30 July 2012

Lajim Ukin bakal CM Sabah? (Update!)

Bakal Ketua Menteri Sabah?
TERKINI:
DS Lajim Ukin tidak lagi menjawat jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selepas dia jawatannya itu dibatalkan dengan perkenan YDP Agong.

Hemmm... Lajim terkedu sebab dia mengharapkan Najib umum pemecatannya tetapi PM buat keputusan lebih berhemah dengan mendapatkan perkenan Agong. Maknanya, bukan PM yang pecat Lajim sebagai Timbalan Menteri, tapi Agong yang batalkan jawatannya itu.... Bijak sungguh Najib! Hee...

POS ASAL:
Lajim Ukin bakal ditabal sebagai Ketua Menteri Sabah andai pakatan pembangkang merampas negeri itu daripada BN pada PRU-13 nanti. Kalau bukan dijanjikan jawatan itu, masakan Lajim tergamak meninggalkan UMNO dan menyertai team Anwar?

Anwar yang pada 2008 berjanji kepada penyokongnya bahawa mereka akan mengambil alih pemerintahan negara pada 16 September dengan dakwaan lebih 30 Ahli Parlimen BN akan "melompat parti" dan menyertai mereka. Itulah janji agung (meminjam kata-kata Zul Nordin) Anwar.

Jadi aku tak hairan kalau pemimpin UMNO yang berpaling tadah dan menyertai pembangkang telah dijanjikan dengan pelbagai jawatan dan habuan di samping kecewa sebab tidak memperoleh apa yang mereka inginkan.

Dan tidak mustahil Lajim, Wilfred Bumburing adalah antara 30 Ahli Parlimen BN yang menyatakan komitmen mereka untuk menyertai kerajaan Anwar pada 2008 lalu dan hari ini mereka mengotakan janji mereka selepas membayangkan kerusi empuk yang bakal mereka duduki (jika menang laaa)

Tapi aku nasihatkan kepada semua pemimpin UMNO/BN yang "lari ke kem Anwar" supaya bertanya kepada rakan-rakan Anwar yang telah meninggalkan Ketua Pembangkang itu sama ada apa yang dijanjikan Anwar itu benar atau sebaliknya.

Tanya sama Ezam Mohd Noor... Apa yang dia peroleh selama menjadi orang kanan Anwar sehingga sanggup sama-sama ditahan di Kamunting, tetapi akhirnya dilupakan begitu sahaja demi "madunya" Azmin Ali. Tanya juga sama lain-lain kawan baik Anwar yang sama-sama berreformasi dahulu

Bukan apa, aku kesihan melihat mereka yang meninggalkan perjuangan UMNO/BN semata-mata nak kejar jawatan dan habuan yang dijanjikan Anwar, kelak akhirnya hanya sekadar mengigit jari.

Semalam dalam satu ceramah di rumahnya di Beaufort, Lajim duk hentam BN sebab katanya BN mengabaikan pembangunan rakyat Sabah, khususnya di Parlimen Beaufort. Wakakaka... Aku nak gelak! Kalau BN gagal membangunkan Beaufort tu bukan salah BN-lah, tetapi salahkan Ahli Parlimennya yang tak peduli nasib rakyat kawasannya.

20 tahun jadi Ahli Parlimen Beaufort sampai jalan raya pun tak boleh nak bawak ke kawasannya, jadah apanya jadi Ahli Parlimen. Siapa Ahli Parlimen Beaufort tu? Oh... Lajim Ukin!

Wakakaka... Macam ludah ke langit tapi jatuh kat muka sendiri! Kesiannnn....

26 July 2012

Maaf Suara Keadilan! Komuter perlu cermin belakang, bukan cermin sisi

Inilah akhbar yang dianggap paling benar, tepat dan telus berbanding Utusan Malaysia ni? Gua salut...
Salut kat lidah rasmi PKR, Suara Keadilan yang memapar isu PALING PENTING dalam sejarah bangsa, iaitu masalah komuter yang tiada cermin sisi sehingga menyusahkan hidup rakyat. Aku salut sebab aku yakin hampir semua media bahkan penumpang yang naik komuter hari-hari pun tidak akan peduli pun sama ada komuter ada cermin sisi atau tidak, tetapi Suara Keadilan begitu prihatin.

Tahniah! Siapa ketua pengarang Suara Keadilan tolong angkat tangan? Heee...

Untuk pengetahuan wartawan yang buar cerita, editor yang menyunting berita dan ketua pengarang yang bertanggungjawab terhadap semua laporan Suara Keadilan, meh sini aku nak maklumkan bahawa komuter tidak memerlukan cermin sisi sebab kalau setakat cermin sebesar tapak tangan, kemudian nak tengok orang naik nun di gerabak belakang, agak-agak nampak tak?

Tapi yang pasti aku nak bagi tahu, komuter memerlukan cermin belakang. Kenapa perlu cermin belakang? Sebab ada orang suka sondol bahagian belakang.... Jadi, bukankah keselamatan bahagian belakang lebih penting daripada bahagian sisi?

Hemmm....

25 July 2012

Heboh bila ulama UMNO disolek... (Update!)

TERKINI: 

Terkini... Ostat Fathul Bari minta maaf berhubung isu solek masa debat manakala Ostat Nasrudin mohon isu solek tidak diperbesarkan. Cerita lanjut boleh baca di sini...

POS ASAL:
Fathul Bari dikasi bedak alas sebelum debat pun nak jadikan isu.... Haishh!!
Hilang cerita perdebatan antara Ostaz Nasruddin Hassan Ketua Dewan Pemuda Pas dengan ulama muda UMNO, Fathul Bari tentang isu hudud kini tersebar pula cerita belakang pentas sebelum debat itu berlangsung. Puak-puak Pas duk hentam kaw-kaw Fathul Bari sebab "rela" disolek oleh seorang wanita sebelum berlangsung perdebatan tersebut.

Puak-puak Pas (seperti biasa, orang lain buat haram depa buat halal) duk kata Fathul Bari, anak bekas Mufti Perlis itu melanggar hukum Allah kerana bersolek yang katanya haram bagi seorang lelaki itu bersolek. Tambahan pula disolek oleh seorang perempuan. Heee...

Aku tak mahu sentuh pasal hukum kat sini. Cuma aku nak bagi tahu kepada mereka yang tidak tahu bahawa mekap yang dikenakan kepada Fathul Bari itu bukan mekap untuk menampakkan kecantikan seperti seorang wanita. Bukan taruk lipstik atau eye shadow atau blussher pun. Tetapi mekap yang dikenakan itu adalah taruk bedak alas sahaja untuk tidak menampakkan muka yang berminyak dan berkilat semasa siaran langsung di TV.

Pengalaman aku "masuk TV", semua mereka yang nak masuk TV kena taruk bedak alas bagi memastikan bila keluar TV tak adalah muka macam lopak minyak, berminyak dan bertompok-tompok sana-sini. Maklum pancaran lampu kamera tu bukannya sejuk dingin, tapi panas. Jadi kalau panas, sudah pasti akan keluarlah minyak-minyak kat muka tu. Aku yakin dan percaya, Ostat Nasrudin pun dikenakan bedak alas serupa yang dikenakan pada Fathul atas alasan yang sama. Tak caya tanyalah Ostat Nasrudin (bulan puasa tak boleh berbohong Ostat! ).

Kalau nak tanya kenapa perempuan? Habis tu kan kalau lelaki jadi jurumekap kan lain pulak ceritanya nanti... Lagipun perempuan yang mekap tu tak sentuh pun sebarang kulit muka kalau dia taruk bedak tu. Cuma kasi span dan berus. Tak pasti pulak aku kalau perempuan tolong kasik bedak kat muka tanpa tersentuh akan dianggap dosa juga. Hemm...

(Nota kenyataan Fathul Bari soal mekap oleh perempuan):

Mungkin ada yang beralasan, "tidak mengapa jika tidak menyentuh kulit", tetapi Islam memerintahkan umatnya menjaga mata pandangan. Sabda Nabi SAW: "mata juga berzina". Melihat aurat wanita adalah sesuatu yang dilarang. Bahkan melihat wanita tanpa keperluan pun kita diperintah oleh Nabi SAW agar bersegera melarikan pandangan.  (Kenyataan Fathul Bari dipetik dari blog MIM)


Masya-Allah... Terima kasih ustaz...!

Jadi kepada puak-puak sebelah sana, bulan puasa yang penuh berkat ni tak usahkan duk cari keburukan orang untuk dijaja. Bukankah lebih baik menjaga keaiban sendiri. Bak kata orang, sekali kita burukkan orang, berpuluh-puluh kali orang akan memburukkan kita...

Haishhh... Mintak dijauhi Allah!

KEJAM... Najib kasi setengah bulan bonus!

Kejam... Najib umum pemberian bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam. Mereka yang bergaji di bawah RM1,000 akan memperoleh RM500. Yang lagi kejam, kakitangan kerajaan yang dah bersara pun diberi bayaran khas RM500. Apa punya kerajaanlah ini...!!

Kawan aku yang bertahun-tahun belajar dan bekerja kat Indon bagitahu sepanjang dia kat sana tak pernah dengar Presiden Indonesia umum pemberian bonus kepada kakitangan awam mereka. Mulia sungguh... Tak macam Najib! Tak habis-habis menyusahkan rakyat...! Heee

Alahai Najib! RM500 saja ke (kata orang yang tak sedar dik untung!).

Psstt... Esok puak-puak pakatan haram zadah akan umum... KALAU PAKATAN MENANG PRU-13 HARI INI, ESOK SEMUA KAKITANGAN AWAM DAPAT BONUS 10,000... (point Bonus Link saja... hehe)

23 July 2012

Betul ke Abby kahwin YB Pas?

Khabarnya disela-sela orang kat Kelantan duk sibuk berbuka puasa atau tunggu masuk waktu untuk berterawih, heboh perihal Abby Abadi yang kini mengesahkan dirinya Ahli Pas Seumur Hidup sudah berkahwin dengan seorang ADUN Pas di negeri itu.

ADUN yang dimaksudkan itu bukan calang-calang orang melainkan bekas ketua dewan Pemuda Pas Kelantan dan juga seorang timbalan speaker. Orangnya masih muda dan wajahnya memang tipikal lelaki idaman Abby.

Maklum sejak Norman sambar anak dara Memey Suhaiza, Abby sebelum ini pernah dikatakan ada hubungan dengan lelaki lebih muda usianya. Kata banyak majalah hiburan, Abby nak "balas dendam" kat Norman... Kalau Norman boleh dapat perempuan muda macam Memey, dia pun boleh sambar lelaki muda dan kacak macam Zul.

Ehemm... Perihal Abby dan ADUN ini, kalau betul mereka sudah berkahwin... Wow! Pasti Norman akan naik jeles. Apa tidaknya, dia ambil generasi kedua peneroka (Memey), Abby sambar wakil rakyat...! Weihhh... Aku tak pasti sama ada Abby jadi isteri pertama atau kedua. Tapi yang pasti kalau Abby pilih ADUN ini, memang sesuailah sangat. Sama-sama cocok, bilang bibik aku! Heee...

Betul tak betul cerita ni, kita sama-sama tunggu kenyataan dari pihak Abby atau ADUN berkenaan. Maklum bulan puasa macam sekarang ni tak elok buat fitnah. Tapi kalau mereka berdua memang sudah berkahwin, apa salahnya. Abby pun sudah lepas edah... Tak gitu Abby?

Rakan blogger Panglima Perang ada cerita mengenainya...!

20 July 2012

Apa pelik artis masuk politik?

Tak pelik pun.

Ada puak Pas sakit hati bila Zed Zaidi, Awie, Adam AF join UMNO....!
Ramai dah artis dalam dunia yang menceburi bidang politik. Malah ada yang sampai jadi Presiden macam Ronald Reagen atau jadi Gabenor macam Arnold Swazerganer (memang susah nak eja!). Di India, pelakon veterannya Rekha pun masuk politik. Di Indonesia, ada artis yang bertanding dalam pilihan raya negara itu. TS Jins Shamsuddin salah seorang pengasas Kelab UMNO London dan pernah dilantik sebagai Senator.

Jadi apa peliknya?

Artis masuk politik memang tak pelik. Apa yang pelik ialah artis yang masuk Pas! Mereka memberi alasan masuk Pas untuk mendalami ilmu agama Islam, nak jadi orang lebih beriman selepas bergelumang dengan noda dan dosa sepanjang jadi artis.  Ibarat seorang kawan aku yang penyokong tegar Pas kata, "depa ni masuk Pas macam baru masuk Islam". Heee....

Yang pelik lagi, baru lepas serah borang keahlian atau dipanggil untuk memberi ceramah "motivasi" sekali dua kat pentas-pentas ceramah politik, mereka dah mula tunjukkan riak dan takabur, tuduh kawan-kawan artis lain tak Islamik, kotor, menjijikkan walaupun depa sendiri masih berstatus artis, jauh sekali nak bergelar ulama. Maklum perangai orang Pas ni, siapa yang pakai serban, jubah, bagi ceramah cepat-cepat depa label sebagai ustaz walaupun baca al-Fatihah pun belum sempurna.

Setakat ini empat artis disahkan sudah menyertai Pas - Bob Lokman, Aisyah, Abby Abadi dan terbaru Hairie Othman. Ada lagi beberapa artis yang dikatakan menyertai Pas macam Sham Kamikaze, Zahid AF, Akl Hayy dan Waheeda, Azmil Mustapa, Ringgo Arrow.

Setakat ini belum ada artis Melayu yang sertai DAP. Kalau ada pasti Lim Guan Eng dan Kapal Singh melompat keseronokan. Bukan sebab depa nak calonkan artis-artis Melayu ni PRU-13 nanti, tapi seronok tengok lebih ramai Melayu yang berjaya ditarbiah sehingga nak join parti cauvanis itu.  Hehe...

Opss...! Khabarnya ada artis yang dapat habuan RM20,000 setiap kali ceramah? Wow... Ini macam lebih baik jadi penceramah Pas daripada jadi artis yang asyik kena kencing dik promoter.

Puasa... Boleh ke pak-pak ostat jaga mulut?

Esok seluruh umat Islam di Malaysia akan berpuasa. Tak kiralah mereka tu orang Pas, orang UMNO, orang PKR, mualaf DAP, MIC, MCA atau Gerakan sekali pun. Asalkan mereka orang Islam maka taat bagi mereka untuk berpuasa. Jangan pula ada ulama selipar kata puasa orang Pas lain, orang UMNO lain sebab kerana UMNO parti "kebangsaan" berbanding Pas, parti "Isle". Berpuasa bukan setakat tidak makan dan minum di siang hari, tapi juga menjaga perlakuan, mulut, mata dan telinga. Mulut tidak berkata-kata yang buruk dan keji, fitnah dan hasutan, mata pula tidak melihat perkara-perkara maksiat dan telingan pula tidak mendengar perkara-perkara yang mendatangkan dosa. Itu bukan aku kata, tapi dalam Quran dan Hadis banyak menyebutnya. Lalu aku tertanya-tanya juga, sepanjang bulan puasa ini ramai ostat-ostat termasuk kalangan artis yang baru kenal sejadah duk susun jadual ceramah sekeliling negara. Tapi bolehkah mulut mereka tidak menyampaikan hal-hal berbau fitnah, fakta tidak jelas, persepsi dalam ceramah-ceramah mereka. Yelah... Selama ini mereka selalu duk pulun fitnah dan mengata orang itu ini yang tidak sehaluan parti politik dengan mereka. Baru baca ayat Quran atau Hadis sepatah, tu diaaa berjela-jela depa duk hurai ayat dan kenen-kenen kerajaan yang konon tidak amal ajaran Islam, tidak berjuang untuk Islam, penuh dengan rasuah, bla bla bla... walhal ayat yang depa duk baca tak ada kaitan pun dengan apa yang dia hurai. Oleh sebab dalam ceramah agama tak ada sesi soal jawab, maka sedaplah depa duk hentam. Jadi sempena bulan Ramadan bermula esok (sebetulnya bila masuk Maghrib petang ini), eloklah kita semua pakat muhasabah diri, termasuk pak-pak ostat. Janganlah mulut masing-masing. Dan aku juga Insya-Allah hanya menyampaikan perkara yang baik-baik saja.... Salam Ramadan Al-Mubaraq

17 July 2012

Anwar meliwat lagi??? OH TIDAAAKKKK..........

Tak mungkin... tak mungkin....
Tak mungkin Anwar meliwat lagi ... tidakk... tidaaakkkkk
Jangan kau sebut pasal liwat sebab Anwar tak akan meliwat... tidakkkk... tidaakkkkk
Itu semua konspirasi jahat Papa Gomo ... tidaaakkkk...
Anwar bagai Imam Mahadi... tak mungkin dia meliwat... tidakkkk...
Yang meliwat itu bukan Anwar bukannn... tapi mirip Anwar... tidaaakkk...
Papa Gomo jahat... papa jahat!!


Betul ke ni? betul ke ni??? Habak mai sini tengok??

16 July 2012

Gagal urus sampah... Kerajaan Selangor nak urus air pula

Apa? Kerajaan Selangor nak ambil alih pengurusan Syabas? Wakakaka.... Oik Khalid Gagap... Tok sah beranganlah! Hang nak urus sampah pun tak lepas ada hati nak urus air pulak.

Weih... Syabas dah mula uruskan air di Lembah Klang sejak 1996 tak ada masalah pun. Tapi sejak hang jadi MB dan puak-puak pakatan perintah Selangor, masalah air mula meruncing. Sebabnya hang duk sibuk mempolitikkan isu air sampaikan kerajaan Pusat nak bina empangan baru Langat 2 dah tak boleh.

Bukankah Syabas dah cakap Lembah Klang bakal hadapi krisis air menjelang 2014 kalau tak ditangani dengan segera. Langkah diambil bina empangan baru Langat 2 dan Pahang sedia bantu supply air ke Selangor. Tapi sejak hang duk perintah Selangor, hang stop semua projek tu konon sebab Selangor nak bagi air free kat rakyat. Itulah yang hang duk jaja setiap hari kat rakyat. Tapi hang tak jenguk pun keadaan empangan kat Selangor yang makin surut... Ada kau peduli?

Deiii... Hang ingat kerajaan Selangor bagi air free untuk 10 liter padu setiap isi rumah tu kira besar ke? Jangan duk fikir lepas ni hang nak bagi bekalan air free kepada semua rakyatlah weih sedangkan rakyat tahu hak duk pelawak saja. Hang saja nak politikkan isu air.

Sebab apa hang nak sangat ambil alih Syabas? Nun taukeh-taukeh Cina DAP duk tunggu masa nak rampas perniagaan orang Melayu. Biasalah mana depa senang hati bila Syabas diurus oleh Melayu. Depa akan cari salah. Kalau tak ada salah pun, depa fitnah apa saja asalkan depa dapat ambil alih Syabas.

Weih... Khalid. Sudah-sudahlah. Sebelum ni hang batal pengurusan sampah oleh Alam Flora konon nak urus sendiri sampah. Apa tujuannya? Tujuan utama supaya kompeni Alam Flora milik orang Melayu mampos kan? Lepas tu kerja-kerja urus sampah diurus sendiri kerajaan negeri tapi yang membolot bisnes ni semua ahli-ahli Majlis dan wakil rakyat depa, mostly kalangan puak-puak DAP. Siapa Exco urus kerajaan tempatan? Oh Ronnie Liu.

Lepas tu sampah sarap tak diangkut sampai berminggu-minggu. Lebih cekap lah konon berbanding Alam Flora. Sekarang ada hati nak urus Syabas pulak... Haiiikkkk ptuiiihhh...!!

15 July 2012

HOT: Julia Perez, Dewi Persik bertumbuk sehingga nampak dot dot dot....

Inilah jadinya apabila dua artis seksi Indonesia, Julia Perez dan Dewi Persik bertumbuk di lokasi pengambaran. Sudahlah pakai terbelah sampai pangkal paha, dengan baju pun sangat minimum (layak dipanggil bra) lepas tu bergasak bagai tak hingat sampai menampakkan apa yang tak patut ditayang...

Hehe.. yang kenyang si polan yang merakamkan adegan tersebut, krew-krew yang kebetulan berada di tempat kejadian. Huhu...

Difahamkan kejadian berlaku ketika mereka sama-sama mengadakan shooting filem Arwah Goyang Karawang. Hehe... Memang betul-betul goyang neng!

Aduh Indonesia bisa-bisa aja....

Kenapa veteran UMNO ni tak yakin?

Terkejut aku bila seorang veteran UMNO di KL ini tidak yakin kawasan Parlimen beliau mampu menang PRU-13. Mana tidaknya, cara ucapannya jelas beliau sangat pesimis. Begitu juga apabila ditanya mengenai Parlimen Gombak, dengan pantas dia cakap "memang tak ada harapan."

Persoalannya, kenapa beliau bersikap sedemikian? Apakah kerana kepimpinan beliau di peringkat bahagian sudah "tidak laku" dan peluang beliau untuk dicalonkan semula di Parlimen yang pernah beliau duduki itu tiada harapan maka beliau bersikap pesimis sedemikian.

Seharusnya sebagai seorang yang pernah menduduki Kabinet kerajaan, AMT dalam UMNO dan ketua bahagian selama bertahun-tahun, beliau perlu mempunyai sikap optimis bagi menghadapi PRU-13 akan datang. Optimis di sini bukan bermaksud over confident. Kita juga tidak mahu BN terlalu yakin menang tetapi sekurang-kurangnya apabila ditanya macam mana peluang, beliau seharusnya menjawab "Insya-Allah... Kalau kena calonnya, usaha lebih gigih tanpa henti, tidak mustahil boleh menang." Tapi kalau awal-awal lagi kata tak ada harapan... memang mematikan langsung semangat!

Dengan semangat "lembek" sebelum berjuang macam ni mana UMNO/BN nak menang? UMNO sepatutnya mencontohi sikap pembangkang yang berterus-terusan menyatakan keyakinan mereka untuk merampas Putrajaya walaupun kita tahu ia umpama angan-angan Mat Jenin tetapi dengan keyakinan itu, orang mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk mengiyakannya.

Entahlah... berapa ramai orang UMNO, bekas-bekas ketua bahagian, bekas-bekas Ahli Parlimen, ADUN yang bersikap seperti veteran tadi. Lojiklah kalau ada veteran UMNO yang berpaling tadah melompat menyertai pembangkang termasuk DAP. Kalau bukan kerana mahu mencari padang rumput yang lebih hijau mereka mungkin kecewa kerana tidak memperoleh sesuatu yang diinginkan.

Itulah semangat orang UMNO...!! Hemmm.....

14 July 2012

Selamat pengantin baru Datuk Non!

Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman atau lebih dikenali sebagai Tok Non akhirnya menamatkan zaman dudanya dengan memilih pemenang Gadis Melayu musim kedua, Fiqa sebagai suri hidupnya.

Majlis akad nikah Tok Non, 52 dan Fiqa atau nama sebenarnya Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23 berlangsung di kediaman Tok Non di Nibong Tebal manakala hari ini berlangsung majlis resepsi pasangan tersebut.

Tok Non menduda sejak kematian isterinya, Datin Shazarina pada Disember 2010 akibat barah hati.

Selamat pengantin baru Tok Non dan Datin Fiqa. Harap-harap tahun ini dapat kad ucapan raya daripada Tok Non dengan gambar keluarga Tok Non bersama orang baru.
Fiqa selepas dinobat pemenang Gadis Melayu II.

Tahniah Datuk!

13 July 2012

Respek budak ni belasah Anwar kaw-kaw kat depan muka...

F*ck U Anwar.....!
Wakakaka... Terguling-guling aku baca blog Anwar Ibrahim lepas Jumaat ni. Apa tidaknya tetiba ada satu anak muda ni ludah Anwar kaw-kaw depan muka kat blog Anwar. Wakakaka... Dalam entri "Tiada PM tolak debat selain Najib" komen anak muda ini membuatkan budak suruhan Anwar terkedu tak bleh nak jawab, nak spin. Kejap lagi delete lah komen tu!

Muahahaha... Selama ini Anwar dan juak-juak PKR duk pukul canang kata anak muda semakin menyokong mereka lebih-lebih lagi sejak mereka duk perjuang nak hapuskan PTPTN. Anak muda semakin tinggalkan UMNO dan BN... yang ini anak muda mana ni? Tetiba belasah Anwar dalam rumah dia sendiri. Wahahaha...

Tulah... lain kali nak belasah orang cermin diri dulu. Anwar duk kata Najib takut berdebat tapi dia sendiri takut nak berdepan dengan Ummi Hafilda, apa lagi nak berdebat. Wahahaha... Anwar ... Anwar... Bersaralah weih! Ajak anak bini bersara sekali.

 
Tahniah Mohd Izwan Abu Bakar. Lu memang terbaik! Puak-puak Pemuda UMNO pun tak berani nak belasah Anwar macam kau! Muahahaha... Blogger upahan lagilah! Balik-balik duk taruk gambar separuh bogel kat blog, lepas tu cut and paste entri orang... Cukup bulan terima habuan!



Petunjuk dekat nak pilihan raya...

Dolu-dolu pembangkang selalu duk kutuk gomen... depa kata kalau nampak banyak lori JKR duk tar jalan kat kampung-kampung itu maknanya pilihan raya dah dekatlah tuuu. Mereka duk perli kata kalau tak ada pilihan raya payah nak tengok jalan kena turap. Tapi dekat pilihan raya, semua jalan dah tak berlobang-lobang lagi... semua nampak hitam... tadak putih-putih dah!

Tapi la ni depa duk perintah beberapa negeri,,, MMmmphhh! Sama saja nooo... Depa pun duk buat jalan gak time time dekat pilihan raya. Walhal sebelum ni bila pi komen kat wakil rakyat depa, depa duk pakat suruh pi komen kat Majlis Perbandaran nun... depa duk kata bukan kerja depa duk tar jalan berlobang!

Dah tar jalan siap duk pasang banner lagi bagi tau jalan ni depa yang duk tar bukan orang lain. Ishhh... maluno! Buat kerja sikit sembang dok lebih. Tapi nak tanya Jenice Lee, takan tar jalan taman-taman majoriti Cina saja. Hak yang majoriti Melayu tak mau tar jugak ke?

Ish... takan pilih bulu kot?

12 July 2012

Seorang MB dianggap paling tak guna apabila....

Seorang pemimpin negara yang paling tidak berguna ialah apabila dia tidak tahu apa-apa pun yang berlaku dalam negara mereka, seorang bapa yang paling tak guna bila dia tak tahu apa-apa perihal perlakuan anak-anaknya, seorang bos yang paling tak guna apabila dia tak tahu apa-apa pasal kerjanya, kata seorang kawan membebel ketika aku tumpang keretanya nak pergi pekena roti canai dan teh tarik pagi tadi.

Apa kecoh-kecoh pagi-pagi ni yeop?

Dia kata ada seorang Menteri Besar yang paling tak guna di dunia sebab dia tak tahu apa-apa pun yang berlaku dalam negerinya. MB yang jenis bila ditanya semua tak tahu. Tanya pasal skandal dinar dan dirham dia kata tak tahu, tanya pasal lombong emas haram dia pun tak tahu. Tanya pasal kedai arak depan pejabatnya dia tak tahu, tanya pasal kegiatan pelacuran dekat-dekat pejabatnya pun dia tak tahu.

Habis apa yang dia tahu?

Dia cuma tahu mengkafirkan orang, membodohkan orang, mempelawakkan orang dengan ayat-ayat al-Quran dan Hadis, memecahbelahkan umat Islam. Dia cuma tahu nak menang pilihan raya dan nak jadi MB sampai mati. Sekarang dia cuma tahu nak rampas Putrajaya. Itulah MB paling tak guna. Gerutu kawan aku...

Aku nasihatkan dia jangan cakap macam tu kat MB paling suci dan bermutu kat dalam dunia ni. Mana ada MB yang boleh menjanjikan pahala dan dosa kepada pengundinya melainkan MB yang satu itu. Kau tanyalah Mohd Mursi yang menang pilihan raya Presiden Mesir... pun tak ada tawarkan pahala kepada pengundinya tau! Kau ni nak kena doa pecah perut ke apa?

Dah memang dia tak tahu nak buat macam mana? Takkan kau nak ketuk kepalanya? Orang negerinya tak marah kau pulak yang marah-marah apahal? Orang negeri sana tak penting MB dia tu berguna ke tak ada guna, bodoh pian ke apa... asalkan boleh menjanjikan syurga.

Itu pasal sekarang artis-artis yang sebelum ini bergelumang dengan dosa maksiat pergi cium tanya MB ni untuk cuci dosa-dosanya. Lepas tu buatlah kerja kebajikan sikit. Tolong kutip derma masa ceramah atau kalau janda-janda lawa dan masih bergetah boleh naik atas pentas duk berceramah. Mana tau kut-kut bertemu jodoh dengan pak-pak ostat. MB lain ada?

Alamak! Mampos aku... Lepas ni blog aku kena sambar petir sebab kutuk MB itu... Heeee...

10 July 2012

Rambo "Khalil" sakit mental... Tiada motif politik? (Update)

TERKINI: 
Ketua Polis Kuala Lumpur turut sahkan lelaki dan wanita yang amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya itu menghadapi masalah mental akibat mengamal ajaran sesat dan tiada sebarang unsur politik.

 POS ASAL:
Gaya "John Rambo" (kiri) dan Rambo Malaya...
Sejak tercetus kejadian amuk oleh seorang lelaki dan seorang wanita di pekarangan JPM di Putrajaya semalam, rakan-rakan blog prokerajaan terus menerus mengaitkan lelaki itu, Khalil Afandi Hamid yang aku gelar "Rambo Malaya" dengan parti pembangkang terutama Pas.

Tapi bila aku baca luahan-luahan hati Rambo Malaya ini dalam blognya, lelaki ini tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana parti politik. Kalau korang baca tulisannya, Nik Aziz dihentamnya, sultan dibelasah, Najib pun dijentik apa lagi pihak berkuasa dianjingkannya. Tapi satu saja pemimpin yang dia puji... Tun Dr. Mahathir.

Namun secara keseluruhan aku boleh merasai ada sesuatu yang memberontak di dalam dirinya. Bacalah kesemua 17 entri yang ditulis dari 4 Jun sehingga 30 Jun dan baca juga komen-komennya dalam entri tersebut. Sebahagian besar adalah luahan perasaannya tentang Islam, tentang kehidupan dan orang paling rapat dengannya serta menjadi tempat dia meluahkan perasaan itu ialah Dhada. Siapa Dhada?

Aku pasti Dhada itulah Muhdalina Ahmad, wanita yang menemaninya menceroboh dan mengamuk di perkarangan JPM semalam. Daripada komen-komen yang bersahutan antara Jaya Negara dan Gila Manusia dan daripada entri-entri itu aku mengagak Rambo ini sebenarnya "sesat ketika mencari Imam Mahadi dan Allah" sehingga mendorong mereka bertindak sedemikian.

Aku tak boleh nak ulas satu persatu daripada apa yang ditulis oleh Khalil dalam blog tersebut tapi antara intipati menarik bahawa beliau merupakan bekas pelajar MRSM dan pegangan Islamnya agak bertentangan sehingga dia dimarahi dan disisih oleh keluarga, terutama kakaknya.

Antara tulisan yang menyebut tentang pencarian Imam Mahadi:
Dhada, faham ayat ini sungguh2 dan jangn tanya lagi isu Imam Madhi. Umur ku didunia ini ditentukan dgn munculnya Imam Mahdi kamu. Sebab itu aku akan gagal semua usaha untuk membawa Imam Mahdi kepada manusia.
Ingat tidak aku katakan baru2 ini aku ke Madinah ada tugas. Aku gagalkan usaha membawa Imam Mahdi kepada kamu. Aku belum mahu mati. Aku terlalu sayangkan Isteri dan anak-anak ku.FAHAM KAN.
Tdak kah kamu sayang kepada aku dhada. Mahukah kamu kehilangan aku jika sekadar mahukan Imam Mahdi. Jwap soalan aku ini. Berapa banyak airmata isteri dan anak ku akan gugur nanti. ~
Komen entri "Kita Sedang Diuji... Oleh Siapa?"
Kisah zaman kanak-kanaknya ditulis sebegini:
Dhada yang budiman, kamu tau tidak.... manusia memukul aku semaunya dia mahu aku mengaku sesuatu yang aku tidak buat. Gila apa manusia ini....aku cuma budak 6.
Aku sanggup hancur luluh jasad aku..... tapi tidak JIWA ku. Dikala itu aku tahu ada tempat mengadu tapi siapa. Hidup kanak-kanakku penuh keajaiban dan aku begitu halus tentang berperasaan. Zaman kanak-kanak kuhabiskan semua ilmu tentang kemanusian. Aku lulus semua ujian dengan cemerlang.
Aku dihantar ke MRSM oleh Allah Tuhanku. Dikala itu cuma ada 5 MRSM. Belum pernah dibuat selamana ini tiada pengambilan pelajar perempuan tapi 1978 ia berlaku demi cuma aku. Itu yang pertama dan terakhir... MARA mengakui ia satu kesilapan. MARA terdesak pada ketika itu.
Kini baru ku tahu Allah Tuhanku yang mendesak MARA tanpa mara sedari. Kenapa nanti aku ceritakan rahsianya. ~
Komen entri "Feme Coffin... Rahsia Sulit Bukan Rahsia Lagi"
Jadi inilah sebahagian yang boleh aku kupas dari blog Jaya Negara memandangkan aku tak punya banyak masa untuk ulas satu persatu. Tapi dari segala entri dan komen Khalil dalam blog ini, aku membuat kesimpulan Rambo Malaya yang mengamuk di pekarangan JPM semalam TIADA KAITAN dengan mana-mana parti politik, tidak dipengaruhi oleh mana-mana pemimpin politik tetapi dilakukan kerana DESAKAN DALAMAN dirinya untuk mengubah dunia dan kehidupannya.
Pastinya nanti Islam akan memerangi aku seperti kakak-kakak ku dulu. Mengutuk dan mengejek aku.
Cuma bezanya kali ini aku tidak bersendirian. Aku ada Ali Osman, Hambali dan kamu Dhada.
Pastinya kini sudah ku tahu siapa aku. Bersedialah Kita akan menawan Dunia.. ~
Komen entri "Feme Coffin... Rahsia Sulit Bukan Rahsia Lagi"

Cerita pasal Rani Mukerjee dan Rani Osman

Ni Rani Mukerjee bukan Rani Osman...
Aku terbaca cerita pasal heroin Hindustan, Rani Mukerjee kat Utusan pagi ini (page Luar Negara) yang terkenal dengan sikap suka berahsia tentang kisah cintanya. Tapi akhirnya terkantoi apabila dia dilihat sedang menikmati makan malam penuh romantik bersama pengarah Bollywood terkenal, Aditya Copra di sebuah restoran mewah baru-baru ini.

Dilaporkan beliau akan berkahwin dengan pengarah tersebut yang juga seorang duda tidak lama lagi. Maknanya kalau berahsia sekali pun akan terkantoi juga bak kata pepatah buah durian walaupun ditutup bawah guni akan berbau juga he..he...

Itu kisah di Bollywood sana nun...! Tapi di Selangor lain pulak ceritanya.

Seorang lelaki bernama Dr Rani Osman tiba-tiba perasan hebat apabila menolak untuk berdebat dengan Dr Hassan Ali dengan alasan jemputan yang diterima terlalu dekat waktunya. Agaknya sebab terlalu singkat masa, jadi dia tak sempat nak study, buka buku atau nak tanya Pakcik Google. Sebab itu dia tolak kot?

Tapi kata Hassan Ali, dia tak ada cabar pun Pesuruhjaya Pas Selangor itu berdebat. Dia cuma terima jemputan sebuah pertubuhan untuk menjadi ahli panel program tersebut. Selain Hassan Ali, Dr Rani juga diundang sama. Alih-alih Dr Rani perasan Hassan Ali ajak berdebat! Wakakaka...

Inilah perangai ostaz-ostaz Pas yang jenis baca kitab separuh-separuh. Itu baru baca kad jemputan majlis, kalau baca kitab tu lagi lah tak berapa nak faham. Itu pasal orang Pas ni melalut meraban tak tentu hala sebab ostaz-ostaznya baca kitab separuh-separuh.

Erk... Apa hubungan Rani Mukerjee dengan Rani Osman? Tak ada hubungan apa-apa pun. Cuma kebetulan namanya sama.... Tu jeh!

09 July 2012

Rambo yang mati katak "serang" JPM rupanya blogger jugak!

Jaya Negara cedera selepas ditembak di peha dan tangan oleh pihak polis selepas dia dan rakan wanitanya enggan menyerah diri.

Rambo yang mati katak kerana menyerbu pejabat JPM dan cuba menyerang orang ramai dengan pedang samurai di pejabat itu tengah hari tadi rupanya seorang blogger yang menggelarkan dirinya Jaya Negara. Korang bacalah blognya yang entri pertamanya 1 Jun dan terakhir 30 Jun. Entri terakhir dia menulis tentang hidup dan mati. (Baca di sini...)  Tapi terus terang aku tak faham apa yang dia nak sampaikan. Pelik benar bunyinya.

Ikut kenyataan polis, lelaki Rambo ini mengangkat dirinya sebagai Imam Mahadi (adeh... ramai yang mengaku jadi Imam Mahadi). Namanya aku sudah peroleh tapi tak perlu aku sebutkan di sini. Tak dapat dipastikan sama ada dia ni penyokong mana-mana parti sebab dari blognya itu tidak digambarkan ideologi politiknya. Pas pun dia bantai, Najib pun dia bedal. Tapi dia banyak bercakap mengenai ketuhanan,

Biodata Jaya Negara dalam blognya.
Jadi aku tak beranilah nak kata dia ni orang Pas ke apa ke. Mana ada orang Pas yang pakai lilit kain gambar tengkorak, tak berbaju sehingga nampak aurat dan pusat, Lepas tu bawak perempuan lagi tu yang statusnya tidak diketahui sama ada isterinya atau teman wanitanya atau siapa.

Apa pun aku anggap tindakan Jaya Negara mengamok di JPM adalah sangat bodoh. Dibodohkan dengan tujuan serangan itu untuk menggulingkan kerajaan, Tak tahulah aku sama ada mamat ni terlebih tengok movie Rambo atau sebab ambil semangat Bersih 3.0. Yang pasti dengan kebodohannya itu dia akhirnya mati katak!

Puan Azah Aziz kembali ke Rahmatullah (Update)

Al-Fatihah...

Puan Azah Aziz, isteri kepada Prof Diraja Ungku Aziz dan juga ibu kepada Gabenor Bank Negara, TS Zeti Aktar meninggal dunia pagi ini.
Allahyarham berusia 84 tahun.

Kenangan manis aku bertemu dengan arwah ketika aku terserempak dengan beliau di Suria KLCC beberapa tahun lalu. Dia duduk keseorangan di satu sudut melepaskan kepenatan. Aku menyapa beliau dan dia membalasnya dengan senyuman manis dan wajah yang ceria walaupun dia tidak kenal siapa aku. Dalam hati berdetik, ah alangkah mulianya wanita ini. Sungguh bertuah dapat bertemu beliau.

Kini wanita itu sudah meninggalkan kita buat selama-lamanya akibat sakit tua dan penyakit asma. Arwah merupakan budayawan negara dan pemergian beliau umpama hilangnya sebutir permata buat negara.

Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Asar petang tadi.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Uwekk.... Jamban Carrefour Ampang menjijikkan...!

Gambar hiasan jeh. Tak sanggup nak ambik gambar sebenar... Uweekkk!!
Uweeekkk... Mau termuntah aku bila masuk jamban kat Carrefour Ampang. Sudahlah air kotor berlompak-lopak atas simen, sekali bukak pintu jamba... tudia tergolek najis kat sebelah mangkuk tandas. Cisss... siapalah yang berak kat luar toilet bowl ni oih? Tak sekolah ke? Bukak pintu jamban sebelah lagi, mak aih berlonggok najis tak dipam! Adoiii...

Perkara ni bukan sekali berlaku. Pernah beberapa bulan dulu aku pergi Carrefour yang sama pada sebelah pagi, tetiba anak aku nak buang air. Masuk tandas sebelah kanan (sebelah food court) tudia... semua mangkuk jamban dipenuhi najis... Uweeeeekkk... Pergi tandas sebelah lagi satu (sebelah surau) pun keadaan yang sama!

Oik pengurusan Carrefour! Apahal ni? Macam mana nak suruh orang datang berbelanja kat pasar raya besar kau kalau bab jamban pun tak boleh nak settle? Nama saja "international hypermarket" tapi pengurusan jamban kelas kambing punya. Uweekkkkk... Ini macam hypermarket baik aku pergi Keramat Supermarket lagi baguslah!

Bagi Carrefour satu hal... bab yang menggunakan jamban ni satu hal lagi. Weihhh... tahu berak tahu pam lah weih. Takan nak biarkan tahi kau orang tu untuk tatapan dan hiduan pengguna lain? Ingat apa... jamban tu muzium tahi ke?

Eeeee... Carrefour Ampang... Tolonglah ambik tindakan segera. Letakkan pencuci tandas dan bersihkanlah ia setiap masa. Bayangkan jamban sebegini kotor berada di sebelah surau. Lepas masuk tandas, nak pergi solat kat sebelah pun ragu-ragu takut terbawak najis dari sebelah.

Ish... ish... ish... Inikah international hypermarket dan inilah fikiran rakyat Malaysia yang bertamadun? Kalau Carrefour ni duk kat nun di hutan Kuala Tembeling tak apalah juga, ini kat Ampang, Selangor...weih! Jangan malukan Zuraida Mak Lampir weih!!

05 July 2012

Strategi ampuh rampas Selangor

Seorang orang kuat UMNO Gombak (winnable candidate? hehe..) bertanya aku apa strategi terbaik BN untuk rampas kembali Selangor daripada pembangkang pada PRU-13? Aku cuma senyum dan jawab... syabas! Dia garuk kepala dengan jawapan aku. Aih belum menang lagi takan kau dah cakap syabas? Gerutu mamat ni.... Tapi sekali lagi aku cakap syabas!

Aku cakap Hosni Mubarak tumbang kerana rakyatnya bertahun-tahun hidup dalam kelaparan, pengangguran berleluasa, kemiskinan sana-sini sehingga rakyat bangkit dan memberontak. Kat Libya pun sama. Rakyat negara itu hidup dalam kemiskinan, pengangguran tinggi dan tiada pembelaan dari kerajaan selama bertahun-tahun sehingga rakyat bangkit dan tumbangkan Muammar Gaddafi walaupun pemimpin ini digelar hero umat Islam dan "singa padang pasir".

Tapi apa hubungannya dengan Selangor? Tanya mamat ni lagi macam tak faham. (Aih...winnable candidate ke ni?) Aku cuma jawab syabas... syabas.... Lama dia berfikir. Dah hisap rokok dah nak tiga batang, teh tarik atas meja dah nak habis... baru dia cakap! Ohhh... Baru aku faham!

Bila dia cakap macam tu aku tanyalah pulak dia betul tak apa yang aku cakapkan tu? Dia mengangguk. Ya... betul... betul... Kalau kerajaan PKR Selangor masih nak politikkan isu air, BN dah boleh ucap syabas pada PRU-13 nanti. Syabas... syabas... Kami pakat gelak sama-sama...!!

Kalau nak uji sejauh mana kemarahan rakyat Selangor terhadap kerajaan Khalid Ibrahim, cubalah Syabas tutup satu atau dua loji air mereka. Cakap saja ada pencemaran ammonia ke, aku pasti jutaan rakyat Selangor akan mengamok kat Khalid. Weih... tak ada air jangan main-main weih. Biar tak ada elektrik, jangan tak ada air... Nak cebok susah, nak ambik wuduk susah, nak mandi hadas susah... Weeiiii....

Notis bekalan air terputus...!
Orang nak blame Syabas? Hehe... Syabas boleh kata, kan aku dah cakap bekalan air untuk Lembah Klang tak cukup dan kena laksanakan projek Langat 2 dengan segera, tapi kerajaan negeri duk nak jadikan benda ni modal politik dan ingat perkara ni main-main. Nah kau! Amik kau.... Tengok macam mana tak menyinga seluruh rakyat Selangor. Tak caya cuba tengok kegelabahan awek ni bila tak ada air. (Baca sini...!) Hehe.. Tu baru sikit tu.

Ahahaa... Tapi aku percaya BN tidak sekejam itu walaupun pembangkang duk pukul canang setiap hari setiap masa konon BN tak adil, kejam terhadap rakyat selama dah dekat 55 tahun memerintah. Itulah baiknya kerajaan Pusat. Tak sampai hati nak susahkan rakyat walaupun kerajaan Selangor memang tak ada hati nak bantu rakyat.

Tapi kalau orang tanya apa strategi terbaik BN nak rampas Selangor... Itulah jawapannya. Gunakan "kuasa" Syabas...!! 

01 July 2012

Aksi lawak ala puak-puak depa... Tak boleh blah!

Muahahaha.... Lawak siot lawak! Penat nak layan gambar-gambar lucah dalam blog politik, meh tukar selera layan gambar-gambar lucu tapi tiada kelucahan melampau sebagai pencuci gusi di hujung minggu. Meh layan meh...

Tuala mandi yang paling diminati Anwar...

Aksi kegemaran Mat Sabun dan Ostat Badrol Amin

Gaya ala Mak Lampir Zuraida...

Agak-agak parti mana yang tersepit macam awek tu?

Perghh... Azmin cukup suka bab-bab jamban macam ni...

Hehe...!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...