26 August 2012

Zulfahmi harumkan negara, Anwar busukkan negara! (Update)

Gadis litar Sepang...
Tak ada kena mengena dengan Zulfahmi!
TERKINI (26.8.12):
Malang... Zulfahmi gagal menamatkan perlumbaan selepas terbabas di pusingan kelima GP Czech...

POS ASAL:
Tahniah Zulfahmi Khairuddin, anak Banting yang mencipta nama dalam sukan pemotoran dunia. Malam tadi dia mengharumkan nama negara apabila mencatat masa ketiga terpantas pada sesi kelayakan Moto 3 Grand Prix Republik Czech... Catatan terbaiknya setakat ini pada sesi kelayakan.
Dengan bermula di petak ketiga esok, Zulfahmi mempunyai harapan cerah untuk menaiki podium buat kali pertama sekali gus untuk mengibarkan Jalur Gemilang buat pertama kali di litar motosikal dunia. Sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh mana-mana pemimpin pembangkang yang duk cakap berdegang-degang... Lebih parah ketika Zulfahmi duk bertungkus-lumus harumkan nama negara di arena permotoran, Anwar pula duk sibuk membusukkan nama negara. Cit... Amma appa! Podah!

Errkk... Apa pulak hubungan sukan dengan politik? Heee memang ada sebab pembangkang duk pukul canang Malaysia akan raih emas sukan Olimpik kalau mereka perintah negara. Heee... Lawak... lawak! Satu lagi pembohongan tahap gaban! Tok sah duk sembanglah! Apa jadi team bola sepak Pulau Pinang? Hancur berderai sejak Lim Guan Eng jadi CM. Heee...

Sekali lagi aku nak ucap tahniah. Biar apa pun keputusan esok, Zulfahmi sudah membuktikan bahawa ANAK MELAYU juga boleh menakluki dunia! Ayuh Zulfahmi... buktikan MALAYSIA BOLEH... MELAYU BOLEH! Pergi jahanam dengan Anwar!

Laporan penuh baca di sini!

Zulfahmi pada sesi kelayakan GP Czech Republic


23 August 2012

Raya dan pilihan raya...

Bila mengunjungi rumah saudara-mara pada hari raya, ramai yang bertanya aku "bila pilihan raya?"... Aku kata semua orang tak boleh jawab soalan itu... kecuali Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Kalau nak tau sangat cuba-cuba tanya Datin Seri Rosmah Mansor. Heee...

Tapi kalau masih juga nak tahu ramalan aku tentang tarikh pilihan raya sebenar aku kata "kalau tak September... tahun depanlah. Sebelum April 2013..."  Mereka hanya tersengeh dan tutup cerita pasal tarikh pilihan raya.

Hemmm nampaknya walaupun sibuk beraya ramai yang ternanti-nanti tarikh pilihan raya umum ke-13. Mana tidaknya "suasana pilihan raya" dah mula terasa bahangnya sejak April lagi. Sekarang dah nak habis Ogos tapi tarikh sebenar hari membuang undi masih jadi teka-teki.

Kalau kita round satu negara sekarang kat mana sahaja baik di bandar mahupun di ceruk kampung, di penuhi bendera-bendera parti baik pihak kerajaan mahupun pembangkang. Bahkan jumlah bendera parti yang terpacak di seluruh pelosok negara sekarang mengatasi kibaran bendera Jalur Gemilang walaupun kita nak celebrate merdeka beberapa hari lagi.

Maknanya kemeriahan nak pilihan raya mengatasi sambutan kemerdekaan negara ke-55. Hemm... patutlah logo sambutan merdeka tahun ini pun cincai-cincai dan ala kadar saja.... Rupanya masing-masing lebih teruja nak pilihan raya daripada nak sambut merdeka. Tak gitu Pak Rais?

Hari raya kedua hari tu aku berkunjung ke rumah sepupu aku kat satu kampung di Melaka. Kat rumah dia sudah terpasang bendera BN sekeliling rumah. Dan di bahagian luar pula ada papan-papan kenyataan mengenai kawasan pembuangan undi bagi DUN kawasan tersebut. Rupa-rupanya banglo sederhana besar milik sepupu aku sudah jadi pusat peti undi BN DUN tersebut.

Habis... macam mana saudara-mara yang sokong Pas dan PKR... ada datang tak ke rumah? Tanya aku kepada sepupu. Katanya, mereka datang tapi masuk ikut pintu belakang. Tak berani nak masuk melalui "pintu gerbang BN" di bahagian depan... Agaknya kepanasan kot? Heee...

Apa pun sebelum pilihan raya sampai, eloklah kita meraikan bulan raya Syawal ini dengan sebaiknya. Gunakanlah bulan ini sebagai bulan-bulan bermaafan sesama kita, bulan penyatuan umat Islam tanpa mengira parti dan bukannya "menyambung balik" kerja-kerja fitnah, hasutan dan memecah-belahkan umat sebagai melepaskan gian selepas "sebulan" berpuasa daripada kerja-kerja sedemikian.

Heee....

21 August 2012

Aidilfitri bagi Samir Nasri dan Zulfahmi

Semalam ketika umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri ramai pemain beragama Islam yang mewakili kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) bersaing di padang. Dan yang paling gembira sudah pasti bagi pemain Islam asal Perancis, Samir Nasri.

Samir yang berjaya menjaringkan gol buat kelabnya Manchester City ketika menumpaskan Southampton 3-2 meraikan gol kemenangan tersebut dengan menayangkang T-shirt tertulis "Eid Mubarak" yang bermaksud Aidilfitri.

Samir Nasri menayangkan T-shirt tertulis "Eid Mubarak" ketika meraikan kejayaannya menjaringkan gol kemenangan buat Manchester City bersama rakan sepasukan, Yaya Toure. Kedua-dua pemain ini beragama Islam.

Turut meraikan kejayaan sebagai hadiah Aidilfitri ialah pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin. Biarpun gagal menaiki podium di GP Indianapolis, AS pelumba berasal dari Banting itu sudah cukup membanggakana negara selepas menduduki tempat keenam setelah bermula dari petak kelima. Perlumbaan tersebut juga berlangsung pada 1 Syawal.  

Dengan kejayaan menduduki tempat keenam itu, Zulfahmi boleh mengukir senyum kerana beliau kini di kedudukan tempat keenam dunia selepas 11 perlumbaan dalam kategori 125cc dengan memungut 76 mata. Satu kejayaan terbaik bagi pelumba Asia, selain Jepun.  

Tahniah buat Zulfhami...
Eid Mubarak buat Samir Nasri dan semua pemain kelab EPL yang beragama Islam!    

19 August 2012

Salam Aidilfitri

Salam Aidilftri buat semua pembaca dan pengikut blog Mesin Taip Buruk, rakan-rakan bloggers serta seluruh umat Islam tak kira di mana berada.

Mohon maaf zahir dan batin

16 August 2012

Ini bukti Anwar tunai umrah...!

Betulkah Anwar Ibrahim telah menunaikan umrah pada awal Ramadan baru-baru ini? Mengikut apa yang ditwit menerusi Twitternya, Anwar mengaku telah selesai menunaikan umrah bersama Wan Azizah sebelum subuh. Tapi sehingga kini tiada sekeping gambar pun menunjukkan Anwar berada di Masjidil Haram atau sekurang-kurang berada dalam keadaan berihram.

Berbeza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sudah (seingat aku) dua kali menunaikan umrah tahun ini, termasuk yang terbaru ketika beliau menghadiri Sidang Luar Biasa OIC di Plaza Al-Safwa, bangunan yang berkedudukan bersebelahan Masjidil Haram.

Lihatlah Najib dan Rosmah dalam berihram...
 
Najib dan Rosmah khusyuk berdoa di Masjidil Haram

Najib dan Rosmah ketika menunaikan umrah baru-baru ini.


Dan ini bukti Anwar dan Wan Azizah tunai umrah....


Atau gambar-gambar ini...

Saya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tetamu khas Sheikh Ahmad Muhammad Alawi Hasani Maliki untuk Iftar semasa menunaikan ibadah umrah baru baru ini. - Dipetik dari blog Azmin Ali

Gambar kenangan bersama Sheikh Ahmad Muhammad Alawi Hasani Maliki di kota Mekah. - Dipetik dari blog Azmin Ali.
Itulah yang dimusykilkan oleh banyak pihak namun ibarat kata seorang rakan, hanya Allah sahaja yang tahu sama ada benar Anwar dan Wan Azizah telah menjejakkan kakinya di Masjidil Haram atau twitnya itu hanyalah satu lagi pembohongan Anwar?

Jadi benarkah pendapat mengatakan Anwar TIDAK BERANI menjejakkan kakinya di tanah haram? Jika tidak, Anwar kena buktikan dengan gambar atau video, bukannya hanya kata-kata menerusi Twitter. Benar gambar dan video boleh diubah suai tetapi apakah kata-kata melalui Twitter tidak boleh dibohongi?

15 August 2012

Senarai perpindahan bintang-bintang EPL (Update)

TERKINI:
Manchester United bakal mendapat khidmat Robin Van Persie apabila Arsenal dilapor sudah bersetuju untuk menjual penyerang Belanda itu dengan nilai 20 juta pound.

POS ASAL:
Senarai perpindahan pemain kelab-kelab utama Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang kick-off permulaan musim 2012-2013 Sabtu ini. 

ARSENAL
Masuk:
- Santi Cazorla (Malaga) - tidak dinyatakan
- Lukas Podolski  (Cologne) - tidak dinyatakan
- Olivier Giround (Montpellier) - tidak dinyatakan
Keluar:
- Manuel Almunia (Watford) - dilepaskan
- Denilson (Sao Paulo) - pinjam 

CHELSEA
Masuk:
- Eden Hazard (Lille) - tidak dinyatakan
- Marko Marin (Werder Bremen) - tidak dinyatakan
- Oscar (Internacional) - tidak dinyatakan
Keluar:
- Jose Bosingwa  - dilepaskan
- Didier Drogba (Shanghai Shenhua) -  percuma
- Salomon Kalou (Lille) - percuma
- Romelu Lukaku (West Brom) - pinjam

LIVERPOOL
Masuk:
- Joe Allen (Swansea City) - tidak dinyatakan
- Fabio Borini (Roma) - tidak dinyatakan
Keluar:
- Alberto Aquilani (Fiorentina) - tidak dinyatakan
- Dirk Kuyt (Fenerbahce) - tidak dinyatakan
- Craig Bellamy (Cardiff City) - percuma
- Fabio Aurelio (Gremio) - percuma
   
MANCHESTER CITY
Masuk:
- Jack Rodwell (Everton) - $18.80 juta
Keluar:
- Wayne Bridge (Brighton & Hove Albion) - pinjam
- Owen Hargreaves - dilepaskan
- Vladimir Weiss (Pescara) - tidak dinyatakan
     
MANCHESTER UNITED
Masuk:
- Shinji Kagawa (Borussia Dortmund) - tidak dinyatakan
Keluar:
- Park Ji-sung (Queens Park Rangers) - tidak dinyatakan
- Fabio da Silva (Queens Park Rangers) - pinjam
- Michael Owen  - dilepaskan
- Tomasz Kuszczak (Brighton & Hove Albion) - percuma
     
QUEENS PARK RANGERS
Masuk:
- Samba Diakite (Nancy) - pinjam
- Fabio da Silva (Manchester United) - pinjam
- Robert Green (West Ham United) - percuma
- Junior Hoilett (tidak terikat) - percuma
- Andrew Johnson (Fulham) - percuma
- Ryan Nelsen (Tottenham Hotspur) - percuma
- Park Ji-sung (Manchester United) - tidak dinyatakan
Keluar:
- Patrick Agyemang - dilepaskan
- Daniel Gabbidon - dilepaskan
- Fitz Hall - dilepaskan
- Paddy Kenny (Leeds United) - tidak dinyatakan
- Daniel Shittu - dilepaskan

Tok Guru tak hairan Ustaz Nasa keluar Pas...

Gambar yang buat puak-puak Pas naik sawan kat Ustaz Nasa...Heee

Tok Guru kito top here kalu Ustaz Nasa nop keluar Pas sebab dio ni meme menyusohke parti lama doh. Kalu dio keluar Pas lagi baik. Baik lagi kalu dio masuk UMngok. Lagi sene la Pas nak mene pilihan rayo dan duduk istana Putrajayo hok dulu Pas nak lelong tu.

Tapi kalu DAP nop keluar pakate, hoh tu Tok Guru here. Sebab apo pulok DAP nop keluar pakate sedangke Pas dah bui mace-mace ke DAP. Kato ore tuo, doh ikut kekre blako doh. Tok seh hudud, Pas ikut jaa... tok seh negaro Isle pun Pas ikut jo. Jadi meme herelah kalu DAP nak keluar pakate pong.

Kalu stakat Ustaz Nasa, pemimpin top laku dan doh ditolok sehingga jaguh gedebuk dari jawate Timbalan Presiden lo ni jadi Ketuo Biro jo, top seh la nok kecek bual. Pese kawe kepado Ustaz Nasa, Mung top sohlah suruh Pas keluar pakate sebab meme top mungkin Pas keluar pakate atas sebab nasihat dari demo, pemimpin hok doh top laku.

Ustaz keno ingak... lo ni Tok Guru dan Tok Presiden hanyo dengar pandange ulamok-ulamok (ular gemok) hop lagi besar dale pakate nung... Demo tau ko? Tu Tok Guru Kapal Sing nung. Mung tengok serbe Karpal tu... lagi besar dari Nik Aziz. Jadi mung keno ingak tu Ustaz.

Jadi Ustaz... bo bolah duk kecek suruh Pas keluar pakate. Lebih baik demo hok keluar dari Pas. Molek kalu demo ajoklah Ostat Harun Din, Ostat Hasan Ali masuk UMngok skali.... boleh ko Ustat?

Heee...

* Nota... Sila baca entri ini dalam loghat bahasa Kelantam!

Fatwa haram sokong DAP bernilai RM2 juta?

Tok Guru Abdullah Sa'aman menerima replika cek RM2 juta untuk pembangunan Pondok Geting daripada Dt Mustapa Mohamad malam tadi.
Heboh di kalangan puak-puak Pas bila kerajaan BN memberi sumbangan sebanyak RM2 juta kepada Pondok Geting, Kelantan. Puak-puak Pas mula menyerang Tok Guru Abdullah Sa'amah dengan pelbagai gelaran termasuk fatwa RM2 juta sebab Abdullah sebelum ini keluarkan fatwa haram sesiapa yang sokong dan undi DAP.

Selang seminggu kenyataan itu dibuat, Abdullah terima cek bernilai RM2 juta daripada Tok Pa semalam sebagai bantuan daripada kerajaan untuk pembangunan pondok tersebut seperti yang dijanjikan oleh TS Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Wah... Nampaknya Pas ada modal nak kaunter balik isu undi DAP berdosa yang dikeluarkan beberapa ulama di luar politik kepartian. Depa duk pukul canang "rupa-rupannya nakkan RM2 juta, maka fatwa dianggap songsang, loklaq, mengarut itu dikeluarkan." Hemmm...

Dalam hal ini aku tak mahu kata apa-apa. Cuma rasanya kalau nak beri sumbangan pun, elok tunggu lama sikit. Bukan seminggu selepas keluarkan pengasas pondok Geting keluar fatwa "menyerang" pembangkang, terus kerajaan beri bantuan. Kan dah kena main dik puak-puak Pas yang dari dulu memang tak boleh terima ulama sokong UMNO.

Memanglah Muhyiddin dah lama berjanji untuk beri bantuan tersebut tapi tunggulah isunya dah reda kalau nak serah bantuan. Bukan seminggu selepas Tok Guru Abdullah Sa'aman keluarkan kenyataan hentam DAP dan Pas. Kan dah kena main dik puak-puak Pas.


Puak Pas memang tengah cari modal nak kaunter balik isu sokong DAP haram ni sebab isu tersebut memang mengganggu gugat keyakinan penyokong Pas terhadap parti itu. Jadi mereka kena cari akal nak kontrol penyokong mereka agar tidak terpengaruh dengan isu yang dimainkan itu.

11 August 2012

Road To Longkang: RM20 juta untuk 1 perak 1 gangsa... hemm

Pandelela buktikan  "di mana ada kesungguhan, di situ ada jalan!"
Shabery Cheek menyebut kerajaan berbelanja sebanyak RM20 juta untuk menyediakan atlet bagi menghadapi Olimpik London sejak berakhirnya Olimpik Beijing empat tahun lepas. RM20 juta itu adalah wang rakyat, bukannya wang Petronas, TM atau TNB.

Berbaloikah dengan RM20 juta, Malaysia hanya mampu membawa pulang satu perak dan satu gangsa?  Chief De Mission Malaysia ke London, Ahmad Sarji Abdul Hamid mendakwa RM20 juta itu sedikit berbanding negara-negara lain dalam menyediakan atlet. Hemm... agak-agak Ahmad Sarji mahu kerajaan sediakan berapa bilion? RM150 bilion cukup ke Tan Sri?

Dalam bab kegagalan projek Road To London, aku lebih suka kiranya para pegawai di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memikul tanggungjawab kegagalan tersebut. Benar kata Shabery, semua pihak perlu bermuhasabah diri dan bukannya saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain.

Bagi aku atlet tak silap tapi yang silap adalah para pegawai baik di peringkat persatuan sukan sehinggalah kepada MSN, MOM dan KBS. Isu pemilihan atlet termasuk atas tiket wildcard boleh dipersoal. Siapa pegawai yang membuat pemilihan dan atas kapasiti apa atlet-atlet longlai dan kudrat dah menurun dipilih? Sedangkan ketika Sukma di Pahang baru-baru ini, ramai atlet-artlet muda yang berbakat dan berpotensi diketengahkan tetapi tidak dapat peluang.

Satu lagi, sebelum bertolak ke London bagi atlet mahupun pegawai berkobar-kobar menabur janji kepada rakyat bahawa mereka akan bawa pulang pingat, jumlah kutipan akan mengatasi Olimpik sebelumnya, atau ada yang konon akan memperbaiki rekod kebangsaan sekurang-kurangnya. Tapi bila dah bertanding, bukan setakat rekod kebangsaan, rekod peribadi pun jauh nak sampai.

Aku tak mahu kata para atlet dan pegawai kita kebanyakannya ke London untuk makan angin. Kasar benar bunyinya. Tak elok menuduh sebegitu rupa. Kesungguhan atlet untuk memenangi acara-acara yang dipertandingkan itu ada tetapi kesungguhan sahaja tidak mencukupi. Ia perlu disertakan dengan persiapan rapi, pengurusan persatuan yang baik, tiada "politik dalaman" dan lain-lain hal-hal hengky-pengky yang boleh merencat persiapan atlet.

Satu lagi masalah persatuan sukan kita, mereka liat benar nak hantar atlet mereka bertanding di luar negara. Memang dari segi kosnya memang tinggi tapi kalau menjanjikan pulangan yang baik apa salahnya. Berlatih di luar negara baik, tapi pendedahan dengan menyertai pertandingan peringkat dunia perlu diberi perhatian.

Tapi terus terang aku katakan kalau betul RM20 juta dibelanjakan untuk penyediaan atlet ke London dan hanya memperoleh satu perak (itu pun menerusi acara sukan yang memang kita adalah jaguh - badminton) dan satu gangsa (terjuan - Tahniah Pandelela...) adalah sangat tidak berbaloi.

Jadi, untuk memasti Olimpik Rio 2016 mengulangi cerita-cerita lama setiap Olimpik, eloklah pegawai-pegawai baik di KBS, MOM, MSN dan persatuan sukan yang dah lama duk dalam badan-badan berkenaan letak jawatan. Beri peluang kepada mereka yang lebih muda, lebih kreatif dan lebih berdaya saing. Bukannya dibarisi oleh para pegawai kanan kerajaan pencen.

Di luar negara, badan sukan diketuai oleh ahli-ahli sukan. Tapi di Malaysia, badan-badan sukan dikepalai oleh mereka yang tidak pernah bersukan selain joging dan main golf. Macam mana Malaysia nak maju (dalam sukan)?

Hemmm....

10 August 2012

Ulasan rakan blog "kenapa undi DAP haram"....

Salah satu bukti kebiadapan DAP berbanding MCA dan MIC...
Ulasan terbaik blog Gelombang Kick mengenai kenapa sokong DAP haram berbanding MCA dan MIC. Aku angkat topi dengan blog ini yang mengulas panjang lebar tentang fiil puak-puak DAP yang boleh mengancam masa depan agama Islam, bangsa Melayu dan selepas itu raja-raja Melayu.

Antara yang menarik di tulis...
Sebelum bertambah parah terkena suntikannya haruslah kita berhati-hati. Kerana setakat ini, tiada satupun yang DAP buat dibantah oleh Pas, walhal berkait soal agama sekalipun, Pas tetap menghalalkan segala yang dilakukan DAP.

Agama dihujah dan difatwakan secara ‘ikut suka’ tanpa melihat kesan kepada umat Islam. Dalil menghalalkan apa yang DAP lakukan nampaklah ia sokongan yang berpihak untuk satu pihak sahaja tanpa memikirkan pihak yang lain. - Gelombang Kick

Baca selanjutnya di sini..!!

Terbaik bro!

09 August 2012

Witir berimamkan Tuan Ibrahim Tuan Man?

Ini Tuan Ibrahim Tuan Man yang aku kenal...
Malam tadi aku menunaikan terawih di sebuah surau dekat taman perumahan aku. Macam biasa, sepanjang sebulan berterawih aku selalu bertukar-tukar masjid  dan surau. Tapi malam tadi tergerak nak ke surau tersebut. Aku tiba di surau serentak dengan seorang lelaki. Ramai berjemaah yang bersalam dengannya dan aku yang naik tangga di belakangnya pun dihulur salam... aku menyambutnya.

Aku tunaikan solat sunat Isyak di sebelah lelaki tadi. Dan beberapa lagi datang bersalam dengan lelaki itu dan aku disebelahnya. Aku menyambut salam mereka dengan tersenyum... lelaki di sebelah aku pun. Kemudian AJK surau memaklumkan melalui pembesar suara..

Insya-Allah malam ini kita akan tunai solat terawih 8 rakaat. Tapi sebelum itu, selepas solat sunat Isyak, kita akan adakan bacaan tahlil kepada... (dibacakan satu persatu). Kemudian selepas terawih Insya-Allah kita tazkirah Ramadan yang akan disampaikan oleh DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN... sambil menunjukkan arah kepada lelaki di sebelah aku.

Aku macam ... hah? Tuan Ibrahim ke sebelah aku? Patutlah ramai yang bersalam dengannya. Tapi kenapa nampak lebih muda? Agaknya dia cukur misai kut?  Patut aku tak kenal... Sebab walaupun aku tak pernah bertemu Tuan Ibrahim, tapi selalu jugak tengok muka dia kat internet, majalah atau surat khabar. Hemmm...

Selesai solat sunat terawih, Tuan Ibrahim diminta mengimamkan solat sunat witir. Alhamdulillah... Dalam hati tertanya juga, ada ke pemimpin UMNO yang sedia jadi iman solat? Mungkin ada kut?

Bila masuk bab tazkirah Ramadan, aku duk bayangkan ia akan menjadi medan menghentam kerajaan BN, UMNO seperti mana yang aku dengar kebanyakan tazkirah oleh "orang politik + ostat". Tapi ternyata Tuan Ibrahim profesional. Dia tidak gunakan ruang yang diberi untuk berkempen politik sebaliknya hanya berkisar tentang syafaat Ramadan sepanjang 10 malam terakhir.

Selesai sampaikan tazkirah, Tuan Ibrahim sempat mempromosikan buku tentang fadhilat puasa. Tak mahal katanya, hanya RM12 sebiji. Katanya, beli buku sambil menderma. Hasil jualan buku sebahagiannya akan disumbang untuk pembinaan lebuh raya di Kelantan. Beli sambil derma. Heee... Bab-bab derma ni itu dah jadi SOP Pas.

Teringat kata-kata kawan aku pasal pembinaan lebuh raya rakyat oleh Pas ni. Dia kata, BN bina lebuh raya baru kutip duit (tol) dari rakyat, tapi Pas belum bina jambatan dah kutip duit (derma) dari rakyat. Hee... Tapi orang Pas kata lebuh raya tu tak bebankan rakyat. Tak macam lebuh raya BN. Asyik kutip tol saja....


Itulah kenangan aku bersama Tuan Ibrahim Tuan Man malam tadi... Hee!

06 August 2012

Pasangan gay pertama kahwin di Malaysia?

Kelahiran Malaysia, Ngeo Boon Lin dan "suaminya" Phineas Newborn III
Apa dah jadi? Heboh seantero dunia sebelah sana tentang pasangan gay melibatkan seorang pastor dari Malaysia dan negro Amerika melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka di sebuah restoran Cina di Kuala Lumpur.

Pasangan ini berkahwin di New York tidak lama dahulu dan majlis resepsi di KL dikatakan bagi meraikan hari "kebahagian" mereka bersama keluarga di Malaysia.

Ia sekali gus merupakan perkahwinan pasangan gay pertama dilangsung di negara ini...

Kata seorang tamu di majlis itu...

One guest, Eric Goh, said gay Malaysians “need to come out in bigger numbers and we need to have more straight people support us.”

Selanjutnya baca di sini...

So, apa komen korang?

Chong Wei kalah di Olimpik, menang di hati rakyat

Lee Chong Wei tetap menang di hati rakyat Malaysia
Betul Lee Chong Wei tewas lagi di tangan Lin Dan dan gagal membawa pulang pingat emas Olimpik buat negara tetapi biar pun beliau kalah di gelanggang, namun Chong Wei akan tetap menang di hati seluruh rakyat Malaysia, kecuali M.Manoharam! Heee...

Malam tadi aku percaya hampir seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum berdoa agar kemenangan berpihak kepada Chong Wei. Malah adik aku yang menyaksikan perlawanan tersebut dengan penuh emosi menerusi skrin TV pun turut berdoa... "Ya Allah... Kalau benar Lee Chong Wei boleh menyatukan rakyat Malaysia, Kau berikanlah kemenangan kepadanya..."

Malangnya rezeki tidak berpihak kepada Chong Wei dan beliau tewas selepas bersaing sengit dengan musuh ketatnya itu 21-15, 10-21, 19-21.

Namun kekalahan Chong Wei tidak dipersoalkan oleh rakyat Malaysia kecuali Manoharam. Sebab itulah ketika Chong Wei memohon maaf menerusi Twitternya, ribuan rakyat memberi maklum balas agar beliau tidak perlu memohon maaf kerana gagal membawa pulang pingat emas dan memenuhi harapan 28 juta rakyat Malaysia.

Inilah wira sebenar negara, dan bukannya orang duk selongkar akaun bank orang lain kemudian dedahkan kepada awam... itu bukan hero tapi "koro". 

Kepada Datuk Lee Chong Wei... Kaulah wira sebenar negara!
Kepada Manoharam... please go away!


05 August 2012

Bintang Bollywood mana berbogel untuk Playboy?

Aduhh... Bulan puasa macam ni tak sanggup nak tulis pasal cerita-cerita macam ni. Tapi kalau nak tunggu lepas Raya baru nak tulis, nanti basi pulak.

Kisahnya seorang bintang Bollywood yang tak adalah terkenal sangat telah nekad untuk menjadi "playmate"  majalah porno terkenal dunia, Playboy sekali gus mengangat dia sebagai wanita India pertama berbogel di majalah dewasa yang mahsyur itu.

Pelakon tersebut, Sherlyn Chopra (siapa kenal?) ni kata dia tak menyesal pun membuka pakaiannya di depan kamera walaupun tau masyarakat negaranya akan mengutuk tindakannya itu. Lagi pun bab-bab berbogel ni memang taboo dalam masyarakat India.

Tapi dia kata dia pun ada impian macam gadis-gadis lain - mahu glamor, kaya dan digilai lelaki hehe...

Antara filem lakonan Sherlyn Chopra ialah filem pecah panggung "Dosti" pada 2003 dan "Naughty Boy". Ada sesiapa pernah tengok lakonannya? Emmm... Maaf! Aku tak minat filem Hindustan..

Aku percaya impian pelakon Bollywood ini pun ada juga diimpikan oleh pelakon-pelakon yang tak berapa nak naik kat Malaysia ni. Itu pasal mereka sanggup saja tayang lurah dada mereka kat majalah antarabangsa.

Cuma tak dapat offer dari majalah dewasa saja, kalau tidak aku percaya mereka sanggup saja...  Heee

Sherlyn Chopra bersama krew majalah Playboy ketika sesi foto untuk playmate majalah itu.

Road To London dah jadi Road To Longkang... (Update)

Lee Chong Wei penyelamat maruah negara di Olimpik London 2012...
TERKINI:
(1.20 am - 6.8.2012) Azizulhasni gagal ke separuh akhir basikal pecut lelaki selepas tewas kepada jaguh tuan rumah. Dia sekadar menduduki tempat kelapan.

(9.15 pm) Lee Chong Wei gagal membawa pulang pingat emas pertama Olimpik buat negara apabila kecundang di tangan musuh ketatnya, Lin Dan 21-15, 10-21, 21-19.

(6.30 pm) Pasangan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong gagal meraih pingat gangsa selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Chung Jae-Sung/Lee Yong-Dae 21-23, 10-21 sebentar tadi.

POS ASAL: 
Program "Road To London" Kementerian Belia dan Sukan serta agensi-agensi di bawahnya nampaknya sudah jadi "Road To Longkang". Sebabnya atlet-atlet negara yang sebelum ke temasya Olimpik London digembar-gembur begitu hebat untuk meraih pingat.

Atlet-atlet dalam acara terjun, menembak, memanah, kapal layar, lumba basikal yang digembar-gembur mempunyai prospek pingat, longlai di London. Nak kata sebab bulan puasa, tak kan atlet bukan Islam pun boleh longlai. Lalu di mana silapnya?

Nasib baik badminton menyelamatkan maruah negara. Kalau tidak memang malu besarlah pegawai-pegawai KBS, MOM dan MSN. Apa tidaknya sebelum ini mereka bukan main lagi memberikan harapan menggunung untuk rakyat Malaysia. Konon atlet-atlet mereka boleh mengutip pingat, kalau tak emas sekurang-kurang perak atau gangsa.

Bukan aku nak kutuklah. Tapi kalau nak bercakap besar pun tengoklah sekeliling. Ini tidak. Mereka tak tahu pun tahap persiapan atlet negara lain, alih-alih konon atlet ini, atlet itu boleh raih pingat. Tapi bila bertanding semua longlai. Lepas tu macam-macam alasan bodoh diberikan. Atlet penat, kurang persediaan, nourves sebab bersaing dengan atlet dunia, bla... bla... bla...

Weih... Nak adakan sukan Olimpik bukannya baru semalam cakap, hari ini buat. Sukan Olimpik diadakan setiap empat tahun. Dan lepas Olimpik Beijing 2008, Malaysia dah kerah buat persiapan rapi menyediakan atlet yang mampu bersaing di London atau dipanggil mereka "Road To London". Tapi takkan ini je hasil berjuta-juta wang yang dibelanjakan untuk persiapan itu?

Kalau bukan kerana Lee Chong Wei, beregu badminton Koo Kien Keat/Tan Boon Heong dan pelumba basikal Azizulhasni Awang, aku ingat Malaysia balik dengan telor tembelang 0-0-0 (0 emas, 0 perak, 0 gangsa).

Bagi aku Road To London sudah gagal dan para pegawai di KBS, MOM dan MSN yang bertanggungjawab terhadap projek ini lebih baik letak jawatan! Simpan lama-lama pun buat menyemak saja. Lagi pun lama benar mereka dalam agensi ini. Berilah peluang orang muda yang lebih banyak idea daripada simpan pegawai-pegawai lapok ini...

Ada berani?






Nota: Ketika entri ini ditulis, Kien Kea/Boong Hong belum turun gelanggang untuk merebut pingat gangsa badminton, Chong Wei belum bertemu Lin Dan untuk pingat emas dan Azizulhasni belum berlumba di peringkat suku akhir acara pecut, dan belum bertanding acara keirin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...