30 April 2012

PM umum gaji minimum swasta RM900

Alhamdulillah.... PM baru saja umum gaji minimum sektor swasta diselaraskan kepada RM900 sebulan dan RM800 bagi mereka yang bekerja di Sabah dan Sarawak. Tapi para bibik jangan pulak tuntut gaji sampai RM900 sebab ia tak masuk dalam list dapat gaji minimum.

Macam mana nak dapatkan gaji minimum? Kalau majikan yang kedekut atau tak mampu nak kasi lebih, ni aku turunkan petuanya. Kalau boleh pakai, pakailah... Kalau tak boleh pakai, abai jeh!

Gaji pokok ..... RM700
Elaun makan.... RM150
Elaun khas....... RM  50
--------------------------
Jumlah ............ RM900

Hemmm dah dapat gaji minimum!


SELAMAT HARI PEKERJA

29 April 2012

Akal diberi untuk berfikir...

Kita manusia diberikan otak yang berakal. Tak macam haiwan, ada otak tapi tak ada akal. Akal yang tentukan manusia itu bodoh atau cerdik, bodoh tapi buat-buat cerdik atau cerdik tapi diperbodohkan. Lihatlah gambar kat bawah yang tersebar di kalangan blog-blog sebelah sana, dan FB.

Cuba teka.. kat mana bohongnya?
Korang fikirlah sendiri menggunakan otak yang berakal.

Bagi aku, yang hasilkan gambar ini adalah orang yang cerdik dan menggunakan otak serta akalnya, TAPI orang yang percaya itu sama ada dia memang bodoh atau jenis cerdik tapi mudah diperbodohkan!

Mana satu kategori korang?

Tapi kalau tengok kepada realiti, orang Melayu memang suka perkara-perkara bodoh, perkara tak masuk akal, mistik dan tidak realistik, pembohong. Sebab itu majalah Mastika boleh laris, surat khabar Metro laris macam pisang goreng! Dan sebab itu juga orang Melayu lebih percaya Anwar daripada Harussani!

Teruskanlah jadi manusia cerdik tapi mudah diperbodohkan!!

26 April 2012

Wartawan TV3 yang kata Melayu bodoh dapat Datuk!

Wartawan TV3 yang terkenal dengan pantun tak beriramanya, Karam Singh Walia kini bergelar Datuk selepas diberikan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) hari ini.

Aku tak mahu ungkit apa yang pernah si Karam ni kutuk pasal orang Melayu. Tapi korang bacalah sendiri dalam entri Kalaulah Karam Singh tu Melayu...!!

Melayu takkan mudah lupa!






Eh...! Rocker kita, Hattan pun dapat Datuk jugak ke?

25 April 2012

Mustafa Ali pun layan China Doll? Hehe...

China Doll yang boleh buat Mustafa Ali tercabut serban!
Aku senyum jeh baca blog propembangkang yang satu itu. Sebabnya blog berkenaan duk serang Mustafa Ali dengan ugutan nak dedahkan fiil nafsu serakah pemimpin Pas itu yang suka sangat langgan China Doll ~ fiil yang sama dengan lelaki si perut buncit berbatang bengkok dalam video tu. Heee...

Senyum aku bukan sebab puak-puak depa duk ugut Mustafa hanya kerana beliau liat sangat nak beri sokongan kepada Anwar Ibrahim (walaupun punya hobi yang sama), tetapi kerana apa yang didakwa itu  ada persamaan pula dengan sinis aku terhadap Setiausaha Agung Pas itu, dua tahun lepas.

Kalau siapa yang perasan, aku pernah "smash" Mustafa Ali bila dia duk sedap fitnah bekas-bekas PM yang konon semuanya kaki botol kecuali Pak Lah Badawi, ketika dia cuba pertahan pencalonan Zaid Ibrahim masa PRK Hulu Selangor dulu.

Siapa yang tak baca entri aku tu, aku up balik apa yang aku tulis sebelum ini...
"Bayangkan kalau ada orang kata Mustafa Ali pernah langgan pelacur dan orang yang kata itu mengaku pernah lihat dengan mata kepalanya sendiri, apa agaknya respon beliau terhadap yang menuduh itu? Aku percaya Mustafa melenting marah sampai ke pucuk kelapa. Sebabnya orang menuduh dia main dengan pelacur. Tapi dia tak rasa apa2 bila tuduh semua mantan PM minum arak." - Selanjutnya baca di sini!
Kebetulan ke? Heee...

So.. Pesan aku kepada Mustafa dan puak-puak Pas, satu jari kita menuding ke arah orang lain empat jari lagi akan menuding ke arah kita balik. Kalau sebelum ini Mustafa dengan sedap mulut dan rasanya duk fitnah dan tuduh orang merata-rata, sekarang giliran dia pula kena tuduh!

Ini semua hasil solat hajat puak-puak Pas sendiri yang tak henti-henti minta petunjuk kebenaran. Allah sudah tunaikan tetapi kerana petunjuk itu mengarah kepada mereka sendiri, maka segalanya diabaikan sebaliknya berusaha untuk menutupinya.

24 April 2012

Gerakan "tawan" Putrajaya serupa AS tawan Iraq?

Gerakan puak-puak pembangkang yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim untuk menawan Putrajaya adalah serupa dengan gerakan AS yang diketuai Presidennya, George W. Bush untuk menawan dan memusnahkan Iraq iaitu dengan melancarkan propaganda berterusan.

Bush telah berjaya mempengaruhi dunia termasuk PBB dan negara-negara kuasa besar lain dengan propaganda bahawa Iraq mempunyai simpanan senjata nuklear yang berbahaya kepada dunia dan pemimpinnya, Saddam Hussin harus dihapuskan dari muka bumi.

Ekoran propaganda berterusan itu, dunia merestuai AS dan sekutunya menyerang Iraq yang membawa kepada penangkapan Saddam, sehingga dia dihukum mati. Malangnya sehingga kini tiada sebarang bukti menunjukkan bahawa Iraq mempunyai simpanan senjata berbahaya sepertimana digembar-gembur oleh AS.

Di Malaysia, rakyat setiap hari digembar-gembur dengan isu-isu rasuah yang berleluasa di kalangan pemimpin UMNO dan kerajaan BN, pilihan raya yang tidak adil, kotor dan tidak demokratik, penindasan terhadap rakyat dan macam-macam isu yang kebanyakannya menjurus kepada rakyat.

Tujuannya ialah supaya rakyat terpengaruh dengan propaganda tersebut dan mengharapkan rakyat bangkit menentang kerajaan baik menerusi kertas undi atau kalau gagal, menerusi demonstrasi jalanan seperti yang berlaku di beberapa negara Arab.

Sedangkan kenyataannya, kerajaan setiap masa berusaha membanteras kegiatan rasuah malah ramai kalangan pemimpin kerajaan sendiri sudah didakwa, begitu juga melaksanakan pilihan raya yang bersih dan demokratik termasuk mewujudkan jawatankuasa penambahbaikan pilihan raya peringkat Parlimen, di mana pembangkang turut terlibat.

Hemmm...

Baca kupasan menarik oleh Datuk Dr. Ismail Ibrahim mengenai bagaimana gerakan pembangkang nak tumbangkan kerajaan BN hampir sama dengan cara yang dilakukan oleh AS untuk menjahanamkan negara Iraq... DI SINI!


23 April 2012

Zuraida bakal dibedal Zahida dan Shafie Apdal!

Nenek kebayan Bukit Belacan, Zuraida Mak Lampir bakal menghadapi saman daripada Zahida Rafik dan Shafie Apdal kerana memfitnah mereka berdua. Zahida sudah membuat kenyataan bahawa wang yang diterima adalah hasil perniagaan yang dijalankan, bukan pemberian Shafie. Shafie juga nafi terlibat.

Berikut kenyataan kedua-duanya berhubung isu yang didakwa Zuraida. Hee....

KENYATAAN ZAHIDA RAFIK:
Assalamualaikum Warrahmatulallhi Wabarakatuh.

Pada Rabu 18hb April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan satu dakwaan bahawa seorang menteri telah memberi wang sebanyak RM 1.4 Juta kepada saya selama 4 bulan (Oktober, November, Disember dan Januari). Ia adalah susulan daripada kes pemandu peribadi saya yang melarikan wang saya sebanyak RM 200 Ribu.

Untuk pengetahuan umum, saya melakukan perniagaan penjualaan kereta import bersama abang ipar saya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkat saya. Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang MENTERI yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum.

Saya mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan kerana bagi saya perniagaan sendiri lebih menguntungkan untuk hidup yang lebih sempurna. Ini adalah satu tanggapan yang serong terhadap saya dan keluarga kerana pertuduhan ini dapat menjejaskan karier perniagaan saya serta kehidupan seharian saya sebagai rakyat Malaysia.

Mengikut undang-undang Malaysia, akta BAFIA 1989, mana-mana individu, syarikat atau juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan (bank), dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada UMUM dan SEKIRANYA ini terjadi, maka si PELAKU boleh dikenakan tindakan mahkamah.

Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan seperti ini hanya boleh didedahkan dengan perintah HAKIM.
Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Ampang di mahkamah kerana mendedahkan akaun peribadi saya serta menfitnah saya berhubungan sulit dengan seorang MENTERI yang dikaitan bagi membersihkan nama baik saya serta keluarga saya.

Sekian, terima kasih.
 

Wassalam.

Zahida Rafik
20hb April 2012

KENYATAAN SHAFIE APDAL:
Saya mengikuti rapat beberapa laporan di dalam  media dan blog-blog tempatan yang telah  mengaitkan saya dengan satu laporan polis oleh  seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi  (No. KP. 740214-14-6237) no repot  AMPANG/007017/12 bertarikh 13hb Mac  2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu  di bawah saya dan mengaitkan saya dengan  pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada  seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed  Rafik.

Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua  yang tertera di dalam laporan polis berkenaan  adalah TIDAK BENAR sama sekali dan  kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang  menyebar luaskan salinan laporan polis berkenaan  adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK  semata-mata.

Sehubungan itu, saya bersedia mengambil  tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja  yang terus-terusan memfitnah saya dan  mengaitkan saya dengan perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal
Putrajaya, 23 April 2012

22 April 2012

Gila... Swing semakin trend di kalangan pasangan Melayu/Islam?

"Swing" semakin menjadi trend di kalangan pasangan elit Melayu/Islam... Masya-Allah!
Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk  bertukar-tukar pasangan dengan suaminya. Maknanya dia sedia "main" dengan kawan aku tu dengan syarat kawan aku pun sedia kasi isterinya main dengan suami pompuan tersebut. Atau dalam bahasa omputeh "swinging".

Yang buat aku mengucap panjang bila kawan aku cerita bahawa perempuan yang offer tu seorang Melayu beragama Islam dan tinggal di Johor Bahru. Katanya kalau kawan aku sudi, dia diminta datang ke JB. Port untuk mereka sudah tersedia. Khabarnya di sebuah kondo di Skudai.

Kawan aku kata pompuan tu hanya sudi bertukar pasangan dengan pasangan suami isteri lain, tidak pasangan tidak berkahwin sama ada pasangan kekasih atau skandal. Sebab itu akan tidak adil bagi mereka.

Aku tanyalah macam mana dia kenal pompuan tu? Katanya, dia berkenalan menerusi laman sosial popular. Hemm...  aku kata tak aku percaya dengan laman sosial sebab sesiapa sahaja boleh menyamar. Tapi kawan aku tu kata dia sudah bercakap menerusi telefon dengan pompuan tersebut.

Tapi kawan aku kata dia tak sanggup untuk serahkan isterinya kepada lelaki lain walaupun dia dapat "main" dengan perempuan tu yang katanya boleh tahan juga kalau dilihat pada gambar yang dipaparkan di laman sosial tersebut. Kawan aku kata dia kata dia masih beriman kepada Allah dan Islam masih jadi pegangan hidupnya. Sebab itu dia tolak ajakan pompuan tersebut.

Tu dia iklan Swingers Club Malaysia!
Bila aku dapat tahu ada pasangan seperti ini, aku carilah kat Google mengenai kehidupan swinging kat Malaysia ni... Mah aih! Berlambak-lambak "swinger club" ada kat alam siber rupanya! Aku pasti ramai juga pasangan beragama Islam yang mengamalkan kehidupan seperti ini hanya semata-mata untuk mendapatkan kepuasan seks.

Dan menurut cerita beberapa kawan lain, amalan swinger ni dah makin jadi trend di kalangan pasangan Melayu/Islam di Malaysia. Biasanya mereka bergerak secara tersembunyi dan sukar dikesan. Sebabnya kalau dilihat secara luaran, pergaulan antara pasangan ini tiada keganjilan pun. Contoh pasangan A berkunjung dan menginap di rumah pasangan B. Siapa sangka di dalam bilik, rupanya si isteri A tidur dengan si suami B, dan sebaliknya si isteri B tidur bersama si suami A.

Khabarnya kegiatan seperti ini diamalkan di kalangan pasangan elit. Malah kebanyakan di antara mereka sudah beranak pinak tetapi kerana mahukan lebih kepuasan, maka mereka sanggup tidur dengan pasangan lain. Malahan mereka juga tidak kisah kalau pasangan yang mereka mahu bertukar itu berlainan agama atau berlainan bangsa, asalkan mereka seronok dan mendapat kepuasan. Pasangan A puas, pasangan B juga puas!

Rupanya pergaulan bebas ini bukan hanya di kalangan remaja atau orang bujang tetapi juga sudah menjalar di kalangan mereka yang sudah matang, sudah berumah tangga, malah ada yang mereka yang tunggu hari nak masuk kubur! Adoiii....

Gila... memang gila! Tapi bila ada NGO-NGO yang buat demonstrasi membantah amalan seks bebas dan LGBT, ada pula yang puak-puak tiga suku yang duk bantah dan dakwa itu semua permainan politik pihak tertentu serta anggap semua itu  perkara remeh!

Masya-Allah....!!

Adoi... Pak menteri mana plak himpit Neelofa ni oi??

Selepas Bung Mokhtar sambar Zizie Ezzate kemudian heboh Shafie Apdal yang khabarnya dah kahwin dengan Zahida Rafik untuk jadi isteri entah ke berapa, lepas ni pasti adalah puak-puak sebelah sana duk pukul canang konon-konon ada pak menteri yang duk himpit Neelofa pulak. Maklum mek Kelate ni sekarang sedang meletop-letop bak bertih jagung dikukus.

Heee... Siapa tak geram tengok Neelofa yang makin hari makin seksi, makin bergetah. Bukan takat pak-pak menteri, silap-silap ostat-ostat Pas pun meleleh-leleh air liur kalau tengok Neelofa. Cuma tak ada peluang nak memiliki jeh. Ops..Maaf... ostat Badrul Amin dan ostat Mat Sabun tak minat Neelofa... Dia minat bini orang jeh heee...

Jangan terkejut kalau lepas ni ada pak menteri kensel program setiap Ahad sebelah tengah hari. Maklum depa nak tengok sangat kecomelan Neelofa mengacara Nona kat TV3. Para isteri pak-pak ostat pun jeling-jelinglah kat cik abang tu, mana tahu duk memerap depan TV. Bukan sebab layan Hindustan tapi layan Nona!

Wakakaka... Ops! Jangan marah...

Meh kita tengok seseksi mana Neelofa ni. Bleh lawan Jue Aziz tak?




* Nota: Takat ni belum ada gosip Neelofa dengan mana-mana pak menteri... Janganlah risau ya!

19 April 2012

Heboh skandal Shafie Apdal dengan Zahida Rafik... Wahaha

Zahida Rafik dengan Chef Wan ya... bukan Shafie Apdal!
Heboh seantero alam siber apabila nenek kebayan Zuraida Mak Lampir mendedahkan kononnya Shafie Apdal ada skandal dengan pelakon yang hidung terpatot macam burung belatok selepas disuntik botok, Zahida Rafik.

Nak kasi power kenyataannya, si nenek kebayan ini membuat pendedahan tersebut di lobi Parlimen. Berjela-jela si nenek kebayan ni duk londeh cerita Shafie konon melalui pemandu Zahida dan konon Zuraida ni menjalankan siasatan sendiri. Wow...! Sejak bila nenek kebayan ni jadi anggota CSI? Wah.... 

Wow... Maka meletup-letupkan alam blog hari ini apabila semua blog duk tala Shafie yang juga Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Hee... Nampak sangat si nenek kebayan ni tak buat homework sebelum serang pemimpin UMNO.

Sebabnya... jeng... jeng.. jeng...!

Zahida tu sebenarnya dah jadi isteri sah Shafie Apdal. Dah apdal dah... Perihal perkahwinan ini tidak dihebohkan. Kalau ikut blog gosip hiburan Beautiful Nara pada September 2010... sekali lagi 2010, si Zahida sudah berkahwin dengan pak menteri ini di London.

Baca pengakuan Zahida kat sini...

Ops! Tapi Zahida dah nafikan laporan ini. Sampai hari ini status Zahida belum sahih dan perihal perkahwinannya dengan pak menteri pun tiada siapa yang sahihkan. Tapi kalau betul apa yang dikatakan nenek kebayan, maknanya betullah Zahida dah jadi isteri sah Shafie.

Jadi kalau betul Zahida isteri Shafie yang sah, maknnya pendedahan si nenek kebayan Bukit Belacan ini tak ada faedahnya walaupun tujuannya adalah untuk memalukan pemimpin UMNO dan menutup kemaluan Azmin yang makin terlondeh.

Sebelum ini pun pihak pembangkang khususnya di Selangor cuba londehkan kisah peribadi Noh Omar yang konon ada affair dengan seorang wanita menerusi mendedahkan gambar pak menteri itu sedang memeluk sambil menari dengan wanita berkenaan. Bagaimanapun, mereka yang membuat fitnah itu akhirnya tergolek dog kemaluan kerana wanita terbabit ternyata isteri sah Noh sendiri.

Hee... Kesian! Usaha nenek kebayan nak londehkan peribadi pemimpin UMNO menjelang PRU-13 gagal lagi. Sebaliknya peribadi Azmin pula yang makin terlondeh!!

TIBAI!!

17 April 2012

NGO Melayu perlu membela Dr Rahman Kadir!

NGO Melayu khususnya Perkasa perlu membela dan mempertahan Dr. Rahman Kadir, pegawai perubatan yang mendedahkan mulut celupar Azmin dan rakan-rakan yang mempersendakan raja-raja Melayu semasa istiadat pertabalan YDPA baru-baru ini.

Seruan ini aku laungkan sebab aku yakin selepas ini Dr Rahman akan diserang habis-habisan oleh puak-puak pembangkang walaupun beliau hanyalah seorang marhain yang tiada kepentingan sama sekali ke atas pemimpin pembangkang ini. Bermula dengan Dr. Mariah yang khabarnya akan menyaman beliau, Tian Chua khabarnya akan menggunakan segala cara untuk mengambil tindakan terhadap Dr. Rahman.

Dan aku percaya, jika Azmin tidak berani menyaman beliau sekali pun sudah pasti isu ini akan dijaja oleh puak-puak pembangkang dalam ceramah-ceramah politik baik PKR mahupun Pas.

Bayangkan andai Dr Rahman disaman berjuta-juta ringgit hanya meluahkan perasaan terluka kerana para pemimpin pembangkang yang bercita-cita besar mahu memimpin negara mempunyai perangai dan sikap yang sungguh kurang ajar terhadap para sultan dan YDPA, ke mana beliau mahu mengadu? Apa nasib yang bakal beliau hadapi?

Jika Perkasa atau NGO-NGO lain benar-benarkan mahu mempertahankan maruah dan martabat Raja-raja Melayu daripada dirobek satu persatu oleh para pemimpin seperti ini, ayuh berdirilah di belakang Dr Rahman dan belalah mereka, walaupun beliau sendiri tidak mengharapkannya.

Siapa lagi mahu membela nasib beliau jika beliau "diserang" jika bukan kita, orang Melayu yang sayangkan agama Islam, bangsa Melayu dan Raja-raja Melayu.


Kerana cakap benar... Azmin nak saman Dr Rahman?

Dr Rahman Kadir (kiri) bersama Ketua Pengarah Kesihatan dan Ketua Jabatan Trauma dan Kecemasan HKL di Balairong Seri, Istana Negara ketika istiadat pertabalan YDPA baru-baru ini. - Sumber: FB Rahman Kadir
Siapa Rahman Kadir? Ops... Dr. Rahman Kadir? Tiba-tiba namanya meletup-letup selepas mendedahkan mulut penuh tahi si Azmin Ali dan Tian Chua ketika mereka sama-sama hadiri istiadat pertabalan Agong di Balairong Seri, Istana Negara baru-baru ini.

Dr. Rahman yang panas telinga dengar Azmin dan Tian Chua duk mengutuk dan persenda sultan-sultan yang hadir diistiadat tersebut, meluahkan rasa sakit hatinya dalam Facebook yang kemudian di-pick-up oleh blog-blog prokerajaan, yang kemudian berapi-api pula selepas dimuatkan di muka depan Utusan Malaysia.

Kalau dilihat latar belakang Dr. Rahman, beliau hanyalah seorang pegawai perubatan di Bahagian Kecemasan di HKL. Kalau dibaca tulisan beliau dalam Facebooknya, dia berpeluang menghadiri istiadat pertabalan kerana bertugas. Dia bukan ahli politik, jauh sekali untuk menjadi calon mana-mana parti pada PRU-13 nanti. Beliau juga bukan mewakili mana-mana NGO. Tak macam Ibrahim Ali, tak seperti Anuar Shaari, tak macam Zul Nordin.

Sebagai rakyat biasa yang tidak gemar raja-rajanya diperlekeh dan dipersendakan, maka Dr. Rahman bersuara. Suaranya pun cuma di laman sosial Facebook untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan. Bukan sampai panggil wartawan dan buat sidang media. Kebetulan tulisan beliau dihidu oleh rakan blogger, maka mereka mengutip tulisan tersebut dan dimuatkan dalam blog mereka. Itu sahaja.

Jadi, tang mana Azmin kata ia adalah agenda UMNO untuk menjahanamkan beliau aku pun tak tahu. Inilah fiil puak-puak pembangkang. Asal buat salah kemudian kantoi, mereka nak salahkan UMNO. Sikit-sikit UMNO. Tapi bila negara maju, kadar kemiskinan sangat rendah, pengangguran rendah, semua orang dapat bantuan, semua orang dapat berniaga dan duduk aman damai di muka bumi Malaysia ni diorang tak ada pulak kata itu hasil kerja UMNO? Sebaliknya, ada saja tak puas hati. Kasi bantuan PTPTN salah, tak kasi lagilah salah. Payah....

Kepada Azmin, Tian Chua dan Khalid Samad, kalau apa yang dikatakan Dr Rahman ni tak betul, elok saman saja. Apa susah! Tapi ingat, ramai saksi yang hadir dan berada di sekeliling mereka ketika mereka duk syok kutuk raja-raja Melayu antaranya Ahli Parlimen Hulu Selangor, Kamalanathan dan Senator Dr. Firdaus Abdullah.

Kalau takat nafi dan tuduh balik UMNO atau surat khabar tabur fitnah, semua orang boleh cakap macam tu. Siapa nak mengaku berak tengah jalan melainkan Anwar Ibrahim saja, kalau pengakuan itu boleh membuatkan dia jadi PM... Heee 

15 April 2012

Jalan Kebun ditawan... Bukti pembangkang bakal tumbang!

Mak aih... Ramainyaaaa...!! Semua muka orang muda! Adam Adli pun naik kecut telur tengok!
Ayoyo? Apa sudah jadi? Ini macam kalo Selangor boleh kalah habis PRU-13 nanti. Itu Jalan Kebun, port pembangkang tabur fitnah sama kerajaan, sama BN sudah kena tawan sama BN. Apa sudah jadi? Mana itu Khaled Ibrahim? Sudah lari itu Bandar Tun Razak ka? Atau sudah lari ke Ipoh Timur?

Itu cerita Jalan Kebun baca sini loh!

Tahniah Rosberg, tahniah Petronas!

Nico Rosberg memecut laju dengan jentera Mercedes, berminyakkan Petronas RON97, berpelincir Petronas Primax.... Haha
Tahniah Nico Rosberg kerana menjuarai Formula 1 buat kali pertama di Grand Prix China petang ini. Tahniah juga buat pasukan Mercedes Petronas. Aku tumpang bangga bila jenama Malaysia ~ Petronas bakal terpampang di muka-muka utama sukan seluruh dunia mulai hari ini.

Malang buat bekas juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher sebab gagal menamatkan perlumbaan akibat masalah dengan enjin keretanya. Kalau tidak sudah pasti beliau mencipta sejarah baru dalam kejohanan F1.

Sebelum ni ramai juga orang persoal pelaburan Petronas dalam perlumbaan F1 ni. Macam juga orang persoal penajaan Malaysia Airlines untuk pasukan bola QPR. Siapa kata pelaburan Petronas taja pasukan F1 tak berbaloi? Hemmm... Elok pergi sekolah balik dan belajar Asas Ekonomi. Heee...

Cuci mata dengan keayuan amoi-amoi yang jadi gadis litar kejap!


11 April 2012

"Parti Ajaran Sesat"... Berapa bilion Pas nak saman lepas ni?

Abu Bakar Chik berpinar dengar ada program macam ni!
Wacana Pas: Parti Ajaran Sesat...! Nah kau... Berapa banyak agaknya Pas akan saman Mat Said lepas ni? RM50 juta? RM100 juta? RM 1 bilion? Khabarnya program serupa akan diperluas ke seluruh negeri. Nah kau!

Ni amaran Abu Bakar Chik kat Mat Said... heee...

Eee... takutnya dengan amaran Pas niii.....

GEMPA ACEH... SYUKUR TIADA TSUNAMI (Update)

Amaran tsunami di wilayah pesisir pantai di Sumatera. Malaysia turut keluarkan amaran tsunami
Gempa bumi kuat 8.5 skala Richter yang berlaku di Aceh petang tadi tidak membawa bencana tsunami.

Amaran tsunami yang pada awalnya dikeluarkan, telah ditarik balik malam ini. Media di Indonesia melaporkan tiada kerosakan teruk berlaku di Aceh apatah lagi korban jiwa (kematian la tu!).

Bagaimanapun, amaran tsunami yang dikeluarkan membuatkan beratus ribu manusia di seluruh dunia terutama yang tinggal di pesisir pantai Lautan Hindi naik cemas. Takut peristiwa Disember 2004 berulang.

Apapun sama-sama kita panjatkan syukur kerana semuanya selamat.... Alhamdulillah!

FLASH:

9.15 PM : LEGA... AMARAN TSUNAMI DITARIK BALIK. 

9 PM : BELUM ADA TANDA-TANDA BERLAKU TSUNAMI. AMARAN MASIH BELUM DITARIK BALIK

8.30 PM : HANYA BERLAKU "TSUNAMI KECIL" (0.8 METER) DI PANTAI ACEH SELEPAS SEJAM BERLAKU GEMPA... PETANDA TSUNAMI TAK JADI? 

8 PM : KEADAAN TSUNAMI DIJANGKA TIDAK BURUK

7.40 : PARAS AIR LAUT DI BARAT DAN UTARA ACEH DIKESAN NAIK SETINGGI 0.8 METER

7.25 PM: GEMPA SUSULAN DENGAN KEKUATAN 8.8 SKALA RICHTER BERLAKU DI ACEH. AMARAN TSUNAMI SEKALI LAGI DIKELUARKAN

7 PM : GELOMBANG SETINGGI 0.17 METER DIKESAN DI LAUTAN HINDI MENUJU ACEH

POS ASAL:

GEMPA BUMI DENGAN KEKUATAN 8.9 SKALA
RICHTER GEGAR BUMI ACEH PUKUL 4.41 PETANG WAKTU MALAYSIA. AMARAN TSUNAMI DIKELUARKAN DI LIMA WILAYAH DI INDONESIA IAITU ACEH, SUMATERA UTARA, SUMATERA BARAT, BENGKULU DAN LAMPUNG.

THAILAND DAN INDIA TURUT KELUARKAN AMARAN TSUNAMI. SELAIN ITU AMARAN JUGA DIKELUARKAN OLEH LEBIH 20 NEGARA YANG BERLAUTKAN LAUTAN HINDI.

GEGARAN DIKHABARKAN TURUT DIRASAI DI BEBERAPA NEGERI DI SEMENANJUNG. MEREKA YANG TINGGAL DI KAWASAN PANTAI DI KEDAH, PERLIS, PULAU PINANG DAN PERAK DINASIHATKAN BERSIAP SEDIA KEMUNGKINAN TSUNAMI.

GEMPA BUMI KALI INI DIKATAKAN MENYAMAI BENCANA SERUPA PADA DISEMBER 2004 YANG MENYEBABKAN RATUSAN RIBU PENDUDUK DI BEBERAPA BUAH NEGARA DI DUNIA TERMASUK MALAYSIA TERKORBAN.

SESIAPA YANG DAPAT MERASAI GEGARAN AKIBAT GEMPA INI BOLEH CERITAKAN PENGALAMAN DI BAHAGIAN KOMEN DI BAWAH. TQ

10 April 2012

PTPTN... Najib cadang, Anwar lulus

Terguling-guling aku gelak bila dapat tahu Anwar nak mansuhkan PTPTN kalau dia jadi PM. Nampak sangat mamat ni nak ambil hati orang muda terutama golongan pelajar sampai terang-terang duk berbohong. Budak-budak bolehlah Anwar kelentong sebab masa PTPTN ditubuhkan depa masih lagi dalam buaian, tak pun masih belum sunat.

Seingat aku ilham penubuhan PTPTN ni dicetuskan oleh Najib Razak pada 1996 ang pada masa itu memegang potfolio Menteri Pendidikan. Najib dalam satu majlis mengumumkan cadangan nak wujudkan satu tabung khas untuk menyediakan dana bantuan pendidikan kepada anak-anak muda yang nak masuk U. Masa tu dia tak sebut Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara lagi... cuma tabung pendidikan saja.

Nak menjayakannya Najib kenalah minta Menteri Kewangan sebab depa yang jaga Perbendaharaan dan Bank Negara dan depa juga yang duk keluarkan duit untuk pembiayaan projek kerajaan termasuk nak buat tabung pendidikan itu. Tak ada sokongan Kementerian Kewangan yang menterinya Anwar Ibrahim, maka penubuhan tabung ini tidak akan berjaya. Baca laporan Utusan Malaysia tahun 1996 ini:
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Persediaan menubuhkan tabung pendidikan negara kini di peringkat akhir dan dijangka dapat diwujudkan sebelum bulan Mei tahun hadapan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika semuanya berjalan lancar, pelajar yang mendapat tawaran untuk mengikuti pelajaran di universiti bagi sesi kemasukan bulan Mei tahun hadapan, boleh mendapatkan kemudahan tabung itu.

``Tabung ini akan dapat direalisasikan mungkin pada Mei tahun hadapan,'' katanya kepada pemberita selepas perbahasan usul pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini.

Menurut Najib, peruntukan awal dana untuk tabung itu berjumlah RM500 juta dan pihaknya sedang melaksanakan tindakan untuk menentukan keperluan tahunan supaya dimasukkan ke dalam belanjawan tahunan.

``Sekarang ini Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan sedang memperincikan keperluan untuk tahun hadapan,'' katanya.

Beliau berkata, para perwakilan juga banyak yang mencadangkan supaya tokoh-tokoh korporat turut memberikan sumbangan terhadap tabung pendidikan itu. - UTUSAN MALAYSIA 12 Oktober 1996

Tapi kenapa dulu Anwar tidak menolak penubuhan PTPTN sedangkan beliau selaku TPM dan Menteri Kewangan boleh berbuat demikian sebab kuasa meluluskan di peringkat Kementerian Kewangan terletak di bawah bidang kuasanya.  Malahan tugas memangku jawatan PM selama 2 bulan ketika Dr. Mahathir bercuti pada 1997 pun boleh digunakan oleh Anwar untuk tolak PTPTN dan umum pembelajaran percuma di peringkat U.

Sedangkan Anwar pernah menggunakan kuasa pemangku PM pada tahun yang sama untuk menerima bantuan IMF bagi mengatasi kegawatan ekonomi 1997 sedangkan ia tidak pernah dibincangkan dengan Dr. Mahathir. Apabila Dr. Mahathir balik bercuti, beliau dengan segera mengumumkan penolakan bantuan IMF dan melaksanakan "dasar ekonomi" tidak ikut buku sehingga berjaya menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus ke dalam kegawatan ekonomi lebih buruk.

Tapi bila dah tiada kuasa dan tengah duk gila kuasa macam sekarang baru sibuk-sibuk nak mansuh PTPTN yang depa sendiri duk sokong. Heee... Nampak sangat depa nak bodek budak-budak mahasiswa setengah masak kat U tu supaya lawan kerajaan.

Heee... 

07 April 2012

Najib pangku jawatan, Rosmah pangku tugas?

"Hai! Nampaknya lepas ni Najib pakai baju kurunglah ya!"

Pantas kawan aku mengusik selepas mengetahui jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan dipangku oleh Perdana Menteri.

Seorang lagi kawan aku bersuara... "Najib pangku jawatan je tapi yang pangku tugas si Rosmah!"

Ops! Aku no komen!

Jawatan menteri itu kosong berikutan peletakan jawatan Shahrizat selepas tugasnya sebagai Senator tamat mulai esok, seperti yang diumumkan beliau baru-baru ini.

Rahsia besar bakal terbongkar... Zuraida menyorok di hutan Bukit Belacan?

Agaknya inilah rupa Zuraida Mak Lampir bila jadi nenek kebayan kat Bukit Belacan... Heee
Alamak! Rupanya Mak Lampir Zuraida ada rahsia besar yang kalau dipecahkan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen. Itulah ugutan Isa Saidi, bekas Ketua Penerangan PKR Ampang manakala Zuraida sendiri adalah ketuanya. Nampaknya anak buah sudah marah sama bos gara-gara bos sudah pecat sama anak buah.

Heee.... Nampaknya lepas ni PKR tinggal empat** beranaklah lepas satu persatu ahli-ahli dan pemimpin yang tuntut kebenaran dipecat. Kalau aku nak kira memang dah tak terihitung banyaknya pemimpin PKR yang dipecat sebab tuntut kebenaran. Inilah PKR ... parti anak beranak termahsyur dengan isu pecat memecat. Silap sikit pecat.... silap sikit pecat... hee

Balik cerita Mak Lampir... Isa Saidi sudah gertak nak dedah rahsia besar Ahli Parlimen Ampang itu. Bagus... bagus... Dedahlah Isa. Elok dedah masa nak penamaan calon nanti. Biar naik biru kelubi muka Zuraida. Hahaha... Jangan fikir diri hebat hanya sebab menjadi penjilat bontot Anwar sebab nasib Anwar sendiri pun di hujung tanduk. Kalau tak ada Pas dah lama PKR dengan Anwar Anwar sekali bungkus....

Emmm... nampaknya lepas ni Zuraida kenalah menyorok kat hutan Bukit Belacan sebab nak tutup mukanya yang sudah biru kelubi gara-gara rahsia terbongkar.

Adik-adik atau sesiapa yang nampak kelibat nenek kebayan kat hutan Bukit Belacan tu lepas ni janganlah risau ya. Itulah Mak Lampir Zuraida... Wakakakaka....

Ops!

** Nota: Empat beranak dalam PKR - Anwar (bapak), Wan Azizah (bini), Azmin (madu), Nurul Izzah (anak)...!

06 April 2012

Isa Saidi lawan Azmin... UMNO jugak yang salah!

Heee... Bila Isa Saidi  mintak Azmin beri penjelasan pasal isu saham, isu kongsi bini dengan Anwar, pasal anaknya ramai puak-puak dan juak-juak sana duk salahkan UMNO sampaikan Ketua Penerangan PKR Ampang tu berani "lawan taukeh". Depa duk tanya berapa Isa Saidi dapat dari UMNO? Ada RM30 juta? Cukup ke? Tak cukup nak tambah lagi....

Modal lain tak ada. Depa duk bergaduh bergasak, UMNO jugak yang salah. Silap-silap bini-bini depa termengandung pun nak salahkan UMNO. Ops... khabarnya Isa dah kena pecat! Zuraidah Mak Lampir dah pecat Isa sebab sudah Azmin beri penjelasan.

Bodoh pian betul puak-puak PKR ni. Apa nak pecat pulak? Isa tanya betul ke Azmin ada saham, ada anak dari bapa lain, bininya ada main sama Anwar. Kalau tak betul cakap jelah. Kenapa nak konar sana konar sini. Cakap je semua tu fitnah, konspirasi jahat Najib/Rosmah nak jahanamkan karier politik Azmin. Habis cerita. Kenapa sampai nak kena pecat kawan tu?

Betul kata Zul Nordin, PKR ni memang parti bodoh pian! Cisss.....

04 April 2012

Mereka cadang... mereka setuju... mereka juga bantah!

Berok-berok sarkas beraksi di Dewan Rakyat... Lapar pisang gamaknya!
Mereka juga cadang kaji proses pilihan raya kat Malaysia, dan mereka juga ada wakil dalam jawantuasa pengkaji, mereka yang kemukakan pelbagai cadangan dan mereka juga bersetuju dengan cadangan-cadangan itu. Tapi bila sampai ke Parlimen untuk diluluskan mereka pakat bantah dan buat kecoh. Yang pelik wakil-wakil mereka dalam jawatankuasa tu pun join sama... Deiii... Ini apa punya Ahli Parlimen daaa...

Ini semua saja nak carik pasal dan nak buat kecoh supaya ada modal untuk buat kempen pilihan raya. Sebelum ini Najib ikut cakap mereka. Nak demo kasi demo, nak suruh kaji kerajaan kaji tapi bila dah setuju dengan syor-syor bagi menambahbaikan proses pilihan raya, mereka pakat tentang. Ini semua tektik kotor supaya kerajaan dan SPR akan terus dipersalah jika mereka kalah pada PRU-13 nanti.

Inilah strategi yang dipelajari dari puak-puak Barat sana kalau nak tumbangkan kerajaan dengan cara kasar iaitu menghasut rakyat dengan memomokkan perkara-perkara yang sedemikian. Bila rakyat dah termakan hati, mereka akan turun berdemo di jalan-jalan raya. Buat huru-hara sana-sini dengan harapan kerajaan BN dapat ditumbangkan.

Deii... Sorrylah! Ini semua taktik kotor yang rakyat sudah benci, muak dan muallah. Kalau betul-betul nak bela nasib rakyat, berpolitik atas nama rakyat, berjuang untuk rakyat kenapa perlu ada bantahan laporan PSC yang sendiri syor, sendiri setuju tapi sendiri juga bantah?

Ini macam aaa... sampai bila pun Malaysia tak aman! Elok pergi mampos jeh puak-puak ni.... !!

Meh kita tengok syor PSC mana yang depa tak puas hati?

SYOR-SYOR PSC YANG DIPERSETUJUI BERSAMA TERMASUK OLEH WAKIL PEMBANGKANG:
  1. Memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di Perwakilan Malaysia atau secara pos.
  2. Pengundi luar kawasan.
  3. Tarikh pembubaran Parlimen.
  4. Kerajaan sementara (caretaker government).
  5. Penguatkuasan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran.
  6. Akses media yang bebas dan saksama;
  7. Pembersihan daftar pemilih yang berterusan.
  8. Penelitian daftar pemilih bagi alamat-alamat yang mempunyai ramai pemilih berdaftar.
  9. Bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.
  10. Penggunaan alamat selain alamat mastautin pada kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya.
  11. Memperkasakan kedudukan SPR.
  12. Penstrukturan dan pengukuhan SPR.
  13. Memperluaskan Akademi Pilihan Raya.
  14. Pengasingan fungsi utama SPR.
  15. Pengagihan kerusi Dewan Rakyat bagi negeri Sabah dan Sarawak.
  16. Persempadanan bahagian pilihan raya yang seimbang.
  17. Peruntukan dana kepada parti politik
  18. Sistem pilihan raya baru.
SYOR_SYOR TIDAK PERSETUJUI OLEH SEBAHAGIAN JAWATANKUASA:
  1. Memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media.
  2. Membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun.
  3. Memanjangkan tempoh berkempen.
  4. Kajian ke arah pendaftaran secara automatik.

02 April 2012

Taman perindustrian China di Gebeng... Yang ini depa tak bantah!

Selamatkan Kuantan! Ops... Kalau kilang China tak apa... !
Nampaknya Najib ni tak serik-serik. Selepas orang Kuantan (yang bodoh saja, yang cerdik tak) menolak pembinaan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng sampai jadi isu antarabangsa, Najib sekali lagi nak bawak projek di Gebeng. Hai... tak serik-serik.

Kali ini Najib nak buat taman perindustrian dengan kerjasama kerajaan China di Gebeng. Gebeng lagi... !! Taman ini bakal menempatkan pelbagai kilang industri dari China ke sini. Aku tak tahu sama ada Puziah akan jadi gila babi sekali lagi selepas isu Lynas. Sebabnya kalau orang China bawak projek nadir bumi ke taman industri itu, mereka akan protes macam mana mereka protes Lynas?

Hee... Kawan aku senyum bila aku tanya macam tu. Ah... takkan mungkin ia menjadi isu baik kepada Puziah, PKR apatah lagi DAP. Sebabnya Najib bawa taukeh-taukeh China masuk Gebeng... sekali lagi taukeh China dan bukannya mat Saleh Australia atau taukeh Bangla dari Dakka. Jadi, sudah pasti projek ini disambut dengan girang oleh Lim Kick Siang, Lim Guam Eng atau Puziah sendiri.

Macam juga di Selangor sekarang ini berapa ribu pelancong China dibawa dengan pas lawatan sementara yang kemudiannya menjadi pelacur di Jalan Gelang, Jalan Bukit Bintang atau di Wisma Indah selain di pub-pub, rumah-rumah urut di setiap pelosok sampai ke taman-taman perumahan di negeri itu? Ada sesiapa protes? Pas protes buat demonstrasi? Tak ada... Sebabnya yang menjadi pelacurnya adalah orang China, dari tanah besar China dan yang jadi taukeh pun orang Cina. Melayu jadi pelanggan!

Inilah bezanya pemikiran puak-puak pembangkang ni. Kerajaan bawak projek untuk memberikan kekayaan kepada negeri dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat mereka protes habis-habisan tapi bila negeri diperintah mereka tak boleh kawal kegiatan pelacuran sampai ke ladang-ladang kelapa sawit, tak ada pula mereka protes. Semuanya baik-baik saja sampai orang nak murtadkan umat Islam pun depa kata itu tak apa!

Apapun aku harap Najib selepas ini teropong-teroponglah kawasan lain jugak. Jangan duk asyik Gebeng saja. Nanti orang Kuantan marah. Puziah marah. Orang Kuantan dah tak nak pembangunan, projek-projek pelaburan asing ni. Depa dah syok tengok Badrul Amin beri kaunseling kepada isteri-isteri orang jam 3 pagi kat hotel.

Tak gitu orang Kuantan?

Nota: Gebeng ya bukan gangbang!

01 April 2012

Jue Aziz berbogel lagi? (Update!)

Ops! April Fool!

Ramai betul yang cari info dan foto pasal Jue Aziz. Dari blog aku saja lebih 3,000 carian perkataan "Jue Aziz", "Jue Aziz seksi" dan "Jue Aziz bogel". Hemm... Nilah orang kita. Tak ada benda lain yang nak dicari... kalau tak pasal artis berbogel depa duk cari artis seksi...

Oleh sebab nama Jue Aziz paling hot dan top yang dicari dari blog aku, maka di sini aku terbitkan edisi khas gambar-gambar Jue Aziz. Aku tak tahu tahap mana keseksiannya tapi inilah yang aku kumpulkan dari carian foto di Google!

Aku tahu gambar-gambar ni dah pernah dimuatkan dalam blog atau website lain tapi yang ini khas kepada pembaca setia blog aku... Wakaka!

Aksi di ranjang mengundang gelora lelaki yang memandang!
Renungan mata yang menggoncang iman...
Aksi berahi?
Hmmm....




Hmmm...


Ops! Ini bukan Jue Aziz tapi Rebecca Nur Islam!
.... Nur Islam?

Kalau ada foto lain nanti aku kemas kini lagi. Siapa nak menyumbang gambar-gambar Jue Aziz boleh email aku mesintaipburuk@gmail.com






Nota: Gambar-gambar ini aku ambik dari pelbagai sumber tetapi ada diantaranya telah aku berikan sentuhan HDR...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...