29 June 2012

Awek cun ini ada affair dengan pak menteri ke? (Update!)

Siapa awek cun ni?
UPDATE:
Ada pendedahan siapa awek ini yang sebenar di bahagian bawah. Hee...


POS ASAL:
Hehe... Sudah pasti ramai jantan-jantan meleleh air liur dengan awek cun ini termasuk Mat Sabu dan Ostat Badrul Amin. Tapi sabar... sabar... Awek ni tak ada kaitan dengan apa-apa cerita dalam kain melainkan kisah dia pelempang puak-puak yang tolak PTPTN baik Bang Nuar, Bang Rafizi apa lagi bang bang yang lain hee... Baca selanjutnya kat sini!

Ok.. Itu kisah yang telah dicerita oleh blog-blog lain.

Yang aku nak ceritakan di sini ialah Hanis Zalikha merupakan salah seorang daripada 16,959 graduan yang TIDAK PERLU membayar balik pinjaman PTPTN-nya. Bukan sebab dia cun... atau sebab dia ada skandal dengan mana-mana pak menteri BN tapi sebab dia peroleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama di UiTM.

Hari ini PTPTN berkata, mereka sudah lupuskan pinjaman 16,959 graduan yang cemerlang dalam pelajaran, yang peroleh Kelas Pertama, termasuk Hanis Zalikha membabitkan RM475.046 juta. Mak aih...

Habis tu... Pinjaman PTPTN puak-puak yang berkhemah kat Dataran Merdeka hari tu macam mana? Tak boleh ke lupuskan sekali? Erk... Tak kan mereka tak capai Kelas Pertama kut? Mereka semua tu kan hebat-hebat? Berfikir mengatasi otak pemikiran Perdana Menteri. Takkan mereka kena bayar pinjaman PTPTN kut?

Ish.. ish... Baca berita Bernama di sini:
PTPTN lupus pinjaman RM475 juta kepada 16,959 graduan
TEMERLOH 29 Jun - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melupuskan pinjaman pendidikan sebanyak RM475.046 juta kepada 16,959 graduan yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama sehingga 31 Mei lepas.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata daripada jumlah itu, seramai 12,529 pelajar dikecualikan daripada membayar balik pinjaman bernilai RM359.26 juta apabila pinjaman mereka ditukarkan kepada biasiswa.


Katanya seramai 4,430 bekas pelajar tahun 2005, 2006 dan 2007 yang lulus cemerlang dengan mendapat Ijazah Sarjana kelas pertama turut menikmati pengecualian itu yang membabitkan peruntukan RM116.2 juta.
"Sebelum ini graduan cemerlang ini tidak mendapat pengecualian tersebut tetapi kerajaan baru-baru ini bersetuju untuk mengecualikan mereka daripada membayar balik pinjaman,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Wang Pendahaluan Pembiayaan (WPP) kepada 124 pelajar kawasan Parlimen Kuala Krau yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi awam tahun ini di sini, hari ini. - BERNAMA.COM

Hanis Zalikha bersama ibunya ketika menerima anugerah pelajar terbaik UiTM baru-baru ini. Mmm... orang kata kalau acuannya baik, hasilnya pun baik.... hehe

Siapa Hanis Zalikha?

Adooiii... Bila aku tulis pasal Hanis Zalikha, ramai pulak yang bertanya siapa sebenarnya awek ini? Oklah aku beritahu kepada sesiapa yang tak tahu.

Hanis Zalikha Zainal Rashid ialah bekas pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan UiTM Segamat. Beliau merupakan seorang blogger dan blognya (inibelogsaya.blogspot.com) cukup femes. Selain itu, dia juga merupakan seorang modelling sambilan ketika di UiTM dahulu. Mungkin hasil turunan darah ibunya yang khabarnya juga seorang modelling tahun-tahun 1980-an dahulu.

Sebelum ni pun aku tak kenal dia walaupun wajahnya selalu juga terpampang di majalah-majalah dan surat khabar. Tapi bila keluar berita dia merangkul Anugerah Naib Canselor dengan CGPA 3.9, aku pun nak tahulah siapa dia ni. Sibuk berblog, memperaga busana di atas pentas dan depan kamera tapi masih mampu cemerlang dalam pelajaran.

Inilah roll-model yang patut Pas bawa untuk tarik anak muda, bukannya macam Adam Adli yang CGPA pun aku ingat tak lebih 2.5 heheh... tapi bercakap degang-degang macam dia cukup terer mengalahkan profesor. Aku ingat Puteri UMNO patut grab awek ni cepat-cepat. Jadikan dia sebagai ikon anak muda. Tak gitu?


* Nota: Tajuk saja gempak! Tak ada kaitan dengan mana-mana pihak!

Pelawak Osman Kering meninggal dunia

Al-Fatihah

Pelawak Osman Kering disahkan telah meninggal dunia di Hospital UKM sebentar tadi.  Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim dimasukkan ke hospital berkenaan 12 Jun lalu akibat batuk kering.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Amin

28 June 2012

Pengacara TV duk jaja cerita seks?

Zamzarina jual ubat seks la pulak...!!
Aku pun tak faham dengan pengacara TV yang satu ini. Kok ya pun nak promo ubat tenaga batin, ubat rapat, besarkan barang... tak payahlah nak bercerita perihal dalam kain, atas ranjang kat blog peribadi. Ish... Aku yang jantan pun naik segan bila seorang wanita femes duk bercerita perihal seks je. Dia ni gila seks ke apa?

Aku sebetulnya tak adalah kenal sangat pasal Zamzarina, si pengacara RTM yang femes menerusi program Apa Kata Wanita ni. Maklum aku bukan jenis layan RTM tu. Tapi bila seorang kawan hantar mesej supaya aku jenguk-jenguk blog peribadi minah ni (search-la sendiri kat Google!), ishhh... berderau darah aku dibuatnya.

Salah satu iklan ubat kuat Zamzarina
Mana tidaknya, sebahagian besar entri blog pengacara yang pernah disoksek ada affair dengan pegawai kanan di Kementerian Penerangan ini penuh dengan cerita-cerita dalam kain, dalam kelambu dan atas ranjang,. Perihal buah dada, kenikmatan malam pertama... ish apa ni?

Aku fahamlah kalau dia ni nak jual barang berkaitan khusus pasangan suami-isteri, tapi tak payahlah nak bubuh cerita-cerita berunsur seks dalam blog. Apa ingat dengan cerita-cerita berbau lucah macam tu boleh melariskan jualannya ke? Silap-silap ramai yang termuntah-muntah. Kalau testimonial sekali pun jangan direct free kick. Kenalah berlapik-lapik skit.

Sepatutnya Zamzarina sebagai selebriti kenalah jaga semua tu. Janganlah buat blog macam budak-budak remaja duk berimaginasi pasal seks jeh. Dah aku tengok blog Zamzarina dah macam blog "Melayu Boleh" dah pulak.

Ish... ish... ish... Malulah sikit. Anak-anak dah besar. Kalau anak-anak baca blog tu macam mana nak jawab gamaknya?


Pas meroyan bila "dacing" menang p/raya Presiden Mesir

Wakakah... Sakit perut aku ketawa dengan gelagat puak-puak Pas ni. Apa tidaknya... Apabila Muhammad Morsi dari parti Ikhwan Muslimin memenangi pilihan raya presiden Mesir, puak-puak Pas dan PKR meloncat-loncat gembira. Apa sebab mereka seronok sangat aku pun tak pasti. Mungkin mereka duk fikir Ikhwan Muslimin tu kira sama tara dengan Pas-lah.

Itu pasal tanpa segan silu ada pemimpin Pas siap rakam ucapan tahniah kepada Morsi atas kemenangan beliau. Dan kemenangan Ikhwan Muslimin akan menjadi perangsang kepada kemenangan Pas di Malaysia! Cewah.... Tengoklah apa kata Tuan Ibrahim kat bawah ni 



Ok.... Yang buat aku nak gelak sebabnya rupa-rupanya parti Ikhwan Muslimin menggunakan DACING sebagai logo parti mereka, iaitu sama dengan logo yang diguna pakai oleh Barisan Nasional (BN) kat Malaysia. Jadi kalau Pas bangga sebab parti berteraskan perjuangan Islam menang di Mesir, BN pun boleh bangga sebab pada masa yang sama ia juga kemenangan buat DACING.

Tak caya? Tengoklah gambar kat bawah ni...

Poster Morsi.. Eh ada logo dacing laa...!!
Tapi sorrylah Pas... Ikhwan Muslimin menang di Mesir tanpa perlu bersekongkol dengan parti kafir harbi, tak perlu menghalalkan penggunaan kalimah Allah di gereja, tak perlu menjanjikan syurga kepada pengundinya, tak perlu nak pecat pemimpin sendiri yang menentang isu murtad, tak angkap pemimpin LGBT dan pluralisme sebagai pemimpin agung.

Jadi Pas jangan duk perasanlah sebagai "Ikhwan Muslimin" Malaysia...Macam langit dengan bumi!

27 June 2012

Eheh... Kak Pah baru nak jadi pengundi ke?

Foto ambik dari Utusan Online
Laa... Rupanya Syarifah Aini  tak pernah pun mengundi sepanjang hidupnya. Kalau ada nama Kak Pah mengundi sebelum ini itu adalah pengundi hantu. Sebabnya biduanita negara itu baru saja mendaftar sebagai pengundi dengan SPR hari ini.

Sebab itu Kak Pah malu-malu kucing apabila wartawan menyerbunya di Pejabat Pos Besar Shah Alam ketika dia mengisi borang pendaftaran pemilih SPR. Maklum umur dah lebih 50 tahun tapi masih belum mengundi.

Tapi Kak Pah janganlah malu-malu kucing sebab ramai lagi rakyat Malaysia termasuk yang dah masuk level warga emas yang masih belum mendaftar mengundi terutam orang Melayu. Selain mengambil sikap malas, mereka juga anggap mengundi ini perihal politik. Jadi sebab malas nak layan-layan perihal politik ini, maka mereka tidak mahu mendaftar sebagai pengundi.

Padahal mengundi itu bukan sekadar politik tetapi lebih penting penentu masa depan negara. Kalau semua orang Melayu pakat malas nak daftar mengundi yang akhirnya tidak boleh membuang undi, siapa yang pilih wakil-wakil rakyat ni? Takkan nak bergantung pada pengundi bukan Melayu?

Lupakan dulu soal nak pangkah parti mana sebab soal pangkah memangkah ini memang hal peribadi dan hanya kita saja yang tahu. Sebabnya tak guna terpekik terlolong duk mempejuangkan parti yang didokong kalau diri sendiri tak pernah mendaftar sebagai pengundi.

Jadi kepada Kak Pah, tahniah sebab sudah menjadi seorang pengundi. Bab kata orang putih kat kampung aku... "Better late than never...". (Maaf! Peribahasa biar lambat asal selamat tak sesuai digunakan untuk kes ini... hehe).

Aku pun nak suggest kat Zed Zaidi, Presiden Seniman yang cukup berani dan lantang supaya Seniman mengadakan kempen mendaftar pengundi di kalangan artis. Pengaruh artis ni besar. Kalau Neelofa daftar mengundi, aku ingat ribuan peminatnya (yang dah cukup 21 tahun laa) pun akan sama-sama mendaftar jugak. Wah... mesti meriah tuuu!


Pssst... Kak Pah! Ramai dah artis masuk Pas sebab nak menyucikan diri... Kak Pah tak teringin masuk Pas ke? Hehe... Jaminan syurga Kak Pah! Tapi syurga ala-Pas lah... bukan syurga yang Allah janjikan... hehe

24 June 2012

Apa salah Tony Fernandes ke Indonesia?

Walaupun gila-gila tetapi tindakan Tony sentiasa tepat!
Ramai yang marah-marah apabila Tony Fernandes mengumumkan memindahkan operasi AirAsia serantaunya ke Indonesia. Tony dianggap tidak kenang budi, angkuh dan bongkak sebab sanggup memindahkan "pejabatnya" dari KL ke Jakarta.

Tapi bagi aku tindakan Tony tidak lebih sebagai tindakan seorang ahli perniagaan yang bijak dan berfikir di luar kotak. Lupakan soal sentimen kerana semua harus ingat Tony adalah ahli perniagaan dan AirAsia adalah syarikat miliknya, bukan milik kerajaan (walaupun kerajaan ada membantu sedikit sebanyak). Sebagai ahli perniagaan sudah pasti beliau mencari luang dan peluang mengembangkan perniagaannya.

Dalam soal tindakannya memindahkan operasi serantaunya di Indonesia, aku yakin beliau mengambil tindakan yang bijak. Walaupun aku bukanlah seorang ahli perniagaan, jauh sekali mempunyai sebarang syer dalam AirAsia, tapi aku yakin Indonesia mempunyai prospek yang lebih luas dalam industri penerbangan berbanding Malaysia, khususnya di peringkat domestik.

Malaysia mempunyai 14 buah negeri tetapi berapa banyak negeri yang mempunyai lapangan terbang? KLIA, LCCT, Subang, Johor Bahru, KK, Kuching, Miri, Labuan, Penang, Alor Setar, Ipoh (?), Melaka, Kuala Terengganu, Kota Bharu ... emmm mana lagi? Tioman, Pangkor... Dah habis?

Cuba bandingkan pula dengan Indonesia yang mempunyai ratusan wilayah dengan ribuan pulau dari Irian Jaya ke Aceh. Dan hampir setiap wilayahnya mempunyai lapangan terbang. Itu belum mengambil kira jumlah penduduknya yang entah berapa kali ganda berbanding Malaysia. Sudah pasti pasaran penerbangan domestik di Indonesia lebih besar berbanding Malaysia.

Itu juga belum mengambil kira penerbangan dari setiap wilayah di Indonesia ke rantau ini. Medan ke Bangkok, Palembang ke Hongkong, Surabaya ke Sydney, Bali ke Shanghai dan lain-lain (sekadar contoh). Sebab itulah Tony sudah dapat membayangkan betapa "segarnya rumput di padang seberang" berbanding di sini.

Aireen Omar, CEO AirAsia Malaysia bersama pramugari AirAsia.
Walaupun begitu, Tony tidak pernah meninggalkan negara ini dan AirAsia di sini meneruskan operasinya dengan pengurusan di bawah CEO baru, muda dan seorang wanita. Di tangan Aireen Omar, Tony yakin AirAsia Malaysia dapat terus subur.

Aku kira itulah dasar utama Tony memindahkan operasi serantaunya ke Jakarta, iaitu perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh MAS -- atas pelbagai kekangan kerana statusnya sebagai penerbangan milik negara. Lagi pun Tony tidak bergantung sepenuhnya dengan MAS untuk berkembang. Tambahan pula pelbagai pandangan serong dilemparkan apabila AirAsia dan MAS duduk semeja.

Kerana itulah Tony Fernandez, daripada seorang yang berkecimpung dalam industri muzik kini membina empayar dalam bidang penerbangan tambang murah. Otaknya memang gila-gila tetapi tindakannya sentiasa tepat.

22 June 2012

Gadis-gadis seksi di Euro 2012 (Updated!)

KEMAS KINI:
Ada tambahan beberapa keping gambar lagi.... Layaaaannnnn

POS ASAL:
Penat layan politik meh kita cuci mata dengan gelagat dan wajah-wajah gadis penyokong setia pasukan yang bertanding di Euro 2012 yang sempat aku kumpulkan setakat ini. Meh layan meh...






















21 June 2012

EURO 2012: Sorry Rooney... Aku pilih Perancis (Updated!)

KEMAS KINI: 
Perancis gagal ke separuh akhir Euro 2012 selepas dikecewakan pasukan pilihan Sepanyol 2-0 pada akhir awal pagi ini. Juara Piala Dunia 2010 itu akan menentang Portugal di peringkat separuh akhir 28 Jun ini. Hemmm...

POS ASAL:
Skuad Perancis dibarisi lima pemain beragama Islam.
Di peringkat EPL, aku memang penyokong Manchester United tetapi di peringkat antarabangsa melibatkan negara baik Piala Dunia atau EURO, aku tak pernah menyokong England. Aku lebih tertarik kepada pasukan Belanda yang terkenal dengan permainan "total football".

Tapi malang EURO 2012 menyaksikan Belanda terpaksa pulang awal selepas gagal melepasi peringkat suku akhir. Selamat tinggal Van Persie, Wesley Snijder, Arjen Robben dan kawan-kawan walaupun pada Piala Dunia lalu Belanda merupakan naib juara di belakang Sepanyol.

Ketiadaan Belanda di peringkat seterusnya menyebabkan aku terpaksa mencari pasukan lain untuk diberi sokongan. Ramai kawan-kawan sepejabat sejak awal memilih England dan begitu juga sebahagian besar rakyat Malaysia pencinta bola sepak. Tidak kurang juga penyokong Sepanyol dan Portugal. Tapi maaf sekali lagi Wayne Rooney. Kali ini aku memilih pasukan Perancis.

Bukan sebab aku sudah berpaling tadah terhadap para pemain Manchester United dalam pasukan England antaranya Rooney, Ashley Young, Phil Jones dan Danny Welbeck. Tapi aku lebih cenderung kepada Perancis yang menampilkan 5 PEMAIN BERAGAMA ISLAM yang tiga daripadanya menjadi tonggak pasukan itu.

Karim Benzima, Frank Ribery dan Samir Nasri adalah tonggak utama pasukan Perancis di samping Hatem Ben Arfa dan Adil Rami. Jadi kalau Perancis menjulang kejuaraan EURO 2012, ia juga merupakan kejayaan bagi para pemain beragama Islam yang mendominasi pasukan itu.

Jadi sudah pasti bukan satu "dosa" jika aku memilih salah satu pasukan dari negara penjajah (yang sering dibuat lawak setiap kali ada kejohanan bola sepak peringkat dunia) sebab alasan aku sudah pasti lebih memberi pahala berbanding memilih pasukan-pasukan lain. Tidak begitu?

Hidup Perancis...! Hidup Muslim....!!

JADUAL SUKU AKHIR EURO 2012

22 JUN 2012 : REPUBLIK CZECH - PORTUGAL

23 JUN 2012 : JERMAN - GREECE
 
24 JUN 2012 : SEPANYOL - PERANCIS
 
25 JUN 2012 : ENGLAND - ITALI

Rafizi bertanding di Pandan? Kenapa tak di Kemaman?

Beberapa hari lepas aku terima SMS dari nombor 017-39***66 berbunyi begini:
"RM0. Tinjauan Pendapat Umum PRU13 - Pada pandangan anda parti mana & apakah ciri2 calon yang akn menjadi pilihan anda untuk mewakili Parlimen Kemaman, Terengganu. TK."
Aku tak kenal nombor si pengirim dan aku tak pasti pihak mana yang menghantar SMS tersebut. Jadi aku abaikan sahaja tanpa memberi sebarang jawapan. Aku cuma jawab dalam hati saja dan kalau dalam hati hanya aku dan Allah sahaja yang tahu.

Sebut pasal Parlimen Kemaman, aku yakin BN akan mengekalkan Shabery Cheek di sana. Lagipun khabarnya beliau pun dah all-out turun padang di kawasan berkenaan bagi memastikan beliau kekal jadi pilihan rakyat Kemaman. Dan aku percaya peluangnya cerah memandangkan Kemaman adalah fix deposite BN di Terengganu.

Cuma aku tertanya-tanya juga, kenapa Rafizi Ramli anak jadi bandar Chukai, Kemaman tidak mahu bertanding di sana dan menghadapi Shabery? Kenapa beliau disebut-sebut untuk bertanding di Pandan, Selangor dan nak menentang bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat pulak?

Apakah kerana peluang Rafizi di Kemaman memang sangat tipis berbanding di Pandan yang majoriti pengundinya bukan Melayu? Atau kerana Rafizi sedar dia tidak dikenali sama sekali di Kemaman berbanding di Selangor. Maklum, sejak jadi CEO di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (Anwarlah tu), namanya menjadi sebutan rakyat negeri ini.

Petang ini aku dapat tahu Rafizi sudah meletakkan jawatan sebagai CEO di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor atas alasan penat nak urus perihal negeri Selangor dan parti. Dalam PKR beliau bertindak sebagai Pengarah Strategik parti.

Tapi khabarnya peletakan jawatan Rafizi ada kaitan dengan sengketa antara tim Azmin Ali dan tim Khalid Ibrahim dalam pentadbiran kerajaan Selangor. Azmin dikatakan tidak berpuas hati dengan Faekah yang "terlebih sudu dari kuah" dan mahu dia letak jawatan. Sedangkan semua tahu Faekah adalah orang kepercayaan Wan Azizah dan kedudukan beliau di pejabat MB juga ada lobi Wan Azizah.

Hemmm... Eloklah gaduh-gaduh. Tapi orang UMNO tolong jangan komen apa-apa. Jangan masuk campur. Mari kita pakat ramai-ramai tengok dan dan tepuk tangan kuat-kuat. Heee....

Hai... bilalah giliran Anwar dan Kak Wan

Najib dan Rosmah dalam ihram di Masjidil Haram. Anwar dan Kak Wan bila lagi?
Najib dan Rosmah dilaporkan mengambil kesempatan membuat umrah di tanah suci Mekah ketika beliau ke Arab Saudi bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Putera Mahkota Nayef yang meninggal dunia baru-baru ini.

MyNewsHub telah siarkan gambar Najib bersama Rosmah, anak mereka Nor Ashman dan Menteri di JPM, Jamil Khir Baharom sedang berdoa di Masjidil Haram dalam pakaian ihram. Hemmm... Alhamdulillah. Tahun lepas, mereka telah tunai haji, tahun ini umrah pulak.

Orang kata kalau kita pergi Mekah buat haji dan umrah, balik kita akan jadi seperti seorang bayi yang baru lahir. Bersih segala jiwa raga. Siapa pergi Mekah, kalau boleh 24 jam nak beramal ibadat kat masjid. Panas macam mana pun sanggup berjalan ke masjid. Taubat dan doa pun mudah dimakbulkan Allah. Insya-Allah bersih dari segala dosa, sebanyak mana pun (kecuali mensyirikkan Allah). Itu janji Allah.

Bila tengok Najib dan Rosmah berihram macam ni, teringat pula kat Anwar dan Wan Azizah. Bilalah mereka nak paparkan gambar mereka berihram baik tunai haji mahupun umrah. Maklum dekat-dekat pilihan raya macam ni eloklah pergi ke Tanah Suci minta direct dengan Allah.

Duduk depan Kaabah dan berdoa banyak-banyak kepada Allah agar mereka dilindungi daripada fitnah dan konspirasi jahat UMNO dan Utusan. Mintaklah agar Allah memberikan kemenangan kepada pakatan pembangkang untuk menang pilihan raya nanti dan bolehkan dia jadi PM. Tak salah nak minta dengan Allah, asalkan permintaan itu jujur dan ikhlas.

Aku dengar sekarang ni ramai ahli perniagaan yang menunaikan umrah setiap kali mereka submit tender projek. Lepas masuk tender mereka pakat pergi minta dengan Allah depan Kaabah supaya tender mereka diluluskan. Hemm.... Baguslah macam tu.

Kalau sebelum ni duk perhabis duit untuk melobi orang sana sini bukankah elok gunakan wang itu untuk pergi umrah dan minta dari Allah. Selain berdoa untuk dapat tender, dapat juga pahala-pahala lain dan menyucikan diri di sana. Bukankah bagus?

Tak gitu?

Psssttt... Ada orang bisik aku kata wajah Najib makin bersih, tapi wajah Anwar makin keruh.... Wallahua'lam

19 June 2012

Shebby jadi pengarah kelab Blackburn Rovers

Bekas pengurus pasukan bola sepak MyTeam dan pengulas sukan Astro Sports, Shebby Singh dilantik sebagai pengarah bola sepak bagi kelab Blackburn Rovers mulai musim depan.

Menurut laporan akhbar Daily Mail UK, pelantikan Shebby, disahkan oleh pemilik kelab, Venky”s (India) Limited.

Laporan itu menyebut salah satu tugas Shebby kelak bertindak sebagai orang tengah antara pemilik kelab dan pengurus pasukan, Steven Kean.

Masa depan pengurus berusia 44 tahun itu masih tidak menentu selepas pasukan itu diturunkan dari Liga Perdana Inggeris (EPL) ke Divisyen Satu selepas menduduki tangga kedua terbawah Liga EPL musim lepas.

Ketika MyTeam ditubuhkan oleh Khairy Jamaluddin ketika bapa mertuanya masih menjadi PM, Shebby yang dianggap pengulas bola yang hanya pandai cakap, gagal membawa "pasukan impian" itu ke persada liga bola sepak negara.

Malahan MyTeam juga dianggap sebagai pasukan "mee segera" yang kemudian memasang cita-cita tinggi sehingga diberi peluang menentang skuad bola sepak kebangsaan pada 2006 yang menyaksikan MyTeam tewas 1-2.

MyTeam sempat beraksi semusim dalam Liga Perdana pada 2007 yang kemudiannya dibubarkan selari dengan pengunduran Pak Lah sebagai PM.

Akuan bersumpah Murad buat Anwar jadi sesumpah

Nampaknya Anwar macam dah tak ada langsir pintu lagi nak jadikan tempat menyorok mukanya yang macam tembok batu itu selepas isu dakwaan beliau mengawal lebih 20 akaun membabitkan nilai RM3 bilion semasa dia jadi Menteri Kewangan dibangkitkan semula.

Dulu masa tahun 1999,  bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Murad Khalid pernah dedahkan isu ini menerusi akuan bersumpahnya tetapi kes itu lenyap begitu saja. Kali ini ia dibangkitkan semula dan Murad semalam keluarkan kenyataan mengakui bahawa dia pernah buat akuan bersumpah mengenai hal ini.

Berikut akuan bersumpah Datuk Murad pada 26 Oktober 1999, sebulan selepas Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
STATUTORY DECLARATION DATO ABDUL MURAD KHALID

I, Dato’ Abdul Murad Bin Khalid (NRIC No. 531215-08-5957), a Malaysian citizen of full age and care of No. 104, Jalan Setiabakti 9, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, do hereby solemnly and sincerely declare as follows:-

1. On 16th September 1999 I was charged with failing to disclose truthfully information on Ben Harta Sdn Bhd (BHSB) shares and 51 of its properties allegedly held for my benefit pursuant to section 87(2)(c) Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA).

2. In order to do justice for my own sake, I must make a public declaration on certain matters connected with the various positions I held in Bank Negara Malaysia (BNM) so as to show to the public at large the nature and stresses/ strains that were attendant to these positions. This public statement is also intended to provide the public with the proper perspectives of the machinations of the former Deputy Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim (“DSAI”) who was also the Finance Minister and hence the Minister directly in command of BNM.

3. As one of the top executives in BNM, I invariably came into contact with Datuk Seri Anwar Ibrahim who took a liking for me – and subsequently entrusted me to carry out some of his instructions, what has come to be believed by me now to further his political ambitions. In furtherance of his political scheme, Datuk Seri Anwar Ibrahim instructed me to implement certain corporate exercises in favour of his friends and cronies. The debts of his cronies were cleared/ settled using the profits from deals using the influence of BNM.

4. Amongst the most significant corporate exercises is the takeover of Sikap-Power, the concession holder of the Independent Power Project (IPP) at Lumut, Perak. The concession was sold to MRCB on the instruction of Datuk Seri Anwar Ibrahim and MRCB later injected the ‘concession’ into Malakof Berhad, which is the subsidiary of MRCB. I believe that a profit of about RM50 million from this deal went to one of DSAI’s political funds.

5. A male Chinese named Tong Kooi Ong, is also involved significantly in raising, financial assistance for Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tong Kooi Ong is the Chief Executive Officer (CEO) of Phileo Allied Berhad, which is listed on the Main Board of the KLSE. Phileo Allied Bank is also under the control of Tong Kooi Ong. Tong Kooi Ong came into contact with Datuk Seri Anwar Ibrahim on mv introduction and they subsequently became very close. Tong Kooi Ong subsequently disclosed to me that in return -for the favours granted to him by Datuk Seri Anwar Ibrahim, he had established a “Master Account” -under his control. From which financial contributions could be made for the interests of Datuk Seri Anwar Ibrahim. This Master Account is to derive revenues from the holding of shares and buildings. At one point Tong Kooi Ong confided in me that the Master Account was worth RM200 million based on the values of shares and building assigned to it.

6. I believe there are at least 20 other “Master Accounts” established for Datuk Seri Anwar Ibrahim by his various cronies. I believe that the total funds in these 20 Master Accounts run into more that RM3 billion. DSAI’s modus operandi is to divide and rule and the operator of each Master Account is not aware of the existence of the other Master Accounts. I believe the Government is aware of who these cronies are.

7. As far as I know and through my own involvement, more than RM120 Million has been paid to Datuk Seri Anwar Ibrahim, his cronies and the organisations he used to advance his own political ambitions. For example it is within my personal knowledge that on the instructions of Datuk Seri Anwar Ibrahim funds from the Master Account was paid to himself and the following persons and organisations known to be affiliated or connected to him between 1992 to 1997:-

(1) to himself (DSAI) – RM50 million
(2) Dato Abdullah Ahmad (UN) – RM 5 Million
(3) Dato Nasaruddin Jalil – RM10 Million
(4) Asia Pacific Policy Centre (APPC) – RM 38 million & Douglas H. Paal – (USD 10.0 Million)
(5) Institut Kajian Dasar – (IKD)RM5 Million
(6) Aliran & Dr. Chandra Muzaffar – RM5 Million
(7) ABIM – RM 5 Million – International Institute of Islamic Thoughts (IIIT) – RM 2 Million
(8) A UK-based Islamic Foundation – RM 1 Million

TOTAL RM 121 Million

8. I am also informed that Datuk Seri Anwar Ibrahim instructed Tong Kooi Ong to take into his employ Puan Shamsidar and one Encik Rahman, which he did. Puan Shamsidar is the wife of Encik Azmin Ali, the Private Secretary to Datuk Seri Anwar Ibrahim. It is widely known that Puan Shamsidar is generously remunerated and is provided with a car and driver and most of the time she did not need to go to work.

9. I must make a special mention of the American based Organisation called Asia Pacific Policy Centre (APPC) headed by Douglas H. Paal, the former Senior Director from Asian Affairs (1989 to 1993) of the National Security Council (NSC) of the United States of America. Douglas H. Paal left the National Security Council to start APPC in 1993 funded mainly by contributions from Datuk Seri Anwar Ibrahim. I was responsible for arranging USD IO Million in contributions to APPC and Douglas. H. Paal on Datuk Seri Anwar’s instructions. I believe that other cronies of Datuk Seri Anwar Ibrahim also made substantial contributions to APPC and Douglas H. Paal. Although I cannot ascertain the exact quantum of their contributions, I am convinced that they ran into millions of US Dollars. APPC and Douglas H. Paal are one of the main vehicles used by Datuk Seri Anwar Ibrahim to promote his image in the Western countries, mainly in Washington, USA and the United Kingdom and other European nations. APPC also lobbied strongly for Datuk Seri Anwar lbrahim with the international media organisations.

10. APPC organised “The Pacific Dialogue” conferences under the patronage of Datuk Seri Anwar Ibrahim. The First Pacific Dialogue was held in Penang sometime in November 1994. The Second Pacific Dialogue was held in January 1996, the Third Pacific Dialogue in November 1996 and the Fourth Pacific Dialogue in January 1998. There was supposed to be a Fifth Pacific Dialogue to be held in December 1998 but it was cancelled because the Patron was no longer the Deputy Prime Minister and Finance Minister of Malaysia. All the Pacific Dialogue conferences were held in Malaysia because Datuk Seri Anwar Ibrahim was the major source of funding for APPC.

11. In what I strongly believe as tantamount to a betrayal of public trust, Datuk Seri Anwar Ibrahim also insisted that APPC should manage BNM’s reserves of RM50 Billion and the EPF fund in return for the services provided to him by APFC. Alternatively a hefty fee of USD 3 Million was to be paid annually to APPC for the cost of running the Centre in Washington. Fortunately this instruction of Datuk Seri Anwar Ibrahim for APPC to manage the above funds was never put into effect. What I have stated above goes to prove without doubt that Datuk Seri Anwar Ibrahim was indeed an unscrupulous leader who was prepared to sacrifice the country’s coffers for the benefit of its political ambition with the help of foreign element. The current developments that are taking place in the country which threatened the public peace and well being of the Rakyat to further Datuk Seri Anwar Ibrahim’s political ambition are ample proof to support this assertion.

12. I was also directed by Datuk Seri Anwar Ibrahim, then already appointed as the Finance Minister, to assist the following persons to clear their debts as described below:-

(a) Datuk Seri Anwar Ibrahim instructed me to help settle the debt of Tan Sri Abdullah Ahmad (now the permanent representative to the United Nations) with Bank Bumiputra of more than 10 Million. I helped to negotiate the settlement amount of RM7 Million. An amount, of RM5 Million was taken from the Master Account to help pay the debt. The balance of RM2 Million came from Tan Sri Ahmad Abdullah from the sale of his land.

(b) Datuk Seri Anwar Ibrahim instructed me to help settle Puan Marina Yusof’s debt with local banks amounting to more than RM20 Million. I presented her application to the Tabung Pemulihan Usahawan (TPU) for assistance to develop her land along Jalan Tun Razak, on which is now the completed Complex Marinara. The TPU panel approved her application. Puan Marina Yusof is extremely grateful to Datuk Seri Anwar Ibrahim.

(c) Penang based Mercury Securities owed MUI Bank more than RM I0 million secured by a 3rd party land charge. The majority shareholder is Chew Seng Guan and one Encik Ahmad Kamal whom Datuk Seri Anwar Ibrahim groomed to be up-and-coming Bumiputera businessman and politician. I subsequently helped to arrange for the sale of the land to Matang Emas Sdn. Bhd. a company owned by Encik Taib Hamid, the sale of which incidentally also sorted out some of Encik Taib Hamid’s personal problems. The same piece of land was later sold to TPPT Sdn Bhd by Encik Taib for a low cost housing project which is now known as Taman Tun Perak.

(d) Datuk Seri Anwar Ibrahim instructed me to help Dato’ Nazri Abdullah’s Group to take over NST Group from Renong. I sought the assistance of Hong Leong Group to structure the deal. I spoke to Seow Lun Hoo and Quek Leng Chan of Hong Leong. They proposed that Dato’ Nazri’s Group use MRCB as vehicle to take over the shares of NST. I then spoke to Maybank to arrange a loan for Dato’ Nazri to buy into MRCB and another loan for MRCB to buy into NST.

(e) I was directed by Datuk Seri Anwar Ibrahim to help Encik Faiz Abdullah (Datuk Seri Anwar Ibrahim’s ghost writer), together with Seow Lun Hoo of Hong Leong to buy into Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB), then owned by ldris Hydraulic Berhad. The scheme involved using Arus Murni Berhad formerly known as Timuran Berhad, a company listed on the Main Board of the KLSE as the holding company. I approached the following banks to help syndicate the loan for the purchase of KUBB shares costing above RM400 million:

i. Hong Leong Bank ii. Hong Leong Finance iii. Sime Bank iv. RHB Bank v. Southern Bank vi. BSN Commercial Bank.
Faiz Abdullah is a verv clever ghost writer and political operator for Datuk Seri Anwar Ibrahim. He is also a lawyer, ex-journalist and ex-Special Branch police officer.

13. My involvement with Tong Kooi Ong and “Master Account” in furtherance of Datuk Seri Anwar Ibrahim’s instructions landed me in trouble with the law. On 16th September 1999 1 was charged with failing to disclose truthfully information on Ben Harta Sdn Bhd shares and 51 of its properties allegedly held for my benefit totalling RM23.9 million.

14. I must state that I never knew the two gentlemen purportedly to be the shareholders of Ben Harta Sdn Bhd i.e Gan Hong Sin @ Lan Hong Sing and Gan Sor Ting. Tong Kooi Ong did indicate to me that this company holds properties and shares as part of the scheme to raise funds for Datuk Seri Anwar. I have never been shown or seen the books of the Master Account handled by Tong Kooi Ong. I am not aware of any shares held by Ben Harta on my behalf, nor the locations of the 51 properties allegedly also held on my behalf, except one (1) apartment and one (1) bungalow which I was entrusted to maintain for purpose of investment and to be later sold for the Master Account.

15. I stronglv believe that wrong information has been given to the authorities implicating me with Ben Harta Sdn Bhd. I point my finger at Tong Kooi Ong and the two shareholders of Ben Harta. They have implicated me to save their own skin.

16. Apart from the properties held under Ben Harta Sdn Bhd. I also know that a few properties have been bought for investment and the Master Account and for Datuk Seri Anwar Ibrahim’s future personal use. These properties located around Kuala Lumpur are valued at about RM15 million.

17. As regards the damaging policies adopted by BNM following the economic recession in July 1997, I must categorically, state that I was opposed strongly to these policies. I opposed the “Legal Lending Limit”, the reduction of NPLs (non-performing loans) from 6 months to 3 months, the “Credit Crunch” introduced in October 1997 and the Higher Rate of Interest. These were all policies endorsed and adopted by Datuk Seri Anwar Ibrahim. A few concerned BNM officers/ executives and I tried to halt these policies from being implemented. Datuk Seri Anwar Ibrahim even censured me for speaking out against these policies. He accused me of being “too close to the market”. I now realise that these harsh measures -were Datuk Seri Anwar Ibrahim’s political plan to crush the economy and bring Malaysia to its knees in order to invite in the International Monetary Fund (IMF) to enable Datuk Seri Anwar Ibrahim to force Dr Mahathir to resign and take over the Prime Minister’s position.

18. Following my arrest and my subsequent resgination as Executive Director of RHB Bank Berhad I have thought over my involvement with Datuk Seri Anwar Ibrahim and have come to realise that what I have done, though as I said earlier was forced upon me as one of the Executives in BNM, is indeed very regrettable. I now realise that I have been exploited and made use of by Datuk Seri Anwar Ibrahim to hold assets for his political and personal use and benefit. These assets including those held under Ben Harta, do not belong to me. As such, it is up to the government to take the necessary legal action in respect of their disposal, including forfeiture if permissible.

19. I now call upon all peace loving and loyal citizens of Malaysia to reject all the political manoeuvres by Datuk Seri Anwar Ibrahim and his supporters and instead support all the economic and fiscal efforts to bring back the economic well being of the country. I am ever ready and willing to go public to denounce the improprieties and machinations of Datuk Seri Anwar Ibrahim in furtherance of his political ambitions that are indeed detrimental to national peace, security and political stability.

20. In conclusion, I state in unequivocal terms that this Press Conference/Release made by way of Statutory Declaration was made by me voluntarily, without any inducement, threat or promise or coercion from any quarter, nor in return for any favours or special treatment in connection with the charge that I am now facing AND I make this solemn declaration conscientiously, believing the same to be true and by virtue of the Statutory Declaration Act, 1960.

Signed by the above named

DATO’ ABDUL MURAD BIN KHALID
at Kuala Lumpur, the day of 26 Oct 1999.
Disalin daripada http://www.anwaraidc.com/?p=25075

Berikut kenyataan Datuk Murad yang mengesahkan beliau ada membuat akuan bersumpah mengenai akaun kawalan Anwar pada tahun 1999 lalu, yang dikeluarkan semalam.

18 June 2012

Tak habis-habis tabur fitnah...!

Lagi usaha nak fitnah Utusan dan Najib!
Inilah puak-puak depa. Selama ini depa duk kata orang duk tabur fitnah kat depa tapi yang sebetuinya depalah jaguh dalam bab tabur fitnah ni. Terbaru pasai debat perdana antara Anwar Ibrahim dan Najib Razak.

Depa duk "super-impose" muka depan Utusan Malaysia konon Najib sahut cabaran Anwar untuk berdebat dengan depa walhal terang-terang itu semua palsu belaka. Mana mungkin cerita pasal Najib sahut cabaran debat tapi mug-shot Karpal Singh? (tengok gambar kecik, bukan gambar besaq) Ada akai ka?

Mereka duk tabur fitnah konon debat perdana antara kedua pemimpin itu akan dilangsungkan 30 Jun ini. Nampak sangat puak yang duk buat fitnah ni nak burukkan nama surat khabar UMNO itu. Sebelum ini kaedah sama depa duk guna masa tulis pasal cincin Rosmah Mansor. Ish.. ish.. ish... Kok ya pun nak buat fitnah, carilah modus-operandi lain.

Yang pasti tidak pernah ada sebarang kenyataan daripada Najib bahawa beliau akan berdebat dengan Anwar. Sebab Najib tahu kalau berdebat dengan orang gila macam Anwar, dia pun akan jadi gila. Baik toksah layan orang gila duk meroyan tu.

Lagi pun Anwar dah diberi peluang untuk berdebat dan bersoal jawab dengan Najib dalam Dewan Rakyat di Parlimen. Gunalah peluang tu sebaik mungkin. Tapi peliknya masa dalam Dewan Rakyat depa duk guna untuk membuat aksi sarkas, terpekik terlolong macam orang gila. Kat luar baru sibuk-sibuk nak ajak orang berdebat. Ada akai ka?

Tapi sebelum Anwar nak ajak orang berdebat dengan dia tak kiralah Najib ke, Rosmah ke, Saiful ke, China Doll ka... elok Anwar jawab dulu soalan-soalan mudah ini. Jawapannya cuma Ya atau Tidak je.

1) Betui ka jam Omega hang "hilang" masa duk layan China Doll?

2) Betui ka hang duk kontrol akaun berjumlah RM3 bilion masa jadi Menteri Kewangan dulu?

3) Betui ka hang sokong penubuhan negara Israel?

4) Betui ka hang ada skandal dengan bini Azmin Ali?

Tu saja dulu soalan nooo.... Nanti banyak sangat tanya takut hang jadi penin... Kenalah pulak berurut kat Siam untuk pulihkan kepeningan hang!

Hee....

Wajah sebenar muka depan Utusan Malaysia keluaran 24 September 2011.

17 June 2012

Perihal plat WWW... (Update!)

Sultan Johor puas hati dapat miliki WWW 1 dan dilekatkan pada Proton Satria Neo miliknya. Sekali lagi Satria Neo okey... Bukan Brabus. Ferrari atau Rolls Royce!
Pepatah moden "kerana pulut santan binasa, kerana no plat badan binasa" ini elok dituju kepada Nizar sebab duk hentam Sultan Johor yang membida plat WWW 1 dengan nilai setengah juta sehingga membuatkan baginda murka. Nasib baik Nizar tak kena sumpah jadi katak puyu!

Bab membeli plat sampai berpuluh atau beratus ribu ni memang jadi hak sesiapa saja, baik ahli perniagaan, orang politik bahkan anak raja atau sultan. Apa masalahnya. Dah jadi hak rakyat Malaysia boleh memiliki nombor-nombor cantik untuk dilekat pada kenderaan mereka. Mereka ada duit belilah. Tak kira berapa harganya sekali pun...

Lagi pun duit hasil bidaan plak kenderaan akan masuk ke kantong JPJ yang akhirnya dimasukkan ke akaun Perbendaharaan Negara jugak. Duit itu pula (dicampur dengan lain-lain hasil mahsyur negara) akan digunakan untuk buat projek pembangunan untuk rakyat atau pun bayar gaji dan bonus kakitangan awam. Eh elaun Ahli Parlimen dan ADUN termasuk elaun Nizar pun duit dari Perbendaharaan Negara jugak tau. Dengan kata lain elaun wakil rakyat Nizar tu hasil duit rakyat jugak tau. Jadi, kalau dah makan duit rakyat janganlah makan elaun buta pulak.

Tapi orang Pas kata apa salahnya Nizar tegur Sultan Johor? Kata mereka sultan bukannya Tuhan yang tak boleh ditegur. Lagi pun teguran ke arah kebaikan. Okey bab ni aku setuju... Tapi cubalah korang tegur Nik Aziz. Aku percaya orang Pas akan melompat marahkan korang. Silap-silap korang pulak kena serang dik puak-puak mereka.

Begitulah bagi mereka. Sultan boleh ditegur sebab mereka tak takut sultan melainkan Allah, tapi pada masa yang sama mereka amat takut nak tegur Mursyidul Am mereka. Walaupun jelas-jelas Nik Aziz makin meraban dan melalut, mereka tetap pertahan apa sahaja yang keluar dari mulut Nik Aziz.

Balik bab plat kereta ni.Cuma aku tertanya-tanya, kalau WWW 1 dimiliki Sultan Johor, siapa pula yang membeli nombor WWW 2, WWW 3 atau WWW 8, WWW 88 dan lain-lain nombor cantik tu? Nizar tak mahu ambik tahu ke? Tak nak tanya berapa depa duk bayar nombor plat tu?

Hemm...

MTB: Siapa memiliki plat nombor BAB1?

16 June 2012

Statement from Maira Nazarbayev

"My husband and I are unaware of who is actually behind these absurd claims and accusations. This is a private family matter which has been manipulated and exploited by parties with political interests.

"These scandalous allegations are completely untrue and have been made without any substantiation whatsoever. This has caused our family unnecessary embarrassment. My husband Bolat and I remain committed to our children, and will resolve this matter privately. We are proud of all our children.
 

"I have a pre-planned family vacation in Europe over the next few weeks and will spend this quiet time with my family and loved ones.”  ~ Maira Nazarbayev

14 June 2012

EURO 2012: Ramai pemain Islam rupanya

Status agama penyerang Belanda, Robin Van Persie menjadi perdebatan selepas dia berkahwin dengan wanita Islam keturunan Maghribi.
Rupa-rupanya ramai pemain bola beragama Islam sedang menyumbang keringat untuk negara masing-masing pada kejohanan Piala Eropah (Euro 2012) yang sedang berlangsung di Poland dan Ukraine. Malahan ada kalangan mereka menjadi tonggak utama pasukan masing-masing.

Perancis paling ramai dibarisi pemain beragama Islam iaitu seramai lima orang (berdasarkan kajian akulah). Mereka ialah Samir Nasri, Karim Benzema, Frank Ribery, Hatem Ben Arfa dan Adil Rami. Nasri, Benzema dan Ribery adalah tonggak utama skuad Perancis pada Euro 2012. Wow...

Selain itu, pasukan Belanda pula mempunyai dua pemain beragama Islam iaitu Ibrahim Afellay dan Khalid Boulahrouz. Begitu juga dengan Jerman menerusi Mesut Ozil dan Sami Khedira. Khedira pernah mencetuskan kontroversi apabila bergambar separuh bogel bersama teman wanitanya, seorang model dalam sebuah majalah. Baca di sini!

Sementara itu, beberapa pemain lain turut didakwa beragama Islam tetapi tiada kenyataan mengesahkannya. Antaranya penyerang berbisa Sweden Zlatan Ibrahimovic. Bapa Ibrahimovic dikatakan beragama Islam (Bosnia) tetapi ibunya beragama Kristian Croatia. Dilaporkan pemain ini mengikut ibunya dalam soal beragama.

Paling mengejutkan, penyerang Belanda, Robin Van Persie juga didakwa beragama Islam. Bagaimanapun beliau pernah menafikan telah memeluk Islam walaupun berkahwin dengan seorang wanita Islam berketuruan Maghribi.

Mungkin ada lagi pemain beragama Islam dalam pasukan-pasukan yang bersaing di Euro 2012 yang tidak diketahui. Kalau korang ada maklumat lain, bolehlah berkongsi dengan aku kat sini. 

Orang Johor tanya... Siapa Salahuddin Ayub?

Orang Johor tak kenal pun Salahuddin Ayub... Kesian!
Kah.. kah.. kah...! Rupanya orang Johor ramai tak kenal dengan Salahuddin Ayub, calon yang dicanang oleh Pas sebagai calon MB Johor.

Ketika Salahuddin datang ke salah satu taman perumahan di JB untuk berceramah baru-baru ini, puak-puak depa duk ajak orang ramai datang dengar ceramah bakal MB Johor itu. Kata mereka rugi tak dengar ceramah Salahuddin sebab dia akan menjadi MB Johor selepas PRU-13 nanti.

Tapi orang taman itu bagi pukulan kat pencacai Pas. Mereka kata mereka tak kenal pun siapa Salahuddin ni? Doktor kah? lawyer ke? Atau ahli muzik? Keh keh keh... Maklum selama ini Salahuddin yang mengaku orang Pontian, Johor tapi tak pernah balik ke negerinya. Sekarang je baru rajin datang Johor. Sebab apa? Sebab nak menang pilihan raya dan jadi MB.

Hehe... Rupanya Salahuddin dan puak-puak Pas duk berangan-angan Mat Jenin dan mimpi di siang hari. Macam mana dia nak jadi MB sedangkan pembangkang nak menang kat Johor pun belum tentu lagi. Kalau takat menang 2-3 kerusi DUN dah bermimpi nak rampas negeri dan letak Salahuddin jadi MB ibarat "hidung tak mancung gigi tersorong-sorong".

Johor dah terkenal sebagai kubu kuat UMNO dan di kaki istana Johorlah tertubuhnya UMNO. Hai... takkanlah orang Johor senang senang nak kasi negeri itu diperintah pembangkang. Apa dah hilang akal ke orang Johor ni nak kasi Johor kat DAP dan ber-MB-kan Salahuddin a.k.a Din Pudu Raya ni? Selisih malaikat 44.

Pesan aku kat puak-puak Pas Johor. Jangan duk pasang angan-angan tinggi melangit sedangkan pucuk nibung pun tak dapat dicapai. Kesian kat penyokong korang kat Johor sebab berikan harapan menggunung sedangkan busut depan rumah pun tak dapat ditakluk.

Minta maaflah Pas... Jangankan nak takluk negeri Johor, nak menang satu kerusi di Johor pun dah kira mujur! Ukurlah baju di badan sendiri dulu ya?

Tangguh tunai haji... Lantak pilah!

Najib dan Rosmah tunai haji pun dijadikan bahan fitnah puak Pas.
Hehe... Heboh satu Malaya bila khabarnya Tuan Ibrahim Tuan Man cadangkan orang Pas tangguh naik haji tahun ni sebab nak hadapi pilihan raya. Tapi yang pelik kenapa puak-puak UMNO pulak yang duk susah hati bila Pas tak kasi orang mereka naik haji?

Bagi aku lantak diorang lah. Lagi pun orang Pas semua ahli syurga. Jadi pergi haji ke tak pergi ke, mereka akan tetap masuk syurga. Yang orang UMNO risau pasai apa?

Aku ingat Tabung Haji pun sokong cadangan ini sebab bila dah ramai orang Pas tolak pergi haji tahun ini, maknanya kuota kekosongan haji pun banyaklah. Maka akan ramailah mereka yang tak dapat pergi tahun ini, boleh pergi. Alhamdulillah...

Setakat larang orang mereka pergi haji bukanlah pelik sangat bagi puak-puak Pas ni. Lebih dahsyat dari itu pun depa pernah buat apa. Sembahyang dua imam, laki bini bercerai sebab berbeza fahaman politik, boikot sembahyang jenazah bukan ahli Pas dan mengkafirkan mereka yang tak sokong Pas pun pernah mereka buat. Apa masalah?

Tahun lepas bila Najib dan Rosmah pergi tunaikan fardhu haji, macam-macam fitnah dilempar puak-puak Pas. Ada yang kata haji PM dan isteri tak sah, ada kata Masjidil Haram ditutup sementara ketika mereka tawaf dan macam-macam fitnah lagi. Tapi bila heboh Nik Aziz ditaja tunai haji dengan pakej VVIP tak ada pulak puak-puak depa duk kecoh, malah dipertahankan lagi. Heee...

Aku ingat Anwar Ibrahim akan guna modal Tuan Ibrahim untuk elak tunai haji tahun ni. Maklum bila Najib pergi haji, ramai pulak yang cabar Anwar untuk ke tanah suci tetapi disambut dengan pelbagai alasan. Puak-puak depa siap mengaku Anwar dan pernah pergi haji, tapi sebarang bukti pun tak ada. Bak kata bekas orang kanan Anwar, mamat ini gila glamer. Kalau dia pergi haji sudah pasti segala gambar dan video dah disebarkan.


Kepada puak-puak UMNO yang duk melobi untuk dicalonkan pada PRU-13 ni, elok ramai-ramai pergi buat umrah. Berdoa depan Kaabah minta Allah tunaikan hajat mereka yang nak sangat jadi wakil rakyat. Bukankah meminta dari Allah itu lebih baik daripada melobi wang ringgit dengan manusia? Sebab yang tentukan mereka dicalonkan atau tidak adalah atas kehendak Allah.

Betul tak?

Pssttt... Imam besar Masjidil Haram Sheikh Abdul Rahman khabarnya pernah menderma sejumlah wangnya untuk Anwar Ibrahim. Betul ke?

10 June 2012

Harussani patut ikut nasihat Nik Aziz


Nik Aziz nasihatkan Mufti Perak, Harussani Zakaria supaya jangan ikut campur dalam politik sebab dia tak tahu apa-apa tentang dunia politik. Memang betul pun. Harussani tak patut kotorkan tangannya dengan politik. Biarlah orang politik macam Nik Aziz saja bergelumang dengan najis politik.

Harussani patut jangan campur tangan bab-bab politik walaupun Hadi Awang pernah keluar fatwa haram bagi sesiapa yang asingkan politik dan agama (agama suku, politik suku). Sebabnya tengoklah Nik Aziz. Gara-gara bergelumang dengan politik, dirinya semakin kotor, jijik di sebalik serban dan jubah.

Benar... Harussani bodoh dalam bab politik berbanding Nik Aziz yang sudah lebih 30 tahun jadi MB Kelantan dan akan terus jadi MB sampai dia mampu menongkat langit. Sebabnya dia orang politik jadi kenalah berperangai macam orang politik. Harussani orang agama, mufti jadi eloklah dia kekal sebagai orang yang berperangai macam orang beragama. Jadi memang patutlah Harussani ikut pesan Tok Guru... jangan berpolitik.

Nik Aziz tak apa sebab dia orang politik. Orang politik bercakap pasal agama, meletakkan hukum-hakam agama, menafsirkan al-Quran dan hadis bersasarkan kepolitikannya. Harussani memang bodoh bab-bab ini.

Tak macam Nik Aziz atau Hadi Awang. Maknanya apa yang keluar dari mulut Nik Aziz selama ini adalah percakapan orang politik bukan orang bijak agama. Walharammu, walhalalku...  Haram bagi mu, halal bagi ku. Itulah orang politik.

Tak sama macam Harussani yang berpegang pada haram tetap haram... tak kira dari parti mana sekali pun mereka. Jadi tak patutlah Harussani pun ikut berpolitik.

Ingat tu Harussani...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...