tidak hairan. Maklumlah dalam kerajaan Selangor pun begitu ramai pemimpin yang kaki seks dari penasihat ekonomi, ketua penerangan sampailah exco pelancongannya sendiri.

Aku ingat kalau buat ekspo seperti ini sudah pasti ia meletup-letup sebab ramai yang nak tengok model-model memperagakan bodi masing-masing. Tapi syarat-syarat ke atas model yang nak ambil bahagian tu mestilah lelaki-lelaki jambu sahaja dan isteri-isteri orang terutama yang sedang menghadapi masalah rumah tangga sahaja. Lain-lain tidak dilayan... heee...!!

Dan kalangan rumah urut pula bolehlah bagi mengadakan perang harga dengan memberikan diskaun gila-gila sepanjang ekspo berlangsung dengan pelbagai perkhidmatan daripada lips massage, volcano massage, 2 in 1 massage dan macam-macam jenis massage lagi. Kan? kan? kan?

Heee....

Kerana UMNO rasis! 10 terkaya di Malaysia semua Melayu


  1. Robert Kuok – Wilmar International (aset RM45.7 bilion)
  2. Ananda Krishnan – Maxis & Astro (aset RM42.99 bilion) -
  3. Tan Sri Teh Hong Piow – Public Bank – (aset RM12.6 bilion)
  4. Tan Sri Lee Shin Cheng – IOI Corporation Bhd (aset RM11.36 bilion)
  5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – MMC Corporation Berhad (aset RM9.53 bilion)
  6. Tan Sri Quek Leng Chan – Hong Leong Malaysia (aset RM8 bilion)
  7. Tan Sri Lim Kok Thay  – Genting Group (aset RM7.58 bilion)
  8. Puan Sri Lee Kim Hua – balu kepada Pengasas Genting (aset RM6.58 bilion)
  9. Tan Sri Tiong Hiew – Rimbunan Hijau Group (aset RM6.41 bilion)
  10. Ong Beng Seng – Grand Prix Formula One Singapore (aset RM4.92 bilion)
Lihat senarai 10 orang terkaya di Malaysia yang disenaraikan oleh Forbes bagi tahun 2012 di atas. Semuanya muka-muka Melayu dan kaut kekayaan hasil amalan rasis UMNO dan kerajaan BN. Sebab orang Cina tidak diberi muka di Malaysia maka semua kekayaan dikuasai oleh orang Melayu.

Tahniah UMNO... Teruskan bersikap rasis dan menafikan hak kaum lain agar orang Melayu terus kaya dan kaya dan kaya...!!

Inilah bukti kecelakaan UMNO yang merupakan parti rasis, hanya mementingkan bangsa Melayu sahaja sehingga bangsa lain tak ada harapan nak jadi kaya raya. UMNO memang rasis... Melayu memang rasis...!!

Cissss...!!

01 March 2012

Erykah Badu: The Star mula kepanasan....

The Star mula kepanasan dengan isu gambar Erykah Badu bertatu kalimah Allah apabila semalam menggantung tugas dua editor kanannya Pengarang Kanan Rencana, Lim Cheng Hoe dan Timbalan Pengarang Rencana, Daryl Goh manakala penganjur konsert Pineapple Concerts pula akan memfailkan saman ke atas akhbar berkenaan.

Penganjur bertindak sedemikian kerana mendakwa gara-gara gambar yang dipakai The Star menjadi punca kemarahan masyarakat Islam terhadap artis yang dibawanya, Eryka sehingga memaksa kerajaan membatalkan konsert berkenaan, sehari sebelum ia dilangsungkan.

Aku pada post sebelum ini ketika mendedahkan gambar Erykah bertatu kalimah Allah (antara blog terawal dedah isu ini) telah mendesak The Star memohon maaf secara terbuka dan meminta Ketua Pengarangnya, Wong Soo Wai melepaskan jawatan kerana akhbar itu sejak akhir-akhir ini acap kali mengguris hati umat Islam dan orang Melayu melalui artikel-artikel yang disiarkan. (Baca balik di sini dan di sini...)

Permohonan maaf sudah dibuat manakala pengurusan akhbar itu telah menggantung tugas dua editor yang bertanggungjawab dan melantik dua editor Melayu untuk memangku tugas-tugas tersebut. Apakah ia sudah memadai?

Bagi aku, ia masih belum mencukupi kerana isunya sekarang bukan hanya kes Erykah tetapi The Star dan KDN juga perlu merujuk beberapa kes lain sebelum ini antaranya sajian babi sebagai juadah berbuka puasa dalam sisipan "Ramadan Delights".

Justeru aku berharap Ketua Pengarang Kumpulan The Star perlu bertanggung jawab terhadap insiden-insiden berkenaan dan cara beliau menebus dosanya ialah dengan melepaskan jawatan.

Ada berani?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...