28 May 2012

LGE kena sunat dan masuk Islam kalau nak jadi PM

Lim Guan Eng kena potong dia punya burung dan masuk Islam kalau dia nak jadi Perdana Menteri. Hemm... Itu bukan aku kata, tapi Nik Aziz yang kata. Ikut Mursyidul Am Pas itu, dia tak kisah kalau PM seorang bukan Melayu asalkan beragam Islam.

Jadi kalau Karpal Singh nak sangat Guan Eng jadi PM, Ketua Menteri Pulau Pinang itu kenalah masuk Islam dahulu yang antara syaratnya kena bersunat. Mmmm... Tak taulah kalau Guan Eng sudah potong sebab nak bersiap sedia untuk diangkat jadi PM. Maklum nak harap Anwar memang tak boleh harap dan tak guna satu sen pun.

Perkasa jangan duk sibuk-sibuk cabar Nik Aziz suruh letak jawatan dan bagi jawatan MB Kelantan tu kat mualaf sebab Nik Aziz tak sebut pun pasal jawatan MB. Dia sebut pasal jawatan PM. PM dengan MB lain lainlah Pak Yim ooihhh...! Hee...

Lagi pun Nik Aziz dah cop bahawa hanya dia yang layak jadi MB Kelantan. Tak ada orang lain dah melainkan kalau dia sudah meninggal dunia. Lepas tu bolehlah siapa-siapa nak ambik jawatannya tu. Lagi pun Nik Aziz baru 20 tahun jadi MB, belum 50 tahun lagi. Kasi chance laa Nik Aziz mati dengan jawatan MB agar sejarah negara bakal tercatat bahawa Nik Aziz jadi MB paling lama di Malaysia dan sehingga akhir hayat dia jadi MB. Lu apa hal Tok Yim....!!

Balik pasal Guan Eng nak ditabal jadi PM ni oleh Karpal Singh ni, apa pulak perasaan Anwar ya? Maklum selama ini dia dah pukul canang satu dunia bahawa dialah akan jadi PM Malaysia yang ketujuh, bukannya Guan Eng. Heee... Macam aku cakap sebelum ini, memanglah kalau pembangkang menang PRU-13, Anwar akan ditabal jadi PM dan Guan Eng jadi TPM.

Tapi selepas tu, Karpal Singh akan bukan fail-fail kes liwatnya semula dan pukul canang bahawa Anwar tak layak jadi PM. Anwar dijatuhkan dengan cara yang sangat tidak terhormat dan kemudian mereka angkat Guan Eng jadi PM.

Masa tu orang Pas hanya meraung sebab tengok Hadi Awang duk gigit jari. Jangan tanya aku apa nasib Melayu pada masa itu, sebab memang aku ngeri nak fikirkan....

23 May 2012

Debat PTPTN... Apa hasilnya?

Debat KJ dan Rafizi... Apa hasilnya?
Korang tengok tak siaran langsung debat isu PTPTN antara KJ dan Rafizi Ramli malam tadi? Kalau tengok aku nak tanyalah, apa kesudahan atau hasil debat tersebut? Apakah kerajaan akhirnya umumkan pemansuhan PTPTN? Apakah jumlah keahlian PKR, Pas dan DAP meningkat berkali ganda hari ini?

Bagi aku debat malam tadi tidak lebih sekadar tempat untuk beradu kebijaksanaan matematik antara kedua-dua ahli panel yang masing-masing mengutarakan figur-figur bilion dan jutaan ringgit dan dolar yang aku percaya tiada siapa pun sempat untuk membuat pengiraan sama ada apa yang disebut oleh Rafizi mahupun KJ itu benar atau sebaliknya.

Selain beradu kebijaksanaan matematik, debat itu juga hanya membuang masa kerana seperti dijangka, masing-masing menegakkan benang yang basah, dengan fakta dan auta masing-masing yang aku yakin rakyat yang tidak faham akan mengangguk-angguk manakala yang faham akan menggeleng-geleng.

Betul... Rafizi memang betah berbahas dan berdebat. Begitu juga dengan KJ, juga bijak menyusun kata. Tetapi rakyat mahu tahu, apakah kesudahan daripada perdebatan sedemikian?

Bagi aku, jika mahu berdebat soal isu PTPTN penganjur sepatutnya membawa pihak yang boleh membuat keputusan dan bukannya mereka yang hanya sekadar bercakap, menunjukkan kehebatan mereka berdebat, bermain matematik dan sindir-menyindir tetapi hasilnya kosong!

Bagi aku isu PTPTN ini mudah sahaja.

1) Pelajar ada hak untuk menolak pemberian bantuan PTPTN dan boleh memilih untuk membiayai sendiri pengajian mereka di universiti.

2) Kalau terima, pelajar perlu membaca syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat perjanjian PTPTN sebelum menandatanganinya. Di situ jelas diberitahu bahawa seorang pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dikecualikan daripada membayar PTPTN. Maknanya, kalau tak mahu bayar PTPTN, belajar bersungguh-sungguh supaya dapat keputusan cemerlang di universiti. Habis cerita...

3) Kalau tak dapat keputusan cemerlang, hah... jumpa PTPTN. Rayu supaya bayaran ditangguh sampai dapat kerja atau minta buat pemotongan paling minimum. Aih... Kalau dah lulusan universiti mustahillah kalau kerja tak dapat gaji RM2,000 ke atas. Lainlah jenis manusia yang berpiolitik siang malam, kerja malas! Yang ni tak dapek nak tolong! Pergi jahanam jeh!

Kalau soal dasar pendidikan percuma di peringkat universiti seperti yang diwar-warkan pembangkang, aku memang bersetuju dengan sindiran KJ. Kalau tadika pun tak boleh nak beri pendidikan percuma (seperti dalam manifesto PRU-12 di Selangor), tak usah bercakaplah pasal nak beri pendidikan percuma di universiti.

Sekarang ini nak masuk jamban pun kena bayar, inikan pula nak masuk universiti. Piiiraaaahhh....!!

22 May 2012

Bila Shamsidar dan Anwar bertemu...

Shamsidar nampak happy sangat masa Anwar buat sidang media depan mahkamah sesyen KL hari ini. Tak tahulah kenapa.

Banyak saksi mata nampak Shamsidar asyik menjeling ke arah Anwar dan tak lekang dengan senyuman. Apa yang ada dalam kepala Shamsidar masa terpandang Anwar atau dengar dia bercakap aku pun tak tahu.

Apakah seperti dalam dialog di atas? Ops!

Tahniah Nazmi... Tapi jangan lupa diri!

Nazmi Faiz Mansor (tiga kiri) bersama beberapa pemain lain yang terpilih menjalani sesi pemilihan bersama kelan Biera Mar di Portugal.
Aku nak ucap tahniah kepada Nazmi Faiz sebab ditawarkan kontrak selama tiga tahun bermain dengan kelab Divisyen Satu Portugal, Biera Mar. Ini bermakna Nazmi berpeluang untuk bermain menentang bintang-bintang dari kelab ternama Portugal termasuk Porto, Benfica dan Sporting Lisbon.

Baca laporan Nazmi Faiz di sini...!

Nazmi Faiz selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Biera Mar.
Kira Nazmi ni jadi orang Malaysia pertama yang bermain di Eropah dan pemain Asia Tenggara pertama yang menyertai kelab Portugal. Wow... Hebat... hebat. Usia Nazmi masih muda sekitar 18 tahun. SPM pun tak sempat ambil sebab masa SPM tahun lepas, dia sibuk beraksi di padang wakili Harimau Muda untuk Sukan SEA dan Kelayakan Olimpik.

Hemm... Murah rezeki anak muda ni. Berapa bayaran untuk Nazmi oleh kelab ini ya? Tentulah berpuluh-puluh ribu ringgit. Maklum gajinya pun dalam Euro. Kalau 10,000 Euro pun dah berapa puluh ribu ringgit? Hemmm... Kaya... kaya!

Aku harap Nazmi dapat memanfaatkan peluang bermain di Eropah untuk meninggikan mutu permainannya yang sekali gus memberi kebaikan buat skuad kebangsaan juga. Nazmi masih muda. Siapa tahu jika dia beraksi dengan baik bersama kelab itu, ada kelab-kelab lebih ternama di Eropah nak beli dia pulak? Siapa tahu suatu hari Nazmi bermain untuk Liverpool, Man-U atau Real Madrid?

Hemm...

Pesan aku, harap Nazmi tak lupa diri dengan kejayaan yang dikecapi sekarang. Godaan dan cabaran berada di negara orang cukup tinggi. Tak kuat boleh hanyut. Jangan sampai timbul masalah-masalah peribadi selepas ini. Maklum, Nazmi masih terlalu muda. Harap dia tidak hanyut dengan kemewahan dan gemerlapan sebagai bintang bola sepak.

Maklum dah jadi bintang bola sepak ni, ramailah anak-anak dara serta mak-mak dara  dan tak dara yang nak menghimpit. Hemmm.....

Nazmi Faiz bersama buah hatinya... Emmm...

19 May 2012

Irshad Manji... Mana Menteri Amaran?

Irshad Manji lancar bukunya tanpa sebarang halangan.
Jamil Khir dengan lantang berkata Jakim dan KDN akan menghalang sebagai program Irshad Manji, perempuan Islam yang mengamal dan menyokong hubungan sejenis ~ LGBT. Tapi petang tadi elok saja penulis Kanada tu boleh lancarkan bukunya "Allah, Kebebasan dan Cinta" kat Dewan Perhimpunan Cina, KL.

Apa dah jadi ni? Bila aku baca kenyataan keras Jamil Khir itu di media, ia dibuat malam tadi dalam satu majlis di Kedah tapi petang ni Irshad dengan senang hati boleh menjalankan program tersebut tanpa sebarang masalah. Apa dah jadi?

Betul kata penganjur program yang juga penerbit buku itu di Malaysia, Ezra Zaid (anak Zaid Ibrahim) dari ZI Publishing. Ezra kata sepatutnya larangan datangnya dari  KDN bukannya Jakim. Apa hal Jamil Khir pulak yang lantang bersuara? Mana Hishammuddin yang duk jaga KDN? Bukan takat tindakan, amaran pun tak kedengaran.

Buku Irshad Manji ni kalau baca seimbas tak nampak salahkan. Tapi siapa baca lebih dalam tahulah makna kebebasan dan cintanya itu. Dia dengan senang lenang nak kaitkan anugerah Allah yang berikan perasaan cinta dengan kebebasan manusia untuk bercinta. Maknanya, kalau depa nak bercinta sesama jenis, itulah kebebasan yang Allah berikan.

Siapa yang nak baca pemikiran Irshad Manji ni boleh gi ke websitenya di sini ... ada versi BM lagi. Apa motifnya website minah ini dalam versi BM? Bukan Cina atau India atau Indonesia??? Entah aku pun tak tahu. Tanyalah mereka yang menterjemahkannya. Mungkin sebab orang Melayu senang dipengaruhi, jadi buatlah buku sial tu dalam BM, buat website dalam BM... Apa ada hal?

18 May 2012

Statement Tunku Aziz buat Anwar sawan babi!

Huh.... Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz yang baru keluar dari parti neraka itu mengaku kalau apa yang dilakukan DS Najib sekarang ini adalah tindakan yang betul dan harus disokong oleh rakyat. Kenyataan beliau itu sudah pasti membuatkan Anwar sawan babi sebab penat depa duk round satu negara hentam Najib, alih-alih pemimpin yang pernah sebantal dengannya duk puji Najib pulak.

Adesss... Apa lagilah Anwar dan puak-puak depan nak spin pasal Tunku Aziz ni. Tony Phua! Fikir ... fikir... !!

Dan... dan... Sudah pasti kenyataan Tunku Aziz ini akan dijadikan modal oleh puak-puak depa nak hentam Tunku Aziz dan mereka pun dengan bodoh akan mengesahkan bahawa UMNO yang sokong Tunku Aziz di belakang sehingga beliau keluar DAP. Hari ini, duk puji Najib pulak. Sah-sahlah Tunku Aziz dah dibeli UMNO...

Baca kenyataan Tunku Aziz yang dipetik dari Bernama.com di sini:

(Kemungkinan) Soalan puak-puak depa kat Tunku Aziz selepas baca statement ini:

  1. Berapa UMNO bayar Tunku? RM100,000? Itu pasal RM50,000 yang LGE offer ditolak!
  2. Tunku dah isi borang keahlian UMNO ke? 
  3. Kata tak mahu jadi katak, rupanya masuk grup katak jugak!
  4. Dah join Perkasa ke?
  5. Tunku memang   ^%&*^@R&^
  6. ....

17 May 2012

Lagi bukti kerajaan BN memang haram jadah!

Berita duka untuk guru! Haram jadah kerajaan BN!
Lagi bukti terbaru mendedahkan kekejaman kerajaan BN di bawah pimpinan Najib. Memang haram jadahlah kerajaan ni. Tak ada kerja lain selain menganiaya rakyat. Oih Najib...!! Rakyat mahukan kebebasan, rakyat mahukan pilihan raya bersih, rakyat benci ketidakadilan, rakyat nak PM yang bersih, suci dan tawada' macam Anwar. Bukan penipu macam Najib dan Muhyiddin.

Kalau macam inilah kerajaan perlakukan kepada guru-guru semua, memang BN boleh tumbang PRU-13 nanti. Ayuhlah pada guru. Bangkitlah, bukalah mata korang semua. Tengoklah kekejaman kerajaan terhadap korang semua. Bangkitlah... marilah pakat pangkah Pakatan Rakyat. Gerenti semua FREE... !!

Damn Muhyiddin! Aku tahu ramai cikgu benci baca laporan Utusan Merapu ni..!!

KUALA KANGSAR 16 Mei - Seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma di seluruh negara yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan menikmati kenaikan pangkat mulai 1 Jun hingga 31 Disember ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkara itu berkata, kenaikan pangkat tersebut melibatkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.
‘‘Guru-guru boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran mulai hari ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini. - Utusan Online 17 Mei 2012

Weih Muhyiddin... Cikgu-cikgu tak sokong kerajaanlah. Depa sokong pakatan pembangkang. Tak payahlah nak naikkan pangkat diorang. Lebih baik hang naikkan Anwar jadi PM cepat-cepat. Lagi cepat Anwar jadi PM, lagi baguslah!

Haram jadah kerajaan! Ptuiihhh....

15 May 2012

Lagi Melayu roket ikut jejak Tunku Aziz?

ASPAN ALIAS DAN ARIFF SABRI
Siapa bakal ikut jejak langkah Tunku Aziz untuk meninggalkan DAP? Benarkah Aspan Alias dan Ariff Sabri "Sakmongkol" akan mengikut jejak langkah aktivis antarabangsa itu?

Aku dapat tahu, tindakan Tunku Aziz keluar dari DAP telah membuka mata orang Melayu roket dalam parti itu yang selama ini dibuai mimpi indah yang diwayangkan oleh para pemimpin parti cauvanis itu termasuk kononnya DAP-lah parti yang mengamalkan demokrasi sebenar dan tidak bersikap rasis.

Khabarnya Hatta Wahari, bekas wartawan Utusan dan Presiden NUJ pun sudah mula resah gelisah berada dalam DAP. Erkk... Sdr Hatta... nak apply Utusan balik? Nak jilat ludah sendiri ke?

Antara point yang diutarakan Tunku Aziz ketika ditemu bual oleh Norzie dan Mohan di ntv7 malam tadi ialah...

1) Kerajaan BN dah ada pengalaman mentadbir kerajaan Malaysia lebih 50 tahun manakala pembangkang tiada sama sekali

2) Jika kerajaan BN tidak bersikap adil dan lemah, tidak mungkin negara dapat mencapai tahap pembangunan seperti ini.

3) Buat apa nak anjur Bersih banyak kali, sedangkan sekarang pun kerajaan BN sudah dengar suara mereka, sudah ambil tindakan


Hemmm... Tunku Aziz kata dia sangat naif dalam politik negara sampai termakan pujuk rayu DAP untuk menyertai mereka. Bila dia berada dalam DAP barulah dia sedar siapa sebenarnya DAP.  Tunku Aziz yang naif politik akhirnya boleh sedar, aku percaya Aspan dan Sakmongkol yang pernah menjadi pemimpin UMNO boleh bezakan yang mana intan, yang mana kaca.
KAMI sangat yakin Aspan Alias juga akan kembali kepada UMNO semula. Jika Naib Pengerusi DAP yang tidak ada kuasa itu sudah sedar, apakah kamu fikir Aspan Alias tidak akan sedar. Dia akan sedar tuan-tuan bukan kerana dia dibayar, kerana dia rasa bersalah kepada agama dan bangsanya. Kini dia tersentak apabila Tunku Abd Aziz keluar DAP, meninggalkan kawan baiknya Lim Kit Siang.  - MyMassa

Cuma kerusi PRU-13 yang ditawarkan DAP membuatkan mereka masih lagi lena diulik Lim Kit Siang dan Karpal Singh anak beranak.

14 May 2012

Tunku Aziz letak jawatan dan keluar DAP

TUNKU ABDUL AZIZ
Tunku Aziz malam ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Pengerusi DAP dan seterusnya keluar dari parti cauvanis itu.

Tindakan beliau itu ada kaitan dengan pertembungan pendapat mengenai perhimpunan Bersih 3.0 yang beliau menolaknya kerana percaya setiap perhimpunan jalanan tidak pernah berlangsung dengan aman. Sebaliknya, parti dukungan beliau, DAP memberi sokongan padu terhadap penganjuran Bersih 3.0 yang berakhir dengan kekacauan dan huru-hara.

Hemmm... Aku cuma nak ucap tahniah kepada Tunku Aziz kerana membuat keputusan tepat keluar dari "House Negro". Aku harap kes beliau menyedarkan Melayu roket lain bahawa Melayu dalam DAP hanyalah sebagai umpan pancing DAP untuk mendapat undi Melayu. Tidak lebih dari itu...

Emmm... Berapa juta UMNO bayar Tunku Aziz untuk keluar parti?


Jual burger depan rumah Ambiga OK!

Burger Ambiga! Terbaik.... Ops! Cuma gambar hiasan!
Polis kata sesiapa yang nak jual burger depan rumah Ambiga tidak akan ditangkap atau didakwa sebab itu dibenarkan oleh pihak polis. Mereka berniaga di kawasan awam depan rumah Ambiga, bukannya dalam kawasan rumah minah ni. Jadi apa masalah Ambiga nak marah-marah.

Lagi pun apa sangat beberapa kerat peniaga yang berniaga di kawasan perumahan Ambiga berbanding ribuan penyokongnya duk menghuru-harakan ibu negara ketika Bersih 3.0 baru-baru ini yang menyebabkan para peniaga, termasuk yang berniaga burger rugi besar.

Hemm... Nampaknya lepas ni adalah yang namakan burger mereka "Burger Ambiga". Wuhuuu... Tapi aku nak pesan kat para penjual burger, kalau nak buat burger Ambiga pastikan tiada  yang cuba-cuba cipta "Burger Ambiga Special" sebab itu tidak mungkin berlaku. Kalau nak kasik special kenalah tarok telur tapi Ambiga mana ada telur wakakakaa....!!

Tahniah kawan-kawan. Teruskanlah perniagaan anda. Polis pun tak marah, DBKL pun tak akan kacau sebab selama ini pun polis dan DBKL buat baik kat peserta Bersih dituduh dengan pelbagai tuduhan termasuk nak salahkan polis. Hah... Lepas ni eloklah Ambiga salahkan polis dan DBKL sebab tak ambil tindakan ke atas peniaga burger di depan rumahnya.

Macam mana Ambiga? Nak lapor kat Kongres Amerika mengenai isu ini? Atau nak bawa ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu? Majlis Peguam Negara.. Apa lagi. Buatlah EGM dan kecamlah peniaga burger berkenaan dalam resolusi nanti.

Wakakaka... Ops! Lapar...

BURGER AMBIGA SATU!! TAK MAU TELOR!!

12 May 2012

Kereta dan surat khabar Nik Aziz...

Sekeping gambar menceritakan segala-galanya.

Itulah yang sering dikatakan. Gambar yang aku temui ini menceritakan segala-galanya. Pertama sekali, ia menafikan pandangan ramai penyokong Pas bahawa Nik Aziz sangat merendah diri, tidak sukakan kebendaan dan lebih senang hidup sederhana .

Selama ini penyokong Pas melihat Nik Aziz sangat sederhana orangnya termasuk hanya menggunakan kereta  Proton berbanding pak-pak menteri BN yang hidup mewah dengan kereta-kereta Mercedes Benz. Tapi gambar ini menceritakan sebaliknya...

Tak taulah pula aku kalau kereta Proton Nik Aziz sudah diubah suai begitu rupa sehingga kelihatan semewah Mercedes. Heee....

Begitu juga surat khabar yang menjadi temannya di dalam kereta. Bukankah itu akhbar yang dilaknati dan dibenci oleh penyokong Nik Aziz sendiri? Surat khabar milik UMNO yang penuh dengan fitnah dan perkauman?

Hemm...

11 May 2012

Wajah-wajah 11 pramugari Sukhoi sebelum terhempas (Update!)

KEMAS KINI:
Tambahan gambar pramugari dan lokasi kejadian, gerakan mencari dan menyelamat serta wajah-wajah sedih sanak saudara mangsa.


POS ASAL:

Inilah wajah-wajah riang 11 pramugari rakyat Indonesia yang terpilih dalam penerbangan sulong pesawat Sukhoi Superjet 100 sebelum pesawat milik Rusia itu terhempas di kaki Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat dua hari lepas.

Mereka bergambar riang berlatarbelakangkan pesawat Sukhoi tersebut beberapa jam sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Halim Kesuma, Jakarta kerana merasakan merekalah yang paling bertuah kerana terpilih sebagai pembantu dalam penerbangan tersebut tanpa menyedari bahawa itulah juga penerbangan terakhir mereka.

Kesemua 11 pramugari tersebut dilaporkan terkorban dalam nahas tersebut. Mereka ialah Ade Arisanty, Rossy Witham, Nur Limawati, Susana Pamella Rompas, Dewi Mutiara Intan Permata, Maria Marcella Dayu Larita, Heni Steffany, Aditya Recodianty, Rahmani Susanti, Anggraini Fitria Swesty S, dan Maysaroh.

Bagi yang beragama Islam, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan kepada yang bukan Islam, semoga bersemadi dengan aman.

Dua pramugari Sukhoi bergambar bersama juruterbang Alexander Yablontsev (kiri) dan pembantu juruterbang,  Alexander Kochetkov sebelum penerbangan sulung pesawat itu, di Jakarta 9 Mei.
Dua lagi pramugari bergambar bersama juruterbang dan pembantu juruterbang sebelum penerbangan sulung Sukhoi Superjet 100 yang berakhir dengan tragedi selepas terhempas di Gunung Salak, Bogor.

Seramai 11 daripada 14 pramugari yang terpilih dalam penerbangan sulung Sukhoi ini dilaporkan turut terkorban dalam nahas di Gunung Salak, Bogor.

Mereka juga terkorban?

Wajah-wajah terakhir para pramugari Sukhoi sebelum mereka dilaporkan terbunuh dalam nahas di kaki Gunung Salak, Bogor

GAMBAR-GAMBAR LAIN:

Lokasi nahas di Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat.

Pasukan tentera Indonesia menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa nahas.

Pasukan penyelamat membawa keluar mayat mangsa nahas dari Gunung Salak.

Pasukan penyelamat membawa mangsa nahas.
Sanak saudara mangsa tidak dapat menahan kesedihan menerima berita nahas pesawat Sukhoi Superjet 100 ketika membuat penerbangan sulung di Indonesia.

Lagi keluarga mangsa nahas....

Maaflah Pas! Shariff Omar masih setia bersama UMNO

Maaf Pas! Shariff Omar masih setia bersama UMNO...
Kecoh sekejap apabila ada suara-suara sebelah sana mengaku bahawa bekas Timbalan Menteri zaman Tun Dr. Mahathir dulu, DS Shariff Omar akan menyertai pembangkang dan bakal bertanding atas tiket Pas di Parlimen Tasek Gelugor.

Khabarnya Shariff yang pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Timbalan Menteri Pertanian kecewa apabila kerusi yang sepatutnya dipertahankan pada 2008 terpaksa diserah kepada Nor Mohamad Yaacop. Itu ditulis oleh bloggers sebelah sana.

Tapi semalam seorang sahabat memaklumkan bahawa beliau baru sahaja bertemu dengan Shariff dan pada pertemuan tak sengaja itu, sahabat aku ada bertanya tentang desas-desus ini dan beliau mengaku beberapa pemimpin tertinggi Pas dan PKR ada "menghimpit" beliau memujuk menyertai mereka.

Sahabat aku yang memang kenal rapat dengan Shariff itu memberitahu, Shariff mengaku masih setia bersama UMNO dan katanya darah yang mengalir seluruh tubuhnya itu masih lagi darah UMNO berwarna merah dan tidak akan bertukar hijau atau biru.

Cuma beliau berharap Najib memberi peluang kepada beliau bertanding semula di Tasek Gelugor sebagai memenuhi tuntutan janji Pak Lah Badawi dahulu yang meminjam kerusi Parlimen berkenaan kepada Nor Mohamad Yaacop untuk satu penggal sahaja.

Dan aku diberitahu oleh seorang rakan nun di Pulau Pinang yang bahagian Tasik Gelugor tidak menyenaraikan nama Shariff sebagai bakal calon BN di Parlimen berkenaan tetapi para pengundi di kawasan tersebut memang berharap Shariff untuk kembali menjadi wakil rakyat mereka.

Khabarnya juga jika Shariff tidak diletakkan sebagai calon, ada kemungkinan BN bakal kehilangan kerusi di Tasek Gelugor. Uik... Betul ke? Kalau betul BN Pulau Pinang khususnya UMNO negeri kenalah buat sesuatu.

Walaupun begitu, aku percaya dalam hal ini Shariff tidak akan berpaling tadah menyertai pembangkang sekali gus mengecewakan Pas yang beriya-iya mahu meletakan Shariff sebagai calon atas tiket Bulan!

Huk  huk huk... Kesian Pas!

Wow! Siapa ahli perniagaan Malaysia hadiah Ferrari kepada Kim Kardashian?


Kim Kardashian bersama Ferrari putih kesayangannya yang khabarnya dihadiahkan oleh seorang jutawan dari Malaysia. Wow...!!!
Wow...!! Ahli perniagaan Malaysia menjadi punca perceraian selebriti realiti TV tersohor dunia, Kim Kardashian dengan suaminya yang juga bintang bola keranjang AS, Kris Humphries? Itu laporan yang menggemparkan dunia apabila Kardashian dilaporkan menerima hadiah berupa sebuah Ferrari dari seorang ahli perniagaan Malaysia.

Persoalannya, siapa ahli perniagaan tersebut? Wow... Dahsyat.

Sebelum ini dah heboh satu dunia apabila seorang ahli perniagaan Malaysia menghabiskan masa bercuti atas kapal bersama bintang tersohor Paris Hilton. Baca laporannya kat sini!  Kali ini seorang lagi orang kaya dari Malaysia dikaitkan dengan artis Hollywood!

Tak mustahil juga kalau jutawan Malaysia yang sama bercuti dengan Paris Hilton ini juga yang hadiahkan Ferrari itu kepada Kardashian. Heemmm....

Hebat sungguh orang Malaysia sekarang. Takat Neelofa, Fasha Sandha, Maya Karin depa tak mainlah. Depa main level Hollywood sana nun! Kalau Kardashian pun sanggup bercerai sebab orang Malaysia, itu kira sangat hebatlah! Maklum sebelum ini selalu sangat aku dengar perempuan Mat Salih tak pandang lelaki-lelaki Asia ni apa lagi Malaysia sebab ukuran "anu"-nya.

Tapi sekarang jelaslah, ukuran itu tak penting tapi yang penting jumlah US Dolar yang dimiliki. Malaysia pun Malaysialah. Apa ada hal?





Pssstt... Lepas ni adalah blog belah sana nak kaitkan ahli perniagaan Malaysia tu dengan Najib ke Rosmah ke.. Heee! Modal nak PRU-13 beb!

09 May 2012

Pas yang berak, BN kena cuci tahi....

Rupa-rupanya orang Pas ni memang sengaja cari pasal bila depa duk buat demonstrasi Bersih 3.0 kat Madinah dan Mekah. Malah depa tak peduli pun kalau kerajaan Arab Saudi haramkan orang Malaysia kerjakan haji dan umrah hasil kerja bodoh depa. Sebabnya kalau lepas ni orang Malaysia tak boleh tunaikan haji, maka depa pakat ramai-ramai duk hentam kerajaan sebab gagal selesaikan isu ini. UMNO yang disalahkan... UMNO lagi!

Huh... Ini bukan aku kata, tapi Ketua Pemuda Pas, Ostat Nasrudin Hassan Tantawi yang cakap. Tak caya tengoklah respons beliau dalam FB ini.

Ikut cakapnya tu, jelas-jelas Pas sengaja cari pasal untuk salahkan kerajaan BN jika Arab Saudi sekat kemasukan jemaah Malaysia ke Tanah Suci baik pada musim haji atau umrah. Maknanya apa? Maknanya Pas yang duk berak kat Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, depa suruh kerajaan BN pulak yang bersihkan. Kalau tak boleh bersihkan depa akan salahkan tukang cuci beraknya tu.

Aih... Pemimpin macam ni pun ada. Macam mana nak memimpin negara apatah lagi umat, kalau otak fikiran depa lebih busuk dari tahi yang mereka berak. Apa ingat kerajaan Malaysia ni tak ada kerja lain selain cuci berak depa? Depa yang berak, lepas tu suruh orang lain cuci.

Elok lepas ni kita pakat gi berak kat Kelantan beramai-ramai. Lepas tu kita suruh kerajaan Pas Kelantan yang cuci tahi. Agak-agak apa depa kata gamaknya? Sah-sahlah siapa yang berak tu akan dicop sebagai kafir! Hahaha...

Biasalah orang Pas memang macam tu. Walharamu, walhalalku...

08 May 2012

Santai bersama Hadi Awang... 1,500 bloggers, media hadir?

Wow...!! Aku dimaklumkan seramai lebih 1,500 orang bloggers dan media turun ke Hutan Lipur Sungai Tua, Hulu Yam 29 April lepas untuk bersama-sama dalam program Santai BBQ Bersama Presiden Pas, Hadi Awang. Sebab terlalu ramai, kawasan hutan itu penuh sesak sampai kera-kera di hutan pun lari bertempiaran.

Lihatlah gambar yang dikirim seorang sahabat ini. Patutlah Haramkah Daily tak siarkan gambar-gambar program ini tetapi cuma laporan berbentuk teks saja. Rupanya tak ada ruang nak ambik gambar sebab kawasan hutan lipur itu penuh sesak dengan media dan bloggers yang semuanya menyokong perjuangan parti itu.

Ramainya rakan media dan blogger duk bersoal jawab dengan Hadi Awang. Penuh dengan kerusi kosong!
Ops..! Ini berdasarkan gambar yang sahabat aku kirim yang dia sendiri hadiri program ini. Kalau ada gambar yang menunjukkan jumlah sebenar kehadiran bloggers dan rakan media, boleh kirim kat aku. Tapi jangan gambar super-imposed macam Bersih 3.0 hari tu dah lah!

Ayuk.. Kasi BERSIH dong!

Meh layan K-Pop... Kelate Pop!

Penat layan kerenah politik sekarang ini, lebih baik rehatkan minda sejenak melayan lagu-lagu K-Pop. Opss..! K-Pop ni Kelate Pop ya... bukan Korean Pop.. Hehe...
Layannnn....!!
Apa kata Pok Nik?

01 May 2012

Say no to Ambiga! Sign this petition!!

Sayangkan agama, bangsa dan tanah air? Jom sama-sama tanda tangan petisyen "SEJUTA RAKYAT MALAYSIA MENENTANG AMBIGA DAN BERSIH"

PANAS: Blog misteri dedah skandal Azmin.....!!

Macam Azmin... Tapi kena tengok perutnya sama ke tidak!

Eee.. Wat apa dalam bilik air berdua-duaan ni?

BOM... Bom! Bom....!!!! Ketika orang duk sibuk bercakap pasal rusuhan Bersih 3.0 tiba-tiba meletup pendedahan gambar-gambar skandal Azmin Ali oleh sebuah blog "misteri" Nusantara.

Blog "scandalazminali.blogspot.com" ni aku kata misteri sebab dia bukan saja hanya ada satu entri saja semata-mata nak paparkan adegan berahi pasangan berkenaan malahan tarikh postingnya juga agak pelik sebab ia dipos sejak 13 Disember 2011 tapi dipublish pada April 2012. Macam mana tu? Heemmm....

Aku tak tahulah sama ada lelaki dalam gambar tu betul-betul Azmin atau orang lain yang diupah UMNO untuk menjadi beliau. Tengoklah pada perutnya, ada sama macam Azmin tak? Heee...

Azmin tolong jawab!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...